Tuesday, June 05, 2012

Dunia tidak akan aman (5/6/12)

Dalam dunia sibuk mengkambing-hitamkan Republik Islam Iran atas alasan mahu membina senjata nuklear, Amerika Syarikat menjangkakan kapal perang termodennya yang tidak dapat dikesan kehadiran dan pergerakkannya, iaitu DDG-1000 yang bernilai RM9.6 bilion sebuah itu siap dibina pada tahun 2014.

Kapal perang yang menggunakan teknologi jet pengebom “stealth” itu dirancang dikeluarkan bagi menangani pengaruh Republik Rakyat Cina di Asia-Pasifik. Ia dijangka dapat menghampiri pulau-pulau yang berteraburan di Asia termasuklah ke pantai Tanah Besar Cina tanpa dapat dikesan oleh mana-mana “radar” pengesan milik Negara Kominis itu.
Ini bermakna Amerika Syarikat tidak yakin dengan keamanan yang ada di rantau ini dan sedang rancak menyediakan diri bagi konflik ketenteraan di rantau sebelah sini.

Sepatutnya semakin kita menjangkau maju dan moden, kaedah kekerasan dan keganasan sewajarnya telah digantikan dengan diplomasi dan perundingan. Bagaimana kita mahu meyakinkan Negara-negara membangun lain sedangkan kuasa besar dunia sendiri seperti AS dan Cinma lebih yakin kepada penyelesaian ketenteraan.

Terakhir yang melihat penjajahan ketenteraan kuasa asing adalah Afghanistan dan Iraq dan kita menyangkakan tiada lagi lah seumpama itu dizaman kita ini, rupanya dengan perkembangan terbaru ini, bersedialah untuk melihat dan mungkin merasai sendiri keganasan yang berpanjangan.

Monday, June 04, 2012

Gerhana bulan (4/6/2012)

Rebutlah peluang ini bagi mereka yang berkesempatan:

Umat Islam disaran solat sunat gerhana hari ini
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatIslamdisaransolatsunatgerhanahariini/Article

Rasulullah saw bersabda maksudnya:

Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

Di dalam solat sunat gerhana itu Rasulullah saw menyampaikan khutbah. Dalam satu khutbah diriwatkan Baginda bersabda yang maksudnya:
Wahai umat Muhammad! Sekiranya kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu semua akan tertawa sedikit dan lebih banyak menangis. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Ambil iktibar dari Singapura (4/6/12)

Berikut adalah keluhan ahli parlimen Singapura dari parti pemerintah PAP, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim:

Dr Muhammad Faishal juga berkongsi peranan AP-AP Melayu dalam semakan skim subsidi yuran tuisyen pengajian peringkat tinggi (TTFS) yang diumumkan lewat tahun lalu. Menurutnya, sejak sekian lama, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, bersama para AP gigih mengetengahkan usul agar skim itu disemak.
"Saya faham mengapa ramai yang mahu satu pendekatan yang lebih terbuka. Tapi hakikatnya, kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan kadangkala pendekatan sedemikian bukanlah pendekatan yang terbaik," tegas Dr Muhammad Faishal.

Justeru, beliau berharap masyarakat dapat memahami bahawa ada kalanya, AP Melayu perlu menangani sesuatu keadaan dengan cara yang adil kepada semua.

"Benar, ramai yang berpendapat TTFS itu adalah hak Melayu tapi kita harus menimbangkan, generasi muda bukan Melayu mungkin tidak dapat menghargai hakikat itu seperti generasi yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika keadaan mereka juga mencabar dan mereka perlukan bantuan.
"Lantas, bagaimana kita menangani keadaan seperti ini tanpa memecah-belahkan masyarakat, tapi tetap mencapai matlamat kita? Inilah cabaran kami," kata beliau sambil memberi jaminan AP-AP Melayu menyedari dan berkongsi keprihatinan masyarakat dan sedang berusaha mencari huraiannya.

Dr Muhammad Faishal menekankan, maklum balas dan cara menangani isu itu tidak seharusnya menyebabkan keretakan dalam masyarakat.
Dr Faishal adalah salah seorang dari 12 orang ahli parlimen Melayu Singapura. Parlimen Republik Singapura diwakili oleh 99 orang ahli parlimen, ini bermakna cuma 12peratus ahli parlimennya berbangsa Melayu, iaitu selaraslah dengan bilangan penduduk Melayu Singapura yang sekadar 13.4% terdiri dari orang Melayu iaitu kira-kira 435 500 dari 3.25juta penduduk warganegara Singapura.

Memang dari pembacaan saya sejak dari kedatangan Brtitish ke rantau sebelah sini Singapura sentiasa dinaungi oleh penduduk majority bukan Melayu.
Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah betapa sebagai minoriti orang-orang Melayu di sana sedar betapa tanggungjawab mereka untuk menyesuaikan diri dengan kehendak majoriti. Mereka terpaksa bergelutu danbberkorban atas hakikat bahawa mereka adalah penduduk minoriti.

Yang penting pendekatan yang terbaik perlu diambil demi kepentingan bersama tanpa menjejaskan perpaduan dan keutuhan Negara.

Mungkin banyak yang rakyat Malaysia boleh belajar dari perkembangan di sana, bukan sekadar ke Singapura untuk ber “shopping” atau makan angin!

Thursday, May 31, 2012

Bersikap matang dan dewasa (31/5/12)

Berikut adalah berita terkini yang saya ceduk dari Berita Harian online:

Pekerja Sikh, Muslim di NY dibenarkan pakai turban, serban
NEW YORK: Pekerja transit beragama Sikh dan Islam dibenarkan memakai penutup kepala tanpa perlu meletakkan logo agensi berkaitan selepas pertikaian undang-undang selama bertahun-tahun selesai.

Kenyataan itu diumumkan di antara pekerja dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) hari ini.
 Agensi berkenaan berdepan saman mahkamah selepas membuat keputusan sebelum kejadian 9/11 bahawa pekerja beragama Sikh dan Islam yang memakai turban serta serban tidak dibenarkan bekerja di khalayak ramai.

Peraturan itu kemudiannya ditukar apabila agensi berkenaan membenarkan pekerja terbabit memakai pelindung kepala di khalayak ramai tetapi perlu meletakkan logo MTA. - AP
Bagi saya Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum sejak dari awal penubuhannya sewajarnya menjadi peneraju dalam isu-isu toleransi beragama seumpama ini.

Kita “rimas” apabila isu-isu berhubung kaum dan agama khasnya melibatkan tiga kaum terbesar dalam Negara iaitu Melayu, Cina dan India terus dipermainkan sedangkan sepatutnya kita telah matang dan dewasa dalam isu ini. Sepatutnya sudah tiada lagi syak wasangka dan sikap prejudis antara satu sama lain.
Kenapa perlu ada bantuan dan keistimewaan Bumiputera, kenapa perlu ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil? Mengapa Islam sahaja menjadi agama rasmi Persekutuan? Mengapa bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa Kebangsaan?

Masing-masing sudah tahu akan sejarah tanah air ini, bagaimana asal-usulnya, bagaimana sikap tolak-ansur nenek-moyang kita telah membentuk dan membina Negara ini dari Tanah Melayu ke Malaya dan seterusnya Malaysia. Semuanya lengkap dengan pengorbanan masing-masing serta kesedaran betapa pentingnya kehadiran masing-masing da;am membentuk kekuatan dan keutuhan Negara ini.
Negara asing seperti Amerika Syarikat yang cuma meraikan kehadiran orang Islam dan dalam kes di atas orang Sikh cuma beberapa dekad kebelakangan ini sahaja boleh bersikap terbuka dan toleran tetapi kita masih terkial-kial dan bertatih jatuh.

Negara sudah maju dalam acuan kita sendiri tetapi masih ada antara kita yang terus membebel dalam isu Perdana Menteri Melayu/Islam dan dalam kes tertentu Menteri Besar Melayu contohnya. Selagi kita tidak bangkit mendakap realiti asal-usul kita serta semangat pengorbanan dan toleransi nenek-moyang kita saya khuatir kita tidak akan ke mana malah lebih parah lagi akan terjeremus melangkah ke belakang meroboh apa yang telah dibina dengan darah dan air mata.


Wednesday, May 30, 2012

Al Aqsa menangis lagi...... (30/5/12)

Berita terkini yang dilaporkan di internet adalah berkenaan tindakan provokasi segerombolan tentera Israel yang telah menaikkan bendera Negara haram itu di perkarangan Masjid al Aqsa iaitu berhampiran Kubah as Saqharah atau Dome of the Rock (tapak yang dipercayai Rasulullah saw naik ke langit semasa Isra Mikraj). Berikut laporan agensi berita AFP:

Soldiers on Monday violated the status quo on the esplanade of the mosques in east Jerusalem by raising Israel’s flag, the head of the Islamic Waqf organization that oversees the compound charged. “More than 180 soldiers from a special Israeli army unit today raised a large Israeli flag opposite the mosque of the Rock, which is a grave provocation,” Sheikh Azzam al-Khatib told AFP. The sprawling esplanade containing the Al-Aqsa mosque and the adjacent Dome of the Rock in the historic Old City is the third-holiest site in Islam after Saudi Arabia’s Mecca and Medina.
It is also the holiest site for Jews, who refer to it as the Temple Mount because it was the location of the Second Temple, destroyed by the Romans in 70 AD.Sheikh Khatib said the soldiers entered the esplanade during a visit approved and organized by Israeli police.He said he had made a complaint both to the Israeli police and to the Jordanian authorities. Jordan, which has a 1994 peace treaty with Israel, is the custodian of Muslim holy sites in Jerusalem. Police spokeswoman Luba Samri confirmed to AFP that there had been an incident but said it concerned “a small flag,” and said that a senior officer at the scene quickly intervened to expel the soldiers from the compound.

Demikianlah tindakan biadap tentera Israel malangnya kita tidak mampu melakukan apa-apa sedangkan tapak tersebut merupakan tempat ketiga paling suci buat kita setelah Masjidil Haram Makah dan Masjid Nabawi Medinah. Bagi Israel keseluruhan Jurusalem termasuklah komplek Masjid al Aqsa adalah merupakan jajahan mereka.

Sejak dijajah Negara Haram Israel begitulah nasib kita umat Islam, saudara-saudara kita yang lemah namun cekal semangatnya bertahan walau dijajah demi membela al Aqsa, namun kita yang bersenang-lenang di sini dan merata dunia Islam lain duduk sekadar melihat. Lebih malang lagi sibuk berbalah pula sesama sendiri……………..

Gadis Melayu Singapura menjadi jurulatih (30/5/12)

Berita dari seberang, yakni Singapura sering memikat minat saya. Nasib dan kemajuan masyarakat Melayu di sana terutamanya akan selalu saya ambil tahu dengan cara membaca dan melayari maklumat terkini khasnya melalui akhbar-akhbar online mereka.

Terkini saya terpegun apabila membaca berita berkenaan:
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/gadis-melayu-ajar-anak-ekspatriat-bola-keranjang

iaitu berkenaan seorang anak gadis Singapura Cik Mira Abdul Razak 20 tahun yang kini merupakan seorang jurulatih bolakeranjang atau “basketball” di sana.
Memang di Malaysia sekalipun tidak ramai anak Melayu yang minat atau terlatih dalam sukan ini berbanding sukan lain. Di Singapura seorang anak gadis Melayu bertudung lulusan Sekolah Menengah Atas Ma'had Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat mahir dan malah bertugas sebagai seorang jurulatih, sudah pasti berita ini sesuatu yang hebat.

Barangkali pihak Malaysia boleh meninjau-ninjau gadis ini dan kalau layak boleh mengimpot beliau untuk melatih anak-naka kita di sini. Apa pandangan anda?
Sementara itu dalam akhbar Berita Harian (Singapura) yang sama dilaporkan bahawa dari 14 jurulatih tenis Singapura yang dinaungi Persatuan Tenis Singapura (STA) di bawah Majlis Sukan Singapura, 13 merupakan jurulatih Melayu. Mereka ini pun perlu ditinjau oleh pihak Malaysia dan jika perlu diimpot masuk ke sini bagi melatih pula anak-anak kita. Apa pandangan anda?

Tuesday, May 29, 2012

Berhati-hati dalam menegur (29/5/12)

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Kita berebut dalam dunia yang sempit untuk hidup. Kadangkala kita tidak terlepas dari mencuri peluang dan kesempatan bagi memastikan kehidupan kita terus terjamin. Terlupa bahawa dalam keghairahan itu kita perlu berhati-hati. Iman dan adat sewajarnya menjadi garis penentu mengawal perilaku dan tingkah kita.

Masalahnya ada yang boleh ditegur dan ada yang ada-ada sahaja alasan untuk memintas dan menangkis teguran malah menyerang pula si yang menegur.
Dalam Islam kita memang ditugaskan untuk tegur-menegur dalam bentuk berpesan-memesan. Ianya termaktub dalam surah al Asr apabila Allah swt berfirman:

Demi masa!  Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Saya percaya ramai yang terpegun apabila membaca darihal tender JPJ untuk nombor plet siri WWW. Bagaimana individu dan kelompok berebut-rebut untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang cantik bagi kenderaan masing-masing. Lalu terkabarlah kepada kita bahawa pembida yang berjaya untuk plet WWW1 adalah DYMM Sultan Johor dengan bidaan RM520,000.00.

Saya pasti reaksi pertama kita orang kebanyakan adalah mengurut dada aduhai besarnya belanja untuk mendapatkan sekadar plet pendaftaran kenderaan. Saya juga sebenarnya begitu pada awalnya. Tak mengapa tetapi apabila kita menegur secara terbuka mengkritik pula dengan kritikan tajam membuat perbandingan sesuaka apa yang terlintas dalam fikiran kita, maka di sana kita perlu berhati-hati.
Jangan nanti kita dijerat dan terjerat.

Dalam laman The Star online dilaporkan:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/5/29/nation/20120529110030&sec=nation

“Johor Tengku Mahkota hits out at critics of WW1 bid”
Sekarang apa yang tidak kita ketahui sebelum ini sudah tersingkap, rupanya Sultan dan Tengku Mahkota Johor tidak pernah mengambil elaun dari kerajaan, setiap sen yang mereka layak terima dimasukkan ke Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bertujuan membantu dan menolong rakyat kebanyakan.

Ini bagi saya secara peribadi adalah sesuatu yang hebat…..barangkali lebih hebat dari bidaan setengah juta itu sendiri, wallahualam.
Imam Al-Syafii berkata, "Orang yang menegurmu secara sembunyi2, bererti ia jujur menasihatimu. Tetapi orang yang menegurmu secara terang-terangan, bererti ia menghinamu."