Wednesday, November 19, 2008

Surat terbuka kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

YAB Tan Sri,

Semoga Tan Sri dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam pimpinan dan rahmat Allah swt.

Saya ingin menarik perhatian Tan Sri kepada isu “Istana” Allahyarham Dato’ Zakaria Md Deros. Saya percaya Tan Sri masih ingat betapa kita telah bersama dengan rakan-rakan lain dari PKR, PAS dan DAP berhimpun di Majlis Perbandaran Kelang serta menyerahkan memorandum kepada Istana menyatakan bantahan kita terhadap pembinaan “Istana” ini ketika Dr Khir Toyo masih MB Selangor dahulu.






Ketika itu himpunan aman kita hampir mahu diganggu pihak polis apabila Tan Sri menyerahkan pembesar suara kepada Dato’ Dr Hasan Ali. Mujurlah kepantasan Tan Sri bertindak ketika itu telah mengelakkan suasana dari menjadi lebih tegang. Pihak polis enggan memberikan kebenaran kepada Dr Hasan berucap tetapi Tan Sri “insist” yang Dr Hasan akanb membaca doa. Akhirnya dalam doa beliau Dr Hasan telah berjaya menyampaikan mesej yang turut diaminkan semua pihak termasuk polis.

Segala-galanya telah berlalu. Tan Sri dan Dr Hasan kini ditakdirkan Allah swt bersama memimpin negeri ini dengan Tan Sri selaku MB dan Dr Khir pula kini ketua pembangkang. Manakala Dato Zek pula telah mendahalui kita bertemu Allah swt.

Tan Sri sendiri baru-baru ini telah menerangkan bahawa isu “Istana” ini telah selesai apabila Allahyarham dan kemudian keluarganya telah memetauhi syarat-syarat PBT dan kerajaan negeri yang sebelum ini mereka ingkari dan tidak beri perhatian. Kini tinggal isu kawasan halaman “Istana” nya di Kampung Idaman, Pandamaran seluas 2,269 kaki persegi yang dikatakan berada atas tanah milik kerajaan.

Kawasan itu dipagari oleh Allahyarham dan ditanam pula dengan pokok buah-buahan. Menurut anak Allahyarham tiada binaan kekal yang dibuat di atas tanah berkenaan dan kini keluarga mereka merayu agar mereka diberikan TOL (Lesen Pendudukan Sementara) untuk terus mengekalkan halaman berkenaan.

Anak Allahyarham dalam laporan akhbar hari ini berkata:

“Saya memohon maaf kerana menanam pokok berkenaan sebelum mendapat kelulusan TOL. Kami tidak berniat untuk melanggar mana-mana undang-undang nselain berharap kerajaan negeri menimbang semua permohonan sebelum ini”

Atas dasar perikemanusiaan dan mengambil kira jasa Allahyarham yang sebelum ini pernah menjadi ADUN Selangor, walaupun tidak sehaluan dengan kita, walaupun pernah zalim terhadap kita (termasuk menampar YB Teng di Dewan) saya yakin Tan Sri tidak akan keberatan untuk menimbang dan meluluskan permohonan keluarga Allahyraham ini walaupun mereka tidak sefahaman (politik) dengan kita.
Tunjukkanlah Tan Sri bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini bukan kerajaan yang berdendam apalagi zalim dan tidak mengenang jasa. Kita tegas dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan namun dalam waktu yang sama kita bertimbang rasa dan sentiasa terbuka dan bersedia memaaf dan melupakan yang lepas-lepas.

Tan Sri akan muncul sebagai MB Selangor yang “magnanimous”, yang besar jiwa dan membela semua pihak tanpa mengira fahaman politik kepartian.

Biar rakyat melihat dan dapat mengesan beza antara kita dan kerajaan negeri BN dahulu. Walaupun kita pernah diperlakukan semasa berhimpun di MPK dahulu tetapi kerana kini kita kerajaan, kita buktikan yang kita tidak seperti mereka.

Khir Toyo telah mencabar Tan Sri dan kerajaan negeri agar bertindak terhadap “Istana” ini. Biarkan Khir Toyo begitu, kerana beliau bukan seperti kita.

Mengenali hati budi Tan Sri dari dekat saya yakin dan percaya Tan Sri tidak akan keberatan mengambil kira rayuan keluarga Allahyraham ini. Mudah-mudahan Tan Sri dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat Selangor terus dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat, dan mudah-mudahan pihak BN sedar akan kesilapan dan kelemahan mereka selama ini.

Terima kasih Tan Sri dan selamat maju jaya.

12 comments:

ashlar1996 said...

Tak bersetuju dgn pendapat ini....

Tanah haruslah diambil semula oleh kerajaan negeri, selepas itu baru di'mesyuarat'kan untuk menentukan kewajaran untuk di beri 'TOL' atau tidak...kelembutan pun ada bertempat bro.....jgn jd bodoh.

Anonymous said...

Elok sangatlah cadangan brother tu. Biar org Umno tengok mcm mana kita guna kuasa bila ada kuasa, tak zalim dan menindas mcm mereka.

Hello ashlar lu kalau nak bagi pandangan bagilah cara sivik jgn nak bodoh-bodohkan org.....lu dulu kat sekolah tak belajar sivik ya....

JAWA MERU

Anonymous said...

Kalau dirampas pun tanah tu atau diberikan saja tanah tu tidak akan merubah apa-apa pun. Rumah dah dibina, dan jugak telah didiami. Kalau bercakap dari segi hak memag kerajaan negeri ada hak. Tetapi menegakkan hak pada tempat yang salah akan menyebabkan kita kehilangan hak-hak yang lebih besar. Peduli apa dengan cabaran Khir Toyo tu, jangan dilayan sangat apa yang UMNO bebelkan. PR dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat. jadi utamakan kebajikan rakyat, dan jika penduduk istana tersebut akur bahawa mereka juga rakyat so layanle seperti rakyat jugak. hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Lantak le jika UMNO tak nak berterima kasih, yang penting PR dah laksanakan amanah pada rakyat.

Anonymous said...

sdr
saya amat menyokong pandangan ini. saya amat yakin bahawa kebaikan/budi yang diberi tidak akan sia-sia.tersalah beri kebaikan atau kemaafan adalah terlebih baik kepada sesiapa sahaja dan kita kita akan rugi apa2 pun.kepada Allah berserah.
sekian.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Harap-harap Tan Sri membaca saranan baik Abg Lan ini. Tunjukkanlah Tan Sri biar mereka semua nanti ikut kita belaka.

[orang kampung]

Anonymous said...

salam roslan,

ini bukan isu balas dendam. Jika diluluskan intotal, ianya akan menjadi precedent. 2269kaki persegi atau 2269m2 Kalau tidak silap saya baca ialah 2269m2. Kalau 2269sqft, ianya kecil sgt iaitu sekangkang kera dua biji rumah 20x70.

2269m2 adalah SETENGAH EKAR! Sememangnya sebuah istana memerlukan paling tidak setengah ekar depan rumahnya.

Gambar itu sahaja sudah menggambarkan ianya buka 2259kaki persegi. Ia menggambarkan setengah ekar.

Kalau nak beri pun, tak le sampai setengah ekar. Beri laa ala kadar utk depan rumah yg selesa tapi bukan nya depan rumah yg penuh dgn kemegahan keluasan.

Yup...kadang kadang org bertindak sehingga lupa bahawa kita boleh mati mengejut...tapi ini dah berlalu.

So roslan, 2259kaki persegi, yg anta tulis adalah misleading.

hakim noh said...

salam semua,

1) abdullah anak umar al khattab.. mati setelah menerima 88 sebatan (kalu saya tak silap) atas kesalahan zinanya..sang algojo berhenti kasihan atas batang tubuh si abdullah...lalu Umar al khattab mengambil rotan dr sang algojo dan terus menyempurnakan 100 kali sebatan.

2) sejak bila kita nak jadi stateman ni.....

nazri said...

muslim dan muslimat sekelian...selagi tiada rancangan pembangunan di kawasan tersebut,selagi tiada rakyat yang lebih memerlukan untuk bercucuk tanam di situ,ape la kiranye dibenarkan penggunaan tanah untuk bercucuk tanam...hasilnye nanti dapat gak kat burung2,semut2,ulat,makhluk Tuhan jugak...

Anonymous said...

Pendekatan yang dianjurkan oleh Roslan memang baik tapi sangat tidak praktikal.

Kesan moralnya besar...dan bakal dijadikan tauladan kepada rakyat lain.

Selepas ini, rakyat Selangor boleh lah mengambil-guna mana-mana tanah kosong milik kerajaan dan apabila diambil tindakan oleh pihak berkuasa, buatlah rayuan kepada kerajaan. Apa akan jadi kalau rakyat berperangai seperti itu?

Sepatutnya Kerajaan Selangor perlu bertegas, kerana itu adalah peraturan dimana semua rakyat mesti berada dibawah peraturan..bukannya lebih tinggi dari peraturan.

Mungkin boleh tanah itu diberi atas nama budi bicara..tetapi soalnya untuk apa? kerana tanah itu digunakan untuk orang ramai? kerana tanah itu dibina bangunan awam? atau kerana individu yang mengambil tanah itu orang yang sangt memerlukan? orang miskin? orang kurang upaya? atau apa sehingga Roslan merayu bagi pihaknya.

kalau kerajaan selangr mengambil balik tanah itu ia tidak akan menzalimi sesiapa malahan akan dilihat berlaku adil kepada smeua pihak.

Dan saya merayu MB selangor daripada menerima cadangan daripada Roslan itu lebih baik MB menggunakan kuasa budi bicaranya untuk mempertimbangkan secara adil dan telus permohonan rakyat untuk menggunakan tanah kerajaan bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan, membuat penempatan sementara sebelum mendapat rumah atau sebagainya.

Bukan mmbuang masa mempertimbangkan pihak yang tidak mengikut peraturan!!!

E.G.O said...

memang sukar menjadi hamba yang pemaaf..

Ya Allah, jadikan hati-hati kami hati-hati yang pemaaf..

Sungguh Kau sebesar-besar Pemaaf..

Anonymous said...

Kita berlembut ada tempatnya. Saya setuju agar Tan Sri tidak lagi berkompromi dengan hal ini. Jangan ditambah kebencian rakyat terhadap arwah. Fikirkan tentang rakyat yang susah dan berkecil hati dengan perbuatan arwah dulu. Dengan mengenakan sedikit 'denda' atas kesalahan arwah itu, sekurang2nya Tan Sri akan meredakan kemarahan rakyat dan insyaAllah roh arwah pun boleh sedikit tenang...

Muhamed said...

ok dah cadangan Roslan tu..jgn ada politik dendam macam Pas Trganu dulu.tapi dalm isu ni kena buat ikut prosedur..dan kalau ada permohonan maaf dari family tu kira ok dah...kan..kalau Selangor boleh pertimbangkan permonan waris si mati, silakan..