Thursday, November 13, 2008

Calon Timbalan Presiden Umno punya rekod buruk, siapa?

Tumpuan para pemerhati politik tempatan kebelakangan ini sudah pastilah terhadap kempen pemilihan pucuk pimpinan Umno. Hampir kesemua media tempatan memberikan liputan dan ruangan kepada apa yang berlaku terhadap parti berkenaan. Ini kerana akan berlaku peralihan kuasa dalam Umno menjelang perhimpunan mereka Mac depan dan ia melibatkan jawatan tertinggi negara.

Setakat ini jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh TPM Najib Tun Razak manakala jawatan Timbalan Presiden (yang biasanya membawa bersamanya jawatan TPM) akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Muhyuddin Yassin, Ali Rustam dan Muhammad Taib, setelah ketiga-tiganya memperolehi cukup pencalonan untuk layak bertanding.

Sesungguhnya apa yang berlaku terhadap Umno ini adalah masalah rumah tangga mereka. Jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri, akan tetapi oleh kerana Umno menerajui pimpinan negara peringkat tertinggi maka suka tidak suka semua kita terbabit bersama samada secara langsung ataupun tidak.

Bila suami-isteri bergaduh, yang banyak terlibat dan terdedah pada masalah dalam kelambu sudah pastilah kaum keluarga mereka. Kalau orang luar yang berhujah, mungkin separuh benar atau reka-rekaan semata-mata, tetapi apabila kaum keluarga sendiri yang membocorkan, biasanya ia diterima bulat-bulat.


Semalam bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir membuat ulasan tentang pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno. Beliau mempertikaikan bagaimana salah seorang calon yang menurut beliau memiliki “very bad history” (sejarah yang sangat buruk) boleh layak bertanding. Pasti katanya terdapat kerja-kerja kotor sehingga orang berkenaan yang walaupun mempunyai rekod buruk dapat meluncur laju dari belakang mengumpul pencalonan sehingga akhirnya layak bertanding.

Siapakah calon Timbalan Presiden Umno yang memiliki sejarah yang sangat buruk itu?

Muhyuddin Yassin? Saya yakin Tun tidak memkasudkan beliau kerana Tun telah mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyuddinlah yang paling layak untuk jawatan itu. Jadi tinggal dua iaitu antara Ali Rustam dan Mat Taib, yang mana satu?

Ali Rustam saya tidak berapa tahu sejarahnya, dan beliau pun tidak pernah menonjol dari sudut skandal (walaupun ini tidak bermakna beliau bersih). Tetapi Mat Taib memang berjela-jela sejarahnya. Kalau Selangor dahulu tiada jawatan Timbalan MB tetapi semasa Mat Taib menjadi MB Selangor, Almarhum Tuanku Sultan telah menitahkan agar diwujudkan jawatan TMB kerana Tuanku tidak mahu berurusan dengan MBnya!

Seluruh Selangor malah saya yakin seluruh Malaya tahu akan skandal Mat Taib yang terbit dan hangat ketika itu. Mat Taib juga memegang rekod tertangkap dengan berkilo-kilo wang tunai di dalam bag galasnya ketika di Australia, walaupun beliau kemudian dibebaskan mahkamah atas sebab-sebab teknikal namun hakikatnya duit dalam bag galasnya yang berta berkilo-kilo itu tetap miliknya.

Mungkin Tun tidak maksudkan Mat Taib, mungkin kawin lari dengan anak Raja dan bolos dengan berkilo-kilo wang tunai tu belum buruk lagi, kerana mungkin ada yang lebih buruk dari itu, hanya Tun yang tahu.

Hakikatnya dengan terjahan Tun ini sukar untuk rakyat Malaysia tidak ambil pusing darihal rumah tangga Umno yang bergolak itu. Semoga kita diselamatkan dari semua jenis pemimpin yang bergelumang dengan sejarah buruk termasuklah Tun jika beliau juga demikian.

(Tetapi calon Timbalan Presiden MCA walaupun ada rekod buruk menang juga!?!)

8 comments:

Anonymous said...

mat taib jadi tpm malaysia, monggol jadi pm, jualan lelong saper nak beli sebuah semenanjong? tawaran di buka sekarang, bulan mac boleh deliver! Lelong, lelong, lelong!!!!

Anonymous said...

Apa ada pada UMNO masa kini? pemimpin yang tak boleh diharap langsung. Kalau le najib PM, alahai tak tahu le nak cakap apa. wait n see je la. Wahai ahli UMNO takde ke orang lain yang lebih layak dari dia orang ni? Jika ini terus berlaku tanpa ada halangan dari ahli UMNO didoakan semoga UMNO akan cepat terkubur.

Anonymous said...

pedulikan isu peralihan kuasa dalam UMNO..saya tetap tunggu Anwar Ibrahim jadi PM...bila agaknyer yer....harap harap Anwar tak buatkan saya bermimpi di tengah hari..hahaha

H.E.H said...

pak lah ada strategi lain..serampang 2 mata..just see 7 wait

Panglima Perang Cyber said...

sian orang pas sibuk keburukan orang umno.

tuhan suruh jaga diri sendiri tapi menyibuk juga bab org lain.

tak tahu ker jika org dah insaf HARAM kita buka balik aib dia.

Sapa berani kata Mat Taib masih tak insaf ?

Husnu Zonnn lah sedara2 ku !!!

Ingat2lah malaikat kiri kanan anda sibuk mencatat

yg baik balasan baik yg buruk pun sama balasan.

Salam singgah Tuan Blog

Anonymous said...

takut nye bile dengar benda camni.. camne la nasib malaysia lepas ni.. hanya allah yg maha mengetahui.. selamatkanlah kami ya allah dari segala kejahatan..

Faizah Roslaini said...

Melayu sebnrnya takut kalau PKR took over, terpaksa ikut cakap DAP. Dan Cina pulak takut kalau PKR naik, kena ikut cakap PAS.

Jadi, Najib dan UMNO akan terus menguasai negara dan semua akan tutup mata/telinga fasal semua rekod2 buruk.

wakmeli said...

kebanyakan pemimpin Bn suma ada kes.Sbb tu masing2 pertahankan abes2an parti. klau PR yg memerintah dan mahkamah berlaku adil, ramai yg kena sumbat penjara. amno asalkan pertaruhkan duit, sesapa boleh jadi pemimpin. Moral ada ada kes, tu blkg cite.
Tunggu Anwar atau Hadi Awang jadi PM..atau Ashari Muhammad pun xpe hehe daripada pmimpin amno yg dah jauh menyimpang dari landasan islam.