Saturday, November 29, 2008

Takziah kepada keluarga MP Kuala Terengganu

Petang semalam Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting.

Beliau dikatakan seorang timbalan menteri yang sangat berdedikasi dan tekun dalam memikul tanggungjawabnya. Semoga keluarga Allahyarham tabah dan diberikan kesabaran dalam melalui detik sedih ini.

Razali memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum ke 12 lalu setelah mengalahkan Naib Presiden PAS Hj Muhammad Sabu dengan kelebihan 628 undi. Sebelum itu dalam pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 beliau merampas kerusi tersebut dari tangan PAS setelah berjaya mengalahkan calon PAS Dr Syed Azman dengan kelebihan 1,933 undi.

Dengan kekosongan kerusi parlimen ini, pihak SPR dijangka memanggil satu pilihan raya kecil dalam waktu yang terdekat. Mungkinkah PAS berupaya merampas kembali kerusi ini dari tangan BN? Mungkinkah tokoh PAS, Hj Muhammad Sabu akan sekali lagi dicalonkan untuk membawa panji-panji PAS dalam pertempuran pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu?

Untuk rekod di kerusi inilah (Kuala Terengganu Selatan) Allahyarham Dato Onn Jaafar, pengasas Umno, melangkah masuk ke Parlimen melalui bantuan PAS apabila bertanding sebagai calon Parti Negara dalam pilihan raya umum 1959. Beliau sahaja calon Parti Negara yang menang kerusi Parlimen, namun disepakati untuk bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat (menurut catatan Allahyarham Ahmad Boestamam).

Alfatihah buat Allahyarham Datuk Razali, Dato Onn dan semua yang telah medahului kita, Alfatihah………….

4 comments:

Ku ingat Taqwa said...

alfatihah. ada banyak sebab pilihanraya akan menjadi perhatian umum. Antaranya 1. Janji yang 'gagal' dipenuhi oleh penasihat PKR untuk menubuhkan kerajaan. 2. 'Permusuhan' PAS Terengganu dan PKR dapatkah dipulihkan. 3. Populariti siapakah yang masih laku, bakal PM Anwar Ibrahim atau bakal PM Najib Razak. 4. Bolehkah pengerusi SPR yang baru bertindak lebih baik dari yang sebelumnya dalam urusan pengundi hantu.

Anonymous said...

takziah buat keluarga arwah

---------

1-berdasarkan laporan media, pkr terganu berminat dengan seat tu.

2.tgk atas kertas, seat tu lagi bagus ditandingi pas. Abang Mat pun perform dah cantik masa election lepas.

3. namun tgk pada perkembangan semasa, saya lagi suka kalau PKR yang bertanding.

4. Ini kerana saya sedih jika pas bertanding kerana sudah tentu UMNO akan hentam macam2.

5. Saya sayangkan pas terengganu yng nampak lebih celik mata dengan isu isu org melayu (senada dengan pas kedah).

6. secara kasar, nampak ada titik pertemuan antara pas dan umno di trg sehingga datuk pa ditohmah macam2.

7. sampai ke peringkat tgna kata lidah datuk pa itu lidah umno. sampai saya juga kata dalam hati lidah tgna lidah pkr a.k.a anwar.

8.kalau pkr tanding sedap sikit saya baca serangan umno dalam media arus perdana. dah memang PKR pengkhianta bagi saya.

sekian.

bukan UMNO, bukan Pas, bukan PKR

mut said...

Sekarang ni saya cenderung mengatakan yang penting wibawa calon itu sendiri. Dalam hal ini kelebihan Abang Mat memang terserlah. Lagipun saya percaya jika ditolak undi pos dan undi hantu, sudah tentu UMNO tewas dalam PRU dulu.

Kerja-kerja pilihanraya pun masih suam-suam lagi. Saya rasa lebih sesuai dikekalkan calon yang ada. Lebihannya terlalu tipis untuk memikirkan calon yang lain.

Seperkara lagi, saya tertarik dengan signature "Bukan UMNO, bukan PAS, bukan PKR".

Approach non-partisan ini jugak merupakan satu proses kematangan berpolitik dan lebih menjurus kepada isu dari sempadan parti semata-mata. Sebenarnya ini merupakan satu tahap yang ingin dicapai - pemilihan individu itu tentulah akan diwarnai pengaruh2 yang mempunyai tempat dalam sanubari individu itu.

Anonymous said...

Kuala Terengganu adalah milik anak terengganu.
Cukup pengalaman PAs membantu Dato Jaafar jadi MP dan ketua pembangkang sebelum meninggal dunia.
Kita semua tahu Khatijah Sidek juga diberi peluang dan menang atas tiket PAS tahun 59.
Lepas itu ramai ADUN Parti Negara lompat dan sertai UMNO. Sama macam S46 atau semanagt sepanas tahi ayam. Tiada perjuangan jelas.
PAS Terengganu lebih matang dan telah melalui semua tipu helah dan segala janji manis yang tak pernah ditepati rakan kongsi dalam pilihanraya.
PAS Pusat perlu peka kehendak anak terengganu sendiri.
Orang PAS dari luar hanya perlu perlu beri sokongan padu.
Percayalah perjuangan PAS Terengganu bukan semuda PAS di Selangor atau Johor. Beri sokongan semua. Itu yang kita mahukan InsyaAllah kita akan tambah kerusi di Parlimen Januari nanti.