Friday, November 14, 2008

“Rule by majority” di Kedah

Kalau sentuh nanti ada orang kata kita anti Pakatan kalau tak sentuh nanti kita dilihat pengecut dan buta isu. Isu ini khabarnya telah dibincang sehingga keperingkat tertinggi Pakatan Rakyat. Isunya adalah berkenaan kuota perumahan 50% untuk golongan Bumiputera yang diumumkan kerajaan negeri Kedah pimpinan Ustaz Dato’ Seri Azizan Abd Razak (yang pernah diulas dalam blog ini)

DAP membantah keras keputusan MB Kedah itu dan ADUN tunggalnya di negeri berkenaan, Lee Guan Aik khabarnya mengancam untuk keluar dari kerajaan Pakatan Kedah dan duduk di kerusi pembangkang jika MB enggan menarik balik keputusannya itu. Anehnya yang kuat menyokong tuntutan ADUN DAP itu adalah MCA Kedah. Setiausaha MCA Kedah Chong Itt Chew dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan menyokong tuntutan DAP itu dan malah mencadangkan agar tekanan dikenakan terhadap MB Kedah. Kata beliau:

MCA dari awal lagi menentang kuota baru itu yang diguna pakai untuk semua projek perumahan baru yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bulan lepas. MCA Kedah berharap penasihat DAP, Lim Kit Siang membangkitkan dasar baru itu di Parlimen.

(Sejak bila pula MCA perlukan bantuan Kit Siang di Parlimen, tidakkah MCA juga ada wakil disana?)

Sementara itu ADUN MCA Gurun, Dr Leong Yong Kong turut memberikan sokongan terhadap tindakan ADUN DAP itu.

Saya tidak tahu bagaimana isu ini mahu diselesaikan tetapi rasional dan justifikasi kerajaan negeri Kedah perlu diberi pertimbangan dan perhatian semua pihak terlebih dahulu sebelum melompat megambil tindakan. Kerajaan negeri Kedah berhak mengambil keputusan dan tindakan apa sahaja yang baik untuk rakyat di negerinya.

Mungkin kita perlu raikan perbezaan pandangan. Mungkin kita boleh memberikan kebebasan kepada mana-mana parti dalam Pakatan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap satu-satu isu. Tetapi syaratnya semua perlu matang dan bertanggungjawab.

Bagi saya MB selaku ketua pegawai eksekutif di negeri serta rakan-rakan EXCO nya perlu diberi ruang dan kebebasan untuk memikir dan melaksanakan dasar dan polisi yang terbaik buat rakyat. Jika Pakatan ditubuhkan atas dasar konsensus dan saling faham-memahami sepatutnya tidak perlulah sampai keperingkat mahu bertindak keluar Pakatan sedangkan kita hanya ada satu suara, dimana prinsip perintah melalui demokrasi/majoriti?

Saya yakin MB Kedah akan mampu memberikan hujah beliau dan seterusnya meyakinkan semua pihak bahawa dasar ini sebenarnya adalah untuk emmelihara kepentingan rakyat negeri Kedah.

12 comments:

Anonymous said...

Salam,

Terlebih dahulu maaf sekiranya apa yang akan diperkatakan ini dilihat menongkah pemikiran dan kepihakan saudara,

PAS adalah satu politik Islam yang menjadikan pentadbiran berlandaskan syariat Islam dalam menjadikan satu syiar perjuangan yang jelas kebaikan bagi memartabatkan Islam di Malaysia, namun apakah perjuangan hanya berteraskan syiar asas tanpa ada dasar Islam yang dilihat lebih dinamik dan memperlihatkan suatu modul yang dapat memberi erti dan makna ketamadunan Islam yang sebenar dalam dasar revolusi parti jika dibandingkan negara islam seperti Iran yang ditadbir secara Dinamisme dalam bentuk kepimpinan begitu terserlah melalui dasar islam dan visi teknologi yang diperkenalkan sehinga mencipta tenaga nuklear dan perluru perpandu yang bergerak sejauh 2,000 km yang dapat mencorak dan memperlihatkan ke arah soal islamisasi beserta keupayaan dalam visi teknologi yang ungul. Jika PAS mahu memperlihatkan kemampuan mentadbir negara perlihatkan suatu konsep ketamadunan yang ungul dan tidak hanya dilihat PAS adalah sebuah parti yang hanya melibatkan soal sembahyang, akad nikah-cerai, menunaikan haji atau urusan mengurus jenazah dan berceramah tanpa memperlihatkan kemantapan dalam visi menongkah arus pembangunan yang seiring dalam arus dunia yang berkehendakan suatu yang terbaik. Jika konsep kesederhanaan yang dilaungkan janganlah sehingga keadaan Kelantan yang setelah 20tahun diperintah namun masih dilihat orang tiada sebarang kehebatan yang dapat dicipta jika ditanya kebanyakan orang kelantan masih biasa dengan golongan miskin tetap banyak dan anak muda yang keluar dari negeri sendiri merantau mencari rezeki ditempat lain kerana ketidakupayaan kerajaan negeri memberi dan membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Jaganlah dinafikan dengan apa yang jelas kelihatan dan bukan ia diperkatakan untuk memburuk dan melemahkan pemerintahan islam di sana tetapi mahu lebih kepada menongkah arus mengubah,berubah dan perubahan secara kualitatif dalam memperlihatkan Islam yang Ideal dan ungul. hasrat PAS dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat bukanlah suatu perikatan untuk rakyat tapi lebih jelas dilihat pakatan parti dan bukanya pakatan rakyat yang sebenarnya kena jelas dasar perjuangan yang ada pada PAS bertentangan perjuangan DAP yang jelas menentang sebarang hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dinyatakn sendiri oleh kepimpinan tertingi Lim kit siang dan Karpal singh jadi bagaimana dan cara untuk PAS walaupun dapat memerintah Malaysia bersama Pakatan Parti Rakyat mahu menjadikan hukum hudud sebagai undang-undang enekmaen jenayah di Malaysia tentu sekali hasrat itu yang hendak dibahaskan di Parlimen ditentang dan ditolak oleh Puak dari dalam Parti Perikatan sendiri. Banyak yang dikutuk dan dicerca orang ramai penglibatan PAS dalam parti Rakyat namun mungkin semua dinyatakan indah di peringkat puncuk pimpinan yang hanya lebih maju memperihatklan keburukan pihak lawan tanpa memandang keburukan yang semakin jelas di pandang masyarakat dan perlu saya menyatakan satu persatu berkenaan apa yang dibuat oleh puak-puak dalam parti perikatan rakyat yang lebih memburukan keadaan




1. Menyamakan Seks yang jijik sebagai Sedekah yang mulia-PKR
2.ISU PEMBUKAAN LADANG BABI BESAR-BESARAN: Selangor - Dalang DAP
3. ISU MEMORANDUM BANTAH AZAN DAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN DENGAN KUAT : Selangor - Dalang Teresa & DAP
4. TERESA & GANG MAHU TUKAR PAPAN TANDA JALAN TULISAN JAWI & BAHASA MELAYU DI KL TUKAR DGN TULISAN CINA & INDIA : KL & Selangor - Dalang DAP
5. SEKOLAH PRIVATE CINA DIBERIKAN TANAH 200 EKAR UNTUK DINIAGAKAN BERHARGA JUTAAN RINGGIT: DISAMAKAN KERAJAAN DENGAN MASA BN BAGI TANAH BUKA KOLEJ DARUL RIDZUAN – MENYAMAKAN USAHA MENINGGIKAN SYIAR ISLAM DENGAN MENDAULATKAN CINA : di Perak- Dalang DAP
6. KAMPUNG BARU (PENEMPATAN BARU ORG CINA WAKTU ZAMAN \KOMUNIS) MENDAPAT GERAN UNTUK 999 TAHUN – KAMPUNG MELAYU HANYA 99 TAHUN Mana Hak Melayu??? Usaha Menghakis Hak
elayu! : di Perak - Dalang DAP
7. MESYUARAT PUSAT DAP PERTIKAI KEPUTUSAN SULTAN PERAK DALAM LANTIKAN MB… MENCABAR KUASA SULTAN MELAYU : di Perak - Dalang DAP
8. MESYUARAT PUSAT DAP ARAH WAKIL RAKYAT DAP JOHOR TAK PERLU PAKAI SONGKOK & ISTIADAT MELAYU WAKTU MAJLIS ANGKAT SUMPAH
9. Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak. Kouta baru bagi pengambilan pekerja bagi SPA ialah dengan nisbah 5
Cina, 3 India dan hanya 1 Melayu. Tak lama lagi, ramailah anak jati Melayu Perak yang akan menganggur kerana polisi pro-DAP kafir harbi ini : Di Perak – Dalang DAP.
10. Penghinaan kepada Mufti Perak dengan menghapuskan tarafnya yang setara dengan exco kerajaan negeri Perak. Ini bagi memastikan mufti tidak ada hak untuk bersuara bagi membela nasib agama Islam : di Perak - Dalang DAP
11. Pengubahan polisi Pelan Susunatur Perumahan yang tidak memberi keistimewaan langsung kepada agama Islam yang mewajibkan rezab Masjid/Surau mesti disediakan oleh pemaju perumahan : Strategi meminggirkan melayu & Islam : di Perak - Dalang DAP
12. Menidakkan hak orang Melayu dengan melantik penyokong DAP kafir harbi sebagai Pengerusi Penjawatan Dewan Bandaraya Ipoh. Ini bagi memastikan lebih ramai bukan Melayu pro DAP kafir harbi mendapat tempat: di Perak - Dalang
DAP
13. Mengarahkan borang permohonan tanah dicetak dalam bahasa cina dan tamil bagi memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon. Jikalau sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia tapi masih tidak tahu bahasa
Melayu adakah mereka ini (penyokong pro DAP kafir harbi) boleh dianggap rakyat Malaysia dan layak memohon tanah?, Startegi bagi tanah dimiliki lebih
banyak kepada bukan bumi : di Perak - Dalang DAP
14. Kouta Bumiputera dalam permohonan pembalakan dihapuskan bagi memastikan hasil bumi Perak dapat diratah dengan rakusnya oleh penyokong pro-DAP kafir harbi: di Perak - Dalang DAP
15. Mewujudkan jawatan Pengerusi Jabatan bukan Islam supaya setaraf dengan jawatan mufti Perak. Ini bertujuan untuk menyamatarafkan agama Islam dan agama lain di Perak - Dalang DAP
setaraf dengan jawatan mufti Perak. Ini bertujuan untuk menyamatarafkan agama Islam dan
agama lain di Perak - Dalang DAP
16. Wang Zakat di Selangor diagihkan kepada bukan Islam walhal terdapat peruntukan lain untuk bukan Islam dan jelas mereka yang nak diberikan tidak
termasuk dalam asnaf yang 8 - Dalang PAS & PKR
17. Dasar menyamaratakan hak bukan melayu dan melayu dengan cadangan
menghapuskan hak keistimewaan melayu yang jika terlaksana bakal
menghancurkan melayu yang amsih belum bersedia dari segenap segi - Dalang PKR - DSAI
18. ISU KES ANWAR MELIWAT DAN KEMUDIANNYA MEMPERSENDAKAN
SAIFUL BUKHARI YANG MEMBUAT SUMPAH LAKNAT : MEMPERLEKEHKAN DAN MERENDAHKAN KEPRCAYAAN TERHADAP
ALLAH & ISLAM - Dalang DSAI & PKR
19. PERHIMPUNAN PROTES HARGA MINYAK – KONSERT TAYANG
BONTOT LAGU “JILAT” OLEH KABURETOR DUNK telah merendahkan imej
Islam - Dalang PKR & ANwar
20. ISU RASUAH : PEGAWAI KHAS MB SELANGOR DI ARAH MELETAKKAN JAWATAN KERANA TERLIBAT DENGAN RASUAH PEMBERIAN TANDER KERJA PEMBERSIHAN - Dalang PKR
21. ISU RASUAH MELULUSKAN PROJEK PERUMAHAN : 3 EXCO PERAK TERLIBAT & PENGIKUT PKR (AHLI MAJLIS DAERAH) MENYAMAKAN SEDEKAH DENGAN SEKS… YANG WAJIB DITERIMA - Mengambarkan pengetahuan Islamygcetek dan cara hidup yg sosial dan kesanggupan menghalankan yg haram demi matlamat : Dalang PKR & DSAI
22. WANG KUTIPAN DERMA MAJLIS 1OO HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DI MASUKKAN KE AKAUN PKR WALAUPUN WANG MAJLIS ITU MENGGUNAKAN WANG KERAJAAN NEGERI SELANGOR : PENYALAH GUNAAN WANG KERAJAAN NEGERU & DISIASAT BPR : Dalang PKR & DSAI
23 .MB KHALID IBRAHIM KATA MENINJAU MANGSA RIBUT MEMBAZIR
MASA - PEMIMPIN YANG MENGABAIKAN RAKYAT KETIKA SUDAH BERKUASA - DALANG PKR DAN PR
(dipinjam dari sebuah link blog )

Dan jangalah bila tiba Pilihanraya umum yang akan datang Tsunami politik pula akan terkena batang hidung sendiri akibat meludah kelangit akhirnya terkena dimuka sendiri jika tiada apa yang berubah dan diubahkan jangan hanya menyalahkan kerajaan semata-mata dari jenayah , maksiat dan kejahatan yang berlaku kerana itu sendiri dinyatakn didalam Al-Quran bila tiba umat akhir zaman maka terjadilah kejahatan dan maksiat yang berluas-luasa jika itu yang disalahkan maka adakah didalam tafsiran di dalam Al-Quran itu di tidakan dan dinafikan sedangkan itulah janji dan kata-kata tuhan berkenaanya dan bukanlah salah kerajaan semata-mata yang mewujud dan menciptakanya.
PAS tetap dapat memerintah 2 buah negeri tanpa campurtangan dan berpakat dengan parti lain maka yakinilah dengan kemampuan parti sendiri dari lebih tejerumus tersungkur akibat tersalah jalan dan silap langkah dari ikutan yang dibuat untuk kepentingan politik dari kepentingan Islam dan ubahlah di berita Harakah yang 80% hanya menyiarkan berita berunsur politik tanpa berita yang melihatkan arus pembangunan dan sekarang adalah masa yang diberikan rakyat untuk memerintah dan memperlihatkan kemampuan yang ungul bukan lagi lebih kepada memburuk dan mencari salah orang tetapi tiada diperlihatkan kehebatan mentadbir dan menbangunkan negara,jangan hanya dilihat perkara yang muncul itu sebagai pekara yang remeh yang hanya rencah politik yang tidak memberi kesan yang difikir sama oleh kerajaan sebelum PRU terdahulu dan bila terjatuh baru semua perkara keburukan disiasat dan dinampak satu persatu dan jika waktu itu hendak diubah ianya sudah pun terlambat.

Anonymous said...

MCA bantu DAP, UMNO takde pula bantu PAS? hehehehehehe.....baiknya hati umno setiakawan ngan MCA!

Kedahlanie said...

alhamdulillah kira dah settle tuu..

cuba ziarah KedahLanie...ada la storynya..

Anonymous said...

ISU KUOTA NI MCM ISU DEB JUGA YANG BERSIFAT PERKAUMAN. TAPI KALAU NAK DIBERI KUOTA 50% KEPADA MELAYU APA KEWARASANNYA? LEBIH BAIK DIBERI SAMA RATA TETAPI DIDAHULUKAN KEPADA MEREKA2 YANG MEMANG MEMERLUKAN DAN BUKAN KEPADA YANG BERKEPENTINGAN UNTUK MERAIH KEUNTUNGAN DENGAN MENJUAL SEMULA RUMAH2 YANG DIBELI. KALAU DAH ADA 1 RUMAH TOLAK DAHULU PERMOHONAN TU DAN BERI KEPADA MEREKA2 YANG BELUM ADA RUMAH. ADA SYARIKAT PROPERTIES YANG BELI RUMAH ATAS NAMA INDIVIDU LEPAS TU JUAL BALIK SETELAH RUMAH BERKENAAN HARGANYA NAIK. FIKIRLAH SENDIRI,,,,

TOKPENGULU

Anonymous said...

syabas ustaz azizan....
syabas...anda MB PAS yang cemerlang...

Anonymous said...

panjang lebar cerpa rakyat menulis....

errmmm....jangan marah sangat kat DAP...tgk stori yg harakah buat ni..syahdu beb....hahaha....murahan!!!

Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet
Johari Jaafar
Thu | Nov 13, 08 | 12:45:56 pm MYT
IPOH, 13 Nov (Hrkh) - Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009Negeri Perak sebentar tadi.

Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. - mns_

Anonymous said...

Kalau dalam hal lain , semua orang nak kan keadilan. Kenapa dlm isu ini tidak dibangkit kan berapa percent penduduk KEDAH dan negeri2 lain di wakili oleh Bumiputra? Kalau 50% itu dikira tak adil sebab Bumiputra mewakili lebih 50% dari jumlah penduduk Kedah dan Malaysia. Perlu dibangkitkan dalam Parlimen tentang aspect ini. Kalau kurang, di manakah Bumiputra nak tinggal kalau kuotanya kurang? Adakah ini taktik untuk mengurangkan jumlah Bumiputra di semua kawasan? Di manakah Bumiputra yang tidak dapat beli rumah tinggal?

Anonymous said...

Saudara Roslan, cuba kita rujuk kembali kepada ajaran islam dan cuba kita bertanya kepada alim ulamak islam adakah terdapat dalam islam pengagihan kuota yang tidak adil yang mana ianya seolah-olah lebih memihak kepada melayu tetapi hakikat sebenarnya telah menghancurkan kekuatan melayu itu sendiri. mengapa tidak dilaksanakan penjualan pada kadar harga yang sama rata tidak kira ia bumiputera atau tidak. Dan jika ada dari kalangan orang islam yang tidak berkemampuan bukankah ada didalam islam kaedah untuk membantu sesama islam. Kemana perginya Baitumal? atau tabung2 untuk membantu saudara seislam dan jugak saudara baru. Saya bercakap bukan untuk menidakkan hak sebagai orang melayu tetapi sebagai seorang melayu yang selama ini berusaha dengan titik peluh sendiri tanpa mendapat bantuan subsidi dari kerajaan yang dikira sama dengan nasib bukan bumiputera saya rasa saya boleh tegak berdiri dengan izin Allah yang maha kuasa. Bumi adalah untuk kita semua tidak kira yang beriman atau tidak tetapi sebagai orang yang beriman kita diamanahkan untuk mentadbir bumi dengan keadilan islam. Saya tidak menyokong DAP tetapi saya merasakan kita telah memberi ruang yang sangat besar untuk mereka menghentam islam bukan ruang untuk mereka memikirkan menerima islam sebagai jalan hidup.
zam

Anonymous said...

salam,

ada tulisan cerpa rakyat yg perlu diberi perhatian oleh PAS khususnya.
Dalam tempoh 5 tahun mendatang nie mcm2 diorang boleh buat yg pastinya akan merugikan kaum bumi.
Fikir-fikirkanlah....

Anonymous said...

Saudara Roslan,
Masalah kuota pemilikan rumah telah dialih menjadi isu perkauman. Tujuan baik MB Kedah telah digambar sebagai buruk oleh pakar perkauman itu.

Buat apa DAP nak menyebok?

Faktanya dari 1.9 juta rakyat Kedah, 1.5 juta adalah orang Melayu, .4 juta saja orang bukan Melayu.

Denagn fakta sebegitu, sepatutnya Ustaz Azizan boleh beri kuota pemilikan rumah di Kedah dengan nisbah 80% untuk orang Melayu dan 20% kepada bukan Melayu. Maka 50-50 tu dah kira cukup bertolak ansur dah tu.

Masa kan tidak. Kebanyakan tanah untuk pembinaan perumahan di Kedah yang asalnya tanah rizab Melayu telah diubah syarat sebagai hakmilik kekal, membolehkan orang bukan Melayu berkelayakan membelinya. Di situpun orang Melayu telah berkorban. Nak minta sedikit pertambahan hak pun dah nakpertikai?

Masalahnya pemaju yang nak untung lebih. Mereka bina rumah yang mahal mahal yang orang Melayu tak mampu beli. Kalau rumah yang berharga 200 ribu ke atas, jangankan kuota 50%, kalau kuota 10% pun tak akan termampu dibeli oleh orang Melayu.

Orang politik sekular sekadar nak bantu pemaju buat untung banyak dalam bisnes perumahan mereka. Sedangkan Ustaz Azizan memikirkan tanggung jawab sosial terhadap seluruh rakyat Kedah.

Anonymous said...

tahniah ahmad sabki, setiausaha dewan pemuda pas pusat yang sokong langkah datuk seri azizan....

Anonymous said...

tak smua org melayu tu miskin n tak smua org cina tu kaya,faham? bukankah keadilan adalah salah stu ajaran islam? nma jer islam.

kuota ini ptut diberikan kpd yg btul2 x mpu x kisah dia bangsa n agama apa sklipun.

bygkan, ada melayu yg kaya tpi dpt kuota 50%, dan ada org bukan melayu yg miskin, x dpt kuota apa2 pun. adakah ini adil?

fikir2kan lar.....sb tu aku nk ckp kat korang, korang msih lagi sokong agenda BN wlupun penyokong PR. x hbs2....