Saturday, November 01, 2008

Laksanakanlah Islam bagi yang berkuasa

Menurut berita terkini The Star Online MB Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan bahawa beliau akan menyerahkan kepada badan-badan dan NGO Islam untuk membincangkan bagaimana untuk memperkenal dan melaksanakan undang-undang Islam di negeri tersebut khasnya yang berkaitan dengan maksiat meminum arak dan judi dikalangan umat Islam.

Menurut Nizar beliau mengakui bahawa adalah sukar untuk menguatkuasakan undang-undang Islam di Perak kerana ianya akan melibatkan perubahan undang-undang dalam pelbagai peringkat.

Kedudukan politik di Perak dengan PAS hanya memiliki 6 daripada 59 kerusi DUN juga mungkin merupakan kekangan ke arah cita-cita itu walaupun Nizar memegang jawatan MB di Perak.

Orang-orang PAS rata-rata memahami dan akur akan kedudukan ini. Cuma soalnya bagaimana dengan rakan-rakan kita dalam Umno yang meneraju negeri-negeri lain? Tidak terdetikkah dihati mereka masing-masing untuk memikir dan melaksanakan peraturan dan hukum-hukum Allah ini sedangkan mereka memiliki kedudukan yang lebih selesa berbanding Nizar?

Bagaimana dengan MB Johor, Perlis, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, KM Melaka?

Hukum-hakam Islam ini wajib diperjuang dan dilaksanakan bukan hanya oleh PAS tetapi oleh semua umat Islam khasnya yang memiliki kuasa pemerintahan.

Dalam hal ini kelihatan hanya PAS sahaja yang sibuk-sibuk dan prihatin akan keperluan untuk memartabatkan Islam jika tidak pun ke atas semua rakyat sekurang-kurangnya ke atas rakyat yang beragama Islam. Bagaimana dengan rakan-rakan lain? Apakah hukumnya hanya wajib ke atas orang-orang PAS sahaja?

Kita mendoakan semoga semua umat Islam di Malaysia diberikan hidayah dan kekuatan oleh Allah swt untuk melaksanakan apa yang telah disyariakan oleh Nya dan Rasul Nya s.a.w, semoga kita selamat dan sejahtera di bawah naungan dan petunjuk Nya.

9 comments:

sifu said...

Salam ukhuwah,
Sebab apa takut sangat dengan pelaksanaan Islam? Kerana diri sendiri banyak melakukan perkara yg bercanggah dengan suruhan dan tegahan Islam. Kot nanti memakan diri sendiri. InsyaAllah kita orang PAS tak termasuk golongan ini.

tong_kosong said...

salam bro,

rata2 memahami dilemma dan permasalahan kepimpinan PAS dlm hal ini.

Bagaimanapun amatlah tidak wajar cuba mengaitkan pihak lain (dibaca kerajaan pimpinan BN) atas kesukaran yg ada. Jika kerajaan BN begitu mengambil berat soal ini apa perlunya rakyat mengundi dan memberi mandat pada PAS mahupon parti lain?

Sekarang amanah dan tanggungjawab yg dijanjikan sebelum PRU dan mandat, KEPERCAYAAN & KEYAKINAN pengundi yg memilih PAS wajib ditunaikan walau bagaiman sukar sekalipun. Jika tidak dapat 100% pastikan usaha itu dapat dilihat.

Selama ini PAS bertindak sebagai pembangkang (kecuali di Kelantan yg majoritinya Melayu Islam) dgn mudah sering menghentam kerajaan BN, maka peluang dan amanah yg ada sekarang gunakanlah. Apa perlunya ditunjuk pada negeri2 lain yg PAS tiada kuasa (walau sekadar menjadi MB kerana perlembagaan)?

Ayoh! Jgn menunding jari lagi, jgn kuman seberang laut nampak tahi depan mata dibiarkan. Jadikan pengalaman sekarang InsyaAllah mungkin satu hari nanti PAS bakal memimpin negara yg pastinya lebih sukar dan besar cabarannya!

rawi said...

amiin...karena kedudukan dan kekuasaan yang ditakuti hilang bila melaksanakan islam..sedangkan islam memberikan jaminan bagi penguasa untuk tetap dia berkua bila dia mahu melaksanakan islam..

SIMBA said...

apo punya mentaliti pemimpin PAS la yg beri beribu alasan bila nak laksana islam.....mung tu MB pesal la x leh buat sbb 6 kerusi jah....mung 2 ketua laksana la hukum islam nanti mati tuhan akan soal baru padan muko mung.....jange dok retorik jah.....PR kalau x leh terima baik PAS tubit jah.....asyik jago ati PR abih tuh ISLAM sapo nok jago malu la ko UMNO atek.....

mat din said...

salam perjuangan.

Anonymous said...

bakpo tok tanyo ore kelatae hok mene besar bakpo tok wat hukum islae? nok kato gapo lagi. kuasa rakyat bui doh. tu pun payah. perak 100 kali lagi payah.

Anonymous said...

Hello Mamat mu ni org Kelate ke org Kemboja? Hukum isle dah lulus lamo dah di Kelate, kerajaan PAS yang usulkan ke dewan dan dah diperkenan Tuanku. Cumo x leh laksana sebab kerajaan Perkesekutuan x benar.

Kalau rakyat Kelate x pcaya lama dah mereka tolak PAS tapi mereka undi jugak sebab mereka tahu PAS sudah tunai janji sebab tulah kawe kato mu bukan rg kelate tapi dari Kemboja, x tahu sepatoh hare.

JAWA MERU

aNaK BaPaK said...

masalahnya kalau wakil pas atau MB akan ususlkan perbentangan hukum syara' untuk meminda atau memperbaiki atau memantapkan enakmen syari'ah negeri perak..mahukah wakil BN yang amno yg ramai itu berbahas dan menyokong usul enakmen yg akan dibentangkan..bukan nak tuding pada sesiapa..biasanya yg kata tak payah tuding pada sesiapa ni orang umno yg kecewa dgn kekalahan maka dia takde rasa nak tegakkan islam...dah terbukti bila UMNO yg memerintah perak 50tahun..setakat mana usaha kerajaan BN ketika itu untuk melaksanakan enakmen syari'ah sepenuhnya macam enakmen syari'ah kelantan dan terengganu???

pulak kata..apa kena mengena tuding pada negeri BN yg lain pulak..ni lago sekor tak paham..maknanya negeri lain yg umnonya kuat macam johor tu..yg ngaku islam...mana dia perlaksanaan syaria'ah sepenuhnya???

bila MB perak kata sukar sebab melibatkan perubahan undang2 yg lain..pahamlah kita bahawa satu kajian nak kena buat dulu untuk teliti semua peruntukkan undang2 agar tak bercanggah dgn satu dgn yg lain..dalam erti kata lain..undang2 yg UMNO buat dululah yg beri masalah pada perlaksanaan syariah di perak sekarang..!!!!

kan MB perak dah kata..dia serahkan pada badan2 dan NGO islam untuk bincang..maknanya semua pihak yg mewakili islam diperak termasuk UMNOlah (kalau dia rasa dia memperjuangkan islam jugak) tak kiralah badan2 berkanun ke tak berkanun..persatuan ke parti ke pertubuhan ke yg mana badan2 ini ada didalamnya tujuan nak laksana islam..duduk semeja bersatu dan bincangkan apa yg nak dibuat..dah tentu wakil peguam2 muslim atas kesedaran ini akan bagi pandangan dari sudut teknikal perundangan..maknanya nak buat draft lah..itu pun UMNo tak paham...

amno memang takkan paham...sebab dia paham kebangsaan dan sekular..nak paham islam macam mana...!!!

Anonymous said...

Salam buat semua, Apa yang susah sangat nak tegakkan hukum islam? Usulkan je, kalau lulus laksanakan kalau tak, usul lagi. Kalau pihak yang tak setuju bangkang lagi, ajak mereka tu berhujjah. Yakinlah islam tidak menindas, cuma kelemahan kita untuk beri faham kepada orang yang lemah imannya atau yang takde iman. Tak payah gaduh2, buat je. Jika Lim Kit Siang bising2 tanya dia balik apa yang dibisingkan. kalau tak setuju suruh dia bagi alasan kenape dia tak setuju, then suh le ulamak kita bagi penerangan silap2 kalau Lim Kit Siang dah faham dia sendiri yang akan memperjuangkan islam lebih dulu dari UMNO.heeee