Wednesday, November 26, 2008

Isu arak di Selangor jangan kelirukan rakyat

Akhbar-akhbar berbahasa Cina tiba-tiba hari ini memaparkan kisah arak di Selangor (saya ditunjukkan perkara ini oleh sahabat saya rakan ahli majlis MPSJ dari DAP). Kononnya PAS Selangor sedang bertindak mendesak kerajaan negeri mengharamkan penjualan arak seluruh Selangor. Kononnya ada pelan “A” dan pelan “B”. Pelan “A” adalah melalui mesyuarat EXCO, jika tidak berjaya maka wakil-wakil PAS dalam seluruh PBT Selangor akan membawa usul diperingkat PBT. Tidak cukup dengan itu, portal berita Malaysiakini turut mensensasikan perkara ini.

Saya bertanyakan rakan-rakan pemberita akhbar Cina dari mana mereka dapat maklumat ini, kata mereka dari sumber-sumber tertentu.

Jelasnya, pertama, PAS Selangor tidask pernah membincangkan perkara ini dalam mana-mana mesyuaratnya. Kedua, arak ini haram buat umat Islam tetapi tidak untuk yang bukan Islam, kerana itu di Kelantan yang didominasi PAS, kerajaan negeri hanya mengharamkan penjualan arak dikalangan umat Islam (jika Kelantan begitu, takkanlah Selangor mahu mendesak mengharamkan arak secara total). Dan ketiganya arak ini memang diharamkan terhadap umat Islam di Selangor melalui Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam yang ada, tidak berbangkit PAS mahu buat tuntutan sedangkan undang-undang telahs edia ada dari zaman BN lagi.

Memang rakan-rakan ahli-ahli majlis dari MBSA ada menuntut agar dikuatkuasakan pengharaman ini di Shah Alam dan saya difahamkan ia telah pun diluluskan dalam mesyuarat majlis tanpa bangkangan mana-mana pihak.

Isu ini bagi saya sengaja disuakan bagi melihatkan seolah PAS cuba menggunakan pengaruhnya dalam kerajaan PFR Selangor bagi mendesak agar arak diharamkan secara total di Selangor. Ada pula laporan menyebut bahawa cadangan PAS dalam mesyuarat EXCO ditolak oleh MB.

Saya melihat ada usaha untuk melaga-lagakan antara PAS dan rakan-rakan lain dalam PR, dan ada usaha untuk menggambarkan seolah PAS ini tidak menghormati hak masyarakat bukan Islam. Adakah sebenarnya begitu? Saya telah merayu kepada rakan-rakan pemberita termasuklah dari Malaysiakini agar berlaku adil dalam isu ini dan jangan

Kenyataan Dato’ MB Selangor selepas Mesyuarat EXCO tadi alhamdulillah meredkan asakkan yang tidak bertanggungjawab ini.. Menurut Tan Sri Khalid sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:

Selangor Mentri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the state does not intend to impose a blanket ban on the sale of alcohol but is seeking to step up enforcement on existing restrictions. The existing restrictions in the state are no sale of alcohol to Muslims as well as those under-18s.

According to Khalid, the move to tighten enforcement on alcohol sale will be implemented after consultation with retailers, local councils, related government agencies and NGOs early next year.

MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat mengharamkan sama-sekali penjualan minuman berakohol, akan tetapi sedang berusaha mempertingkatkan penguatkuasaan terhadapa peraturan yang sedia ada. Peraturan yang ada di negeri ini melarang penjualan arak kepada umat Islam dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.

Menurut Khalid, usaha menguatkuasakan larangan penjualan minuman berakohol akan dilaksanakan sebaik perundingan dibuat dengan pihak penjual, PBT dan agensi kerajaan yang berkaitan disamping NGO mulai tahun hadapan.

Ini isu berkaitan umat Islam dan tidak kena-mengena dengan yang bukan Islam. Peraturan yang ada pun bukannya digubal oleh PAS atau PKR tetapi oleh kerajaan BN yang lalu. Kerajaan Selangor PR hanya mahu melaksanakan apa yang telah sedia ada itupun terhadap masyarakat Islam. Diharapkan semua pihak melihat isu ini dengan jelas dan tidak dikaburi dengan agenda mana-mana pihak yang mahu memburuk dan melaga-lagakan satu pihak dengan pihak yang lain.

9 comments:

Anonymous said...

I hope PAS DOES NOT INTEND TO GET TOO INTELLIGENT BY IMPOSING THEIR VALUES ON NON BUMIS, pas's sucess in the recent elections is due to the unbridalled support for pakatan alliance and not for pas per se. Please understand, if PAS HAS AN AGENDA TO CREATE PROBLEMS WE THE RAKYAT WILL NOT VOTE FOR THEM ANYMOORE SO BE WARNED, and another thing PAS SELANGOR IS VIEWED with a very tight scutiny, because of the quiet dealings of some people from the party with UMNO. TOLONG JANGAN PANDAI PANDAI, THE PEOPLE OF SELANGOR AND W.P ARE VERY UPSET OF THESE so called intelligent people who want to impose their values on us, we don't kacau islam leave our lifestyle alone.

Bangsa Cina Malaysia said...

DAP MPs and state assemblymen still do not realised they are in power today becoz the Malays voted them and now they are trying to be heroes to the chinese community only.

to the DAP dont you all are aware that alcohol are bad for health just like cigarette.

I am a chinese and i hate all the above habits.

Not all policies by PAS are bad.

in fact PAS has been urging bread earners to go back to their families after work instead of heading to all these karaokes joint where alcohol and chinadoll are in abundance.

i remember not very long ago a group of chinese housewife went to see a certain OCPD asking for help
becoz their husband have been spending all their time in all these karaokes outlet.

how many chinese families have succumbed to these evil ?

bread winner spending their hard earned money on alcohol, gambling and later on womanising will come along.

DAP remember you guys represent all malaysians and please do not try to be a hero to a certain community even though knowing very well all the above are bad for everyone.

carry on with your typical chinaman attitude and i can guarantee you guys will all be a one term MP/state assemblyman.

P/S read LIM KIT SIANG BLOG.
BTW NONE DAP MPs has responded.

tony pua may god protect your children from the evils of alcohol.

Bangsa Cina Malaysia said...

PAS got 8 seats becoz chinese voted them but DAP will get 0 seats if malays do not vote them.

DAP MPs and state assemblymen still do not realised they are in power today becoz the Malays voted them and now they are trying to be heroes to the chinese community only.

to the DAP dont you all are aware that alcohol are bad for health just like cigarette.

I am a chinese and i hate all the above habits.

Not all policies by PAS are bad.

in fact PAS has been urging bread earners to go back to their families after work instead of heading to all these karaokes joint where alcohol and chinadoll are in abundance.

i remember not very long ago a group of chinese housewife went to see a certain OCPD asking for help
becoz their husband have been spending all their time in all these karaokes outlet.

how many chinese families have succumbed to these evil ?

bread winner spending their hard earned money on alcohol, gambling and later on womanising will come along.

DAP remember you guys represent all malaysians and please do not try to be a hero to a certain community even though knowing very well all the above are bad for everyone.

carry on with your typical chinaman attitude and i can guarantee you guys will all be a one term MP/state assemblyman.

P/S read LIM KIT SIANG BLOG.
BTW NONE DAP MPs has responded.

tony pua may god protect your children from the evil of alcohol.

Anonymous said...

Saya berpendapat, kita harus sokong cadangan PAS supaya sekurang-kurangnya diharamkan di kedai serbaneka. Yang non muslim, biarlah mereka beli di kedai kopi cina. Penjualan arak berluasa akan menjahanamkan umat kita. Kita kena ada perbezaan dengan kerajaan BN dulu. Kita kena mencegah. Takan sama aje dan asyik Islam ditolak ke sana ke mari. Mana Islam yg kita mahu?

Hak mereka, hak mereka, hak kita mereka mahu.

mufarakahpr said...

sabar je lah apa yang berlaku hari ini.

apapun kita PAS perlu mempertahankan Islam

Anonymous said...

salam bro,
sekarang ni DAP dan bukan Islam dah rasa mereka yang menentukan PAS. Kalau depa tak undi nanti bungkuslah PAS. Kepada yang TARAK NAMA ( ANANYMOUS ) iSLAM TAK PERNAH PAKSA BUKAN iSLAM PELUK iSLAM APATAH LAGI NAK IKUT AJARAN ISLAM. so, jangan jadi bodohlah.PAS memperjuangkan Islam untuk Orang Islam sambil berdakwah bukan memaksa orang bukan Islam masuk islam. Cuba senaraikan apa kebaikan arak ?

Anonymous said...

DAP ni dia nak pertahankan arak ni bukannya sebab dia nak minum sgt, tapi dia ditekan oleh tokey2 arak ni..
serupa perangai MCA jgk la puak2 ni..

Anonymous said...

PR perlu belajar daripada kerajaan Ireland
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18930

Anonymous said...

Yang jelas haram tetap haram, marilah kita berkejasama membenteras yang haram dan bukan alang kepalang punye yang haram tu , haram dosa besar.