Sunday, November 09, 2008

Laporan polis terhadap guru agama

Saya pasti isu ini akan mengundang seribu-satu ulasan dan komentar dari pelbagai pihak dan sekali lagi Islam menjadi fokusnya. Pasti juga sahabat-sahabat kita dari kalangan masyarakat bukan Islam juga akan tumpang memberi pandangan, akhirnya Islam sekali lagi menjadi pertikaian akibat tindak-balas orang Islam sendiri.

Allah swt berfirman dalam surah an Nisa ayat ke 103:

"Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin."

Solat ini nampaknya ringkas dan ringan namun mengerjakannya secara konsisten tanpa gagal adalah satu tuntutan yang lazimnya tidak berjaya dikerjakan secara sempurna dikalangan orang-orang Islam. Allah swt befriman dalam surah al Ankabut ayat ke 45:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Mereka yang berjaya mendirikan solat secara konsisten mampu memiliki perisai yang jika pun tidak melindungi mereka secara langsung sekurang-kurangnya mengingat-ingatkan mereka apabila sahaja cenderung mahu melakukan perkara yang jahat. Bayangkan jika seluruh umat Islam tegak dengan kekuatan ini.

Saya yakin itulah niat guru agama di sebuah sekolah rendah di Damansara apabila menayangkan kepada anak-anak muridnya klip video kematian. Sekarang pun sekolah sudah diambang percutian, kanak-kanak sudah tidak mengikuti pelajaran lagi di sekolah, masing-masing “free” dan dalam kesempatan inilah pelbagai program dan aktiviti diatur untuk mengisi kelapangan itu termasuklah bagi guru agama tadi menayangkan klip ini dengan harapan memotivasikan anak-anak muridnya agar mengerjakan solat.

Suka tak suka, kita perlu akui bahawa ramai ibu-bapa gagal mendisiplinkan anaknya untuk solat secara konsisten. Malah ada ibu-bapa pun gagal. Kerana itu semua pihak dari pemimpin sampailah ke guru agama bertanggungjawab menasihatkan semua pihak agar tidak meninggalkan tanggungjawab ini.

Tiba-tiba seorang ibu membuat laporan polis di Balai Polis Damansara mendakwa bahawa guru agama anaknya di sekolah telah menayangkan video yang “menyeramkan” ini sehingga telah menganggu pemikiran anaknya. Kata beliau anaknya ketakutan sehingga menangis-nangis ketika mahu tidur malam akibat menonton video ini.

Saya tidak pasti tetapi mungkin anak Puan Doktor yang membuat laporan itu benar-benar terganggu akibat menonton klip berkenaan. Mungkin budak itu memang lemah semangat. Tetapi bagi saya realitinya anak-anak kita hari ini terdedah dengan ratusan ribu klip dan video yang berbagai bentuk, hiburan, seks, keganasan (contohnya dalam filem Bond terbaru “Quantum of Solace”, lengkap hiburan, seks dan keganasan dalamnya), kalau tidak melalui vcd yang bersepah, melalui internet dan lain-lain media.

Kanak-kanak sekecil tahun 1 hari ini sudah terdedah dengan semua ini lantaran kemajuan ICT dan TV kabel serta satelit. Kalau tidak kerana lemah semangat, saya rasa tidak salah malah wajar anak-anak kita diperingatkan tentang mati dan akibat meninggalkan solat. Semoga mereka insaf dan sedar, semoga terangsang minda mereka untuk mendirikan solat secara konsisten.

Kalau pun Puan Doktor yang membuat laporan polis tadi merasakan tidak wajar klip video itu ditayangkan kepada anaknya, mengapa tidak diajak berunding? Bukankah yang terlibat ini guru agama anak kita, besar sangatkah jenayahnya sehingga mahu diseret pihak polis bersekali?

Saya bimbang masyarakat kita semakin bercelaru dan porak-peranda mindanya. Akhirnya kita semakin jauh dan terpisah dari agama, akhirnya agama menjadi pilihan, ada bab yang perlu ditonjolkan, ada yang perlu digugurkan. Ia boleh dipilih-pilih. Mahu solat, boleh salot, kalau tak mahu pun boleh. Masyarakat jenis apakah yang mahu kita lahirkan nanti? Sama-samalah kita fikirkan.

10 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Ikhlas adalah rahsia Allah. Tiada siapa pun yang boleh mengetahuinya.





Selamat Datang ke Laman Blog Baru saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com/

nbn said...

Suatu masa dahulu hanya mereka yg bukan muslim di Malaya yg bergantung terhadap saluran perundangan(Laporan polis, mahkamah, perbicaraan...) utk mendapatkan hak mereka atau untuk keadilan. Ini boleh difahami sebab mereka tiada satu rujukan spesifik, contoh; Al-Quran & Hadis sebagaimana kita umat2 Islam. Tapi sekarang ini dah berubah...ramai pulak org2 Islam sendiri yg begitu taksub dan sangat2 dependant dgn keputusan mahkamah(Civil?) ini...

Anonymous said...

aku tgk benda tuh sjak tadika lg.. balik umah takde benda lain yg ma ayah aku selalu pesan utk kerjakan solat melainakan, "nk masuk neraka mcm dlm video tu ke?".. cukup utk buatkan aku takut..

n video tu ternginyang2 sampailah aku besar wapon kdg2 takut tu mkin kurang dek kerana nipisnya iman.. tp yg ptg, ia memberi kesan yg hebat ke dlm hati ini.. nau'zubillah..

p/s: lembik sgt ke jiwa anak2 skrang???

Anonymous said...

Itulah kesannya bila rosak iman. Orang nak ajar anak jadi soleh dan solehah pun jadi kesalahan. Sebab mak bapak dah kompom tak soleh apatah lagi nak solat. Si Tim. Menteri pun kata macam sokong mak bapak yang tak setuju. Punyalah bangang punya pemimpin yang ada kat Malaysia sekarang ni. Cadangan saya kurangkan usaha kita berpolitik tetapi banyakkan dalam usaha menyampaikan dakwah mengajak manusia kepada Allah dan rasul. Kita lihat masalah ini sebagai masalah kita, jangan letakkan masalah ini pada orang lain. Kita berbincang bagaimana masalah ummat ini dapat kita selesaikan bersama-sama secara jemaah. Saya cadangkan PAS mulakan langkah bentuk satu jemaah pergi jumpa mak bapak yang buat laporan polis tu, beri penerangan yang sebaiknya. Kalau PAS tak mampu, kita boleh lantik orang yang berkelayakan untuk pergi tetapi saudara kita yang duduk berhampiran kena ambil tanggungjawab terlebih dahulu. Kita kena anggap masalah ummat ini adalah masalah kita semua. Kasihanilah orang islam yang berlagak macam faham agama tetapi selalu membelakangi ulamak.
zam

Anonymous said...

Akhir zaman nie macam-macam cara halus yang digunakan oleh pelbagai pihak (Islam mahupun bukan) demi untuk menjatuhkan dan menjahanamkan Islam itu sendiri...

Rasa-rasa gua la.... Puan Doktor yang membuat laporan polis itu mungkin sorang "Free Thinker".

Anonymous said...

Saya setuju dgn cencurut, Puan Doktor tu mungkin "Free Thinker".

Anonymous said...

Saya sempat melihat 2 ibu yang komplen dari paras rupa nya, satu nya menutup kepala secara tidak lengkap dan seorang lagi berambut blonde. Apabla melihat begitu, saya pun faham mengapa mereka membantah, yang empunya badan sendiri pun tidak melakukan perkara yang wajib.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Tuan, di bawah ini ialah komen asal saya sendiri (orginal comment dan bukan copy & paste dari blog lain). Komen ini telah disiarkan di blog lain. Memandangkan ia ada kena mengena dengan posting asal tuan berhubung pelajar dan solat berbesar hatilah kiranya tuan siarkan comment saya ini.

Part 1

Akhir zaman, anak akan kena marah dengan mak bapak bila bangun lambat sebab tertinggal bas sekolah. Bukan sebab tinggal solat subuh.... Orang bekerja pulak biar miss solat subuh asal jangan miss sarapan pagi.

Rasa pelik juga bila keluar nak sembahyang Subuh dah ramai pelajar (sure dah akil baligh) yang dok tepi jalan tunggu bas sekolah.

Part 2

Tuan, saya amat respect dengan sorang driver bas sekolah kat taman perumahan lama saya. Time tu waktu subuh agak lambat, so driver bas akan parked bas dekat dengan surau dan dia akan sembahyang subuh berjemaah denga jemaah yang lain.

Apa yang sadis ialah, student tak sama solat, duduk dalam bas atau melepak kat luar bas tunggu driver solat.

Sure diorang dah baligh sebab yang lelaki pakai seluar sekolah hijau dan pompuan kain kaler biru laut..

Dunia oh dunia ..........

p/s - Bagi mereka yang tak solat subuh sebab takut tertnggal bas, LRT, KOMUTER dsb, tanya diri sendiri balik adakah ALLAH tersilap dalam menfardhukan solat Subuh.... Astargfirullah.....

Part ini merupakan ulasan dari pemilik blog tersebut berhubung komen saya di atas.

[Sebab tu dalam dunia ni tak leh nak salahkan tuhan, bila kita sibuk, ada orang yang sama sibuk ngan kita tapi masih boleh jaga solat, itu yang timbul cerita Allah akan panggil Nabi sebagai saksi, untuk kes orang sakit rujuk Nabi Ayub, untuk kes miskin, rujuk Nabi Isa, untuk kes kaya, rujuk Nabi sulaiman dan lain –lain..]

Part 3

Sorry tuan, terpaksa guna platform tuan utk beri penjelasan pada third party.

Masalah sekarang bukan sebab tempat nak solat tapi takde keinginan atau usaha nak solat. Ia berkaitan dengan keinginan, susah payah dan juga hidayat dari Allah.

Buat apa nak buat tempat sembahyang kat bus stop kalau belakang bus stop tu dah ada surau tersergam indah.

Kat pejabat atau kilang, jenuh pihak pengurusan spend dana untuk surau dan juga program ceramah dan mengimarahkan surau tapi berapa ramai yang solat. Yang ada keinginan nak solat pun dah akhir waktu. Time nak balik 6.45 ptg, angkut briefcase lepas tu dropped by kat Surau ingatkan nak iktikaf tunggu waktu Marghrib tapi baru nak sembahyang Asar.

Di Malaysia amat bertuah kerana setiap premis ada tempat solat dan covered. Pergi negeri jiran kita Singapura, student NUS dan NTU buat inisiatif sendiri untuk buat surau kat stor atau platform tangga. Kat Changi Airport tengok singboard dan anak panah arah surau cantik rupanya bukan jumpa surau tapi platform tangga dijadikan tempat solat. Ada sejadah dan arah kiblat.

Pasal buda-budak sekolah yang dah akil baligh tak solat perlu diberi perhatian. Ini kerana sistem pendidikan kita yang tidak membantu dan menggalakkan pelajar bersolat. Anak lelaki saya bila masa Tahun 2 (sesi petang) balik sekolah muka dia muram tanya kenapa sebab tak sempat solat Zohor. Kelas masuk jam 1, terus menerus dan hanya break waktu rehat 4.10 pm yang mana dah nak masuk Asar. At the age of 8 years kalau time rehat apa pilihan budak-budak. Nak makan atau solat. Ramai pilih nak makan. Takde pulak cikgu bagi break atau arahan untuk pelajar bersolat.

Ada juga cikgu yang perihatin kata siapa yang dah siap salin kat papan hitam boleh pergi solat tapi gilir-gilir. Kalau satu kelas ada 40 orang dan giliran hanya 2 orang untuk 10 minit mana sempat cikgu oii. Kalau diberi pilihan macam tu memang student pilih tan nak solat.

Apa salahnya dalam jadual waktu instead of subject berderet ada break utk solat Zohor dan Asar.

Anak perempuan saya pula (8 thn) satu hari tu saya nampak dia lama betul sembahyang Marghrib dalam bilik dia, bila tanya, wirid dan doa lama sangat ke...rupanya dia qada' sembahyang Asar. Sejuk mata memandang. But until when.

Bagi pelajar sesi pagi tiada masalah. Kalau dari awal umur 6-9 thn tak diberatkan solat, bila masuk menengah dan akil baligh baru nak tekan bab solat, lagi dia melawan adalah...

Dulu masa kecil dengar tahun 2000 semua sekolah satu sesi sahaja tapi sekarang dan masuk zaman milleneum masalah sekolah dua sesi tak selesai jugak.

Sorry tuan agak panjang. Up to you to publish or not this comment.

Anonymous said...

betui tu abikhsan...kadang2 anak aku dah lemah nak solat kek sekolah pasai perkara cam tu!

Ciik gu & Cik gi punlebih kurang! Ustaz ok lagi! Tapi aku pujuk anak aku suruh dia qada..tapi sampai bile!

berkenaan dengan dua olang tuh biar leer dia olang malaun! kira hebat sangat lah tu dengan tutup sejemput dan si blonde! apa-apa hal dua ekor betina tu kojol..senang aje..pasai bile dia mampus..dia akan kate..itu kena tanya suami saya lah...!

Faizah Roslaini said...

Salam,

Saya bukan nak komen pasal salah atau betul. Tapi pada pendapat saya kalau kita takut masuk neraka and then kita pun solat, saya rasa ok. Mula2 takut. Kemudian tu insya allah mungkin lebih ikhlas dan khusyuk.

Tapi saya rasa kalau nak suruh budak2 sekarang ni solat dsb nya kita kene gunakan pendekatan yang lebih berhikmah.

Saya bukanlah orang dakwah. Saya juga bukanlah expert child psycology. Tapi pada pendapat saya, mungkin pendekatan tersebut (video seksa kubur) tidak berapa sesuai untuk budak2 di situ.

Sekian.