Sunday, November 09, 2008

Presiden Republik Islam Iran berdakwah kepada Obama

Ramai masih memperkatakan darihal kemenangan besar Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Rakyat dan pemimpin kita juga masing-masing turut tidak ketinggalan memberikan komen dan ulasan terhadap kemenangan bersejarah ini yang akan menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah dunia seorang berkulit hitam akan mengangkat sumpah dan berkhidmat sebagai Presiden Amerika mulai 20 Januari ini.

Dalam hal ini saya mahu berkongsi dengan satu lagi sejarah, iaitu perutusan ucapan tahniah dari Presiden Republik Islam Iran iaitu Presiden Mahmoud Ahmadiniejad. Mengapa ia bersejarah kerana tidak pernah sebelum ini Presiden Iran mengutuskan perutusan sedemikian kepada Presiden AMerika sejak Revolusi Islam Iran 1979.






Presiden Iran itu memulakan suratnya dengan kalimah mulia iaitu “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani” Dan diperenggan pertama suratnya beliau telah terus menyampaikan dakwahnya:

As you know, the chances that God gives to his subjects pass swiftly. They can be used for the perfection of humanity and to the benefit of nations or, God forbid, to the detriment of nations.

Sebagaimana yang Tuan tahu, peluang yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba Nya bergerak deras. Peluang itu boleh digunakan untuk kebaikan manusia sejagat dan manfaat negara-negara lain atau, pohon dijauhkan Nya, untuk kemusnahan dunia.

Untuk makluman sejak hampir 30 tahun lalu, Iran tiada hubungan diplomatik dengan Amerika. Melaui kemenangan Obama ini barangkali Ahmadieniejad melihatkan bahawa di sana ada peluang untuk Amerika berbincang kembali dengan Iran demi kebaikan dunia. Dan surat beliau ini juga mencerminkan keikhlasan negaranya dan besar jiwa seorang pemimpin Islam.

Surat beliau kepada Obama ini sungguh cantik susunan bahasanya dan ternyata merupakan suatu permulaan yang baik ke arah kestabilan dunia dan menggugurkan sebarang dakyah dan prasangka jahat terhadap Islam. Beliau menambah:

The great civilization-building and justice-seeking nation of Iran would welcome major, fair and real changes, in policies and actions, especially in this region.
Negara Iran yang merupakan negara pembina tamaddun dan pencetus keadilan akan mengalu-alukan sebarang perubahan yang besar dan adil terutama dalam dasar dan perlaksanaan terhadap rantau sebelah sini.
If steps are taken in the path of righteousness, toward the goal of carrying out the teachings of the holy prophets, it is hoped that almighty God will help and that the enormous damage done in the past will be somewhat diminished.
Sekiranya langkah-langkah ini diambil menuju ke arah yang hak, ke arah perlaksanaan apa yang diajar oleh para rasul, adalah diharapkan yang Allah maha berkuasa akan membantu kita dan segala pergeseran yang lampau akan akhirnya berjaya diatasi.

Demikianlah besarnya harapan dan impian Presiden Iran terhadap bakal Presiden baru Amerika ini. Memamg tinggi harapannya tetapi bagi sebuah negara yang telah sekian lama disenarai hitamkan oleh Amerika, ia barangkali satu permulaan dan percubaan yang baik.

Apa yang menarik perhatian saya adalah kekuatan mesej dakwah yang terkadung dalam surat ini. Sepatutnya kekuatan seumpama ini turut dipamirkan olehs esiapa sahaja yang berjuang untuk emartabatkan Islam. Di penghujung suratnya Presiden Iran menyebut:

I ask the high God to grant all of humanity and all nations health and happiness, honor and prosperity, and to grant rulers and officials the ability to learn from the past and to use every chance to serve, to spread love and kindness, to eradicate oppression, to do justice and to follow the holy guidelines.

Saya memohon agar Allah mengurniakan pada semua negara dan bangsa kesihatan dan kebahagian, penghormatan dan kesejahteraan, dan mengurniakan semua pemimpin dan para pegawai mereka kemampuan untuk belajar dari peristiwa yang lepas dan agar menggunakan setiap peluang memerintah yang diberi untuk menyibarkan kasih sayang dan kebaikan, menghapuskan penindasan dan memberikan keadilan dan mengikuti garis panduan yang mahasuci (yang telah ditetapkan).

Sama-samalah kita menunggu surat balasan dari Obama pula.

4 comments:

Anonymous said...

Jika kita lihat susunan surat dari presiden Iran, memang tidak dinafikan bahawa dia adalah seorang yang penuh dengan strategi. Ikhlas atau tidak adalah urusan dia dengan Allah. Tetapi tidak terfikirkah kita, mengapa tiada seorang pun pemimpin islam sunni yang berfikiran sedemikian. Yang ada hanyalah pemimpin yang hanya mengharapkan ehsan tanpa ada ayat untuk OBAMA memikirkannya. Memang kita lihat Presiden Iran meletakkan harapan tetapi beliau telah menggariskan apa yang harus dilakukan dan sekaligus melepaskan dirinya dari tanggungjawab jika OBAMA tidak seperti yang diharapkan.TETAPI mungkin ada surat dari pemimpin islam sunni yang lain yang lebih berani tetapi biasalah kan kena sekat. Mengapa ini terjadi? kerana kita mengaku adalah ahli sunnah tetapi bukan setakat tak amal sunnah tetapi berani pulak memperlekehkan sunnah.
zam

Unknown said...

Dakwah mengajak manusia mentauhidkan Tuhan itulah tanggungjawab utama kita sebagai orang Islam.
Tapi malangnya ada setengah ulamak telah menyelewengkan fakta ini dengan mengatakan mendirikan Negara Islam itu menjadi kewajipan utama kita.
Apa yang kita bimbangkan hasil dari penyelewengan ini, nanti di syurga hanya dihuni oleh Negara bukan orang.

Anonymous said...

Tabik...tabik hormat Ahmadiniejad. You are the star of the Muslim world... we are waiting...

wakmeli said...

Hrapan dan cita2 untuk berubah kepada lebih baik memaang dituntut. Kita tgk la camne obama akan dtg sbb polisi amerika tetap sama iaitu pertahankan negara israel. Apa2 yg israel buat sentiasa disokong amerika, sebarang ancaman kpd israel walaupun tdk terancam adalah sama sperti mengancam amerika.
Yahudi2 adalah tuan kpd presiden amerika, itu adalah tradisi turun temurun. Mana2 presiden yg cuba berubah akan diberi tekanan.kita tgklah perubahan yg camne obama nak wat.