Wednesday, November 12, 2008

Bolehkah selain Melayu jadi PM Malaysia?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed tidak mahu ketinggalan dalam turut mengulas isu bukan Melayu menjadi PM. Isu ini dipopularkan setelah kejayaan Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 baru-baru ini. Obama akan menjadi Presiden kulit hitam iaitu dari golongan minoriti yang pertama di negara yang didominasi oleh warga kulit putih itu.

Sebelum ini saya membuat posting betapa PM Singapura Lee Hsien Loong menyatakan Singapura belum bersedia menerima bukan Cina sebagai PM negara tersebut.

Jadi adakah Malaysia bersedia menerima bukan Melayu sebagai PM nya?

Kata Tun:

"Everyone could be Malaysia's prime minister as long as he is of "Bangsa Malaysia" (or Malaysian race) and acceptable to all Malaysians, regardless whether he is a Malay or non-Malay."

Siapa sahaja boleh menjadi PM Malaysia asalkan beliau seorang "Bangsa dan diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira samada beliau Melayu atau bukan Melayu.

Mungkin ramai yang memberi perhatian dan menaruh minat terhadap kenyataan Tun ini walaupun hakikatnya realiti politik menunjukkan ianya juga seperti di Singapura iaitu sesuatu yang mungkin tetapi akan mengambil masa yang panjang. Anehnya bila pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini, tiada siapa yang beri perhatian, malah PAS sudah berkata berkenaannya sejak sekian lama.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz yang juga MB Kelantan umpamanya pernah membayangkan seorang bukan Melayu sebagai MB Kelantan dari PAS. Malah PAS bukan hanya membayangkan tetapi kini sudah pun berbangga dengan 2 orang bukan Melayu sebagai wakilnya, seorang sebagai EXCO kerajaan negeri Kelantan (YB Dato Annuar Tan yang juga AJK PAS Pusat) dan seorang lagi sebagai ADUN di Perak (YB Drs Khalil Idham Lim - ADUN PAS Titi Serong).

Kesimpulannya memang berbeza dengan Singapura sebahagian rakyat Malaysia sudah pun bersedia menerima siapa sahaja menjadi PM Malaysia termasuklah PAS yang acapkali dicap sebagai parti "racist" dan ekstrimis itu.

Allah swt berfirman dalam surah al Hujuraat ayat ke 13:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

4 comments:

jenjaluk said...

Tak kesah lah dia melayu atau bukan melayu, asalkan dia berugama ISlam.....

Anonymous said...

Tun tu boleh kata apa dia suka, rekod dia 22 tahun hampeh.....
Banyak merosakkan Islam dan orang Melayu, UMN.org merintah selama 50 tahun hamapir separoh dia saja! Baki 28 tahun lagi 3 PM, bayangkanlah! Jasa terbaik TKT termaktub dalam buku SHIT! Bukan senang ALlah nak ilhamkan penulis yang boleh bagi anugerah demikian pada TKT.....

TOK LONG said...

tOK TAK SUKA MAHADET YG SENTIASA BERLIDAH CABANG DAN TELAH MEMUSNAKAN ORG ISLAM DIMALAYSIA SECARA SENYAP....

wakmeli said...

Xkisah melayu ke cina atau bangsa lain asalkan islam dan perintah ikut sunnah dan alquran. Cuma yg xboleh klau org bukan islam yg jadi PM sbb bukan apa, alangkan kita diperintah oleh orang islam, masalah pusat hiburan, pusat perjudian, pelacuran, gejala homoseksual dan lesbian, dadah, pendatang haram dan mcam2 pun kita xboleh nak 'handle', sedangkan kita ada kuasa.
Xusah la bagi Tanah Melayu majoriti islam ni diperintah oleh orang bukan islam. Kita kena tegas dalam hal ni.