Friday, November 07, 2008

PAS lah tunggak kejayaan PR

Saya menerima SMS berikut semalam:

Salam. Dah baca ke artikel dlm s’kini “do not trust pas”?

Saya tak mahu membuat andaian mengapa pengirim SMS itu bertanya demikian kepada saya, tetapi saya mahu menjawab “ya” saya sudah baca beberapa hari sebelumnya. Apa ulasan saya terhadap artikel itu? Sebenarnya ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk mengulas kerana ternyata ia ditulis dengan penuh emosi sehingga tersasar dari kebenaran dan lebih merupakan provokasi untuk memburukkan imej PAS, tetapi kerana ada yang seakan mendesak saya mengulas, marilah sama-sama kita menelitinya.

Penulisnya Arvin Kalam Pereira dan artikelnya bertajuk : “We cannot trust PAS” itu sebenarnya keluar dalam portal Malaysiakini sebagai surat dari pembaca.

http://www.malaysiakini.com/letters/92517

Sebenarnya saya sangat musykil apabila seseorang penulis menulis seolah dia mewakili semua orang. Menggunakan istilah “we” yakni kita atau kami, dari tajuk sampai ke isinya, Arvin seolah mendakwa yang dia adalah suara rakyat Malaysia. Di sinilah terpaparnya keberanian seorang penulis, tetapi bagaimana dengan pembacanya? Adakah mereka juga berani menerima dan menganggapnya benar dan betul belaka? Terpulanglah.

Cuba perhatikan dipenghujung artikelnya, beliau menulis:

So the answer to the ultimate question, is PAS actually Umno with an Islamic tag? The answer is ‘yes’ but with the ‘but’ - but it is worse than Umno. Why? Because Umno does not camouflage itself, it says what it stands for.

Jadi jawapan kepada persoalan utamanya adakah PAS sebenarnya Umno dengan jenama Islam? Jawapannya “ya” tetapi ia lebih teruk dari Umno. Mengapa? Kerana Umno tidak cuba menyembunyikan dirinya yang sebenar, ia (Umno) menyatakan dengan tegas apa yang ia perjuangkan.

Arvin menjatuhkan hukum bahawa PAS ini Umno dengan jenama Islam dan malah lebih teruk dari umno kerana PAS bagaikan sesumpah, boleh bermuka-muka demi untuk mendapatkan sokongan rakyat. Saya sebenarnya tidak mengenali Arvin ini tetapi saya beranggapan beliau pun mungkin tidak mengenali dan tahu akan sejarah PAS yang lebih 50 tahun itu. Kerana itu saya tidaklah terlalu gusar dengan pertuduhannya yang berbagai itu.

Antara yang beliau utarakan bahawa PAS tidak boleh dipercayai kerana:

1) Isu Madam Low di PKNS adalah bukti PAS sebenarnya parti perkauman
2) PAS kononnya membantah cadangan PKR dan DAP untuk melantik Timbalan
MB untuk negeri-negeri Perak dan Selangor dari kalangan wakil PKR dan DAP
kononnya atas alasan kaum dan agama
3) PAS Kedah melarang artis wanita membuat persembahan di negeri itu berten-
tangan dengan manifesto PAS
4) PAS pernah bersekongkol dengan Umno untuk menjatuhkan kerajaan PR

Dan berdasarkan contoh-contoh di atas Arvin mendakwa PAS bukan hanya tidak harus dipercayai malah sebenarnya adalah replika kepada Umno! Kemudian Arvin menegaskan:

So where does this leave us, we Chinese, Indians and Malays who had voted for PAS on its promise that it has matured into a moderate and ethical multi-racial Islamic party. We need to send a loud and clear message on our dissatisfaction to PKR and to a lesser degree DAP as well as to all Malaysian voters

Jadi kesimpulannya, kita masyarakat Cina, India dan Melayu yang telah mengundi PAS atas janji yang ia (PAS) sesungguhnya telah menjadi sebuah parti Islam yang moderat dan berbilang kaum, kita perlu memberi isyarat yang tegas akan ketidakpuasana hati kita kepada PKR dan DAP dan seluruh pengundi Malaysia.


(PAS adalah parti Islam, itulah Islam yang diperjuangkannya sejak ditubuhkan dan itulah juga Islam yang sama dibawa ke medan pilihan raya sejak 1955 membawa ke 1959 hingga kini. Islam tidak ke barat atau ke timur, tidak moderat atau liberal atau ekstrim, tetapi satu itulah ia sejak dari zaman Rasulullah saw sehingga kini. Siapa pula yang memoderatkan Islam?)

Hasil dari pertuduhannya itu Arvin mahu menyampaikan mesej bahawa:

PERTAMA: Jangan lagi letakkan calon-calon PAS di kawasan berbilang kaum seperti di Kota Raja. Jika letak juga maka kita akan rosakkan undi kita dan biarkan BN menang. Letak sahaja calon-calon PAS dikerusi yang 70 ke 80% pengundi Melayu dan biarkan mereka mencuba nasib mereka di sana.

Biar PKR sahaja bertanding di kerusi-kerusi ini kerana nanti PAS akan mengugut kita yang mereka akan hanya sokong pembentukkan kerajaan jika sebuah negara Islam di bentuk dan hudud dilaksanakan.

KEDUA: Jangan berikan PAS terlalu banyak kerusi sehingga mereka mampu menjadi “king-maker” (sebagaimana yang dinyatakan oleh TG Hj Abd Hadi). Jika rakan-rakan dalam PR merelakan juga maka para pengundi wajar menolak sahaja calon-calon PAS sehingga mereka tidak sampai ke peringkat itu (king-maker).

KETIGA: Kini sebahagian besar masyarakat India secara membuta telah menyokong PAS dengan menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS. Mengapa PAS tidak membenarkan orang-orang Cina dan India ini menjadi ahli-ahli PAS? Inilah bukti penipuan PAS.

Sungguh licik mesej Arvin di atas, malangnya ia dibuat tanpa perhitungan politik yang bijak dan lebih ke arah mahu memburukkan imej PAS, kerja sebegini telah dibuat dengan baik oleh Umno, MCA dan MIC sejak 50 tahun lalu.

Memang saya tidak nampak bijak lansgung mesejnya itu, tetapi sekadar membuat ulasan. Jika mesej yang pertama dipakai, maka banyak juga kerusi PKR perlu diserahkan kembali kepada PAS, mungkin Arvin tak sedar tetapi kerusi-kerusi Permatang Pauh, Gombak, Ketereh, Kuala Kedah, Machang dan Tanah Merah yang kini diwakili PKR contohnya adalah merupakan kerusi-kerusi tradisional PAS (Permatang Pauh pernah diwakili PAS) tetapi dikorbankan dengan rela oleh PAS buat rakan-rakan mereka dari PKR. Itu baru kerusi Parlimen.

Mesej kedua Arvin itu saya kira sangat nakal dan sukar ditegakkan. Adakah dengan itu bermakna PKR dan DAP akan bertanding di kerusi-kerusi tradisional PAS di Kedah dan Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS sejak zaman-berzaman demi memastikan PAS tidak menjadi king-maker?

Dan ketiga, sesungguhnya Kelab Penyokong PAS ditubuhkan untuk memberi ruang kepada masyarakat India dan Cina serta suku lain yang tidak Islam, yang tidak mahu menyokong parti lain, untuk duduk bersama PAS. Mereka berada di sana atas kerelaan hati masing-masing setelah faham dan sedar akan mesej dan maksud perjuangan PAS. Untuk menyatakan yang mereka menyokong PAS secara membuta adalah penghinaan terhadap mereka, dan atas itu saya kira Arvin perlu memohon maaf. Atas kekangan peruntukkan perlembagaannya PAS tidak dapat membenarkan masyarakat bukan Islam menjadi ahli PAS kerana itu kelab ini ditubuhkan. Tahukah Arvin bahawa sejak beberapa muktamar PAS yang lalu wakil kelab ini diberikan kebenaran berucap dalam muktamar PAS?

Arvin berhak mengemukakan hujahnya tetapi bagi saya sifir dan perhitungannya meleset. PAS for all adalah kesediaan PAS untuk memanjangkan perjuangannya buat semua. PAS adalah parti Islam tetapi bukan untuk berjuang bagi membela orang Islam sahaja ia bersifat menerima siapa sahaja yang sanggup menerimanya, tetapi tidaklah bermakna PAS akan menyesuaikan dirinya demi kerana ketagihkan sokongan. Yang PAS bawa adalah keadilan dan keindahan Islam bukan untuk dinikmati oleh orang Islam sahaja tetapi juga untuk yang bukan Islam, itulah PAS for all.

Soal PAS bertemu dengan Umno adalah proses muqaballah untuk memanjangkan mesej Islam ini, tetapi tidaklah sampai ke peringkat meninggalkan kawan-kawannya dalam PR. Sebagimana ditegaskan oleh Presiden PAS, bahawa PAS akan bertemu dan berbincang dengan sesiapa pun untuk memanjangkan mesej dakwah ini. Kini kerajaan PR megah berdiri di lima buah negeri, dan kehadiran PAS lah yang memastikan keteguhannya kecuali mungkin di Pulau Pinang.

Kesimpulannya Arvin menafikan hakikat bahawa akar-umbi rakyat Malaysia hari ini sudah menerima dan mengiktiraf PAS. Ketokohan kepimpinannya yang bersih dan ikhlas telah menambat hati mereka tidak kiralah dari mana kaum atau kepercayaan sekalipun. Menyamakan PAS dan Umno adalah satu tindakkan yang melampau, kerana bukan sahaja orang Melayu malah India, Cina dan apa suku kaum sekalipun hari ini tahu akan bezanya antara PAS dan Umno.

Akhirnya Arvin terlupa bahawa PKR dan DAP sedar dan iktiraf bahawa sumbangan terbesar terhadap kejayaan PR dalam PRU yang lalu selain dari sokongan rakyat jelata adalah kecekapan dan kesungguhan jentera PAS yang bertungkus-lumus, ikhlas bekerja dan berkhidmat disemua peringkat walaupun di kerusi-kerusi yang PAS tidak bertanding. Di kerusi-kerusi ini mereka bekerja tanpa upah dan habuan seolah-olah calon yang bertanding itu calon PAS. Berapa banyak kawasan Parlimen yang tidak ada jentera selain jentera PAS, itulah sumbangan PAS kepada kejayaan PR.

Oleh itu adilkah setelah kita sampai ke peringkat ini, PAS mahu dicap sebagai parti yang tidak boleh dipercayai? Fikirkanlah.

15 comments:

Anonymous said...

salam,

perkataan 'we' atau 'rakyat' yang sering digunakan oleh pr atau pkr secara khususnya yang kononnya mewakili kaum majoriti telah gunakan dalam mengenakan Pas kali ini.

pada saya bukannya pkr dan dap tidak dapat memahami perjuangan Pas TAPI sebalik Pas yang gagal memahami perjungan dap dan pkr dalam menubuhkan negara liberal dan sekular jauh sekali mengiktiraf penubuhan negara islam.

fikirkanlah....

-melayutara

CUCU TOK KEDU said...

artikal tersebut semata-mata untuk mengisi ruang kecil bagi memecahkan PR antara PAS dengan PKR! Ini semua kerja orang luar PR! Kalau dalam PR ianya agen Umno/BN!

http://rp-semantan.blogspot.com

Anonymous said...

"PAS BERSUARA MACAM UMNO"

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.

-anak penang

cucuabuseman said...

Yes!!negara liberal...mereka x kisah apa agama, bangsa mahupun jantina sesorang untuk menjawat kepemimpinan negara..janji orang tu berkebolehan..tiada bias!!!tapi PAS mungkin dah faham isu tu, tapi atas nama nak cilok-cilok kot-kot boleh pengaruh puak tu faham Islam..depa pun berpakatlah dengan puak ini...sekarang ni kemenangan Obama dilihat sebagai suatu kemenangan suatu sistem demokrasi yang liberal...apakah kita menerima liberal seperti ini???NO MORE BIAS?EVERYBODY IS THE SAME WITH SAME OPPURTINITIES TO BE A LEADER???

rosidi hussain said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan Roslan SMS... Bagi saya PR masih tidak mempunyai formula kerjasama yang terbaik lagi pada saat ini. Mungkin dalam proses. Apa pun, we try to solve our problem in PR and don`t create even a single problem .. Malulah pada tuhan..

Anonymous said...

andaikata kerajaan pusat berpihak kepada PAKATAN RAKYAT adakah pas sudah bersedia untuk melaksanakan perlembgaan islam? kalau tak dapat dilaksanakan diperingkat pusat laksanakan dahulu diperingkat negeri. biar menjadi model kepada negeri2 lain. saya syorkan hudud dilaksanakan di selangor dan bukan dikelantan. insyaallah moga2 orang2bukan islam dapat menilainya dengan lebih jelas.

tokpegulu

Tok Long said...

Mereka lupa PAS lah yg membantu mereka menang di Perak, Kedah, Penang dan Selangor ....

Kalau tidak mereka pun tak dapat bercakap sebebas sekarang ... semua dah di ISA kan oleh UMNO...

http;//yeopkampo.blogspot.com

Anonymous said...

siapa arvin? musuh islam ada dimana2 disetiap zaman.

plaster said...

entah-entah orang mic...

cikli said...

biarkan dia....dia tak tahu.....

Anonymous said...

saya rasa amat tidak patut malaysia kini mendedahkan satu isu yang boleh mengheret kepada perpecahan..

Sudah pasti PAS yang sememnagnya membawa dasar Islam yang juga dikenalai sebagai Islam untuk semua peka dan ariff tentang permasalahan ummah samaada islam ataupun saudara kita yang bukan Islam.

Anonymous said...

saya rasa yg banyak beri komen dalam ruang komen ni adalah golongan munafiq UMNO lah..diorang ni berlakon kononnya mereka adalah penyokong pr konon..sebenarbnya diorang adalah batu api pemecah belah rakyat dan pakatan rakyat..mereka adalah golongan UMNO/BN yg kecewa tak dapat nak terima kekalahan..mereka manusia yg tak sedar diri.....menolak allah menolak islam..!!!

anakselatan

Anonymous said...

salam anak selatan,

sekiranya anda terus berada didalam alam penafian hakikat, selama itulah Pas akan terus berada di bawah!!1

-malayutara

azmi68she said...

Salam,
Memang tidak dapat dinafikan bahawa di Malaysia ini haruslah orangMelayu yang memegang tampuk pemerintahan negara ini sebabnya tak perlulah diperjelaskan lagi kerana masing-masing sudah tahu. Cuba kawan-kawan tengok apa kata PM Singapura pada media ini hari, katanya buat masa sekarang ini biarlah bangsa Cina yang menjadi PM negara itu. Sama lah dengan Malaysia ini.Sendiri mahu ingat.
Arvin itu lupa di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.Dia lupa di negara mana yang dia berada sekarang ini bukannya di India tapi Malaysia. Harap Arvin tidak lagi membangkit perkara ini kerana jika benar PAS tidak boleh dipercayai atau benar bersahabat dengan UMNO tak lain dan tak bukan hanya kerana ISLAM sahaja. Bukannaya hendak wang yang bertimbun.

Sekian. salam perjuangan demi menegakkan hukum-hukum Allah di muka bumi ini.

Anonymous said...

melayu utara n anak penang ni memang mangkaq. cubalah pikiaq mai, kita nie kalu nak makan nasik kena basuh tangan , baca bismillah dulu, makan dengan tangan bukan kali lol oiiii. nak mkn pun ada step takkanlah baru duk pegang negeri berapa bulan baru nak buat kalut. nantila sat.. yang alif min nun wau = sarkas pegang negeri sampai 50 tahun hempa tak kalut.
Yang cina bukak kedai arak pun pakai lesen, sapa bagi...puak sarkas nie la bagi. nanti hujung tahun kita tengokla...kalu tempat melayu kita jangan luluskan lesen lagi, kalu kawasan cina 2 biaqpi kat depa la...

Awat hempa dua ekoq tak dak otak ka? Yang tulisan hempa duk teerjuloq terjeliq kat blog nie apa hal...