Sunday, November 02, 2008

Najib sudah layak ditabal Presiden “baru” Umno

Sebentar tadi calon Presiden Umno, Najib Tun Razak telah memperolehi pencalonan yang ke 133 dari Umno bahagian Cameron Highlands bagi melayakkan beliau untuk diisytihar “menang tanpa bertanding” untuk jawatan Presiden Umno apabila parti tersebut bersidang Mac 2009 nanti. Umno mempunyai 191 bahagian dan setakat jam 4.15 petang tadi 134 bahagian telah bersidang dengan hanya 1 memncalonkan Tengku Razaleigh Hamzah iaitu bahagiannya sendiri (Gua Musang).

Menurut peraturan Umno seorang calon Presiden hanya layak bertanding jika memperolehi 30% pencalonan ataupun 58 bahagian mencalonkannya. Dengan pencalonan ke 133 ini bermakna pesaingnya iaitu Ku Li gagal memperolehi 30% yang disyaratkan itu.

Kemenangan Najib ini memang dijangkakan walaupun ada pihak yang meramalkan kononnya Ku Li akan memperolehi sekurang-kurangnya 30% pencalonan bagi melayakkannya untuk bertanding. Ternyata Ku Li gagal sekali lagi dan dengan itu berkahirlah cita-citanya untuk menjadi Presiden Umno.

Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Sudah pasti masing-masing peramal dan penganalisa politik akan kembali pada “drawing board” masing-masing untuk membuat ramalan baru pula. Mungkin ramai kita yang tidak mahu mengambil minat tentang perkembangan ini, namun sebagai parti teraju dalam kerajaan persekutuan, suka ataupun tidak, perkembangan dalam Umno tetap memberi kesan kepada negara dan politik tanahair.

Najib sudah pasti ditabalkan sebagai PM Mac ini, saya menjangkakan begitu juga Muhyudin Yassin yang kini mendahului pencalonan Timbalan Presiden (setakat ini 74 pencalonan). Gandingan Hishamuddin Tun Hussien, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal pula dijangka memenangi jawatan Naib Presiden. Sekaligus melupuskan Mat Taib, Ali Rustam, Isa Samad, Rasi Yatim dan lain-lain.

Ternyata selepas Mac 2009 nanti parti lawan Umno akan menghadapi Umno yang baru, sekurang-kurangnya dari kalangan penjawat jawatan. Najib saya jangka akan cuba meniupkan nafas baru ke dalam tubuh parti yang hampir nazak itu. Mungkinkah dalam tempuh November ke Mac 2009 ini beliau memujuk Ku Li bagi mengukuhkan kekuatan dalaman Umno? Beliau mungkin sudah boleh berani mengumumkan penghapusan sistem kuota dalam pemilihan Umno akan datang dan saya juga menjangka hasil pujukan beliau Tun Dr Mahathir akan kembali ke dalam Umno dan diberikan peranan.

Najib mungkin bergerak ke arah membuaty beberapa perubahan berani yang lain, antaranya menyemak semula ISA, memperkemas dan memperkasakan institusi kehakiman, BPR dan mungkin juga SPR. Tindakan-tindakan popular akan diambil manakala pelan dan rancangan Dollah selama ini dipinda atau dihapuskan.

Oleh itu jadilah apa pun pada Umno dalam tempuh 4 ke 5 bulan ini, maka PAS dan rakan-rakannya perlu memperkasakan dalaman masing-masing mulai saat ini. PAS perlu memantapkan kedudukannya, menjelaskan hala tujunya, mempertingkatkan kekuatan dalaman dan berusaha keras menambah ahli dan cawangan-cawangannya seluruh negara.

PAS perlu teguh dalam memperjuangkan prinsip dan dasarnya kerana itulah pokok perjuangan kita. Umno dalam keadaan mengubat luka dan cederanya, PAS perlu ambil kesempatan melonjak jauh ke hadapan meyakinkan rakyat dan masyarakat bahawa ialah alternative terbaik buat rakyat disaat ini.

Orang lain mungkin skeptikal terhadap kemampuan Umno yang baru itu, tetap kotor, tetap rasuah dan lain-lain, biarlah mereka demikian, tetapi kita jangan sekali-kali mengambil mudah atau terbawa-bawa dengan sedap mulut orang lain. Jangan kerana melimpah-ruahnya ghanimah di kaki Bukit Uhud maka kita jadi kabur dan terikut-ikut akhirnya pasukan berkuda yang bersembunyi disebalik Bukit Uhud menginjak-injak dan membinaskan kita.

Tinjau-tinjaulah persediaan musuh dan dalam waktu yang sama kita bersungguh-sungguh bekerja memperkasakan diri. Semoga Islam terus di hadapan walau apa yang berlaku, insyallah.

8 comments:

Anonymous said...

sdr
yang saya nampak Najib akan menghadapi suansana kelam kabut terutama untuk membaiki UMNO selepas perhimpunan agong dengan segala macam masalah berpuak,politik wang,tumbuk rusuk, cah keting dan lain-lain.tugas utama najib adalah memulihkan UMNO dahulu kerana kerajaan akan dilihat kukuh apabila UMNO kukuh dan sebaliknya.dan amat payah kerana UMNO telah dijangkiti aneka penyakit bahkan Najib sendiri pun mempunyai masalah.
sekian

Toklong said...

Tok nak tengok camana Najib nak buat yg diambilnya dari PakLah yg telah cuba membaiki sedikit kehancuran yg dibuat oleh Mahdet. Tok nampak perubahan tidak disukai oleh ahli UMNO kerana mereka lebih suka cara Mahdet dan Muhidin ambil kesempatan untuk buang paklah.....supaya dia lebih lekas jadi PM .... Najib sekarang dilihat dicontrol oleh dua orang iaitu mahdet dan Emelda marcos. Najib belum jadi PM dah nampak macam2 cerita....bila jadi sedap le ia pulak jadi mangsa kutukan....

Anonymous said...

Mampos.Period.

meowsoleh said...

maka hidupkan la kembali usrah gabungan di kawasan masing2, lama dah takde ni

Anonymous said...

apa yang PAS dah buat dalam masa 7 bulan ni? tak nampak apa pun. takde beza pun dengan UMNO/BN. apa cerita kedah dengan perak? atau PAS tak bersedia lagi nak memerintah. aku rasa lebih baik PAS jadi pembangkang dahulu,kini dan selamanya. PAS ada idea tapi tak mampu merealisasikannya sebab2 berpegang pada prinsip quran dan hadis. aku atak mahu pas itu liberal. salam juga kalau islam itu liberal

tokpengulu

salehmiau said...

woi babi! yg Umno BN tu dah 50 tahun lebih 'tunggang' Malaysia langsung takde niat pun nak laksana hukum hudud. kurangnya kedah dah pun haramkan jom heboh, selangor yg ada DAP tu pun haramkan jom heboh.

Anonymous said...

salehmiau,

hang marah kat sapa? maksud aku kena lebih agresif@radikal. bukan mulut jer yang agresif tapi tidak pada perbuatan. hang paham tak? apa beza hang dengan umno/bn kalau kata2 hang lagu tu. kena tunjukkan benda2 yang positif lah. jangan kerana perangai hang dan hang orang pas maka kesilapan akan terpalit juga pada parti pas. cakap biaq beralas.

tokpengulu

Anonymous said...

jangan perkecilkan perubahan dalaman yng sedang berlaku dalam BN...jangan sesekali perkecilkan..

kukuhkan jemaah....jangan leka denagn kemenangan..

kemengan itu diperoleh bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi kerna rakyat jelak dengan pak lah dan BN....

saya masih berduka dengan peralihan kuasa di trg pada 2004.