Jangan jolok sarang tebuan
Saya mungkin tersilap tetapi seingat saya tidak pernah dalam sejarah negara ini mana-mana pihak, samada masyarakat Islam, lebih-lebih lagi yang bukan Islam berani secara terbuka menentang apa-apa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tempatan. Dalam posting saya sebelum ini saya telah menegaskan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan ini adalah untuk makluman, rujukan dan tindakan umat Islam, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain.
Kalau ada orang Islam yang tidak dapat menerima atau menolak satu-satu fatwa sekalipun, biasanya ia akan hanya berdiam diri kerana isu agama adalah sensitif, yang jahil sekalipun tidak mahu dilihat menolak apalagi menentang ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama.
Tetapi semalam satu sejarah telah tercipta dalam negara ini. Semalam menurut laporan akhbar, dan liputan oleh Malaysiakini, satu perhimpunan telah diadakan untuk menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang mengharamkan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki dan minat kepada kaum sejenis, istilah semasa yang digunakan adalah “pengkid”.
Menurut keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa yang ke 83 pada 23 Oktober lalu, perbuatan seumpama ini melanggar tabii serta fitrah oleh itu jelas bertentangan dengan Islam.
Jadi apakah mesej yang mahu dibawa oleh himpunan semalam? Menurut Malaysiakini himpunan yang disertai kira-kira sedozen peserta itu terdiri dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.
Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:
“Lawan semua fatwa menindas perempuan”
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah yang telah kita lakukan sehingga apa pun isu dalam negara ini dipolitkkan sehinggalah keputusan Majlis Fatwa yang hanya melibatkan orang Islam pun mahu dipolitikkan dan dijadikan bahan cabar-mencabar?
Bagi saya kumpulan ini jelas telah masuk ke lembah larangan, mereka tidak sedar yang mereka membakar api kemarahan umat Islam dan cuba mencetuskan ketidakpuasana hati serta mengadu-domba dalam hal-hal yang tidfak pernah dipertikaikans ecara terbuka sebelum ini.
Saya berharap pimpinan kita samada dari mana parti sekalipun akan menasihatkan kumpulan ini agar jangan menjolok sarang tebuan. Negara kita kini berhadapan dengan masalah yang lebih besar yang perlu kita tangani bersama, umpamanya krisis ekonomi dunia yang sedang memberi kesan kepada negara, jangan cetuskan masalah baru! Jangan sampai majoriti masyarakat Islam pula nanti bangkit mencabar tindakan kumpulan kecil yang tidak bertanggungjwab ini.
Jadi apakah mesej yang mahu dibawa oleh himpunan semalam? Menurut Malaysiakini himpunan yang disertai kira-kira sedozen peserta itu terdiri dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.
Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:
“Lawan semua fatwa menindas perempuan”
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah yang telah kita lakukan sehingga apa pun isu dalam negara ini dipolitkkan sehinggalah keputusan Majlis Fatwa yang hanya melibatkan orang Islam pun mahu dipolitikkan dan dijadikan bahan cabar-mencabar?
Bagi saya kumpulan ini jelas telah masuk ke lembah larangan, mereka tidak sedar yang mereka membakar api kemarahan umat Islam dan cuba mencetuskan ketidakpuasana hati serta mengadu-domba dalam hal-hal yang tidfak pernah dipertikaikans ecara terbuka sebelum ini.
Saya berharap pimpinan kita samada dari mana parti sekalipun akan menasihatkan kumpulan ini agar jangan menjolok sarang tebuan. Negara kita kini berhadapan dengan masalah yang lebih besar yang perlu kita tangani bersama, umpamanya krisis ekonomi dunia yang sedang memberi kesan kepada negara, jangan cetuskan masalah baru! Jangan sampai majoriti masyarakat Islam pula nanti bangkit mencabar tindakan kumpulan kecil yang tidak bertanggungjwab ini.
36 comments:
kalau aku kat situ, aku ludahkan aja orang2 mcm ni.. yang bangsa lain nak sibuk pasal fatwa orang Islam ni kenapa?
Fatwa itu takde kaitan dengan mereka dan nenek mereka.
Saya setuju dengan pendapat saudara. Sekarang ini nampaknya makin berleluasa pihak bukan Islam yang cuba untuk masuk campur dengan urusan umat Islam di negara kita ini. Jangan cuba timbulkan kemarahan orang Islam
Setuju. Bukan-Muslim tak ada hak mempersoalkan Fatwa2 untuk kaum Muslim.
Tindakan tegas wajib diambil terhadap peserta2 bukan-Muslim itu segera.
Ini golongan yang tak ada kerja @ terlalu jahil sehingga membiarkan diri mereka menjaga tepi kain orang.
None of their business.
Polis boleh panggil mereka untuk diberi amaran (ini yang paling ringan) @ SPB YDPA selaku Ketua Agama Islam boleh bertindak melalui wakilnya, Jabatan Agama Islam W.P....
Jangan pakai I.S.A., kerana kita tak mahu 'kesilapan' Menteri KDN dalam penahanan YM Raja Petra berulang....
TOE YOUR LINE, my fellow non-Muslims.Be more responsible, and know your limits.
Allahuakbar....allahuakbar...
allahuakbar....jangan main api...kelak buruk padahnya...allahuakbar!!!!
TAKUT2 ADA FUNDER YANG DIBELAKANG GENG2 DEMONSTRASI NI. KENA SELIDIK BETUL2
TOKPENGULU
semakin kurang ajar perbuatan golongan - golongan anti Islam ini.
jangan lah mereka ini di "taja" oleh mereka yang berkepentingan politik sudah lah.
makin hebat cabaran kita sebagai umat Islam masa kini.
Adakah maksud saudara bahawa seorang yang bukan Islam hanya boleh menyokong seorang Islam jika perkara yang terlibat tidak ada kaitan dengan ugama Islam atau fatwa-fatwa ugama Islam. Kalau itu memang maksud saudara saya yakin orang-orang Islam diIraq, Palestine, Bosnia, Chechnya dan seterusnya tidak boleh menerima bantuan orang bukan Islam dalam usaha mereka untuk mempertahankan diri sendiri dan ugama Islam untuk menentang pencereoboh bukan Islam dinegara-negara tersebut kerana usaha meraka adalah disifatkan sebagai jihad didalam fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh hampir semua negara Islam didunia. Biarlah saya mengingati saudara bahawa orang-orang Islam diBosnia telah di selamatkan oleh tentera Amerika Syarikat. Tanpa campur tangan AS perempuan perempuan Islam disana mungkin di rogol habis orang Serbia dan laki-laki Islam di bunuh habis.
Jangan takut saudara apa yang dikatakan oleh saya bukan mahu cabar Islam ia hanya satu peringatan sahaja. Saya akan berusaha untuk memberitahu semua orang bukan Islam diMalaysia dan diseluruh dunia bahawa adalah lebih baik untuk membiar orang Islam menderita daripada menolong mereka jika keaddan yang terlibat ada kaitan dengan fatwa-fatwa ugama mereka. Saya juga akan berkata kepada orang-orang bukan Islam yang tndakian mereka yang sedemikian adalah wajar kerana mereka mungkin di tuduh sabagai menyoal kesuciaan fatwa-fatwa Islam.
Terima Kasih atas peringatan saudara.
Salam
Mengapalah mereka tidak habis2 menyerang Islam, sedangkan kita tidak pernah mempertikaikan anutan agama mereka. Malahan mereka bebas beribadat tanpa sebarang gangguan.
Saya sarankan tuan bagi cadangan kpd Muslimat Pas utk hadapi mereka yg menentang ni. Jangan pula Muslimat Pas pun duduk senyap dalam hal ni.
islam terlalu lembut, bagi banyak sangat peluang..
dia dah tengok lim kit siang begitu bertenaga menentang dalam parlimen, gobind singh, sivarasa, kula dan lain-lain. apa peranan PAS? samada ikut ponggong(ayat mahfuz) ataupun senyap..
macam ini la, pas memang jaga hati rakan-rakan dalam pakatan, tetapi adakah mereka peduli??????
kalau benci sangat pada umno sekalipun, jangan jadi alat suruhan DAP. roslan anda ada peluang untuk menasihati.
usahlah terlalu seronok sangat dengan kuasa yang belum pasti dapat, itu semua hanya janji anwar.
Terima kasih Umno Rambai Sari kerana sudi berkunjung ke blog ini.
PAS komited dalam Pakatan ekoran perjanjian dan persefahaman politik yang dibina antara ketiga-tiga parti khasnya selepas PRU ke 12 lalu.
Samalah sebagaimana Umno komited dalam BN.
Kalau nak kita bahaskan ikatan tu sampai bila pun tak habis. DAP mungkin nakal sebagaimana analisa sdr itu, rasa saya begitulah juga MCA, MIC dan Gerakan dalam BN.
Cuba kita bercakap soal Islam di luar batasan politik masing-masing. Kita semua Islam terlebih dahulu, tak kiralah kita dari parti PSM atau DAP atau PKR hatta PAS atau Umno. Apakah sumbangan kita terhadap Islam? Apabila Islam dihina, diperlakukan, diancam, apakah peranan kita?
Apabila kita bangkit di Hari Akhirat kelak, bukan keahlian parti kita yang akan ditanya tetapi agama, oleh itu saya juga ingin mengajak sdr marilah atas nama agama yang maha suci ini kita bersatu tak kiralah dari mana parti sekalipun, biar maruah dan martabat Islam terus tinggi dan tidak dikacau ganggu oleh sesiapa pun.
Saya sudah bersedia sdr bagaimana?
Kepada saudara berkenaan,
Lelaki menyerupai perempuan atau perempuan menyerupai lelaki adalah haram dalam islam. Oleh itu orang islam wajib mematuhinya. Sebab itu apabila terdapat non-muslim yang membantah, ianya telah dikira mancampuri urusan agama islam dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama.
Kenyataan saudara seperti sekiranya non-muslim tidak boleh mencampuri urusan islam sebagai contoh U.S tidak perlu mencampuri perang di Bosnia, saudara telah lari dari maksud sebenarnya. Tentang Bosnia boleh dibincangkan perkara lain dimana puak serb (non-muslim)secara kejam membunuh orang islam.
Sebagai contohnya, sekiranya monk buddha lelaki diprotest kerana tidak boleh berkahwin, dan protest dilakukan oleh mereka yang bukan penganut budhha atas alasan hak kebebasan. Sudah pastinya ia menyebabkan kemarahan penganut buddha kerana mereka itu dianggap suci. Begitu jugalah penganut islam kerana ia adalah kewajipan penganutnya terhadap agama.
Katakanlah seorang monk buddha tadi, sewaktu berada di satu kawasan, dipukul oleh sekumpulan gangsters, kebetulan lalu sekumpulan penganut islam disitu, adakah penganut islam itu mesti membiarkan sahaja perkara itu berlaku, kerana yamg dipukul itu adalah monk budhha. Sudah tentunya penganut islam itu mesti membantu buddha tadi walaupun yang dipukul itu bukan dari agama islam. Dalam konteks ini sifat perikamanusiaan adalah pokoknya. Samalah tadi U.S dengan Bosnia.
Saya harap saudara faham tentang perkara amalan umat islam dan juga sifat perikemanusiaan seorang manusia.
Yang ikhlas,
Shah
Saudara Shah,
Adakah orang-orang tidak faham bahawa hubungan persahabatan antara manusia mustahil di sekat dengan fatwa-fatwa ugama. Hubungan persahabatan adalah seperti sifat perkemanusiaan yang di tunjukkan oleh Amerika Syarikat apabila mereka menolong orang-orang Islam Bosnia. Persahabatan dan perikemanusiaan adalah nilai 'universal' yang mengatasi segala batasan ugama dan ideologi.
Saudara Shah, dunia sudah banyak berubah. Orang-orang Islam bermimpi untuk mengujudkan zaman kegemilangan Islam semula. Tetapi zaman ini tak pernah wujud dalam sejarah Islam kerana Islam telah di landa sengketan politik yang sengit daripada permulaan ugama Islam hingga hari ini. Orang-orang Islam ada hak untuk mengeluarkan apa-apa pun fatwa yang mereka ingini. Orang-orang Islam tak ada hak untuk menyekat talian persahabatan seseorang manusia kerana talian persahabatan adalah nilai 'universal' untuk semua manusia didunia. Disinilah wujudnya masaalah ugama Islam. Islam dalam bentuk yang di amalkan hari ini tidak langsung memberi ruang kepada nilai-nilai 'universal' yang boleh merangkumi segala harapan manusia di dunia. Malangnya saya mendapati keengganan Islam untuk menerima nilai-nilai 'universal' bukan sesuatu yang boleh di tangani kerana sifat inilah yang membentuk asas ugama Islam.
Saya mengatakan segala ini bukan mahu menunjuk pandai. Tujuaan saya saudara Shah ialah untuk membuka mata saudara kepada nilai-nilai 'universal' tanpa sekatan ugama dan ideologi. Kejayaan President Obama adalah berpunca dari nilai-nilai universal ini. Soalan saya adakah Obama murtad kerana bapa angkatnya sseorang Islam?
utk anon 2:50, aku rs apa yg kami katakan adelah bila campurtangan urusan agama..adekah benar jika kita org islam tetiba meminta org hindu berhenti mencucuk2 diri sewaktu thaipusam kerana soal hak dia utk tdak disakiti? adekah benar utk org bukan islam komen ttg solat kita yg memenatkan(sbg cth)..itu yg perlu kita fahami..ini soal agama,bukan hak asasi manusia..yg dibunuh di mana2 tpt itu adelah kerana kejahatan mereka..itu soal kemanusiaan.lain tu saudara..
dan pd saya benda ni kamu bantah semacam mane pon, itu tertulis dlm hukum..kalo kamu langgar, peraturan dunia tiada utk kamu..ttpi peraturan Akhirat ade menanti..yg mereka duk bantah tu depan majlis fatwa..
mintak penjelasan saudara lagi.. terima kasih
Benar sungguh.
Apabila orang bukan Islam mencabar Kerajaan Islam, pihak berkuasa Islam, Badan Islam dan menggunakan hujah sekular dan ciri-ciri agama lain bagi menjijikkan syiar Islam, maka padahlah jawapannya. Samada pihak berkuasa akan bertindak, sama-samalah kita saksikan.
SBA
roslan,
saya sudah bersedia, ada beberapa perkara yang kita kena ketepikan perbedaan politik demi survival agama kita.
Malaysia akan terus diterajui Islam.
Itu juga merupakan agenda UMNO pada asal penubuhan. Jika Malaysia tidak merdeka atas usaha UMNO saya percaya Islam tidak akan berkembang sepertimana kita nikmati sekarang.
Saya ulangi, saya sudah bersedia.
Umno rambai sari: Alhamdulillah
Malaysia Merdeka bukan atas usaha Umno semata-mata. Ketika Umno menjulang "Hidup Melayu", PKMM telah pun terlebih dahulu melaungkan "Merdeka"......Itu sejarah.
Tapi kita kan nak ketepikan perbedaan politik kerana agama, jadi tak perlulah berbahas bab itu.
Sekarang masanya untuk sama-sama memartabatkan agenda Islam. Kata Laksmana Hang Tuah: "Tak Melayu hilang di dunia".
Melayu insyallah tidak akan hilang jika ia berpegang pada Islam. Islamlah yang akan menyelamatkan Melayu, malah segala bangsa atas bumi ini akan terselamat kerana Islam.
Salam ukhuwah Islamiyah dari saya.
roslan,
saya adalah seorang yang mempercayai hakikat bahawa secara realistik, di malaysia pas dan umno adalah harapan umat Islam. Jika umno tergelincir, melayu (islam) ada pas, begitulah sebaliknya. Atas dasar itu dan Islam jugalah saya rasakan tidak menjadi masalah jika nama politik diketepikan demi perkara penting ini.
Saya doakan berita baik daripada retreat pemimpin PAS nanti.
Salam ukhwah islamiyah juga dari saya.
Sinner dan Roslan SMS,
Inilah masaalah Islam. Sinner tidak faham jika saya menyokong kawan saya yang enggan menerima sesuatu fatwa bukan maksud saya menyoal atau menentang ugama Islam. Saya menyokong kawan saya atas dasar 'universal' perikemanusiaan yang merangkumi segala cita dan harapan semua manusia di dunia.
Roslan, mengapa kuasa politik Melayu di Malaysia di sifatkan sebagai kuasa Islam. Saudara di mana-mana pun dunia politik adalah dunia yang paling busuk dan jijik. Orang Melayu sanggup menyamakan ugama Islam yang mereka anggap sebagai suci dengan dunia politik yang di penuhi segala najis dan fitnah manusia demi kuasa politik kaum Melayu. Islam tiada sifat universal. Oleh kerana itu adalah sangat senang untuk menggunakan Islam untuk agenda politik seperti melagakan perasaan perkauman demi kuasa politik.
Dear anonymous,
When talking about Bosnia, Chechnya, Burma, Palestine and etc. Did you know that the real liberator at all those conflict places where Muslim was the victims actually comes from properly organised Mujaheedin or fedayeen fighters. They infiltrate secretly into the conflict zone, providing assistant to the local Muslim and becomes the only resistance fighters to fight the Kuffar in the name of Islam as well as humanity. They are the real helpers to our own brothers and sisters in Islam when others not able to do the same due to apparent reasons. Somehow, this has never been declared or reported in any news agency. As for the US, the reasons were strictly based on strategically only and most of it is propaganda.
Don't ask how I know it...
Kepada saudara Anonymous,
Saudara bercakap tentang nilai universal, tetapi nilai universal atas ukuran siapa? Islam tidak menafikan nilai-nilai universal, malah Islam mengakui nilai universal dan menyenaraikan nilai-nilai universal ini secara terperinci. Umpamanya kebebasan beragama manusia dikira nilai universal. Oleh itu, Islam tidak menghalang manusia untuk menganut apa-apa agama. Banyak lagi nilai universal yang boleh dibincangkan.
Tetapi saudara mengatakan persahabatan dalam ertikata pengkid sebagai nilai universal. Saudara nampaknya memperalatkan erti persahabatan untuk membenarkan satu amalan yang sebenarnya tidak universal. Adakah lelaki berkelakuan macam wanita dan wanita berkelakuan macam wanita ni dianggap nilai universal? Ataupun lelaki bersahabat dengan lelaki sampai ke bilik tidur ni kira persahabatan dalam erti kata universal?
Bagi anda yang mungkin terpengaruh dengan cara barat, anda mungkin kata ya. Tapi itu semata-mata pandangan manusia. Sedangkan Islam dengan jelas mengharamkan perkara-perkara ini kerana bagi Islam, perkara itu bukan nilai universal.
Oleh itu, sebelum kita bincang pasa nilai universal, kita kena letak kayu ukur dulu. Orang Islam marah bila ada orang yang bukan beragama Islam ingin paksa nilai universal mereka (yang tidak universal untuk Islam) kepada umat Islam.
Saya harap anda faham perkara ini.
Semoga anda di beri petunjuk.
I am not interested in knowing how you know what you know.
Bosnia was purely an European affair until the British and French asked the US for help. The French and British was no match against a first class dedicated European army. Remember, Tito had designed the Yugoslavian army to withstand a Soviet onslaught. The Bosnians were getting massacred until US airpower silenced the artillery and tanks for which the largely civilian Bosnian population had no answer.. Bosnia is different from what is happening in Chechnya, Afghanistan, Palestine or Iraq. In the latter three cases we have occupying armies up against the locals. In Bosnia the Serb army were the locals. They knew every nook and cranny of the country as well as the Bosnians. That was why the classic guerilla resistance put up by the Bosnians proved to be hopeless against the well-equipped Serb army until the US took away the heavy weapons advantage which the Serbs had against the Bosnians.
Moreover, the Serbs sought to eliminate the Bosnian population by systematically killing the male Bosnians regardless of age while raping and impregnating Bosnian women so as to change the character of the Bosnian gene pool. The Serbs were not interested in any strategic or political goals when they started exterminating the Bosnians. Their fight in Bosnia was to ensure that the Muslim character of Bosnia was to be erased from the face of the earth. Meanwhile Russia was watching with silent approval. As for the strategic value of Bosnia, there may be in the sense that the British have in history tried to prevent the Russians from having access to a warm water port which allows the Russian navy direct access to the Atlantic. However, Russia has shown no inclination of wanting a warm water port since the fall of the Soviet Union. I cannot fathom what strategic value there may be for the US air war in Bosnia.
Now, those Muslim fighters going to Bosnia to fight for universal values of justice, where were they when the Serbs were kicking the Croatians in the butt during the initial stages of Yugoslavia’s disintegration. Muslim fighters only turned up after the Serbs started kicking the Muslim Bosnians around. So much for Muslim universal values. In Bosnia it was US pilots who had to face what was then one of the most concentrated and modern air defence in the world which stopped the Serbs. The US demonstrated the greatest of all human values. It is to be compassionate towards the sufferings of your fellow human beings. Muslims have also conveniently forgotten that it was US Chinooks which was the first to send aid to overwhelmingly Muslim Acheh after the 2004 tsunami. Don’t tell me there is strategic value for the US here too. By the way how many Muslim organizations in the world actually help people of other faiths in the same manner as organizations such as Oxfam, The Red Cross and Tzu-Chi. With all the trillions in oil wealth accumulated over the decades one would think that Muslims would be more generous toward their fellow human beings. Once again so much for the universal values of Islam. One more thing please refrain from commenting on military affairs if your knowledge here is weak.
1. Menggunakan nilai universal persahabatn sebagai justifikasi "campur tangan" orang bukan Islam terhadap fatwa yang melarang orang Islam daripada melakukan "pengeliruan" jantina bukanlah sesuatu yang tepat. Perlakuan demikian memang dilarang dalam Islam, deperti yang difatwakan. Orang Islam sewajibnya mematuhi hukum ini dan tidak mematuhinya merupakan satu kesalahan. Kalau kita memberi sokongan kepada mereka yang berkelakuan demikian semata-mata keran mereka sahabat kita, maka tidak ada bezanya kita memberi sokongan supaaya orang tidak mematuhi undang-undang kerana mereka sahabat kita.
2. Saya yakin bahawa persahabatan memang satu nilai universal, tetapi ada abatasnya, seperti contoh di atas. Akan tetapi lelaki berkelakuan perempuan dan sebaliknya, perempuan berkelakuan lelaki, sama ada melalui pakaian aatau apa pun, bukanlah satu nilai yang universal, bukan sahaja dari sisi pandangan Islam, tetapi juga menurut pandangan yang universal. Di mana-mana perbuatan tersebut tidak diterima umum. Memang ada golongan minoriti nyang berkelakuan demikian dalam setiap masyarakat, tetapi masyarakat umumnya tidak dapt menerima mereka. Ini ternyata daripaada tunjuk-tunjuk perasaan yang dilakukan oleh golongan-golongan seperti itu di seluruh dunia. Kalaulah perlakuan meereka itu merupakan satu nilai universal, tentulah mereka tidak perlu melakukan tunjuk-tunjuk perasaan seperti itu.
salam,
kerana apa semua ini terjadi??? kerana kuasa politik orang Islam dan Melayu telah lemah....
hakikat yang harus diterima oleh Umno dan Pas. Umno dgn MCA dan Gerakanya begitu juga Pas dgn DAP dan PKRnya!!!
Bersatulah kerana agama dan bangsa...
-melayutara
salam,
Islam sifatnya adalah dominan!! begitulah UMNO di dalam BN dan begitulah juga sepatutnya Pas di dalam PR.
Semaga kemenangan di pihak umat Islam......
-melayutara
Assalamualaikum
Saya terpaksa menghentikan komen dari seorang pengunjung yang menggunakan nama "annonymous" yang berbahas dengan sahabat-sahabat lain di sini atas isu "universal".
Saya dapati beberapa komen beliau yang telah saya lepaskan ternyata bertentangan sama-sekali dengan nilai dan pegangan peribadi saya.
Saya berterima kasih atas sumbangan beliau diruangan komen ini namun saya mohon maaf terpaksa menghentikannya kerana ia tidak lagi tertumpu pada poisting saya yang asal tetapi telah tersasar kepada menjual idea dan pandangan peribadi beliau.
Sekian terima kasih.
Salam,
Umat Islam perlu bangkit dan terjaga dari lena yang indah jika ingin memastikan agama Islam terus subur dan mekar di bumi Allah ini. Marilah kita semua berganding bahu, bersama-sama memberi kesedaran kepada masyarakat umum yang masih lagi berada di dalam 'zon selesa' tanpa rasa sedih mahupun marah apabila agama Islam diperlekeh & dipermainkan. Kita ketepikan dahulu fahaman politik masing-masing, InsyaAllah, Allah pasti menolong hambaNya yang menolong agamaNya.
Allahuakbar..!!
Bro Roslan, I am not a muslim, however I am also uncomfortable with lesbianism and gays.I do not hate them or despise them but stay neutral because they are no threat to me and since I am not them, I cannot proffess to understand why they act they way they do.That doesn't necessarily mean I condone their actions especially in public places.
Bro Roslan, I agree that non muslim should not interfere with muslim's fatwa or muslim's way of carrying out their duties because I would not like any other people to interfere with my religion too.
Secondly, Bro Roslan...I want to point out the possibility that the "protest by the so called -non muslims" can be look from another angle. They are women fighting for womens' right, not necessarily against islam. If any other religions also impose such ruling, these women will also protest. I hope Bro Roslan, you see from this view point. There is presently a lot of misunderstanding between the muslims and the non muslims already, we should calmly look at it from all angle.
" Seek first to understand, then to be understood "
Dear Anonymous:
The issue at hand is the recent fatwa by the National Fatwa Council. Never in Malaysia has a ruling by the council ever been imposed on non Muslims, as a matter of fact there are Muslims who shun rulings by the council nevertheless they keep it to themselves and would never vent out their protest what more take it to the streets.
I can accept women groups or NGOs fighting for their rights whatever it may be, but mocking and ridiculing the fatwa (mind you brother they were out there that day strictly to protest the fatwa)would clearly indicate challanging our religious authorities, which is an act of provocation, why cant they see it from that viewpoint.
I totally agree with you: " Seek first to understand, then to be understood ", I for sure would want my children to live in a tolerant and harmonious society, Muslims would have to understand and respect our fellow non Muslim Malaysians similarly we would expect the same from them. Misunderstanding and confusion arise when we tend to overstep our boundry. Coming back to the fatwa issue, brother it was all calm untill they took it to the streets.....I hope each and every one of us would be more sensitive towards the feelings of others and together we build a better Malaysia for all.
kenapa mereka berani? cuba wat kaji selidik. sblom ni xde pon tapi skrg suma naik tocang.adakah kerana pakatan rakyat menang besar. ada kena mengena ke.atas nama kebebasan bersuara, hak demokrasi dan persamaan, mereka berani meminta hak yg bertentangan dengan tabiat fitrah manusia. Perkara yang dilaknat Allah xkira la islam atau bukan islam.
Salah tafsiran tentang hak kebebasan menyebabkan mereka jadi camni. Sepatutnya tangkap mereka yg berdemontrasi atas perkara yang salah. jangan takut kerana takut hilang kuasa dan undi drp pengundi2yg dilakhnat Allah swt. xde nilai undi mereka.
Thank you Bro Roslan for taking time to explain to me your take on the matter. I see now it's the manner in which the protest was carried out by this group of non muslims, which has made our fellow muslim brothers upset.Furthermore, our fellow muslim sisters did not take to the streets.
Non muslims usually would not interfere as it does not affect us.Can I ask you and our fellow muslim brothers and sisters to understand that this group do not represent all non muslims. Really would appreacite that.
It's really amazing to see how an issue like this gets heated up all in the name of Islam and Melayu. Challenging Islam, non-Muslims interfering in Muslim affairs, etc..
With all due respect, I would like to offer my two sens worth of opinion.
Many of you would wonder why are these bunch of non-Muslims interfering with matters that don't even concern them. Especially when Islam is "so sensitive". It's not like they are the ones who are going to be affected by it. So why are they being so busybody poking their nose in someone else's business?
You see, the thing here is not about going against Islam. It has never been that way. It's about standing up for whose ever rights are being denied. In this case, it's women standing up for women. Of course, men too can stand up for women because eventually, it's about one human standing up for another. If one country is being unjustly attacked by another, would you speak up for that country and the people of the country? It's totally none of your business, and it's probably two non-Muslim country fighting against each other. would you speak up? Would you lend a hand? I know I would, and it would be irregardless of what ethnicity, religion, political views, gender or citizenship status the people in that country have.
Maybe the reason why it anger some Muslims is because is concerns the Fatwa Council. But the protest is not directed towards Islam nor against the Fatwa Council. It's about speaking up against fatwas/ laws that are unjust towards women who don't choose to conform to gender norms.
About tomboyism/ pengkids, what defines a tomboy/ pengkid anyway? Short hair? Wear pants? What else? What is "masculine" clothing? What is "feminine" clothing? Who decides? I think a person should be allowed to dress how he/ she feels comfortable and laws shouldn't make people wear or not wear certain outfits. If a man wants to grow his beard, then let him. If a woman wants to dress "less feminine", then let her. Even if something is wajip, then let him/ her accept it when he/ she is ready and with an open heart. You can lead a horse to the water but you can't force it to drink.
Dressing-up "masculine" and lesbianism are actually two different things or rather gender expression and sexual preference are two different things. One does not need to dress "masculine" to be a lesbian and one who dresses "masculine" does not mean she is a lesbian. Does it mean that men who like to keep their hair long are gays? Does it mean that men who "look normal" are not gay? Are all women with short hair lesbians? So you see, how you express yourself through your appearance has nothing to do with your sexual preference.
About people who like kaum sejenis, from the way i see it, humans who love humans, are people who like kaum sejenis. Many will say that Islam, Christianity, and other religions forbids homosexuality but there are also scholars who claim that homosexuals and homosexuality is natural and created by God (http://www.thejakartapost.com/news/2008/03/27/islam-039recognizes-homosexuality039.html). So if Islam does recognize homosexuals, then there shouldn't be any discriminatory laws should there? If homosexuality is not permissible in Islam, then let God be the Judge. One can only do so much as to provide advice, guidance, and support, but the choice ultimately lies within the hand of the individual. It will then be a matter between God and the individual.
That is all I would like to say. I hope to not offend anyone as this comment is intended to voice out my opinion.
Looking forward to your response, saudara Roslan.
Thank you.
Assalamualaikum.
salam sue,
bila bercakap tentang hukum dan syariat Islam, Allah SWT telah menjadikannya cukup sempurna dari segala segi sudut. saya paham bila saudari berkata protest tersebut bukannya terhadap Islam atau Majlis Fatwa tetapi kepada Fatwa/hukum yang kononnya menindas kepentingan.
Tetapi darimana fatwa itu datang, bukankah dari Majlis Fatwa yang diwakili para ulamak pewaris Rasulullah SAW. Malahan hukum dan syariat itu datangnya dari Allah SWT. Adakah hukum dan syariat ciptaan Allah SWT itu tidak sempurna pada mata saudari????
Pada saya Pas sepatutnya memainkan peranan yang lebih tegas dan menyeluruh dalam mempertahankan maruah Islam. Semoga maruah dan kedudukan Islam tidak lebih teruk dari zaman sebelum tsunami politik berlaku!!
-melayutara
Sue dara..sila2 lah baca blog ni..moga fikiran and jiwa anda kembali ke landasan yang benar..
semoga Allah memberi rahmat dan hidayah kepadamu..amin...
http://qurratulaini.wordpress.com/2008/05/27/wanita-sebagai-wanita-dirinya-sendiri/
Nabi berpesan: Sesungguhnya kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah... berbaliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah dlm menyelesaikan masalah duniawi dan ukhrawi...
BAGI KAMU AGAMA KAMU,BAGI KAMI AGAMA KAMI...KAMI TIDAK SEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH,KAMU BUKANLAH PENYEMBAH APA YANG KAMI SEMBAH...SO STAY OUT!!!! DO NOT INTERFERE!! WHEN IT COMES INTO RACES WE CAN TOLERATE WITH YOU KUFFAR,BUT PLEASE DONT CROSS THE BORDER...ISLAM IS OUR LIFE AND DEATH..
Post a Comment