Ucapan penangguhan
En. Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir
Sempena Mesyuarat Penuh Majlis MPSJ Bil. 7/2008 (26/11/08)
YBhg Dato Pengerusi dan ahli-ahli majlis sekalian
Sedar tidak sedar perlantikkan kami sebagai ahli majlis di majlis Perbandaran Subang Jaya ini sudah menghampiri ke tempuh separuh penggal, sudah pastilah dalam tempuh yang walaupun singkat ini banyak pengalaman dan ilmu yang telah ditimba dan diperolehi. Interaksi dan hubungan di antara kami selaku ahli-ahli majlis dengan para pegawai dan kakitangan MPSJ serta rakyat jelata di luar sana sedikit sebanyak telah membantu dalam kami memahami dan melaksanakan tugas dan amanah sebagai ahli majlis yang dipilih oleh kerajaan negeri.
Sesungguhnya pilihan raya umum ke 12 lalu telah menyaksikan peralihan kuasa diperingkat negeri, yang sebelum ini tidak pernah berlaku di Selangor. Hasilnya keluarlah kawan-kawan lama dan masuklah kawan-kawan baru. Yang keluar pergi dengan baik, yang datang masuk dengan tertib. Bagi kami yang baru ini mandat dan kepercayaan telah diberikan oleh rakyat, dan kami ke sini dengan amanah untuk membawa perubahan memperkenalkan sesuatu yang lebih baik dari yang ada sebelum ini.
YBhg Dato Pengerusi dan ahliahli majlis sekalian
Rakyat mahukan sesuatu yang baru dan baik bagi mereka, lalu kita memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan amanah ini. Saidina Abu Bakar as Sidiq r.a, Khalifah Islam yang pertama pernah menyebut:

'Wahai manusia, aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak daripada kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, maka perbetullah aku. Benar itu amanah, bohong itu khianah."
Insyallah sekiranya kita semua di MPSJ ini dari ahli-ahli majlis sehinggalah seluruh pegawai dan kakitangan dapat bekerjasama atas dasar hormat menghormati dan menjunjung amanah rakyat saya yakin kita akan dapat melahirkan MPSJ yang lebih baik dan berjaya.
Tidak dapat dinafikan kami semua melangkah masuk ke MPSJ, sebuah PBT yang telah pun paling baik dari segi pentadbiran dan pengurusannya di Selangor dan malah seluruh negara, inilah peluang bagi kita untuk mengembeling tenaga, ahli-ahli majlis secara profesyional menyumbang idea dan cadangan agar yang telah baik menjadi lebih baik bagi lagi membuktikan kemampuan kita, dengan didokong oleh para pegawai dan kakitangan demi memberikan nama baik kepada kerajaan negeri yang baru yang didokong oleh rakyat ini.
YBhg Dato Pengerusi dan ahli-ahli majlis sekalian
Satu perkara kita perhatikan cuba diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan YAB Dato MB Selangor yang baru ini adalah pengasingan kuasa, buat pertama kali dalam sejarah selangor ahli-ahli DUN tidak duduk di dalam PBT. Ini bagi memberikan kebebasan kepada pimpinan diperingkat kerajaan tempatan untuk membuat keputusan dan dasar demi kebaikan PBT tanpa camputangan dari wakil-wakil rakyat namun tidak pula lari dari dasar dan peraturan yang dibikin dan diluluskan oleh kerajaan negeri.
Langkah berani kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini sewajarnya dihormati dan kita diperingkat PBT khasnya ahli-ahli majlis bertanggungjawab membuktikan yang ianya ”workable” dengna izin demi kebaikan rakyat dan kerajaan negeri Selangor.
YBhg Dato Pengerusi dan ahliahli majlis sekalian
YBhg Dato Pengerusi dan ahliahli majlis sekalian
Saya perhatikan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh MPSJ demi memperabaikkan lagi mutu perkhidmatannya yang telah pun baik itu
1) Penguatkuasaan: kita di sini meluluskan pembangunan, menyediakan kemudahan dan infrastruktur, memberikan perkhidmatan, namun dalam waktu yang sama jika aspek penguatkuasaan tidak dipertingkatkan kecekapannya, segala yang baik yang kita laku dan perkenalkan akan dilihat tidak berkesan. Kita ada undang-undang dan peraturan tetapi ia tidak dihormati lalu masyarakat menjadi leka dan lalai akhirnya merugikan majlis. Pengutkausaan penting agar undang-undang dan pertauran dihormati supaya masyarakat menjadi lebih teratur sempurna dan selamat.
2) Pihak majlis perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kejayaan JKP-JKP seluruh MPSJ. Kita telah tubuhkan JKP dipengerusikan kali ini oleh ahli-ahli majlis, pastikanlah semua kemudahan infra, sokongan dan tumpuan diberikan oleh semua jabatan agar peranannya dapat dijalankan sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri yang baru ini. Para pegawai MPSJ yang ditugaskan membantu pengerusi-pengerusi JKP mestilah proaktif dan cekap.
3) Ukhuwah ataupun ikatan hubungan yang baik antara ahli-ahli majlis dan para pegawai serta kakitangan MPSJ perlu sentiasa dijalin. Saya sebutkan diawal tadi tentang perubahan kuasa, kita semua datang bukan sebagai wakil-wakil pembangkang tetapi sebagai wakil kerajaan, sebagai pemimpin kepada para pegawai serta kakitangan MPSJ ini, mereka bukannya musuh tetapi anak-anak buah kita. Sebagai pemimpin kita membimbing bukannya menghukum, sebagai pemimpin kita membuktikan kemampuan bukannya mencetuskan keraguan. Dengan izin : ”Respect is earned and never freely given” ataupun ”Penghormatan itu diperolehi dan bukannya diberikan secara percuma”.
4) Kawasan perbandaran Subang Jaya ini mempunyai prospek untuk terus membangun dan semakin dekat dan hampir saya percaya untuk layak memperolehi taraf bandaraya, kerana itu majlis mestilah dilihat sebagai ”business friendly”, kita melaksanakan peraturan namun dalam waktu yang sama kita bersedia mendengar dan menimbangkan cadangan dan pandangan komuniti peniaga dan penduduk, keanjalan sikap ini akan merangsang kemajuan yang lebih pesat. Walaubagaimanpun aspek moral yang membina masyarakat yang sihat dan selamat perlu ditekankan. MPSJ mesti tegas dalam mengawal dan menutup pintu dan ruang maksiat dan keruntuhan moral. Biar Subang Jaya menjadi selamat dan selsea serta bersih untuk semua demi masa depan anak-anak dan jenerasi kita yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
2 comments:
salam.
Saya hadir majlis tadi. Tahniah kepada Ketua Penerangan PAS Selangor atas ucapan yang baik dan bernas.
Lps habis, ramai menepuk tangan, termasuk pengarah2 jabatan di MPSJ.
Roslan juga mendapat ucapan tahniah daripada rakan2 MPSJ.
Bagi kita, itu ucapan biasa, bagi mereka mungkin ada nilai yang "tersendiri".
Wassalam.
Asm Tuan
Saya mewakili kakitangan MPSJ mengucapkan syabas dan tahniah atas ucapan Tuan tadi yang sungguh bernas dan memberikan harapan baik buat kami.
Tuan mencipta rekod sebagai ahli majlis pertama menerima tepuk sokongan dari semua yang hadir, ahli-ahli majlis (termasuk dari PKR, DAP dan NGO)dan para pegawai, setelah menyampaikan ucapan penangguhan, tak pernah berlaku lagi di MPSJ sebelum ni.
Bagi kami pimpinan PAS telah berjaya menempatkan diri mereka dekat dengan hati rakyat.
Syabas sekali lagi, kami semua di belakang Tuan dan rakan-rakan.
:Staf MPSJ, Tingkat 3
Post a Comment