Tiada kebebasan agama untuk umat Islam di Malaysia
Semasa membentangkan kertaskerjanya bertajuk “Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan” dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Undang-undang Perbandingan 2008, bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Tamby Chik menyebut:
Undang-undang sedia ada melarang seseorang Islam menukar agama selagi dia masih berketurunan Melayu seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan.
Manakala dalam hal seseorang bukan Melayu pula apabila dia telah memeluk Islam dan tiba-tiba mahu meninggalkan agama tersebut, beliau perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri terlebih dahulu bagi memperolehi kebenaran.
Dalam erti kata lain konsep kebebasan agama yang dipopularkan oleh Barat dan para orientalis sesungguhnya tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini.
Mungkin mereka yang tidak Islam memandang ini sebagai suatu bukti betapa tertutup dan radikalnya Islam terhadap para peganutnya, tetapi bagi sesiapa yang memilih untuk menjadi seorang Islam itulah tanggungjawab yang perlu diterimanya. Saya percaya kawalan yang sedia ada sebagaimana yang disebut oleh Datuk Faiza itu menunjukkan betapa para pembuat undang-undang kita menyedari bahawa Islam adalah suatu agama dan anutan hidup yang serius dsan memerlukan komitmen sepanjang hidup.
Siapa sahaja memeluk Islam perlu sedar dan disedarkan darihal prinsip ini. Jangan memeluk Islam semata-mata atas tuntutan nafsu, ingin kahwin, ingin kontrak, harta dan seumpamanya, apalagi mencuba-cuba. Kerana sebaik memilih Islam, sipemilih tadi telah dengans sendirinya berikrar akana teguh dan terus berada dalam agama ini sampai akhir hayat, sebarang perubahan akan mengakibatkan ia berpaling tadah terhadap Islam dan terdedah kepada hukuman.
Kerana itu kita mengharapkan pihak berkuasa agama dan badan-badan dakwah dan NGO yang berkenaan agar memberi pendidikan dan pemahaman yang sewajarnya terhadap mereka yang mahu memeluk Islam atas apa alasan sekalipun. Biar mereka sedar bahawa Islam bukan agama main-mainan, Islam adalah komitmen dunia-akhirat, jika mereka tidak sanggup atau was-was maka lebih baik mereka tidak memilih untuk menjadi Islam.
Dan begitu juga kepada orang-orang Melayu. Jangan kerana hambatan nafsu mereka tiba-tiba memilih mahu meninggalkan agama ini, kerana bagi mereka sebenarnya tiada pilihan. Datuk Faiza memetik penghakiman dalam kes Lina Joy (wanita Melayu yang memohon untuk murtad) yang menyatakan:
"Orang Melayu tetap seorang Islam hingga mati, ia tidak dibenarkan langsung meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan memohon perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,"
(Ini keputusan yang terpakai di Malaysia walaupun Perkara 18 Persiytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR) memberikan hak kepada semua orang memilih agama yang ia kehendaki)
Dalam hal itu jugalah maka sewajarnya penganut atau mubaligh agama lain jangan sekali-kali menghampiri atau memujuk seorang Islam khasnya orang Melayu untuk meninggalkan dan menukar agamanya, kerana ia bukan sekadar akan mencetuskan konflik yang besar malah dilarang oleh perlembagaan dan undang-undang negeri-negeri.
Memang Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, walaubagaimanapun kebebasan itu tiada bagi seorang Melayu atau Islam. Ini satu hakikat yang perlu diterima semua pihak dalam negara ini. Jangan lagi ada kekeliruan selepas inis ehingga mencetuskan ketegangan yang akhirnya akan merugikan semua pihak.
4 comments:
saya ingat sebelum ada org nak masuk islam kita kena bgtau dia..hukuman murtad ialah potong kepala...baru mereka sedar betapa seriusnye Islam...pada yang dh Islam tu,kalau murtad pancung je..
salam,
sangat bersetuju dgn penullisan anda.
-melayutara
Kalau mengikut rasional dari segi perlembagaan...melayu islam tidak boleh keluar islam...tetapi islam bukan melayu boleh. Adakah itu yg dimaksudkan oleh bekas hakim?
Bagi saya kalau seseorang bukan melayu memeluk islam secara ikhlas dan bukan hanya untuk "convenience sake" seperti kawin, dan diberi pengajaran islam yg betul dan cukup, ia tidak akan terlintas untuk keluar islam.
Masalahnya ialah apabila tidak ada pengajaran islam yg betul.
-AVF-
Memang akan ada yang masuk islam akan keluar islam lepas tu masuk balik dan seterusnya. Sebab dah tertulis dalam al quran. Apa nak kesoh, laksanakan perintah Allah dengan sempurna insyaallah selesai segala masalah. Saya tak tahu le bila trejadi bab-bab macam ni apa yang saya nampak pada saudara seislam saya yang nampak begitu semangat ialah menghukum saja yang dia nampak. Mana satu yang didahulukan perintah untuk taat atau hukum bila tidak taat. Samale dengan amar makruf atau nahi mungkar yang mana perlu didahulukan.
zam
Post a Comment