Monday, November 24, 2008

Meniti perjuangan yang penuh mencabar

Apabila kita memilih untuk berada dalam gerakan Islam kita perlu yakin bahawa kita telah memilih jamaah yang benar. Kita perlu turut yakin bahawa bahtera yang kita naiki ini pasti menempuh dan ditempuh pelbagai gelombang dan ribut taufan, yang pentingnya lantaran kebenarannya maka kita perlu cekal, kalaupun mabuk laut dan pening-pening, lemah dan tak bermaya, angkara berada di atasnya, kita perlu perkuatkan azam dan bersabar, kerana destinasi yang dituju lebih besar dari segala-galanya.

Presiden PAS selalu berpesan, kalau di atas bahtera itu, kita berada di perut kapal dan kita keputusan bekalan air, jangan kita tebuk lantainya. Kelak kerana mahu mengubati haus, bukan hanya kita malah seluruh anak kapal akan ditimpa musibah.

Kadang-kadang ketika berseorangan terlintas juga di kepala perasaan lemas berada dalam jamaah ini, tekanannya terlalu kuat, cabarnnya tajam dan menusuk, tetapi syukur kerana para sahabat sentiasa ada untuk memberikan motivasi, semangat dan memupuk kesabaran. Kita perlu terus berkelompok dan bergerak dalam satu jemaah pada tiap waktu dan ketika.

Begitulah juga dalam membuat dan menerima keputusan. Kita berada dan dipandu dalam suatu qiyadah jamaiyah, kepimpinan berjemaah (bukannya kepimpinan individu), apa sahaja ditentu dan diputuskan secara berjemaah. Susah atau senang kita menongkahnya bersama dalam satu jemaah. Sebagai makhluk Allah kadang-kadang kita berbeza pandangan, tetapi adab berjemaah menuntut kita mematuhi keputusan syura’.

Kita semua menambat diri kita dengan keihklasan apabila bersetuju berada dalam jamaah ini. Al Quran dan Sunnah kita letakkan sebagai panduan dan hukum tertinggi kita, Allah, Rasul Nya dan orang-orang beriman dikalangan kita adalah pemimpin-pemimpin kita. Selagi mana pemimpin yang ada tidak membawa kita ke lurah maksiat dan mengingkari hukum dan peraturan Allah, maka adab berjemaah menuntut kita memberi wala’ kepada mereka.

Dalam susah dan dalam senang bersabarlah kita. Kadangkala keputusan dan apa yang diputuskan terlalu berat untuk diterima, tetapi pasti jika ia keputusan jemaaah, pasti ada manfaatnya, dan wajarlah kita akur. Mudah-mudahan kita semua terus berada di bawah redha dan perkenan Allah swt. Doakanlah agar jamaah ini terus kekal di atas jalan yang lurus. Semoga Allah swt melindungi kita dari muslihat dan kerja-kerja jahat musuh.

Allah swt berfirman:

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”

(al Khaf:28)

8 comments:

Mr. Right said...

Tahniah atas perlantikan sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor!

Semoga saudara akan lebih komited untuk menabur bakti... Insyallah.

Anonymous said...

Tahniah & takziah atas perlantikan sebagai ketua peneranga PAS selangor yang baru, harap2 saudara tetap istiqamah dengan prinsip yang dipegang, terus bersuara atas perkara yang haq....selamat menjalankan tugas

Firdaus Omar said...

Jangan terlalu gembira apabila diberikan kemenangan mahupun pangkat. Ujian juga datang dengan sanjungan dan kehebatan.

Jika niat terpesong...di depan Allah kita menjawap.

Rakyat dan ahli parti sentiasa memandang.

mut said...

Dalam menjalankan prerogatif beliau, Dr. Hasan telah pun memecat dua ahli veteran parti dan menggantikan mereka dengan ahli yang lebih serasi dengannya. Saya pasti pengganti mereka termasuk Sdr. Roslan berkelayakan, tetapi apakah sebabnya dua incumbent tadi dipecat? Jikalau semata-mata berbeza pendapat dengan Dr. Hasan, maka ini sebenarnya mengundang masalah pada PAS Selangor. Mungkin prerogatif mereka sebagai ahli untuk bertanding jawatan menentang Dr Hasan pada masa akan datang? Ini mungkin timbul jika sebab2 peribadi dengan Dr. Hasan yang menyebabkan mereka kehilangan jawatan. Ini perkara yang melibatkan harga diri; bukan senang untuk kita melihat pimpinan kehilangang kedudukan tanpa sebab yang konkrit dan munasabah. Alasan "mesti ada sebab" sedangkan sebab itu tidak jelas?

Jika sebab musabab ini diperjelaskan kepada ahli dan penyokong ini akan dapat sedikit sebanyak membantu penerimaan langkah ini.

Anonymous said...

sdr,
saya seperti saudara juga amat yakin bahawa Allah sentiasa melihat dan mengetahui segalanya.apatah lagi berada dalam perjuangan Islam,hukum sunatullah amat mudah iaitu : ikhlas akan dapat kemenangan tak ikhlas adalah sia-sia.buat lah macamana sekalipun hukum alam tetap tak berubah. seperti saudara dilantik sebagai ketua penerangan pas selangor, bermakna beban dan amanah saudara makin berat dan bukan semua orang boleh melaksanakanya.dalam sejarah manusia orang seperti sdaidina omar,uthman r.a DLL tak ramai . yang ramai adalah abu lahab ,firauan dll yang ini bersepah-sepah. ini pun hukum sunnah juga.
sekian.

cutekontot said...

moga berjaya mentadbir negara

hakim noh said...

salam,

STAR WARS - Dalam episode
" The empire strike back..." BEGIN...

Anonymous said...

i guest this is something related to the meeting by PAS selangor. Bravo! Change for a better improvement, change to impress others about islam, thanks much more important!