Tiada Obama di Singapura
Singapura ini dulu Temasik namanya. Sang Nila Utama adalah Raja Melayu yang pernah memegang tampuk kuasa di sana beratus tahun dahulu. Baginda berasal dari Sumatera dan bertanggungjawab dalam membuka negara pulau ini, Bagindalah menukar namanya dari Temasik ke Singapura. Memerintahnya selama 48 tahun dan mangkat serta dimakamkan di Bukit Larangan di pulau tersebut.
Dari Sang Nila Utama pulau ini bertukar tangan, melalui berbagai perubahan, dijajah, bergolak dan kini berdiri atas nama Republik Singapura. Tiada lagi Raja Melayu yang bersemayam di sini malah kuasa politik Melayu pun sudah semakin mengecil.
Dari bumi Melayu, Singapura melalui evolusinya sendiri, menjadi masyarakat berbilang kaum dan kini didominasi oleh kaum Cina yang memegang tunggak kuasa lantaran besarnya bilangan mereka di sana hari ini. Itulah realiti politik Singapura hari ini.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini tanpa mahu melelehkan sebarang sentimen perkauman takut nanti dicap “racist”, sekadar mahu menunjukkan berbezanya sungguh suasana antara kita dan negara jiran kita itu.
Sabtu lepas PM Singapura Lee Hsien Loong telah hadir dalam satu majlis bersama pemimpin-pemimpin akar umbi Melayu di sana, berkebutlan kehadiran beliau dalam suasana Amerika Syarikat baru menyaksikan seorang kulit hitam (yang merupakan penduduk minoriti di Amerika) menang menjadi Presiden negara yang didominasi sebelum ini oleh warga kulit putih.
Lalu dalam majlis tersebut beliau ditanya apakah Singapure bersedia untuk menerima seorang dari kaum minoriti menjadi PM. Kata Lee boleh tetapi tidak dalam waktu yang terdekat. Alasannya masyarakat Singapura masih terdorong dengan isu perkauman walaupun ia sudah semakin berubah.
Saya ingat satu ketika dahulu semasa Lee seorang Jeneral dalam Tentera Singapura, ada dilontarkan pertanyaan apakah Tentera Udara Singapura bersedia mengambil anak Melayu Singapura menjadi juruterbang jet penggempurnya (fighter pilot), kata Lee ketika itu, Singapura belum bersedia kerana bimbang akan ketaatan juruterbang itu kiranya Singapura bertegang dengan negara jirannya!
Bagi saya selagi PM ini menjadi PM Singapura, memang tiadalah tempat buat golongan minoriti di sana, khasnya orang Melayu. Ini berbeza dengan sejarah Obama kerana orang kulit hitam tidak pernah menjadi kaum majoriti di Amerika sedangkan Sang Nila Utama pernah menjadi Raja!
Bersyukurlah kita di Malaysia tidak begitu, Majulah Singapura!
13 comments:
Tanah yg asal nya beraja yg akhirnya dikuasai oleh 'opportunist'.
Dan skg ni,di mana agaknya taraf bangsa kita pada pandangan mereka.
Semoga pemimpin kita tak lalai dan abaikan perkara ni.
Saya setuju dengan tulisan saudara, memang diakui dan selayaknya dihormati pendirian perdana menteri Singapura itu. Dia telah melaksanakan tugas dan amanahnya dengan sebaiknya untuk menjaga kepentingan bangsanya. Tetapi apa yang sedang terjadi di malaysia amatlah menyedihkan. Saya memang bersetuju jika UMNO dipersalahkan asbab apa yang sedang menimpa bangsa melayu. Tetapi PAS dan PKR juga harus bertanggungjawab. Bertanggungjawab atas dasar tanggungjawab terhadap amanah agama bukan bangsa. Saya amat yakin jika amanah agama yang dipegang insyaallah bukan islam atau bukan melayu tidak akan terancam sekaligus tertindas. Pelajarilah dari kejahilan UMNO yang terlalu memperjuangkan bangsa sehingga mengabaikan agama dan amat jelas sekali bangsa lain dan jugak pengganut agama lain akan terasa terancam dan tertindas. Dan ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat untuk menyebarkan dakwah kepada Allah. Tidak ada dalam ajaran islam memerintahkan kita menindas bukan islam yang jelas dan nyata dari segi zahir tidak memusuhi islam. wallahua'lam
Tanah Melayu ni je la yg ada untuk orang melayu islam. Tanah tumpah darah. Misalnya akan dtg klau terjadinya kemungkinan yg buruk, pada pemikiran aku cuma orang melayu je yg betul2 akan pertahankan. Tradisi sejak turun temurun.
Klau diberi peluang tidak pertahankan keistimewaan org2 melayu dan raja2, akibatnya jadi macam temasik la orang2 kita. Kaum 'oppurtunies' sering melaungkan haksamarata sbb mereka kaum yang mendahului bidang ekonomi dan skrg cuba mencapai kuasa memerintah di Tanah Melayu.
Kalau kalian berkesempatan melawat Kota Singa dan melawat Muzium Muzium Negara, satu perkara yang paling ketara adalah penekanan kepada 'asal-usul' Singapura 'Moden' bermula dgn Stamford Raffles. Tiada langsung unjuran kepada Sang Nila Utama atau Parameswara ataupun Temasik. Dalam ertikata seumpama 'asal-usul Tanah Melayu Moden bermula dgn ketibaan Portugis -tiada Melaka, tiada Hang Tuah, tiada Tun Perak.
Sebaiknya untuk umat islam ialah masuk PAS beramai2. Kuatkan ummah melalui PAS. Masih ramai pemimpin2 PAS yang taat dan takutkan Allah swt. Jalankan dakwah dari suma bidang terutamanya ekonomi. Tgk cam al arqam satu masa dulu kuat ekonominya khususnya makanan halal.
Skarang ni klau nak makan apa2 kena belek2 dulu produk dari mana, sapa yang buat dan macam2. Tak boleh makan sebarang je. Aku dah syorkan kat kluarga dan kawan2 dengan slogan ' BUY NON-MUSLIM LAST'. Memang susah klau org muslim sendiri xkluarkan produk makanan halal dan kalau keluarkan pun, pemasaran agak terhad. Orang2 cina bukan islam masih menguasai pemasaran makanan halal.
Apa terjadi kepada muzakarah @ muqabalah yang dilaung2kan sebelum ini antara UMNO dan PAS???
Seharusnya ini yang diutamakan dahulu. Jika ini dapat direalisasikan, kemungkinan besar kekuatan Melayu itu dapat dilihat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...
Usahakan ini dahulu, baru dapat penyatuan ummah... Baru Islam itu dipandang tinggi... Semalam, YB Padang Serai boleh cakap Arab "kulil Haq Walau Kana Murran" kat Parlimen....bagaimana ini berlaku...
sama je dgn mesia
mesia --> majority melayu --> PM mesti melayu..kalo cine sapa suka?
singapure --> majority cine --? PM mestila cine...
so what is the issue here? both racism jugak
cuma yg bezanye...singapura dulu raja nye melayu..kini jatuh dgn cine :(
I've got your points. Agree. Just for info, I am working with one of Company from Temasik right now. Hope they don't apply the same rules to me and rest of us(Malays) here...
Pada pendapat saya kebanyakkan kaum bukan bumiputra adalah realistik, tidak menharapkan jawatan Perdana Menteri. Mereka hanya mahu suasana yang sesuai untuk anak -anak mereka mencapai menara gading, mencari makan dan hidup senang bila bersara. Bila keadaan ekonomi meleset,korupsi berleluasa, keadilan, keselamatan rakyat dan masa depan anak -anak mereka tergugat, mereka akan merasa tidak puas hati.
Memang non bumi lebih realistic. Dan tidak semua melayu tidak realistic. Ramai melayu lebih realistic cuma yang realistic duduk kat bawah yang tak realistic kita benarkan mereka duduk kat atas. Thats all. tu yang nampak melayu tak maju-maju. Ko tengok jela si pondan Hishammuddin sergah sikit bab tayangan utk budak sekolah terus suruh hentikan dan katakan tak sesuai. Bodoh bin bengap punya pemimpin.
Saya rasa kene lakukan kajian. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Melayu Singapura. Benarkah kerana kemasukan org2 Cina maka the Malay population there became minority? Betulkah sebab itu? Atau apakah sebab yang betul sebenarnya.
It's important to get the facts right. There's a real need to know what actually happened so that history won't repeat itself. So that we learnt from past mistakes.
If En Roslan has any information such matter, please let me know. Thank you.
Saudara Roslan, saya betul-betul risau dengan saudara seislam kita ni terutamanya yang sebangsa dengan saya yakni melayu.Susah sikit ke banyak ke cepat sungguh menyalahkan bangsa lain. Atau orang melayu yang ngaku islam ni baca quran bila sampai ayat yang mengatakan Allah tak ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang nak berubah dia orang skip kot? Pasal melayu Singapore kalu mereka tak nak bangun dan suka kene pijak kita kat Malaysia ni tak leh nak buat apa2, sekadar nasihat je la. nak buat lebih2 jgn carikmpasal.
zam
Tidak dinafikan bahwa Sang Nila Utama & Stamford Raffles mmg ada peranan dlm sejarah Singapura.
Tetapi, jangan lupa bahwa suatu ketika dahulu (thn 1963) Singapura juga menjadi sebahagian "Perseketuan Malaysia" tetapi apa yg terjadi 2 thn kemudian? Bagaimana boleh "terlepas" dari Malaysia?
Secara langsung, Malaysia juga ada "terbabit" dlm membentuk "kaum minoriti Melayu" di Singapura!
Dgn keadaan politik Malaysia harini, telah membuktikan apa yg amat diperlukan dalam pentadbiran/perlembagaan negara bukan "Melayu" tetapi Islam.
abu zymaam
Post a Comment