Wednesday, November 05, 2008

Dunia menunggu gerak langkah Obama

Saya sempat mengikuti ucapan kemenangan Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 Barack Obama yang disiarkan langsung dari Chicago tengahari tadi dan pengakuan kalah oleh John Mc Cain sebelumnya. Ternyata pilihan raya presiden Amerika kali ini telah mencipta sejarah, negara juara demokrasi dunia itu telah mengangkat lelaki kulit hitam pertama sebagai ketua negaranya sedangkan sebelum ini iaitu tak sampai 50 tahun dahulu, rakyat kulit hitam mereka adalah rakyat kelas kedua dan jauh sebelum itu mereka ini merupakan hamba abdi walaupun merupakan rakyat dan warganegara.

Menarik juga bahawa Allahyarham bapa kandung Presiden Amerika ini iaitu Hussien Obama merupakan seorang Muslim warga Kenya, walaupun Obama sendiri seorang Kristian.




Ibu-bapa Obama



Apa pun kita akan sama-sama tunggu dan lihat bagaimana corak kepimpinan Presiden kuasa besar dunia ini sejurus beliau mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009 nanti menggantikan George W. Bush, Presiden Amerika yang paling ganas kerana banyak terlibat dalam membunuh umat Islam seluruh dunia dan mencetuskan huru-hara dan porak peranda dimerata pelusuk terutama di bumi umat Islam.

Benar, siapa pun Presiden Amerika Syarikat, Amerika akan tetap Amerika, iaitu prejudis dan memandang rendah terhadap umat Islam dan merupakan sekutu terkuat regim haram Israel.

Tetapi kita tidak boleh dikira bersalah untuk menaruh harapan, mengharapkan sesuatu akan berlaku sehingga sekurang-kurangnya stigma dan prejudis terhadap Islam akhirnya akan luntur dan gugur berderai. Obama menjanjikan sebelum ini bahawa beliau akan lebih berminat menjalin hubungan dan berunding dengan Republik Islam Iran dari bertindak sebagaimana Bush sebelum ini, begitu juga terhadap negara-negara Islam di rantau Timur Tengah. Beliau juga menjanjikan akan membawa kembali tenteranya dari Iraq dan menyemak semula keperluan pusat tahanan di Guantanamo.


Walaupun beliau juga mengisytiharkan sebelum ini akan terus menjadi rakan karib Israel, kita mendoakan semoga darah Islam yang mengalir dalam tubuhnya, walaupun beliau bukan Islam, akan dengan izin Allah swt mendorong beliau untuk membawa perubahan khasnya atas isu hubungan Amerika dengan dunia Islam.

Saya percaya rakyat Amerika yang beragama Islam seramai hampir 3 juta itu rata-rata menyokong Obama dan turut meletakkan harapan pada beliau.

Setidak-tidaknya menurut laporan pasaran saham dunia telah memberikan reaksi positif terhadap apa yang berlaku di Amerika hari ini, semoga ianya memberi reaksi positi f kepada ekonomi dunia yang sebelum ini kelihatan malap dan membimbangkan.

Pada 4 November 2004 lalu, saya ada membuat posting di blog ini:

ANOTHER 4 COWBOY YEARS WITH BUSH

Its finally official - the Americans as well as the whole world shall be stuck up with George W. Bush for another 4 miserable years till 2008. If Kerry was to win we wouldn't know what to expect, but now that Bush has won for sure his current policies shall be ongoing and the war against terrorism shall be waged "Bush style" for the next 4 years.

Our Muslim friends in Falluja shall soon be exterminated, Iraqis shall continue to suffer and so shall those in Afghanistan. Iran shall possibly face the same fate now that Bush is still around. Muslim countries around the world including Malaysia shall continue to appease the mighty Bush most of the time at the expense of their Muslim population for fear of losing his favour. For sure those in Guantanamo Bay shall continue to be detained indefinetly.


Mudah-mudahan semuanya akan dengan izin Allah berubah selepas ini.

12 comments:

Hamzah said...

http://rantingsbymm.blogspot.com/2008/11/baracks-barakah.html

"My grandfather was a Muslim" Barack Obama.

Dear President Obama - pls let me know how you go from Indonesia and become a Christian President of the United States?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

-Saya rasa tak sesuai la guna ayat "darah Islam yang mengalir dalam tubuhnya", sebab darah ayahnya yang mengalir tu adalah darah bangsa, bukan agama.

-Ingat, "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa" (Raihan). Inikan pula oleh anak yang dah jadi seorang Kristian (tapi jika Allah berkehendakkan hidayah-Nya kepada Obama, Alhamdulillah).


Wassalam.

Anonymous said...

Saudara Roslan, bagaimana mungkin kita tidak dikira bersalah untuk mengharapkan sesuatu dari Amerika. Walau siapapun presiden Amerika, Amerika tetap Amerika, tetap dengan polisinya. Kita diajar dan dididik untuk harap dan takut hanya pada Allah. Selagi tiada tanda-tanda jelas dari presiden yang baru mengenai ISLAM selagi itulah tiada harapan yang layak untuk disandarkan.

roslan sms said...

Tok Guru Nik Abd Aziz berkata:

Dengan kemenangan Obama ini diharap akan mengubah persepsi masyarakat antarabangsa mengenai Islam melalui dasar pemerintahannya yang lebih baik. Diharap Islam akan diterima satu hari nantioleh masyarakat antarabangsa dan bukannya hanya membenci dan menyamakan Islam dengan keganasan.

Oleh itu tidak salah untuk menaruh harapan..........

Tok Long said...

Toklong tetap menyokong dan sependapat dgn mu Roslan walaupun tiga komen diatas tidak sependapat dgn mu . Tok rasa bukan setakat Tok malah mungkin yg pertama dalam hidup tok atau rakyat dunia mengharap sesuatu yg baik dibuat oleh OBAMA. ini bukan bermakna kita tidak berharap kpd ALLAH... cuma ini adalah naluri kita sebagai manusia. Walaupun dia bukan islam tapi warna kulitnya, usul asalnya yg islam, nampaknya mungkin pemikiranya hendak membawa dunia kita kearah kurang berperang , kurang menindas dan bersifat baik..... rasanya seluruh dunia berharap sesuatu.....rasanya tak salah kita berharap sesuatu yg baik... sebab kalau nak harapkan pemimpin islam yg ada didunia ini bersatu..bagitu juga penduduk islam didunia ini nampaknya entah bila kan selesai berbalah sesama sendiri dan berbom sesama sendiri... org kafir dan org israel sikit aje yg mati tapi yg banyak mati orang islam...

Tak salah kita berharap kepada kebaikan....

alqasam said...

Satu tulisan yang baik dan menyeluruh Saudara Roslan.

Saya memahami maksud tersirat dan tersurat dari tulisan tentang Barack Obama ini.

Jelas, walaupun beliau Kafir dan terus-terusan tegar menjadi rakan karib kepada Israel, tetap sahaja Obama menjadi pemimpin negara yang terdapat dalamnya Muslim saudara kita juga.

Saya secara peribadi tidak berharap banyak dengan pemerintahan Obama kelak dari persfektif keadilan kepada Muslim namun saya yakin beliau dapat membuat beberapa perubahan tegar di dalam isu-isu besar sekitar Amerika walau kurang pengalaman.

Anonymous said...

Saudara Roslan, saya harap semoga dalam sembunyi-sembunyi ada golongan orang islam yang menghampiri Obama untuk menyampaikan kebenaran islam. TETAPI jika mengharapkan kefahaman islam yanga ada pada diri beliau untuk melakukan satu perubahan yang positif terhadap islam adalah satu harapan yang kosong. Sebabnya harapan itu hanya diletakkan pada diri Obama. Hatta harapan yang telah disandarkan pada satu hamba Allah yang digelar sebagai mr clean pun hancur berkecai. Inikan pulak si Obama yang terang2 menyatakan dia kristian. tak tahule pulak jika kepercayaan lebih afdhal diletakkan pada yang tak beriman.
zam

sinner said...

doa saya hanyalah, smoga Islam kembali bertapak di muka bumi ini..dengan penerimaan rakyat america terhadap seseorg berketurunan bangsa islam, saya pasti paling tidak penindasan obama terhadap umat isalam akan dikurangkan, at least di negra nya sendiri..dan dgn semanagt utk mengembalikan tentera america dr bumi iraq juga satu perkembangan yg baik.. Obama juga ade menyebut ttg bebincang scara demokrasi dgn iran instead of perang.. ini sesuatu yg bagus..

at least satu perkembanagan.. tp sumuanya masih belum terbukti.. paklah dulu pon tegas nk memerangi rasuah..last2 sekeliling penuh rasuah.. cett..so, we wait n see

saya said...

saya sgt bersetuju dgn penulisan ini. dan org2 yg membaca sejarah dgn berbekalkan suluhan para ilmuwan dapat 'melihat' apa yg berlaku dan impaknya.. darah yg mengalir itu asalnya dari seorang Muslim yg dihantar utk belajar di Hawaii oleh kolonial british. ayah dan ibunya terpaksa berpisah kerana ayahnya pulang ke negara asal utk berbakti. bukan calang2 sejarah obama ini berbanding president us yg lain. dia membesar tanpa kasih seorang ayah. obama merupakan top graduate di harvard.

jgnlah kita melompat ke conclusion. jgnlah ilusi dan emosi mengaburi analisis kita terhadapnya. rakyat us sedar apa yg berlaku hari ini dan mahukan perubahan dasar. insha-Allah ini akan memberi manfaat sekurang2nya kpd saudara kita di sana..

saya suka dgn slogannya, 'yes, we can!'..

aNaK BaPaK said...

dalam satu kaedah feqah dpanggil...

"ad-dhararulasyaddu yuzaalu bid-dharary al-akhaffi.."
(kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yg lebih ringan)

keadah inilah yg dipakai oleh rayat amerika yg muslim di as setelah ulamak2 dan para ilmuan di amerika mengeluarkan pendapat kepada muslim di amerika nak undi sapa?? dua2 calon republikan dan demokrat dsar partinya sekular dah tentu tak pandang pada perkara igama..namun kita guna kaedah fiqhiyyah ini undi buat keputusan nak undi sapa..McCain ke Obama..maka masa kempen hari tu diorang telah bandingkan dasar dan polisi kedua2 part tu..

republikan ikut sejarahnya lebih mengutamakan dasar menjajah negara luar dengan polisis luar negara yg kejam dan kurang bagi perhatian pada polisi dalam negara..ini memang dasar umum republikan..sebab itu semua presiden dari republikan suka perang dgn negara luar cthnya bush dan anaknya...

demokrat pulak kurang ambik perhatian pasal polisis luar tapi dia lebih uatamakan polisis dalam negaranya...polisi luar ada tapi tak macam republikan..cth2nya macam F kennedy, clinton dan lain2 demokrat..

pasal yahudi memanglah sebab yahudi ni di amerika ada dibanyak negeri2 penting di amerika diorang adalah undi pemutus..jadi yg dikatakan israel menguasai pentadbiran amerika melalui undi pemutus inilah..siapa yg sealiran dgn dasar isreal dia kan di beri undi..nampaknya obama tak macam republikan..agak liberal..jika ikurt sejarahnya..mereka ini yahudi akan usahakan mereka jatuh dengan macam2 konspiracy cthnya apa yg jadi pada f kennedy dan abraham lincoln jugak pada clinton..

apa sikap kita...

pada zaman rasulullah bila rasulullah dan para sahabat mendengar berita tentera rom akan berperang dengan tentera parsi..rasulullah dan para sahabat berdoa agar tentera kristian rom dapat mengatasi tentera parsi..bila tentera rom menang..rasulullah dan para sahabat gembira..kenapa?? bukankah kedua2nya kafir??
sebabnya ialah..tentera parsi menolak allah dan menyembah api..tentera parsi walaupun syirik tapi mereka berasal dari ugama samawi yg masih mengatakan allah adalah tuhan sedangkan parsi iaitu rajanya menganggap dirinya tuhan..tapi bukan bermaksud setuju dengan kristian cuma atas dasar harapan..beri harapan..begitu jugak dengan obama..kita bagi harapan moga2 kauas besar "kendur" sikit menentang islam dan sekurang2ny tarik balik tenteranya di iraq..ini adalah harapan..dia nak buat apa kita tak tahu..sebab itu islam mengajar kita akhlak..bila nak tunjukkan sikap kita pada sesuatu..maka islam tunjukkan kaedahnya walaupun kita tak dapat jangka bahawa dia lebih teruk atau lebih baik ke..maka menunjukkan akhlak pada peringkat awal mungkin boleh lembutkan sikit hatinya..sebab tu lah kaedah feqah ini digunakan..

maka bila obama baru menang dan akan jadi presiden amerika yg baru nanti..saya tak setuju lah kita tunjuk sikap keras kita dahulu..ucap tahniah dulu..bagi harapan dulu..kita tunjukkan prinsip kita bahawa yak setuju dengan polisi lama dan bagi harapan pada dia peringkat awal ni dengan polisi yg lebih baik (walaupun seua polisinya hanya menguntungkan sekular) sekurang2nya kemudharatan yg dapat lebih kurang dari kemudharatan yg lama..bila dia dah buat perangai nanti..maka kita terus dengan prinsip menentang kita macam prinsip kita pada republikan..sebab..sikap kita sebagai muslim sentiasa diperhati dan dinilai oleh manusia bukan muslim di mana2..sebab itulah ramai umat kristian yg memeluk islam selepas rasulullah menunjukkan sikap yg macam ini bila menghadapi situasi yg macam ini..kalu tak..masakan rasulullah menghantar surat kepada herculis??

Anonymous said...

Well said Bro Roslan & Pak 'anak bapak'...

Wayfarer said...

Datuknya Hussein Oyango Obama masuk Islam & isteri ke-2 datuknya yakni neneknya bernama Habiba Akuma Obama. Isteri ke-3 datuknya, Sarah Obama masih hidup & seorang Muslim. Abg sebapanya (drp isteri pertama bapanya Kezia), Bernard Obama masuk Islam. Walau bagaimanapun bapanya sendiri nampaknya telah menjadi atheist semasa berkahwin dengan isteri ke-2 yakni ibunya Ann Dunham. Sewaktu berumur 2 tahun, ibunya telah bercerai & berkahwin dengan bapa tirinya Lolo Soetoro. Bapa tirinya pula nampaknya liberal, adik tirinya Maya Soetoro-Ng seorang Buddhist & berkahwin dengan Konrad Ng. Walau apapun saya setuju dengan mereka yang harapkan perubahan baik drp Amerika selepas ini. Kalau dibaca tentang Abraham Lincoln perubahan yang ingin dibawanya akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau. Berbalik kepada President-elect masakini, adakah seorang kafir yang adil lebih buruk daripada seorang Muslim yang zalim? Sebagai ahli sunnah, perutusan Ahmedinejad sepatutnya membuat kita berfikir dengan mendalam. Hmm... selain politik (yang saya tak arif sangat) saya mengharapkan persidangan pertama Brenton Woods II pada 10/11 ada hasil baik dalam situasi di mana kita dapat lihat kesan sistem ekonomi semasa (kepada masyarakat dunia & alam sekitar). Saya sebenarnya lebih kepada sains fizikal malah matematik maka lebih pembacaan dalam hal seperti rancangan Iran untuk melancarkan satelit sendiri: http://space.com/missionlaunches/ap-080818-iran-rocket.html - itupun sebenarnya bukan bidang saya dengan tepat maka semoga kita dapat memanfaatkan ummah dalam bidang masing-masing - wallahua'lam wassalam