Friday, August 06, 2004

Tok Guru Nik Aziz pemimpin perintis toleransi beragama

Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan syarat mereka tidak bertindak memalingkan akidah umat Islam yang ada. Rasulullah saw telah memberikan tauladan terbaik dalam hal ini untuk diamalkan oleh para pengikutnya. Rasulullah saw berdailog dengan paderi Kristian, menghormati mayat Yahudi, menghalang diapa-apakan rumah ibadat bukan Islam dalam peperangan sebagai bukti Islam tidak pernah berkonfrantasi dengan masyarakat bukan Islam dalam keadaan aman.

Dalam ketiadaan Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab para ulamak untuk meneruskan amalan ini agar dapat dicontohi oleh para penganut Islam dan sekaligus membuktikan kepada yang bukan Islam akan keindahan dan keterbukaan Islam.

Satu ketika dahulu kita tidak pernah melihat ada ulamak merayakan Tahun Baru Cina, akan tetapi apabila Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar beliau telah keluar meraikan perayaan masyarakat Tionghua ini dengan turut menyaksikan Tarian Singa serta bersama-sama memalu gendang Cina.

Salah satu tindakan beliau yang berani adalah pada 10 Mac 1995 apabila mengiringi Ketua Istiadat KelantanYM Tengku Feisal Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim selaku wakil Sultan ke Wat Buddha Uttamarran, Kg. Terasek, Pasir Mas untuk upacara menyerah watikah kepada Than Chau Khun sebagai Ketua Sangkha Buddha Negeri Kelantan. Tok Guru pergi sebagai MB dalam keadaan berjibah putih dan berserban. Dalam sebuah kuliah beliau Tok Guru menyebut:

"Saya beri ucapan. Dalam ucapan tersebut saya beritahu bahawa Islam ini agam baik, agama yang tidak suka paksa orang, agama tidak suka tekan orang, agam ini bukan agama kerat tengkok orang. Saya beritahu benda macam ini depan balaisah mereka, depan sekolah mereka."

"Barang ini barang cukup molek. Saya pergi dengan keadaan serba sedar, pergi dengan serban, pergi dengan berjubah, bukan pergi dengan bersamping. Hendak beritahunya aku pergi sebagai tok guru hendak jumpa mu hai tok-tok guru Buddha. Aku hendak beritahu Islam ini baik, mu jangan takut, walaupun ada orang kata Islam ini makan orang, bunuh orang, kerat orang. Yang hendak kata itu katalah, tapi aku sebagai orang yang mengaji Islam aku hendak beritahu kepadamu benda itu tidak ada."

Tok Guru juga pernah berdailog dengan penganut Kristian dan wakil pelbagai agama dalam suasana yang penuh mesra dan tenang.

Isunya disini apabila kita bersikap demikian maka kita akan berupaya memecah benteng pemisah antara kita dan masyarakat bukan Islam. Lantas mereka akan mula selesa mendekati kita dan takala itulah apabila dilihatnya betapa indah dan terbukanya Islam itu barulah akan terdetik dihati mereka untuk menurutinya insyallah.

Penjajah Mongol yang bengis dan kejam itu akhirnya melutut menerima Islam lantaran keindahan Islam, dan di sinilah peranan ulamak itu penting dan lebih-lebih lagi kita pengamal Islam yang sejati.


ADUN Umno dan Awang Selamat tegur Akademi Fantasia

Selalu sangat kita dengar ahli agama, para ulamak, gerakan dan NGO Islam membuat bantahan darihal program-program realiti TV yang semakin manjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Para peserta berpelukan, meluahkan emosi secara terbuka dan demikian juga para penontonnya dalam program yang diciplak dari Barat. Segala batasan agama dilanggar tanpa peduli.

Hari ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang ADUN Umno dari Inderapura, Pahang turut melahirkan concern beliau. Katanya:

"Sikap fanatik penonton AF ini sehingga menangis kerana melihat peserta kesayangan mereka tersingkir tidak sewajarnya berlaku kerana program ini hanya merupakan sebuah rancangan hiburan dan tidak ada faedahnya mereka berbuat demikian"

"Saya cukup khuatir dengan generasi muda kita yang banyak sangat berhibur sehingga mereka lupa tanggungjawab mereka terhadap negara"

Dalam ruangan "Bisik-bisik" akhbar yang sama "Awang Selamat" menulis:

"Manusia biasanya menangis bila mereka terlalu sedih. Tapi manusia juga menangis bila mereka terlalu gembira. Bila manusia menangis kerana peserta kegemaran mereka tersingkir daripada rancangan Akademi Fantasia, Awang garu kepala. Perlukah menangis?"

Nampaknya ramai pihak semakin mula sedar akan malapetaka yang dibawa oleh program seumpama ini.

Kepada YB Umno dan Awang Selamat - kenapa orang Melayu/Islam tidak menangis kerana tertinggal solat, kerana tak pergi solat Jumaat, tak kan nak garu kepala saja......

Thursday, August 05, 2004

Pengalaman Tok Guru

Alhamdulillah pagi tadi Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat telah selamat mendarat di Kota Bharu dan kini kembali kepangkuan rakyat negeri Kelantan yang berpusu-pusu menunggu kepulangan beliau. Mudah-mudahan beliau terus sihat untuk terus memimpin negeri dan seluruh masyarakat Islam insyallah.

Menarik hari in dalam The Star Tok Guru menceritakan pengalaman beliau ketika diserang sakit jantung:

Recounting the morning when he had the attack, Nik Aziz said he was not afraid of dying at all.

Beginilah, kita akan bertemu Tuhan (Let's put it this way, we will have to meet God)," he said.

As a Muslim he said, he was accountable for all his thoughts and deeds before God.

If we have served God and refrained from commiting any sins, we should not be afraid of death, he said.

Lihatlah kalau dah peribadi itu peribadi Tok Guru, dari atas katil hospital pun yang terbit dari mulutnya adalah dakwah belaka. Lantaran itulah maka ramai yang sedih dan terharu apabila mendengarkan beliau diserang sakit jantung, kerana keperibadian beliau sungguh sukar ditandingi.

Islam memang bersikap toleran terhadap agama lain

Tindakan Perdana Menteri Pak Lah Badawi berucap di majlis peresmian mesyuarat "Faith and Order Plenary Commission" anjuran Majlis Gereja-gereja sedunia mendapat reaksi beberapa individu. Termasuklah reaksi dari Timbalan Mursyidul Am Ustaz Idris Omar yang menyatakan tidak wajar Pak Lah berbuat demikian.
Beliau berkata sebagaimana dipetik Harakahdaily:
Ini katanya, sebagai ketua negara tindakan beliau itu akan mempunyai kesan dan mempengaruhi umat Islam yang merupakan majoriti penduduk Malaysia yang juga telah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam.

Malah katanya, secara tidak langsung, masyarakat luar akan mentafsir perkembangan Islam di negara tidak mempunyai kekuatan sehingga boleh memberi ruang kepada pendakwah pelbagai agama menyuburkan agama mereka.

"Kebebasan beragama dalam negara kita dihormati tetapi apa yang kita pertikai ialah seseorang pemimpin Islam merasmikan sesuatu majlis agama lain menggambarkan kita turut mengiktiraf agama tersebut sedangkan perkara itu boleh diserahkan kepada pemimpin agama itu sendiri melakukannya," katanya.
Secara peribadi saya merasakan kenyataan Ustaz Idris tidak berapa tepat dan saya terlebih dahulu memohon maaf.
Pada pandangan saya PAS seharusnya bersikap terbuka dalam hal ini dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sikap tolransi beragama telah lama diamalkan oleh Islam dan PAS sendiri. Tuan Guru Mursidul Am selaku Menteri Besar Kelantan telah mempelopori beberapa langkah bagi membuktikan keterbukaan Islam dalam masalah hubungan dengan masyarakat bukan Islam.
Tok Guru pernah hadir dan menyerahkan surat watikah kepada ketua sami Buddha Kelantan di Wat di Tumpat dalam kapasiti beliau sebagai MB di awal tahuan 90an dahulu. Beliau pernah menjemput wakil-wakil pelbagai agama termasuk paderi kristian dan seumpamanya untuk berbincang dengan beliau sebagai Ketua Negeri. Di majlis-majlis seumpama ini lah Tok Guru telah mengambil peluang untuk menerang dan menjelaskan kedudukan dan pendirian Islam dalam pelbagai perkara. Saya masih ingat ucapan beliau di perkarangan Wat Buddha di Tumpat itu dimulakan dengan memetik ayat-ayat Al Quran. Malah Tok Guru pernah menggalakkan agar pemimpin agam lain hadir di majlis-majlis anjuran masjid-masjid di Kelantan.
Demikian juga dengan beberapa pimpinan PAS yang lain kemudiannya. Ustaz Nasharuddin dan Dr. Hassan Ali pernah hadir di majlis anjuran gereja untuk menjelaskan darihal Islam yang diperjuangkan PAS.
Oleh itu dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kehadiran Pak Lah itu saya rasa kita perlu berhati-hati. Jangan sampai orang mengatakan PAS benci kepada penganut agama lain dan akan menyekat kebebasan mereka. Nyatakanlah betapa PAS telah pun mempraktikkan toleransi beragama dengan mendedahkan "experience" di Kelantan dan juga sepenggal di Terengganu.
Sekali lagi saya minta maaf pada Ustaz Idris, dalam hal ini "I beg to differ".

Wednesday, August 04, 2004

Pengundi Kota Bharu perlu bertanggungjawab

Pada pilihanraya umum lalu sebahagian besar pengundi di Parlimen Kota Bharu, Kelantan telah memenangkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai ahli parlimen mereka. Zaid adalah seorang peguam dan Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau dikenali sebagai seorang yang suka melakukan sesuatu yang kontroversial dan sering mengeluarkan kenyataan yang "ultra".
Zaid pernah mengheret kerjaan PAS Terengganu ke mahkamah kerana meluluskan Enekmen Jenayah Syariah Terengganu satu ketika dahulu. Dan kini yang terbaru dalam isu kontreversial Konsert Sure Heboh, Zaid turut tidak mahu ketinggalan. Di bawah disertakan petikan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan kenyataan Zaid. Zaid mempertikaikan tinndakan Majlis Fatwa dan Majlis Mufti dalam mengeluarkan fatwa dan pandangan yang menurut beliau seolah-olah membuat undang-undang baru (di luar Parlimen) sesuka hati.
Aduhai rakyat Kota Bharu, Negeri Serambi Mekah, yang banyak melahirkan ulamak dan Tok-tok Guru yang tersohor, apakah jenis wakil yang telah tuan-tuan pilih ini? Kalau yang diperkatakannya itu atas kapasiti sebagai wakil Parlimen Kota Bharu maka tuan-tuan yang mengangkat beliau turut terlibat sekali!
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat `undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Peguam Zaid Ibrahim berkata, Malaysia bukan sebuah negara teokratik dan kedua-dua badan agama itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan sistem sedia ada.

``Merujuk kepada fatwa pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan isu hukum haram konsert Sure Heboh oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

``Saya dapati banyak kesilapan dalam cara dua badan ini membuat keputusan kerana Malaysia mempunyai undang-undang dan agensi penguatkuasaan yang cukup untuk menangani kedua-dua isu itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas keputusan pengharaman peraduan kuiz SMS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan konsert Karnival Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Zaid yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu yang berkaitan dengan masyarakat awam tidak sewajarnya disentuh berdasarkan garis panduan agama dan kaum.

Beliau mendakwa, jika terdapat cubaan eksploitasi dan perjudian dalam peraduan melalui SMS maka undang-undang berkaitannya akan digubal di Parlimen sekiranya dasar awam memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, tidak ada badan yang berhak campur tangan dalam proses pentadbiran negara melainkan kerajaan.

Katanya, pihak pentadbir agama sewajarnya menggunakan kedudukannya yang dihormati untuk mendidik masyarakat dan bekerjasama dengan semua pihak meningkatkan nilai moral masyarakat.

Tuesday, August 03, 2004

Masih ada hargakah lagi agama dan maruah bangsa?

Akhbar The Star hari ini melaporkan kejayaan Konsert Sure Heboh anjuran TV3 di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Di bawah tajuk “TV3 planning grander show” ia melaporkan:

"TV3’s Sure Heboh carnival will be even bigger and better next year following huge support from the people. Despite a statement by a religious official that the show was haram (forbidden), more than two million people thronged Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur on Sunday to see the culmination of the Sure Heboh series."

Apa yang anda boleh simpulkan dari petikan di atas?

Bermakna walaupun Majlis Mufti-mufti sebagaimana yang diumumkan oleh Mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria, menetapkan bahwa konsert ini adalah haram dari segi syarak namun kehadiran 2 juta pengunjung Ahad lalu sekaligus membuktikan rakyat khususnya masyarakat Melayu yang beragama Islam berpandangan sebaliknya. Ini menunjukkan yang pandangan ahli agama bertaraf Mufti sudah tidak punya pengaruh lagi dan akhbar The Star yang diterajui oleh bukan Islam jelas mahu mensasikan isu ini.

Namun, demikianlah hakikatnya penerimaan sebahagian besar masyarakat Islam dalam isu yang membabitkan kepentingan dan sensitiviti agama. Saya tidak tahu apa bahasa yang mahu digunakan namun saya kira tidak keterlaluanlah kalau dikatakan bahawa CEO TV3 BIADAP apabila berkata:

(Asked to comment on Dr. Harussani’s statement……….) “I am quite amazed at the statement. We would like to invite these people to come and see what the carnival is all about.”

Perkataan “amazed” yang digunakan jelas mempersenda ketokohan, ilmu dan kemampuan mufti-mufti kita. Sejahil-jahil umat Islam tetapi apabila telah sampai keperingkat tergamak memperlekehkan pandangan dan pendirian pakar agama bertaraf mufti, sudah pasti sikap ini telah terlalu jauh menyimpang.

Bayangkan apa pandangan masyarakat bukan Islam dalam hal ini? Islam sekarang sudah melalui tranformasi ekstrem sehingga boleh dipersenda dan ditolak oleh sesama umat Islam sendiri. Islam sudah hilang kehebatan dan kesuciannya, kerana umat Islam sendiri sudah tidak mementingkannya.

Harussani sebagaimana dipetik oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini meyatakan:

“Adalah disyorkan karnival itu dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa.”

Masih ada hargakah lagi agama dan maruah bangsa pada hari ini?

Monday, August 02, 2004

Mufti jadi orang salah!

Jumaat lepas saya letakkan bawah tajuk ULAMAK VS TV3 SIAPA YANG BENAR, ulasan isu Konsert Sure Heboh yang dikatakan haram oleh Mufti Perak. Saya menjangkakan isu ini pasti meletup dan yang kelak akan jadi mangsa adalah Mufti berkenaan sendiri walaupun yang ingin diketengahkan olehnya adalah kebenaran.

Mingguan Malaysia semalam memuatkan ulasan Astora Jabat berkenaan isu ini bawah tajuk HARUSSANI LWN SURE HEBOH TV3. Dan seperti dijangkakan bukan isi dan kandungan konsert itu yang dikaji dan menerima ulasan tetapi yang terpaksa duduk dikandang orang salah kini adalah Mufti itu sendir?!!

Yang pertama keluarkan ulasan adalah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr. Ismail Ibrahim. Katanya keputusan Majlis Mufti Malaysia (rupanya bukan Harussani seorang tapi Majlis Mufti yang memutuskannya) bahawa Konsert Sure Heboh anjuran TV3 itu haram tidak boleh dianggap sebagai satu fatwa yang sah! Beliau menambah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan perkara tersebut pun di dalam mesyuarat bulanannya.

Dan pandangan beliau dikongsi bersama oleh Astora (taklah mengejutkan kalau datang dari “the notorious” Astora) Sedikit petikan artikel beliau:

Pada pengamatan penulis tidak ada yg boleh dianggap maksiat berlaku dalam Karnival Sure Heboh (Mufti ulas konsert Astora ulas karnival?) yang pernah penulis hadiri kecuali jika hadirin tidak sembahyang, merek mengurat dan sebagainya. Tetapi semua itu tidak kena mengena dengan Karnivel Sure Heboh langsung.

Isu ini kini turut diulas oleh PM dan termasuklah Kadir Sheikh Fadzil Menteri Penerangan yang marah-marah dengan kenyataan Mufti tersebut.

Kini kita dapat lihat sendiri bila bertembung antara yang hak dan batil, yang hak walaupun datang dari yang berilmu dan beriman namun tetap akan ditolak kerena memenangkan yang batil walaupun dijaja dan ditaja oleh yang jahil dan dangkal.

Kita yakin Majlis Mufti bukannya mengeluarkan fatwa kerana perkara yang sudah tetap tak perlu difatwakan lagi sebagaimana arak itu haram tak perlulah nak difatwakan lagi. Sure Heboh menjadi haram menurut mufti-mufti apabila ianya melalai dan melekakan serta memberi peluang pula untuk maksiat berlaku kalangan anak-anak muda Islam. Tidak benarkah kenyataan mufti-mufti itu, atau berbohongkah mufti-mufti berkenaan dalam hal ini?

Cuba kita perhati kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa apabila ditanya akhbar darihal pandangan peribadi beliau berkenaan isu ini:

“Sukar untuk menetapkan hukum bagi sesuatu yang bersifat spesifik sebaliknya perlulah ada satu garis panduan yang menyeluruh. Kalau setiap kali ada konsert kita nak keluarkan fatwa susahlah.”

Pada orang sebeginikah mahu kita serahkan masa depan anak-anak kita? Apa kata iman kita?
Jangan terperanjat Harussani nanti bakal menerima nasib yang sama sebagaimana bekas Ketua Hakim Negera Tun Salleh Abbas yang berani menyatakan kebenaran itu dan juga bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom!