Tuesday, December 30, 2008

PR Selangor tak pecah, yang pecah Umno Selangor

Sebagai Ketua Penerangan parti pembangkang di Selangor, suka tak suka Rahman Palil kelihatan mahu sahaja mengeluarkan pandangan atas sebarang isu yang berlaku di Selangor termasuklah yang kadangkala tidak memerlukan pandangan beliau pun. Sikap ringan mulut ini barangkali penting bagi survival politiknya dalam Umno, maklumlah kerusi Sementa yang diwakilinya itu menang percuma sedangkan jika berlaku pertandingan tempoh hari belum tentu beliau mampu mempertahankan gelaran “YB” nya.

Dalam memberi komen terhadapa apa yang dikatakan “perpecahan” dalam PR Selangor, Rahman berkata PR Selangor kini kelihatan rapuh walaupun baru hampir setahun ditubuhkan. Rahman merujuk kepada pertelagahan mulut antara ahli Parlimen Kapar, MB Selangor, Speaker dan ahli Parlimen Klang.

Rahman septutnya beri tumpuan terhadap apa yang sedang berlaku pada parti beliau. Umnoi pasca PRU 12 sudah bukan Umno seperti dahulu lagi. Yang ketara Umno sudah tiada kuasa di Selangor. Dan terbaru “penghijrahan” Ketua Umno bahagian PJS, Kapten Dato’ Zahar Hashim dan rakan-rakannya ke PAS merupakan satu tamparan hebat ke[ada Umno. Dahlah tak ada kuasa, pemimpin dan ahli-ahlinya pula sudah mula meninggalkan parti berkenaan.

Kalau Rahman mahu tahu bilangan mereka yang telah memutuskan untuk bersama Kapten Zahar kini telah mencecah ratusan orang dan saya difahamkan satu majlis khas akan diadakan di Kuala Terengganu sempena PR Kecil di sana, untuk mereka ini menyerahkan borang-borang masing-masing terus ke Tuan Guru Presiden PAS.

Dengan penghijrahan rakan-rakan baru dari Umno ini PAS difahamkan akan terus mensasarkan kerusi-kerusi milik Umno di Selangor untuk memastikan keadaan yang berlaku di Petaling Jaya Selatan akan turut berlaku di bahagian-bahagian Umno yang lain.

Oleh itu lebih baik Rahman menjaga bahtera Umno nya yang semakin tenat dan hampir sahaja karam itu.

Tiada “perpecahan” dalam PR Selangor. Perbezaan pandangan dan pendapat perkara biasa, tapi ia bukanlah perpecahan. Yang retak menunggu belah sebenarnya adalah Umno, dan Selangor akan menjadi medan pertama menyaksikan keangkuhan Umno, insyallah tersembam mencium bumi. Mungkin Rahman sendiri tergerak untuk mengikuti jejak Kapten Zahar? Hubungi sahaja PAS Selangor, insyallah anda akan diterima dengan baik.

6 comments:

ketam said...

bagus la pasal kuasa sanggup buat macam-macam tapi bila datang hal pertahankan agama senyap je!!

PAS berpecah ke UMNO berpecah ke yg penting perjuangkan dan pertahankan AGAMA.. kalau PAS tak boleh nak pertahankan KEWIBAWAAN MAHKAMAH SYARIAH adakah PAS yakin dapat melaksanakan HUKUM HUDUD??

Anonymous said...

Lebih baik bergaduh, berbincang, berhujah. Daripada angguk2 dan geleng2 membabi buta.

Anonymous said...

wei, tolong wei
Abdul Rahman Palil ni bakal pak mertua kawan aku...
kesian kat kawan aku ni kalau bakal pak mertua dia ni akan terjebak masuk pas pulak! hehehehe
sebab bakal menantu dan anak2 Abdul Rahman Palil ni org2 moden!
dedah sana, dedah sini, bab anak2 masuk kelab2 'apa ntah' jangan cakap la.. macam kl drift pun ada
itu lah yang dinama...ORANG KUAT AGAMA KAT UMNO..!!!

Anonymous said...

assalamualaikum,
lama pokku x komen, tp pokku baca aja, KT milik kita.

ANAK BAPAK said...

ketan kat atas sana ni memanglah perangai macam ketam nak ajar orang jalan betul..


kewibawaan mahkamah syari'ah..siapa yang berkuasa di muka bumi malaysia ni..bukankah UMNO lagi..yang bernai pertikaikan wibawa mahkamah syariah bukankah sebab UMNO buat tak kisah pasal Islam..?

yang jadi kerjaan persekutuan sekarang UMNO..wibawa mahkamah syari'ah terbatas sebab perlembagaan persekutuan..sekarang siapa yang biarkan mahkamah syari'ah tak dak wibawa?

sebelum nak tuding jari pada PAS..eloklah kita bercakap dengan ilmu..ketam bercakap nampak sgt macam tak tau apa2..

ANAK BAPAK said...

DAP takkan boleh buat apa2 pun pasal mahkamah syari'ah..pasal dah termaktub dalam perlembagaan persekutuan..yang amik kesempatan isu ni UMNO...sengaja nak pecah belahkan Pakatan Rakyat..!!!