Kuala Terengganu bakal merubah lanskap politik negara
Tumpuan negara kini diberikan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi parlimen P.36 Kuala Terengganu berikutan kekosongannya akibat kematian wakil BN tempoh hari. BN yang menang kerusi tersebut dengan majoriti kecil 628 undi dijangka mendapat tentangan hebat dari PAS dalam PRK ini.
Menurut rekod kerusi parlimen Kuala Terengganu ini sering bertukar tangan, kesimpulannya bukanlah kerusi selamat buat BN. Pada PRU 1 tahun 1959, sebahagian kerusi ini yang dikenali Kuala Terengganu Selatan dimenangi oleh Dato’ Onn Jaafar dari Parti Negara dengan bantuan PAS. (Kuala Terengganu Utara dimenangi oleh Almarhum Hassan Adli - PAS), 1990 kerusi ini dimenangi oleh Dato’ Manan Osman dari Semangat 46 yang ketika itu menjalin kerjasama dengan PAS. 1999 kerusi ini dimenangi oleh Dr Syed Azman dari PAS.
Apakah BN mampu mempertahankan kerusi ini khsusunya selepas gelombang Permatang Pauh baru-baru ini?
Rata-rata para penganalisa politik menjangkakan peluang 50-50 kepada kedua-dua parti. Terpulanglah kepada jentera masing-masing parti untuk bertarung bagi memastikan mana-mana sahaja pengundi atas pagar condong pada parti mereka selain memastikan yang penyokong tegar mereka tidak berpaling tadah.
Bagi jentera PAS tumpuan sepatutnya diberikan kepada kerja-kerja “on the ground” mulai dari saat ini, saya difahamkan sahabat-sahabat di sana sudah pun mula membanting tulang sejak dari awal lagi. Begitulah juga patutunya jentera bantuan dari negeri-negeri lain, sepatutnya sudah bersedia menggerakkan logistik dan apa sahaja bantuan bagi membantu peperangan pilihan raya ini.
Isu calon, serahkanlah pada mereka yang bertanggungjwab. PAS tidak pernah secara terbuka membicarakan soal calon khasnya calon PRK sehingga dibincang dan dibahaskan secara terbuka. Kita punya tertib dan adab kita sendiri. Siapa pun calon, tanggungjawab kita adalah untuk memenangkan parti.
Kemenangan kerusi ini sesungguhnya sangat penting bukan hanya untuk PAS malah Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia. Permatang Pauh boleh dikira pembakar obor, tetapi ia belum cukup untuk mencetuskan “upset” kerana kerusi Permatang Pauh sekadar bertukar tangan dari PKR ke PKR. Kuala Terengganu adalah kerusi Umno-BN. Jika ia mampu ditumbangkan, isyarat yang diberikan adalah bahawa BN sah telah bersedia untuk dikuburkan.
Ketika itu kawan-kawan dalam BN akan makin gundah-gulana, dan saya yakin jika ia tercapai, masing-masing akan mula bersedia, untuk melompat atau apa sahaja, ketika itu tidak perlu dipelawa, kerana isyaratnya cukup kuat bahawa rakyat sudah hilang sama-sekali keyakinan terhadap Umno-BN.
Bayangkan Umno tewas sebelums empat membanjiri PWTC untuk Perhimpunan Agung mereka. Umno tewas belum pun sempat proses peralihan kuasa berlaku dalam partinya. Jika ini berlaku bersedialah untuk menyaksikan runtuhnya empayar Umno sebagaimana yang dinantikan ramai.
Kerana itu sempena suasana korban ini, seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan besar berlaku dalam lanskap poltik negara, perlu bingkas bangun berkorban untuk memastikan BN terus rebah, berdengus dan terkorban, pupus dan hilang terus dari persada politik tanahair.
Ini bukan cubaan, ini betul-betul, itu dialog Pak Mustar, tetapi dalam hal ini yakinlah Kuala Terengganu insyallah akan betul-betul menjanjikan perubahan besar-besaran kiranya Umno-BN berjaya ditewaskan. Ianya kini terletak di atas kita, tidak kiralah samada kita mengundi di KT atau tidak, semua kita perlu berkorban membantu memberikan kemenangan kepada PAS selaku wakil Pakatan Rakyat.
Jangan terjerumus dalam perangkap BN, jangan lalai, jangan tertipu. Jangan biarkan apa sahaja kecenderungan untuk perpecahan berlaku, perpaduan dan kerjasama penting disaat ini. Kerasna itu nama-nama calon inis erahkanlah pada pimpinan untuk putuskan. Siapa pun calon yang diputuskan nanti kita akur dan terima, jangan terlalu ghairah disaat ini, takut nanti ada yang kecewa dan berpatah hati, ini jika dibiar berlaku sudah pasti mengusutkan prospek kita.
Ayuh bekerja mulai sekarang. Bersama berkorban untuk menjuarai perubahan dalam negara!
6 comments:
Pada kau penyokong dan pemimpin PAS kena berhati - hati dengan provokasi UMNO dan Be End sekarang ni nampaknya isu pemilihan calon sedang dipermainkan dengan kerap oleh mereka.
Tidak kurang dariitu, mereka juga mempermainkan isu calon yang datang dari luar Terengganu, bagi aku pandangan Tok guru perlulah dihormati, camnapun terpulanglah kepada pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan.
Jangan kalah sebelum bertarung sudahlah...
Insyaallah, semoga ALLAH makbulkan doa mereka yang kena zalim.
Sesungguhnya umat ISLAM dan BANGSA MELAYU hidup memakan hati diatas penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh regim UMNO/BN selama ini. Maka sekarang ini sebilangan ramai rakyat Malaysia dan umat Islam mengharapkan kepimpinan PR mengambil alih pemerintahan kerajaan Pusat dengan kadar yang lebih segera.
HANYA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SAHAJA DAPAT MENEBUS MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DARI DI CEMARI OLEH KEBEJATAN UMNO/BN.
Sdra Roslan,
Tak terfikirkah cabaran yang akan dihadapi di Kuala Terengganu nanti apabila kita melihat pergolakan pemerintahan di selangor, perak, kedah. Saya sangat bimbang ia akan mempengaruhi rakyat. Pemikiran Melayu kita mau melihat sesuatu yang terbaik selepas pemimpin bercakap hendak melakukan sesuatu yang terbaik dan kemudian apabila mereka kecewa, mereka rela memilih ketul tahi pun.
-azizi hj abdullah
harap PAS tulen menang.
akan bertambah suara pejuang Islam dan gegak gempita di Parlimen apabila pejuang tulen hadir di dewan.
calonkan Dr Syed Azman...:)
tidak kira siapa yang menang dari mana mana pihak pada pandangan saya ASALKAN seorang muslim yang adil memimpin dan menjadi teladan yang baik kepada semua. tidak perlulah berebut rebut kerana tanggungjawab tersebut sangat sangat berat. Bukan sekadar mencari nama, mementingkan kuasa, memecahkan umat.
Post a Comment