Thursday, June 21, 2012

Hidup berjiran (21/6/12)


Ceritanya banyak dan contohnya meluas. Hidup berjiran adalah satu lumrah dan tiada yang tidak berjiran kecuali yang hidup nun jauh dalam hutan belantara atau di pergunungan entah dimana. Dalam erti kata lain kita tidak boleh mengelakkan diri dari hidup berjiran samada kita suka ataupun tidak.
Ada yang tinggal dalam taman perumahan ada juga yang tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, toleh ke kiri atau kanan pasti ada jiran di sana.

Di Negara kita jiran bukan sekadar mereka yang sebangsa  atau seagama dengan kita, lebih-lebih lagi kehidupan di pekan atau Bandar malah kadang-kadang di kampung sekalipun, akan berlaku jiran terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Syukur setakat ini kita tidak ada pengalaman di Negara kita dimana kelompok jiran berlainan kaum atau agama bersengketa, berparang-parangan sesama mereka kecuali beberapa innsiden terpencil contohnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 dan beberapa yang lain. Itupun dalam peristiwa 13 Mei kita ada mendengar contohnya keluarga Melayu di sempada Kg Baru dan Chow Kit yang memberi perlindungan dan menyelamatkan jirannya yang bukan Melayu.

Secara umumnnya tiadalah ketegangan dalam kehidupan berjiran di sini.
Cumanya suka tak suka konflik peribadi tidak dapat dielakkan bukan barangkali kerana perbezaan kaum atau agama tetapi lebih kepada sikap dan perlakuan masing-masing.

Jiran tidak bertegur sapa dan tidak mengambil tahu hal masing-masing. Keluar masuk rumah tanpa menoleh ke kiri atau kanan masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Kenduri dan keraian diadakan tanpa mengundang jiran tetangga, insiden seumpama ini sudah menjadi hamper kebiasaan bukan kerana tidak mahu tetapi tidak kenal. Yang dijemput Cuma saudara-mara atau kenalan pejabat tetapi jiran tidak.
Ada insiden dimana jiran tidak tahu ada kematian atau kemalangan di rumah sebelahnya.

Lebih kritikal lagi apabila kita mula rasa terganmggu dengan kehadiran jiran. Bunyi bising, anak-anak jiran, menjadi cetusan yang mebakar darah kita.

Ini semua isu atau sikap peribadi dan inilah yang perlu kita tangani dan ubati. Saya sengaja menulis perkara ini sebab tertarik dengan satu berita dalam kahbar The Star hari ini muka “3” yang berlaku di Singapura di bawah tajuk:

“Singapore flat residents involved in thorny issue”

Bagaimana penduduk rumah pangsa HDB di Moulmein Road bersengketa angkara sebiuah pohon durian yang membuahkan hamper 100 biji durian setiap musim di sana.
Angkara sepohon durian jiran tetangga boleh bersengketa. Ada yang mendakwa pohon itu ditanam oleh keturunannya maka hanya dia yang layak ke atas hasilnya. Ada yang mahu ianya ditebang sahaja, macam-macam jadinya semata-mata kerana sephon durian!

Semasa saya bersekolah di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian di Kota Kinabalu saya ingat akan satu poster di sana yang memetik ayat dari kitab Bible:

“Love your neighbour as yourself”

Atau cintailah jiran anda sebagaimana anda mencitai diri anda sendiri.

Saya percaya semua kaum dan agama mengajar penganutnya agar menghormati jiran tetangga. Menjalin hubungan dan berbaik-baik antara satu dengan yang lain. Sewajarnya kita begitulah tetapi masalahnya ia sukar dalam kehidupan dunia yang serba sibuk dan serba menjaga kepentingan sendiri-sendiri.

Allah swt berfirman di dalam al Quran:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; “ (an-Nisaa’: 36)

Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية )

Kesimpulannya meniti realiti kehidupan hari ini, bukalah mata dan telinga kita dengan menyapa dan menegur serta mengeluarkan kata-kata yang baik-baik terhadap jiran tetangga kita. Jika kita tidak suka kepada bunyi bising yang keluar dari sistem suara atau TV atau apa sahaja alat canggih hari ini pastikan kita juga mengawal peralatan kita sendiri. Jika kita tidak suka persekitaran rumah penuh sampah sarap kita juga jangan membuang sampah sarap sesuka hati. Jangan kita perbuat sesuatu yang kita tidak suka dilakukan ke atas diri kita, ajarkan ia juga pada isteri dan anak-anak kita, insyallah selamat hidup semua.

Wednesday, June 20, 2012

Jangan berkata kecuali yang baik (20/6/12)


“Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa”, itu pepatah lama Melayu yang memberi pengajaran agar kita berhati-hati dalam menyuarakan sesuatu. Fikir dan pastikan ianya benar dan tepat sebelum dimuntahkan keluar dari mulut, samada dalam bentuk lisan atau tulisan. Malah kadangkala ia mungkin benar atau tepat tetapi ada pula yang lebih baik dipendamkan sahaja. Demikianlah adab dan pantang larang kita.
Ia bukan kekangan atau sekatan terhadap hak seseorang tetapi ia adab, dan adab sebagaimana konvensyen lain, perlu dijaga dan dipelihara takut nanti kita dikatakan tiada atau kurang adab.

Malah dalam agama sendiri kita sudah sedia maklum akan adab dan pantang larang ini. Ayat-ayat Allah berkenaan perkara ini bukan bermaksud menyekat hak dan kebebasan kita bersuara, tetapi memilihara adab dan akhlak kita agar menjadi Muslim yang baik.
Islam mengajar agar kita jangan sesuka mendengar atau menerima sesuatu kenyataan tetapi ia perlulah ditapis dan disaring. Allah swt berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al Hujarat:6)
Malah apabila perkara yang palsu kita terima dan ulangi pula kepada yang lain maka ia menjadi fitnah dan Allah swt berfirman:

…….dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan……(al Baqarah:191)
Dan dalam hal ini Rasulullah saw mengajar kita dalam sabdanya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah al Quran sebagai rujukan dan panduan kita (bagi yang menjadikannya demikian) menyatakan secara jelas “SOP” (standard operating procedure) seorang Muslim dalam adab menerima dan menyampaikan maklumat (al Hujarat 11-12):

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sesunggunya masalahnya adalah pada diri kita sendiri. Ada dikalangan kita sudah menganggap dirinya (samada disedari atau tidak) sebagai insan kelas “satu”. Terlalu sempurna dan baik sehingga punya hak untuk menjatuhkan hukum ke atas orang lain dan dirinya sendiri seolah maksum dan terpelihara dari sebarang cela dan kelemahan.
Semoga apa yang saya nukilkan ini menjadi iktibar dan pengajaran paling penting kepada diri saya sendiri dan selebihnya kepada kawan-kawan yang lain.

Saya terpanggil untuk mengulas hal ini ekoran berita terkini dalam The Star Online sebentar tadi di bawah tajuk:
"Veteran journalist apologises for defamatory tweets”


Demikianlah mahalnya harga apabila yang terlajak bukannya perahu tetapi kata, kerana pepatah mengajar “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Dalam salah satu wasiatnya Imam as Syahid Hassan al Banna ada menyebut:

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik.”
Memang sukar direalisasikan kerana yang tak baik itulah selalu menjadi ikutan dan kemahuan umat manusia. Semoga Allah swt memelihara kita.

Friday, June 15, 2012

Raja dalam Raja Buah: Durian (15/6/12)



Akhbar The Star pada 13 Jun lalu melaporkan mengenai kemungkinan ekspot durian beku (yang dibekukan) ke Negeri Cina dijangka meningkat. Menurut Timbalan Menteri Pertanian ekspot durian beku ke Negara Cina dijangka mencecah 350 ke 500 ton dalam tempuh 3 tahun akan datang. Menurut laporan itu lagi durian Malaysia digemari berbanding dengan dari Thailand memandangkan durian tempatan lebih beraroma dan rasanya yang lebih enak.
Menurut Timbalan Menteri itu lagi tahun lepas Malaysia mengekspot durian bernilai RM18.5juta ke Singapura sahaja. Malaysia mengeluarkan hasil durian sebanyak 313,000 ton durian bernilai RM1.4billion keseluruhannya pada thaun lepas.

Saya dan keluarga memang meminati durian, tujuan saya menonjolkan maklumat ini kerana mahu menarik perhatian para pengunjung sekalian khasnya peminat durian, agaimanakah sebenarnya sejarah raja buah ini di Malaysia. Saya tidak pasti jika pakar-pakar kita ada membuat kajian berkenaannya.
Walaubagaimanapun Munsyi Abdullah, Bapa Kesusasteraan Melayu Moden ada mencatatkan dalam catatannya “Hikayat Abdullah” 1849:

“Orang Melaka (maksudnya orang Melayu paling maju ketika itu) tidak makan durian kalau bukan durian Padang”
Beliau menulis lagi:

“Apabila musimnya beribu-ribu biji durian gugur pada satu malam (di Padang). Itu baru durian di kampong belum lagi durian di bukit iaitu Bukit Muar. Entah berapa banyak pohon durian hanya Allah sahaja yang tahu sebab ia tanaman orang dahulu. Apabila musim durian berbuah kerja orang Padang ialah menebas sahaja dan memungutnya apabila durian gugur. Beberapa orang saudagar di Melaka menjadi kaya kerana berniaga dagangan yang keluar dari Padang. Hasilnya beribur-ribu ringgit dalam setahun. Demikianlah kesenangan yang mereka memperoleh hasil kemakmuran zaman Sultan Mahmud menjadi raja di Lingga, Riau dan Pahang. Padang, Muar dan Batu Pahat di bawah perintahnya.”
Adakah mungkin durian yang hari ini membawa hasil berbilion ringgit ke Negara kita berasal dari Padang? Apa pun jika benar atau sebaliknya ternyata kemakmuran pemerintahan Kesultana Melayu Melaka lah yang telah memajukan industri durian, terus maju dan membangakan kita sehingga hari ini. Cocok sangatlah ia digerlar “The King of Fruits” atau “Raja Buah” kerana ada sentuhan di Raja di sana.


Sunday, June 10, 2012

Raja dan rakyat berpisah tiada.....(10/6/12)



Melihat kepada gambar dan laporan dalam akhbar The Sunday Star hari ini : “Injured guard gets royal visitor” di:                           
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/10/nation/11451404&sec=nation                                                                                         
 saya pasti ramai seperti saya tersentuh perasaan. Lantas mengingatkan saya kepada persetiaan yang membentuk apa yang ada pada kita hari ini.
Petikan dari Sejarah Melayu:

Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba.Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah tuanku.Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia,(maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.”Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wataala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.
Tidak seperti Negara lain dalam dunia, Raja-raja kita sememangnya mempunyai kedudukan dan tempat yang istimewa dalam Negara dan kedudukan ini dihormati oleh rakyat lantas memberikan keseimbangan yang positif dalam hubungan raja dan rakyat bukan hanya sejak Merdeka tetapi sejak terbentuknya Kesultanan Melayu di tanahair ratusan tahun dahulu.

Sejak Merdeka Raja-raja Melayu menjadi Raja berperlembagaan di negeri masing-masing dan demikian juga Yang Dipertuan Agong diperingkat nasional. Kedudukan ini kekal sehingga hari ini kerana masing-masing Raja dan rakyat menyedari dan menginsafi hakikat betapa masing-masing perlu-memerlu dan lengkap-melengkap di antara satu sama lain, terganggu atau tergugat sahaja hubungan ini maka ianya akan merosak dan meruntuhkan kedaulatan Negara dan keharmonian yang telah dibina dengan darah dan air mata zaman-berzaman.
Sebagai Raja berperlembagaan diperingkat negeri atau Persekutuan, segala tindak-tanduk dan urusan Tuanku perlulah selari dan selaras dengan peruntukkan yang telah ditetapkan dan diterima. Atas hakikat itu maka Tuanku menjadi payung kepada rakyat, negeri dan Negara. Dalam urusan agama Islam Tuanku menjadi teraju dan demikian juga dalam urusan hal ehwal dan adat istiadat orang-orang Melayu.

Kerana itu Tuanku tidak seperti orang awam, terlibat dalam politik atau cenderung kepada mana-mana pihak atau kelompok, Tuanku adalah Raja kepada semua tanpa mengira fahaman, kepercayaan, anutan mahupun keturunan dan kaum, selagi sesiapa sahaja rakyat di bawah naunagn payung Tuanku maka selagi itulah hubungan Raja dan rakyat itu tidak pernah terpisah.
Rakyat menghormati Tuanku atas sifat dan peranan Tuanku itu. Sebagaimana persetiaan antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun itu, keadilan Tuanku dalam ruang lingkup peranan Tuanku tadi itulah yang dinanti dan disanjung rakyat.

Raja-raja Melayu hari ini apabila sahaja menghamburkan perasaan kasih kepada rakyatnya ketika itulah penghormatan dan taat setia rakyat semakin menebal. Rakyat bukannya menuntut untuk tinggal di istana atau menaiki kenderaan di Raja, tetapi yang dituntut adalah kasih sayang dan murah hati Tuanku.
Dalam sejarah Negara lantaran Raja-raja Melayu terus berperanan demikianlah maka rakyat terus menerus memberikan taat setia tidak berbelah bahagi.

Saya pernah menukilkan di blog ini akan beberapa “sentuhan” Raja-raja Melayu yang mencerminkan betapa besarnya hati Baginda dan betapa prihatinnya Raja-raja Melayu sesungguhnya terhadap nasib dan masa depan rakyatnya.
Saya pernah catatkan di blog ini akan seorang Raja Melayu yang pernah menziarah tahanan ISA semasa zaman British dahulu, juga akan Raja Melayu yang pernah berkhutbah, menulis kitab, menghadiahkan istana untuk dijadikan institusi agama dan banyak lagi. Tun Salleh Abbas di dalam bukunya “Mayday for Justice” ada merakamkan keprihatinan Raja-raja Melayu terhadap pemecatannya satu ketika dahulu sehingga pernah mengadakan pertemuan tertutup dengan Tun untuk mencari jalan penyelesaian.

Alhamdulillah sehingga hari ini “sentuhan” ini terus diwarisi dan ada dikalangan Raja-raja Melayu begitu “sejuk” di hati rakyat lantaran tidak jemu-jemu mempertingkatkan “sentuhan” nya itu dengan rakyat dari masa ke semasa.
Rakyat tersentuh perasaan apabila Tuanku turun mencemar duli mengambil tahu nasib rakyat, terutama ketika mereka dilanda malapetaka atau derita. Atau juga semasa hari-hari biasa, tambah lagi apabila Tuanku mengimamkan solat seperti di sebuah negeri hari ini.

Kalau ada Negara di dunia yang bosan dan sudah tidak mahukan lagi sistem beraja di Negara mereka, tidaklah begitu di sini.
Malah sistem beraja “ala” Malaysia ini insyallah bakal kekal lama selagi mana persetiaan Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun terus kekal dan dihormati semua pihak. Sesungguhnya banyak telah kita lalui dan tempuhi sehingga sampai ke destinasi hari ini, tiada kita hari ini tanpa pengorbanan dan sumbangan semua pihak terdahulu sehingga membawa kita ke hari ini. Janganlah ada pihak yang mempertikaikan hakikat ini.


Friday, June 08, 2012

Tahniah Senator Syed Shahir (8/6/12)


Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini sahabat baik saya Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, mantan Presiden MTUC, selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator mewakili kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Saya merasakan perlantikan ini amat wajar dan kena pada orangnya memandangkan Tuan Syed yang saya kenali adalah merupakan seorang pemimpin dan pejuang rakyat yang amat istiqomah, berkaliber dan berwibawa.

Beliau seorang yang tegas tetapi sangat tajam dalam berfikir dan membuat keputusan. Secara peribadinya seorang yang sangat baik hati dan menghormati serta menghargai sumbangan dan jasa kawan-kawan.
Saya doakan semoga beliau diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk menjalankan amanah barunya ini dan diberikan keupayaan untuk melaksanakannya dengan baik dan tekun.

Tahniah YB Senator Tuan Syed Shahir.

* foto (atas) YB Tuan Syed segak mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi tadi (ikhsan dee)

** terkini The Star online:

FIVE NEW SENATORS SWORN IN:

KUALA LUMPUR: Pahang MCA Wanita chief Datuk Lim Nget Yoon was one of five first-time Senators sworn in at Parliament on Friday.

Lim, 56, is also MCA Wanita deputy organising secretary and has been a Raub District Council member since 2000.

The otheres were Marang Umno Wanita chief Toh Puan Zaitun Mat Amin, 55, Bentong Umno Wanita chief Roslin Abdul Rahman, 52, National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers executive secretary Syed Shahir Syed Mohamud, 60 and Universiti Pertahanan Nasional Malaysia lecturer Dr. Ariffin S.M. Omar, 62.

The Senators were sworn in before Senate president Tan Sri Abu Zahar Ujang for a term of three years.

Dr Ariffin, and Syed Shahir were selected after Penang chief minister Lim Guan Eng tabled a motion in the state assembly to replace former senators Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim and Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff whose terms ended on May 30.

Met by reporters after the ceremony, Syed Shahir said he and his colleagues would continue to highlight worker-related issues in the country.

Syed Shahir, who is Kelana Jaya Parti Keadilan Rakyat branch chief, was appointed on the basis of his experience as an activist in the Malaysian Trade Union Congress since 1977.

Meanwhile, Zaitun said she was grateful to the government for having faith in her and promised to be more active in voicing the opinions of women in the Senate.

"A Senator's job is not to be taken lightly as we have been entrusted with the responsibility of defending the peoples' well being. I will work towards this, especially in ensuring the rights of women are protected ," she emphasised.

Apart from holding the post of Terengganu Umno wanita treasurer, the native of Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu is also active in various community activities and has been awarded the 2005 'Belia Wanita' title.

In his speech, Abu Zahar urged the Senators to work towards understanding, appreciating, defending and upholding the Federal Constitution.

He also advised them to never disobey the oath they had taken as it was of utmost importance for the good of the people. - Bernama

Thursday, June 07, 2012

Sia-sia "menjenayahkan" peperangan (7/6/12)

Saya tertarik dengan tulisan seorang pembaca dalam akhbar The Star hari ini : Dr A Soorian dari Seremban  http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/7/focus/11430035&sec=focus yang mengeluarkan pendapat bahawa “menjenayahkan” (criminalising) peperangan adalah sesuatu yang sia-sia.
Beliau merujuk kepada usaha bekas PM Tun Dr Mahathir yang mahu mentakrifkan peperangan sebagai satu jenayah dan sesiapa yuang mencetuskannya sebagai “penjenayah”.

Beliau menulis:
The public, by and large, do not want wars; it is their leaders who crave for them. Wars are declared for many reasons, the lust for power one of them. The problem is that human nature is what it is. It is fixed. It is a sad fact of life.

Rakyat rata-rata tidak mahu pada peperangan, para pemimpin merekalah yang sebenarnya mahukannnya. Peperangan dilancarkan atas beberapa sebaba, (antaranya) keghairahan untuk memperolehi kuasa. Masalahnya demikianlah perlakuan manusia. Ianya sesuautu yang telah ditetapkan. Itulah fakta kehidupan yang menyedihkan.
Memang mudah kita mahu “criminalise” peperangan. Tetapi sebagaimana pandangan Dr Soorian, bagaimana jika dalam kes Amerika Syarikat. Oleh kerana terdesak mahu menjejak Osama ben Laden, mereka berperang dengan al Qaeda akibatnya Afghanistan diserang dan dijajah. Ini menjadikan AS pencetus peperangan, lalu siapakah yang boleh mendakwa mereka? Siapa yang boleh menyeret kusa besar dunia AS dan menghukum mereka?

Benar kita ada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sejarahnya pun UN ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk melindungi dunia dari peperangan, ternyata UN gagal dalam hal ini. Terutama apabila yang terlibat adalah kuasa besar dunia seperti AS dan seklutunya.
Walaupun kita telah melangkah maju ke dunia yang serba moden akibat ledakkan ilmu pengetahuan dan kekuatan ekonomi, naum naluri manusia unutk menyelesaikan masalah melalui kaedah keganasan terus berlaku.

Cuba tonton dokumentari terbitan BBC yang mengkisahkan bagaimana AS merancang menjejak Osama dan akhirnya berjaya membunuh dan memusnahkan (campak ke laut) jenazahnya. Berbelas-belas tentera AS yang paling terlatih dari Marine SEAL dikirimkan bagi tujuan itu. Ternyata dengan kepakaran dan kemampuan mereka, tiada sebab beliau tidak boleh ditangkap hidup-hidup.
Bukankah dengan demikian AS boleh tunjukkan pada dunia yang mereka adalah juara keadilan, kerana menyeret Osama ke mahkamah untuk diadili?

Tetapi tidak, tentera yang paling terlatih di dunia memilih untuk menembak mati Osama. Dan sehingga kini tindakan AS itu seolah direstu oleh semua pihak walaupun Pakistan mengeluarkan protes.
Berbalik kepada isu ini, ternyata selagi perundingan dan diplomasi hanya sekadar pilihan dan bukannya syarat tetap penyelsaian konflik maka selagi itulah kecenderungan untuk menyelesaikan pertikaian melalui peperangan sebagai satu jalan pintas akan menjadi pilihan. Tatkala itu jenayah atau tidak, yang penting nafsu serakah pimpinan tercapai, peduli apa pada kematian dan kemusanahan.




Wednesday, June 06, 2012

Tanda-tanda kekusaan Allah swt (6/6/12)

Baru sahaja kita mengalami gerhana bulan kini iaitu hari ini dari jam 6.10 pagi sehingga 12.40 tengahari nanti beberapa kawasan di bumi akan dapat menyaksikan transit planet Zuhrah atau Venus melintasi matahari.

Bukan mudah dapat menyaksikan fenomena ini, kali terakhir ianya berlaku adalah pada tahun 1769 dan ianya dijangka akan berlaku lagi (jika bumi tak kiamat) pada tahun 2117.
Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, jadi sesiapa yang dapat menyaksikan fenomena ini akan dapat melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari.


Demikianlah betapa banyaknya kejadian-kejadian “luarbiasa” hasil dari kuasa Allah swt yang berlaku kebelakangan ini terlalu kerap gerahana, gempa, tsunami dan kini ini, mungkin petunjuk dari Allah agar kita jangan lupa dan terus-terusan mengingati dan meperbesarkan Nya. Ayuhlah kita perbanyakkanlah mengingati dan membesarkan Allah swt, jangan bongkak, sombong, takbur dan lupa diri.

Ampuni dan kasihanilah kami Ya Allah.

(pembetulan: The last Venus transit occured on June 8, 2004 and the next one will happen on Dec 10-11, 2117)