Saya sentiasa kagum dengan style, keperibadian dan
pendekatan pemimpin/ulamak muda ini. Saya mendoakan semoga PAS terus subur
dengan pemimpin-pemimpin seumpama beliau agar parti Islam ini terus relevan dan
kekal istiqomah atas prnsip dan dasar perjuangannnya, biar datang ribut dan
taufan sebesar mana sekalipun.
Beliau yang saya maksudkan adalah ahli Parlimen Pasir Mas YB
Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz. Berikut adalah coretan terbarunya yang saya baca:
Metallica..
Adakah kita terpaksa akur, demi sokongan dan undi, untuk
memenuhi kemahuan sejumlah anak muda yang minat gila dengan Metallica dengan
mencari-cari atau mereka cipta satu fatwa ugama yang mengharuskan seni hiburan
barat tanpa ugama itu untuk membentuk benak fikir dan budaya mereka?
Atau kita akur saja, kita bantah terus konsert hiburan yang
melalaikan itu, kita kehilangan sokongan dan PAS menjadi tidak popular di
kalangan segelintir anak muda?
Atau, kita usahakan cantuman antara keduanya, dengan
memperelokkan bantahan, dengan mendidik mereka agar mengenali diri sebagai anak
muda muslim yang mempunyai pelbagai kelebihan anugerahNya yang tidak melayakkan
mereka untuk mudah kalah dan melayani gaya hidup barat yang syaitani itu yang
akan meruntuhkan segala kelebihan yang telah mereka miliki?
Umno telah memilih
yang pertama, walaupun tanpa lapik fatwa pun. Mereka telah mendapat apa yang
mereka mahu.
Sebahagian pendakwah memilih yang kedua. Mereka berkata,
Allah mahu tahu untuk memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya.
Pemuda PAS cuba
memperhalusi dan menekuni agar ilmu dan hikmah itu merajai dunia dakwah. Jalan
ketiga adalah pilihan dalam setiap hati yang budiman yang mencintai anak-anak
muda muslim yang mencari-cari..
Dakwah itu
kadang-kadang kelihatan mudah. Tetapi apabila kita 'terjun' sungguh di
medannya, ia adalah satu seni halus menuju Allah yang memerlukan ilmu yang luas
dan hikmat yang tinggi.
Mari menekuni..
Nik Mohamad Abduh
20 Ogos 2013
Memang sebagai sebuah gerakan Islam PAS akan sentiasa
berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Bagaimana mendekati dan
menangani sesuatu suasana dan isu itu dalam waktu yang sama tidak menggadaikan
sedikit pun prinsip dan matlamat perjuangan akan terus menjadi ujian buat PAS.
Ambil jalan mudah, matlamat menghalakan cara. Asal sahaja
menang kita terjah apa sahaja, esok lusa baru cerita isu prinsip…..itu setahu
saya bukan PAS. PAS terus kekal dari 1951 sehingga hari ini lantaran kuatnya
komitemen dan pegangannya terhadap Islam yang diperjuangkan. Itulah yang di
didik dan diindoktrinasikan kepada ahli-ahlinya.Orang menyertai PAS kerana itu dan orang berkawan dengan PAS kerana PAS bercirikan itu yakni Islam.
PAS pernah naik pernah jatuh dan naik kembali, dalam semua
suasana ini ia tidak sekali-kali kompromikan dasarnya, kerana itu barakah turun
sehingga ke saat ini. Jika PAS cuai, jika PAS kendur, jika PAS longgar,
percayalah segalanya akan dilucutkan dari kita dan jadilah kita sebagaimana
parti-parti Islam lain yang timbul tenggelam di bumi lain.
Kekallah insyallah ILMU dan HIKMAH merajai dunia dakwah!
No comments:
Post a Comment