Sunday, November 09, 2008

Rayuan buat Bangsa Moro

Bumi Moro masih bergelora. Saudara-saudara seaqidah kita menjadi mangsa terjahan tentera Filipina yang memburu tanpa belas ihsan para pejuang Islam di sana. Saya menerima SMS dari salah seorang pimpinan Yayasan AMAL yang baru pulang dari sana.

Kata beliau keadaan di Mindanao semakin getir. Hampir 2/3 dari ketumbukan Tentera Filipina telah dikerahkan ke sana. Akibat serangan ganas mereka kira-kira 600,000 Bangsa Moro kini menjadi pelarian perang apabila rumah mereka dibakar dan dimusnahkan serta kampong halaman mereka dirampas.






Menurut wakil Yayasan AMAL itu sangat sedikit bantuan kemanusiaan yang sampai ke sana.

Yayasan AMAL Malaysia akan melakukan program korban disamping bantuan perubatan dan kemanusiaan sempena Aidil Adha nanti. Oleh itu bagi sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan bantuan pada saudara-saudara kita yang sangat dalam keperluan ini bolehlah mengambil bahagian.

Sebahagian lembu bernilai RM290 manakala seekor kambing berharga RM320 seekor. Bagi mereka yang berhajat bolehlah menghubungi Sdr Hj Husin Ismail di 0199511860 atau terus mneyalurkan bantuan kewangan ke akaun Yayasan AMAL Malaysia di Maybank no. akaun 553010122090.

Semoga bantuan kita itu diberkati Allah swt.

2 comments:

bungaraya said...

Saya cukup mahir dengan permasalahan kaum moro yang ramai mendarat dipantai Sabah dan Labuan.
Pendek kata untuk renungan kaum melayu di Malaysia. Beginilah jadinya kalau diperintah oleh kaum yang selain bangsa kita sendiri.di Malaysia, kita adalah majoriti tidak seperti kita di Filipina. Alangkah sedihnya jika majoritipun orang lain yang memerintah kita.

SHURA - CIMMA said...

"Keprihatinan NGO-NGO Islam atas nasib Umat Islam di Mindanao meningkat".

Pihak moderator Muslim Minoriti-CIMMA mengalu-alukan usaha murni ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan ibadah korban,aqiqah, infak dsb sila hubungi jurucakap:

CIMMA-Teras : Sdr Suhaire Hj Sulaiman (019-2998345)