Friday, November 28, 2008

Kebebasan dan keadilan: tubuh, darah dan daging polis kita

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini yang mengingatkan ahli-ahli politik agar jangan mencampuri urusan polis. Polis adalah penjaga dan pemelihara keselamatan dan kemanan negara, sudah pastilah tugas-tugas mereka akan terganggu kiranya ada mana-mana pihak yang menggunakan kedudukan politik mereka untuk mencampuri urusan polis.

Musa mengambil contoh dalam satu kes dimana seorang ahli politik telah mengirimkan kjepada beliau lebih 100 saman trafik dan mengarahkan agar beliau membatalkannya atas alasan mereka yang disaman adalah dari kawasannya dan tidak berduit untuk membayarnya!

Begitu juga saya percaya dalam hal-hal lain. Kita mahu anggota polis kita kekal sebagai sebuah institusi yang bebas dan tidak boleh ditundukkan oleh sesiapa pun.

Dalam waktu yang sama kita juga mahu pihak polis tidak menerima arahan dari orang-orang politik untuk bertindak. Orang Umno jangan arahkan polis bertindak terhadap orang PAS contohnya, biarlah polis bebas, membuat keputusan dan mengambil tindakan secara professional, tidak berat sebelah dan tidak pilih bulu, boleh?

Kalau ada orang BN melanggar undang-undang, tak kiralah berdemo tanpa permit atau apa sahaja, maka bertindaklah terhadap mereka. Jangan demo atau himpunan pembangkang sahaja yang diganggu tetapi yang dianjurkan BN contohnya, ditangani dengan begitu manja sekali.

Biar kebebasan dan keadilan benar-benar menjadi tubuh, darah dan daging pihak polis kita. Biar tiada lagi pengaruh atau tekanan politk terhadap mereka selepas ini. Sesungguhnya kita tidak dinafikan unsure-unsur kebebasan dan keadilan ini memang cuba ditegakkan, tetapi arus campurtangan itu kadangkala memukulnya tumbang.

Berilah harapan kepada rakyat Malaysia…………

3 comments:

Seladang said...

Porahhhh! Cakap tak serupa bikin. Polis sentiasa saja ikut telunjuk pemimpin Umno! Pemimpin Umno bukan ahli politik ke?

Anonymous said...

Nama pun musa...ng berbulu ayam. haprak. betullah...iman x dapat diwarisi dari seorg ayah yang bertaqwa.

Anonymous said...

Tak guna bercakap kepada puak yang berlagak masa pakai uniform.
Kalau tak percaya tengoklah rupa polis-polis pencen. Kalau dikampung menikus takut jer muka mereka.
Kenapa? sebab mereka tau ramai orang menyampah dengan sikap mereka masa kerja menyusahkan orang. Bukan nak menolong.
Kalau hal rompakan dan masalah rakyat lambat bertindak kecuali ada kepentingan kepada mereka. termasuklah kalau kerap masuk akhbar dan boleh naik pangkat tentu mereka berkejar awal-awal.
tapi kalau tidak ada kepentingan kepada mereka maka lupakanlah.
Apa lagi kalau peluang bersama pembesar negara. Dan menunjuk-nunjuk macam mereka tau semua hal undang-undang dan nak gunakan kuasa senjata mereka. Budaya mengampu memang budaya polis kat malaysia ini.
Golongan macam ini terlalu ramai pakai uniform dan sedang menunggu untuk gantung uniform mereka.
Tengoklah disekitar anda rupa dan perangai mereka bila dan pencen.
Penakut dan tak berani bersuara macam masa pakai uniform.