Tuesday, August 31, 2010

Umat Islam Selangor tidak mahu kembali terjajah

Bicara tentang Merdeka, bekas MB Selangor yang juga Ketua Pembangkang Khir Toyo melontarkan persoalan serba kaya dengan sindirian di dalam blognya: Merdekakah umat Islam di Selangor?

Hujahnya, kerana PAS Selangor benar YB Teo Nie Ching (ahli parlimen Serdang) masuk ke Surau al Huda Serdang, benar wakil rakyat bukan Islam berceramah (tazkirah), benar DAP beri duit pada orang Islam dalam surau, maka kesimpulannya umat Islam di Selangor tidak merdeka!

Khir sebelum saya ulas, sudah 2 tahun 5 bulan hilang kuasa. 2 tahun 5 bulan dahulu beliaulah pemimpin tertinggi di negeri Selangor ini, beliulah yang meneraju, menetap apa yang baik dan buruk untuk negeri pimpinannya, tiba-tiba disentap takhta darinya sehingga jatuh tersungkur ia tanpa disangka. Mahu rampas kembali takhta tadi, ianya milik rakyat, rakyat yang tetapkan siapa turun darinya dan siapa yang naik duduk. Lalu terkulat-kulatlah Khir antara percaya tak percaya. 2 tahun 5 bulan sudah berlalu, ia masih begitu.

PAS Selangor sudah 2 tahun 5 bulan membentuk kerajaan baru Selangor bersama rakan-rakan dari PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat setelah kerajaan BN yang akhir dipimpin Khir ditolak rakyat.

Sebagai parti Islam, jelas dasar dan matlamat PAS. Kerja-kerja amar makruf nahi mungkar menjadi keutamaan PAS. Lebih 50 tahun Selangor di bawah BN yang diteraju Umno, tak tahulah samada Islam Merdeka, yang pastinya pada kaca mata ramai, Islam tidak Merdeka tetapi dijajah buat kepentingan Umno.

Masjid dan surau semasa BN dahulu dijajah oleh Umno. Hak ahli-ahli kariah untuk memilih kepimpinan masjid dan surau dibekukan kerana kononnya takut PAS menguasainya. Lalu ditunjuklah siapa yang jadi Nazir dan AJK dan senarai kepimpinan masjid ini perlu disahkan oleh Ketua Umno bahagian, mungkin kerana sudah hilang kuasa Khir lupa bab ini.

JAIS di bawah Khir dan MB sebelumnya telah mengeluarkan suatu senarai hitam. Iaitu senarai penceramah dan pendakwah yang diharamkan dari berceramah dan memberi kuliah di masjid dan surau-surau seluruh Selangor, suatu keputusan yang terang-terang dipengaruhi nafsu politik. Almarhum Dato Ishak Baharum (bekas Mufti Selangor) turut digam oleh Khir dan rakan-rakannya, Merdekakah umat Islam Selangor?

Begitu juga Dato Dr Harun Din (yang kerajaan PR Selangor anugerahkan sebagai Tokoh Dakwah Selangor), Dato Ismail Kamus (anak Selangor yang terkenal dirantau sebelah sini, termasuk memberi kuliah di dalam Istana Sultan Brunei) dan ramai lagi. Siapa yang menjajah umat Islam Selangor ketika itu?

Khir mungkin lupa, masjid dan surau ketika zaman beliau dan MB sebelumnya dengan bebas digunakan buat kepentingan orang Umno. Ketika musim pemilihan Umno, solat hajat, bacaan Yasin diadakan dalam masjid dan surau buat pemimpin-pemimpin Umno.
Kerajaan PR Selangor yang PAS di dalamnya baru berusia 2 tahun 5 bulan, tetapi hari ini kita lihat program-program Islam semakin luas dan terbuka. Masjid Negeri yang indah dan besar itu sekadar dibanggakan dengan keindahan dan kebesarannya di waktu Umno BN memerintah, tetapi hari ini meriah dan makmur dengan program Qiyamullail dan Forum Perdana Bulanan.

Begitu juga melalui program Menyemarakkan Islam Negeri Selangor (PROMISE) tempat awam seperti ruang legar muzium dan perpustakaan digunakan untuk menyampaikan Islam secara santai. Program dakwah ini diharapkan dapat membawa Islam terus ke masyarakat dalam suasana luar masjid dan surau, terjajahkah Islam di Selangor kalau begitu?

Kerajaan PR Selangor memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan Islam. Bilangan anak-anak kita yang hafaz al Quran dipertingkatkan. Institusi tahfiz quran yang dibina dizaman BN, dahulu sekadar keluar beberapa kerat anak-anak yang hafaz Quran,kini dizaman kerajaan baru ini bilangannya dilipat kaligandakan. Begitu juga jumlah anak-anak Selangoryang dihantar ke Timur Tengah turut meningkat jumlahnya.Akademi Imam Selangor ditubuh untuk melatih dan memberikan pengiktirafan kepada bakal-bakal imam yang akan berkhidmat di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor khususnya dan amnya di Malaysia. Terjajahkah umat Islam di Selangor?

Dizaman PAS dalam kerajaan ini EXCO dan ADUN serta ahli parlimen yang layak, diberi tauliah untuk berkhutbah dan memberi kuliah di masjid dan surau. EXCO Agama boleh menyampaikan khutbah dan kuliah, ahli Parlimen, ADUN malah ada ahli-ahli majlis PBT dan Ketua Kampung juga begitu. Dizaman PAS dalam kerajaan, Nazir-nazir masjid disyaratkan berupaya menyampaikan khutbah dan memberi tazkirah serta memimpin tahlil. Begitu pun tidak merdeka kah lagi Islam di Selangor?

Di zaman Khir, ada pimpinan yang diseret ke mahkamah kerana tuduhan rasuah, bekas Speaker, EXCO malah MB sebelum Khir pun terperangkap dengan wang tunai berkilo-kilo. Merdekakah umat Islam Selangor apabila pemimpin mereka longgar moral dan akhlaknya? Pemimpin Islam sendiri rasuah dan salah guna kuasa. Siapa yang lupa pada kes ADUN Umno yang bina “mahligai berbelas bilik” di tapak rumah rakyat miskin! Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Negara Umno yang masing-masing punya isteri dan suami tetapi berpelukan berdua-duaan dalam gambar yang ditontoni oleh rakyat! Merdekah Islam kalau begitu?

Adakah kerana YB Teo diundang ke sebuah surau maka umat Islam di Selangor jadi terjajah? YB Teo ke sana kerana diundang JK Surau, dengan maksud memberi bantuan. Wang bantuan bukan datang dari DAP tetapi dari peruntukkan yang diberikan kerajaan negeri. Sebagaimana ADUN MCA dan MIC di zaman BN pun ada yang memberi bantuan di Selangor dulu, janganlah bulan Ramadhan ini lantaran telah hilang kuasa Khir lupa segala-galanya.

Saya ingat pernah mendiang Sivalingam, ADUN MIC di Kuala Selangor beri kain pelikat dan saguhati hari raya kepada AJK Masjid dalam kawasannya, tak pulak umat Islam dizaman BN terjajah di Selangor kerana itu?!

Saya akui YB Teo tidak berpakaian yang sepatutnya ketika beliau berkunjung di surau berkenaan. Beliau mungkin terlepas pandang dan pihak surau mungkin tidak menasihatkan tetapi untuk berlaku adil padanya (kita mesti berlaku adil bukan sesama Islam sahaja Dato Seri, kepada bukan Islam pun kena begitu) sesungguhnya beliau tiada maksud menghina sesiapa. Tidaklah memberi kuliah atau tazkirah, sebagaimana terjahan nakal Khir itu.

Ketika isu ini disensaikan oleh akhbar-akhbar lidah rasmi Umno, saya menerima SMS berikut dari YB Teo:

Pohon nasihat dari PAS bagaimana saya harus mengendalikan isu ini.

Ini membuktikan beliau tidaklah sebagaimana yang mahu dibayangkan oleh Khir dan rakan-rakannya itu, Malah dalam SMS balas saya kepada beliau saya nyatakan dimana beliau mungkin silap dan terlepas pandang, dan menasihatkan agar beliau lebih berhati-hati serta akur dan patuh pada syarat dan garispanduan yang terpakai dalam hal adab rumah ibadat Islam. Beliau akur dan membalas:

Lesson learnt, thank you and salam

Umat Islam di Selangor Merdeka Dato Seri. Kami boleh membawa Islam bukan sekadar untuk difahami oleh orang-orang Islam seperti Dato Seri malah yang bukan Islam pun dapat menerima dan memahami Islam dengan lebih bebas sekarang ini.

EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor telah menjelaskan dalamsidang akhbarnya di Shah Alam semalam:

Beliau (YB Teo) dijemput masuk ke surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas yang tertumpu kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membnatu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Khir menggunakan isu ini untuk meruntuhkan kerajaan PR Selangor. Kononnya DAP yang bukan Islam itu sudah menguasai dan menjajah masjid dan surau di Selangor……aduhai jahatnya andaian itu. Kerana itulah beliau mengandaikan bahawa umat Islam di Selangor kini tidak merdeka. Mungkin Khir menyangka dengan kerja-kerja jahat begitu maka rakyat khasnya orang Melayu akan bangkit memberontak menolak kerajaan PR dan PAS Selangor.

Saya yakin rakyat Selangor yang semakin peka dan terdedah kepada ilmu dan maklumat hari ini tidak mudah diadu-domba dan dipecahbelahkan serta digodam kewarasannya oleh Khir dan rakan-rakannya. Hari ini di Selangor, rakyat menuntut ketelusan, kebersihan dalam kepimpinan dan pentadbiran, sesuatu yang Khir tidak mahu mengaku, tetapi hakikatnya telah gagal beliau tegakkan dizaman beliau. Politik adu-domba dan pecah-belah tiada lagi tempat dihati rakyat.

Rakyat mahu terus hidup merdekatidak lagi terjajah minda dan nasib mereka sebagaimana dizaman Khir dahulu. Selamat berpuasa dan mengejar Lailatul Qadar Dato Seri.

Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka ke 53

Esok kita akan merayakan Ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke 53. Sudah jauh berarak usia negara setelah bebas dari cengkaman penjajah yang datang dan pergi berpuluh-puluh tahun lamanya bermula dari Portugis, Belanda,Inggeris, Jepun kembali Inggeris dan dibeberapa negeri Siam.

Seperti biasa selain mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patrotik kita berbangga dengan kedaulatan dan kebebasan bumi tanah tumpah darah kita (walaupun di negara seberang panji-panji kita itu diinjak dan dibakar), maka tanggal ini akan melihatkan tokoh-tokoh dan kumpulan tertentu dijulang-julang, seolah merekalah sahaja yang berkorban memerdekakan bumi ini.

Tokoh-tokoh lain, walau besar sumbangannya besar pengorbanannya, sepi dibiarkan begitu sahaja.

Saya teringat membaca memoir Allahyraham Khadijah Sidek dimana beliau menyebut menitiskan airmata ketika “Union Jack” diturunkan di Dataran Merdeka 53 tahun lalu. Beliau yang bergolok gadai nyawa, harta dan airmata tetapi yang dibanggakan pada hari itu adalah mereka yang baru berjuang sehari dua.

Begitu juga saya melihat di Astro baru-baru ini keluarga Mustapha Hussin begitu pilu menceritakan darihal pengorbanan Allahyarham. Siapa yang kenal beliau lagi hari ini? Orang yang kalah pada Tunku dengan hanya 2 undi bagi jawatan Presiden Umno apabila Dato Onn letak jawatan (bayangkan jika beliau menang ketika itu, pasti beliaulah yang dijulang hari ini). Yang berkorban segala-galanya berjuang untuk mengembalikan maruah bangsa tetapi dilupakan bagai tunggul yang tidak berguna.

Begitu juga Ibrahim Yaacob, Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi. Mereka langsung tidak disebut-sebut lagi sedangkan merekalah yang terjun ke hadapan demi agama,bangsa dan negara satu ketiak dahulu.

Malah pernah saya nukilkan di sini, para pelacur di Kuala Lumpur sebelum Merdeka juga pernah berkorban untuk negara. Tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya, sejarah yang dilupakan. Saya pernah menulis: http://n32.blogspot.com/2007_08_01_archive.html

Nama mereka ini tidak terdapat dalam mana-mana buku atau tulisan sejarah, tetapi percayakah anda mereka ini walaupun hina tetapi berjuang sehingga dipenjarakan oleh penjajah Inggeris!Boestamam merakamkan dalam bukunya: Lambaian Dari Puncak, ketika beliau sedang diangkut oleh trak penjajah untuk dihumban ke kem tahanan.

Betapa beliau terserempak dengan sekumpulan wanita yang beliau percaya berasal dari Pantai Timur yang turut ditahan seperti beliau.

Boestmama menulis:Adik-adik ini sebelum ditahan bekerja sebagai apa, tanya saya.

Wanita yang duduk di sebelah saya, yang bergesel bahu dengan saya menjawab: Kami semuanya wanita yang mencari rezeki dengan memuaskan nadsu laki-laki dengan bayaran. Wanita lacur kata orang.

Kenapa pula ditangkap? (tanya Boestamam)

Kerana kami orang Berahim Yaakub

Jadi semuanya menjadi anggota KMM begitu?, saya bertanya

Tidak (jawap mereka)

Kalau tidak kenapa ditangkap!

Kami menjadi pengintip rahsianya. Wanita itupun menceritakan. Kami kenal baik dengan Berahim Yaakub malah rapat dan mesra. Sewaktu meladeni askar-askar Inggeris yang hendak memuaskan nafsu mereka dengan kami, dia meminta kami supaya mengorek rahsia mereka, seperti berapa ramai jumlah mereka, dimana kubu mereka diseluruh negeri, dan banyak lagi.

Bermakna pelacur-pelacur yang beroperasi di KL sebelum pendudukan Jepun itu turut menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma sehingga ditangkap dan dipenjarakan. Boestmama menulis:Saya termenung dan kagum memikirkan keberanian mereka mendedahkan rahsia yang didengar oleh para pengawal wanita yang ada bersama di situ.

Nanti esok begitulah sahaja akan berlalu tanggal 31 Ogos. Jasa dan sumbangan mereka yang tidak bernama ini akan terus dilupakan. Itulah lumrah dunia.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke53!

Sunday, August 22, 2010

Penyudah termanis buat Masjid Nurul Ehsan, PJS

Belum selesai kisah Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Masjid yang Umno Selangor cuba peralatkan untuk kepentingan politik mereka tetapi akhirnya dihalang oleh Nazir dan Jawatankuasa Masjid serta ahli kariah.

Umno Selangor sebagaimana posting saya yang lalu akhirnya mengubah tapak dari masjid berkenaan ke perkarangan tempat letak kereta berhampiran masjid lain iaitu masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.

Puak-puak Umno yang marah dengan tindakan ahli-ahli kariah Masjid Nurul Ehsan itu kemudiannya membesar-besarkan isu sumbangan RM50,000 dari Najib, Pengerusi Umno Selangor kepada Masjid as Salam. Kata mereka kerana keras kepala akhirnya Masjid Nurul Ehsan terlepas sumbangan kewangan.

Dengan takdir Allah swt, tanpa dirancang, JK Masjid Nurul Ehsan dimaklumkan bahawa DYMM Tuanku Sultan Selangor mahu bersolat Jumaat di masjid mereka Jumaat lalu. Alangkah gembiranya hati mereka semua. Rupanya ekoran kunjungan Sultan Selangor masjid berkenaan terima ganjaran yang lebih besar.

Berikut SMS yang saya terima dari salah seorang pimpinan masjid berkenaan:

Salam! Masjid Nurul Ehsan dapat aircond baru, cat masjid, baiki tandas dan baiki bumbung yang bocor. Semuanya makan ratusan ribu gak. Tuanku sudi berbuka puasa tahun depan. Ada peruntkkan lain.

Subahanallah, Maha Suci Allah, sempena bulan yang al Quran diturunkan kita diperlihatkan kebesaran Nya secara tunai. Berbekalkan perkembangan ini semoga semangat dan daya juang kea rah membesarkan Allah swt diteruskan oleh sahabat-sahabat di PJS amnya dan di Masjid Nurul Ehsan khasnya

Allah lah sebijak-bijak membalas (perancangan) tipudaya.
(al Maidah:54)

Saturday, August 21, 2010

PAS berjuang untuk Islam

“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud."

Demikianlah reaksi Karpal Singh apabila mengulas kenyataan Tok Guru Nik Abd Aziz bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan jenayah yang menjadi-jadi kebelakangan ini adalah dengan melaksanakan Hukum Hudud.

Saya dihubungi oleh wartawan siang tadi untuk memberikan ulasan.

Saya menjelaskan bahawa bagi umat Islam, bukan hanya orang PAS malah siapa sahaja, Umno, berparti atau tidak adalah WAJIB bagi mereka menerima bahawa perlaksanaan undang-undang Islam adalah penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ummah. Karpal membayangkan seolah apa yang Tok Guru mahu melaksanakan di Kelantan itu sebagai sesuatu yang bertentangan dengan amalan demokrasi dan tidak diterima rakyat. Beliau lupa bahawaEnakmen Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Wakil-wakil DUN Kelantan dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi. Dan melalui mandat rakyat itu wakil-wakil tadi meluluskan suatu undang-undang yang mahu diterima pakai oleh rakyat, ia tidak bertentangan dengan demokrasi sebaliknya ia selaras dan melalui proses dan lunas-lunas demokrasi.

Saya jelaskan bahawa saya menghormati pandangan Karpal sebagai seorang bukan Islam yang sudah pasti tidak dapat menerima cara penyelesaian Islam itu. Soalnya berjayakah cara penyelesaian yang ada?

Yang penting isunya adalah realiti bahana gejala sosial yang tampak tidak berjaya kita kawal kebelakangan ini. Masing-masing menuding jari, ibu-bapa yang salah, guru yang salah, masyarakat yang salah, kerajaan yang salah, ianya tidak berkesudahan. Dalam Islam kami ada cara penyelesaian kami yang diturnkan oleh Allah swt dan yang diajarkan kepada kami oleh Rasul kami s.a.w.

Di Kelantan contohnya enakmen yang ada akan dilaksanakan ke atas umat Islam Kelantan, yang bukan Islam punya pilihan dan bebas kekal bersama peraturan sivil yang ada.

PAS berjuang lebih 50 tahun dalam negara ini adalah bagi membawa penyelesaian yang baik bagi umat manusia. PAS tidak pernah sedikti pun meminggirkan peraturan dan undang-undang negara serta amalan demokrasi dalam perjuangannya. Rakyat Malaysia yang bukan Islam berhak memberikan pandangan kepada Islam, tugas PAS adalah berjuang dan memberi penerangan dan ianya akan diteruskan hari ini esok dan insyallah sampai bila-bila.

Friday, August 20, 2010

Umno dan BN main senjata perkauman

Umno dan BN terus terdesak kebelakangan ini. Pelbagai taktik dan muslihat jahat termasuklah fitnah dan pembohongan terpaksa digunakan untuk menundukkan Pakatan Rakyat dan menonjolkan mereka sebagai juara.







Suatu senjata yang mudah sekali digunakan adalah membakar api perkauman. Sewajarnya pihak polis memantau perkara ini kerana terbukti sejak PRU 2008 sehingga kini yang banyak menyala dan mencucuhkan api ini adalah Umno dan kaum kerabatnya di dalam BN.

Lima patah perkataan terpampang di dada muka depan Utusan hari ini iaitu:

Nama Guan Eng ganti Agong

Kononnya menurut Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Umno Pulau Pinang ada khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dengan nama Ketua Menteri itu dalam bacaan doanya.

Soalnya betulkah kenyataan itu?

Boleh masukkah ke dalam akal orang yang waras bahawa khatib di mimbar mahu mendoakan sedemikian walau diarah melakukannya sekalipun? Tolak tepi bab masuk akal sebab puak-puak “desperado” ini sesungguhnya sudah hilang pertimbangan kewarasan pun, sahihkah berita ini?

Hari ini Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya kenyataan jahat itu Tweet terkini dari Lim yang sedang menghadiri mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya berbunyi:

TS Khalid's gd suggestn pg write 2Majlis Raja-Raja complain umno lie n dat teks khutbah jumaat did not replaced YDP Agung wid Pg CM's name.

Begitulah burknya perangai Umno semata-mata kerana ketagihkan kuasa. Di bulan ramadhan yang mulia ini pun ada yang sanggup menabur fitnah dan berbohong!

Saya sendiri malam tadi menerima SMS dari EXCO Selangor YB Teresa Kok bertanyakan berkenaan satu isu yang dibangkitkan oleh bekas ADUN Kinrara dari MCA. Beliau menabur fitnah kononnya pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah membekukan pengeluaran papan tanda besar sempena perayaan “Hungry Ghost Festival” atau upacara memuja roh kaum Cina di kawasannya.

Lebih parah lagi kata beas ADUN MCA itu, saya (ROSLAN SHAHIR) selaku ahli majlis mewakili PAS lah yang telah mengeluarkan arahan itu!

Nampak gaya bukan Umno malah kerabatnya MCA pun kini terdesak menabur fitnah dan berbohong secara terbuka untuk mencetuskan ketegangan dikalangan rakyat.

Matlamat pemimpin MCA itu sudah pastilah mahu menunjukkan di hadapan masyarakat Cina bahawa kerajaan PR sekarang ini di bawah telunjuk PAS. Kelakar juga sebab baru-baru ini Umno Selangor mendakwa yang PAS Selangor ditindik hidung oleh DAP.

Yang tepatnya saya dan rakan-rakan dari DAP dan PKR di dalam Jawatankuasa Pelesenan MPSJ tidak pernah membuat apa-apa keputusan seperti yang didakwa itu. Malah semua permohonan untuk upacara kepercayaan masyarakat Cina itu telah diluluskan tanpa halangan.

Kesimpulannya yang mampu mereka menggunakan terhadap PR adalah senjata perkauman. Ia akan terus mereka gunakan sebab menyangka rakyat Selangor khasnya akan mudah termakan dengan senjata mereka itu dan akhirnya kerana takut dan bimbang akan mengalihkan sokongan kepada BN.

Mudah sangatkah rakyat Selangor tidak kira Melayu, Cina atau India termakan dengan jerat dangkal dan tidak berakal mereka itu? Bolehkah rakyat Selangor melupakan segala kepincangan dan kekotoran yang BN telah lakukan di Selangor selama lebih 50tahun itu?

Politik fitnah, perkauman dan adu domba sudah pupus di Selangor. Yang tinggal adalah politik kejujuran, politik keikhlasan dan politik kebenaran yang hanya mampu dibawa dan ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.

Thursday, August 19, 2010

Syabas ahli-ahli kariah PJS

Akhirnya Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tak jadi datang ke Majid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS. Akibat tentangan kuat dari ahli-ahli kariah khasnya Nazir dan SU Masjid majlis berbuka puasa bersama Najib itu, anjuran Umno Selangor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir dari Masjid berkenaan ke tapak letak kereta berhadapan Masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.

Panas telinga dengar tazkirah?

Itu pun pihak penganjur masih dengan bongkak menaikkan sepanduk dan kain rentang parti bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka itu tanpa kebenaran mana-mana pihak. Negeri ini kan ada peraturan, ikutlah peraturan. Akhirnya pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya PJ (MBPJ) telah bertindak menurunkan bendera dan kain rentang mereka itu.

Bukankah majlis ini sudah dipersetujuidianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Bukankah antara syaratnya tidak dibenarkan sebarang bendera atau kain rentang parti politik dinaikkan? Kerajaan negeri menghormati hak PM untuk turun berjumpa rakyatnya, tetapi apabila turun ke negeri ini,maka undang-undang dan peraturan negeri perlulah dipatuhi dan turut dihormati.

Kalau ikut nafsu Noh Omar dan Khir Toyo memanglah begitu.

Akhirnya kerana tidak menghormati undang-undang dan peraturan yang diguna-pakai mereka sendiri menjadi susah.

Kedatangan Najib dan majlis berbuka puasa diadakan juga di bawah khemah di tapak letak kereta itu. Segala ucapan dan majlis bantuan diadakan di bawah khemah dan tidak di masjid, kerana mereka tahu jika buat di masjid sudah pasti mereka perlu patuhi peraturan yang dikenakan Jawatankuasa Masjid.

Akhirnya mereka sekadar bersolat di masjid. Itupun terpaksa mendengar tazkirah pula oleh penceramah jemputan masjid. Khabarnya Najib tidak tinggal untuk dengar tazkirah sebaliknya angkat kaki dan pulang ke Putrajaya.

Syabas diucapkan kepada ahli-ahli kariah kedua-dua masjid kerana berjaya menyekat masjid dari digunakan sebagai gelanggang politik oleh mereka-mereka yang “desperado” di Selangor ini. Syabas juga kepada ahli majlis yang bertindak menurut peraturan walaupun terhadap majlis PM!

Sesungguhnya peraturan yang ada bukannya menghalang sekadar majlis kibar bendera dan naikkan kain rentang, tetapi perlulah dipatuhi. Proses kelulusan dan kebenaran perlu dilalui walaupun ke atas siapa tanpa memilih bulu. Kalau dulu semasa BN ada arahan mengharamkan terus permohonan dari parti pembangkang tetapi kerajaan sekarang beri kelonggaran, syaratnya patuhilah proses yang ada.

Syabas sekali lagi semua pihak yang berani mempertahankan kebenaran di PJS……kita tunggu nasib Pengarah JAIS.

Tuesday, August 17, 2010

Sekali lagi Keduataan Malaysia jadi sasaran di Jakarta

Berita ini tidak berapa disensasikan di tanahair tetapi dari laporan yang diterima di Jakarta khasnya, rakyat Indonesia panas dan telah berdemonstrasi mengutuk negara kita. Menurut laporan beberapa peralatan di bangunan keduatan kita telah turut dirosakkan oleh para penunjuk perasaan diketuai kumpulan Laskar Merah Putih.

Isunya berpunca dari kekalutan yang berlaku diperairan Malaysia-Indonesi Ahad lepas. Ketika 15 nelayan Malaysia dari Penggerang, Johor sedang menangkapikan diapa yang mereka fahamai sebagai perairan Malaysia, mereka dihampiri oleh suatu kumpulan yang menggunakan pakaian seragam Jabatan Perikanan Indonesia mendakwa mereka telah menceroboh masuk ke perairan negara tersebut.

3 daripada mereka menaiki bot nelayan berkenaan dan memaksa mereka ke perairan Indonesia berhampiran Pulau Batam.

Suatu panggilan kecemasan diberikan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Selatan, Malaysia dan akibatnya berlaku ketegangan sehingga akhirnya 3 daripada “pegawai” Indonesia itu ditahan polis Malaysia manakala 7 nelayan Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Sesunggunya perairan Malaysia-Indonesia memang mengelirukan kerana ia terlalu sempit dan rapat. Saya difahamkan daris eorang rakan nelayan di Kuala Selangor terdapat pula arus yang kuat berhampiran sempadan yang kekadang samada membawa bot jiran ke sini atau bot kita ke sana.

Apa pun insiden ini sekali lagi mencetuskan ketegangan. Mungkin rakyat Malaysia agak leka dan tidak berapa prihatin (kecuali keluarga dan sanak-saudara serta rakan dan majikan mangsa) tetapi wrga Indonesia seperti biasa bingkas bangkit memprotes walaupun kerajaan kedua-dua buah negara telah mengeluarkan kenyataan akan seberapa segera berusaha menyelesaikan perkara ini.

Apa yang dikesali adalah kegagalan pihak berkuasa Indonesia melindungi Keduataan Malaysia di Jakarta sehingga dari foto yang disiarkan ada di antara para penunjuk perasaan telah memanjat ke atas pintu masuk dan rumah pengawal kedutaan. Bendera Indonesia dikibarkan di atas pagar keduataan selain poster bertulis: "Ganyang Malaysia" "Katakan Perang terhadap Malaysia:. Ini bagi saya suatu penghinaan besar terhadap kedaulatan dan maruah rakyat dan negara kita.

Pihak kerajaan Malaysia mesti melakukan sesuatu agar kerajaan sebelah sana menghormati kita sebagai negara jiran yang banyak menggajikan pekerja mereka mencari makan dan rezeki di bumi kita samada secara sah atau curi-curi.

Konflik sebegini sering berlaku dan jika kedua-dua buah negara menghargai hubungan serumpun maka usaha perlu diambil bagi mengatasinya dan memastika ia tidak berulang lagi.

Sunday, August 15, 2010

Umno Selangor semakin murah..........



Isu Umno mahu mempolitkkan masjid di bulan Ramadhan ini terus hangat. Siang tadi saya menerima panggilan bertalu-talu dari berbagai pihak menyatakan bantahan terhadap cadangan Umno Selangor untuk mengadakan majlis berbuka bersama PM (yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor) di Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan, Petaling Jaya.

Malah petang tadi saya telah menemani Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali bersama Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Sdr Khairuddin Othman bertemu dengan Dato' Menteri
Besar di rumah beliau bagi melahirkan kebimbangan PAS Selangor terhadap apa yang berlaku.

Sedang kami berada di rumah MB berbagai pihak bertandang ke masjid berkenaan termasuklah kontraktor yang mahu memasang khemah tetapi dihalang oleh pihak pimpinan masjid. Pimpinan Umno Selangor turut berada di masjid kononnya untuk berunding.

Tanpa segan-silu mereka mengguna dan menjual berbagai nama untuk melanggar masuk mengguna masjid, termasuklah nama MB, EXCO Agama malah nama istana pun turut dibabitkan.

Mujurlah pihak pimpinan masjid menghadapi isu ini dengan tenang dan membenarkan kami dan MB merundingkan suatu penyelesaian terbaik demi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hakikatnya Umno Selangor mahu guna masjid. Surat permohonan atas nama parti itu diserahkan kepada Nazir masjid. Pihak masjid keranan menjunjung titah Tuanku Sultan telah menolak permohonan itu kerana masjid tidak boleh digunakan bagi tujuan politik. Itu bukan arahan MB atau EXCO Agama, itu perintah Tuanku sendiri. Jangankan Umno, PAS dan PKR pun tidak pernah membuat sebarang permohonan begitu untuk guna masjid di Selangor ini!

Saya masih ingat semasa Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun lalu, Pengarah JAIS mentah-mentah menolak permohonan bagi membenarkan YAB Mursyidul Am dan YB Presiden PAS berkhutbah dimana-mana masjid di Selangor. Lalu apa istimewanya Umno yang merupakan parti pembangkang di Selangor ini?

Kalau pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik kerajaan Persekutuan, pimpinan kerajaan negeri diharamkan menjejak kaki, apa pula istimewa Umno di pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik negeri.

Saya difahamkan apabila ditolak oleh Nazir, maka Umno Selangor mengguna apa sahaja talian hayat yang tinggal pada mereka, walaupun tanpa mengiku peraturan untuk memastikan agenda mereka itu dapat diteruskan juga. Surat Umno ditukar dengan surat dari Pejabat PM dan kali ini diserah terus kepada JAIS.

Apakah mereka ini sudah hilang pertimbangan sehingga menjadi jahil dan buta peraturan. Mengapa dari awal tidak buat permohonan rasmi? Jika PM mahu turun sepatuntnya Pejabat PM menghubungi Pejabat MB, tidakkah itu sopan dan mengikut saluran namanya? Kenapa perlu digunakan surat berkepala Umno, ditandatangani oleh SU Kerja Umno Negeri dialamatkan kepada Nazir.........beginikah cara Umno mengurus diri mereka?

Akhirnya setelah berunding, kata putusnya pihak negeri memberikan laluan tetapi bersyarat. Antaranya tiada sepanduk dan bendera Umno dibenar dikibarkan, tiada ucapan politik, semua pimpinan setempat termasuklah ahli parlimen, ADUN, ahli majlis dan lain-lain mesti diundang dan paling penting sekali majlis itu nanti mesti dianjurkan oleh pihak JAIS dan bukan parti politik.

Saya mendengar sendiri arahan yang diberi oleh Dato MB kepada Dato Setiausaha Kerajaan Negeri melalui telefon. Kemudiannya Dato Hasan menghubungi Nazor masjid memberikan arahan yang sama, kata Dato Hasan yang dibenar memberi ucapan adalah Nazir dan PM. Malah apabila saya bertanya kepada Dato MB, bagaimana jika Noh Omar berucap, bagaimana jika Ezam Md Nor berucap? Kata Tan Sri mereka tiada tauliah, tidak boleh, jika bercakap juga kita tangkap!

Walaupun berat kita terima keputusan negeri, tetapi kita wajib memastikan yang pihak pemohon mematuhi semua peraturan yang disebutkan di atas. Kepada ahli kariah Masjid Nurul Ehsan, raikanlah mereka tetapi berwaspada jika ada pihak-pihak lain selain yang dibenarkan itu berucap...........ambil tindakan.








Saturday, August 14, 2010

Umno politikkan Masjid

Saya mendapat maklumat yang Umno Selangor mahu menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya. Khabarnya untuk memeriahkan majlis mereka akan mengundang Presiden Umno yang juga PM iaitu Najib Tun Razak.

Ini bukan kali pertama Umno menggunakan masjid bagi tujuan ini. Malah hampir tiap tahun ia menganjurkannya sejak hilang kuasa di negeri ini. Tahun lepas di Kuang dan sebelumnya di Ampang (tetapi dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan).

Saya turut difahamkan Nazir dan JK Masjid Nurul Ehsan membantah penganjuran program bercorak politik di masjid mereka.

Saya hairan mengapa mereka perlu seret pemimpin mereka ke kawasan DUN (Taman Medan) dan Parlimen (PJ Selatan) yang mereka kalah. Jelas tiada alasan lain selain mempolitkkan majlis untuk kepentingan mereka. Ini jelas bertentangan dengan titah Tuanku Sultan Selangor.

Kalau benar pun PM mahu turun berbuka puasa dengan rakyat, masuklah ikut pintu hadapan. Negeri ini ada kerajaannya. Berilah salam dan mohon maklum. Saya percaya jika dibuat melalui pintu hadapan Menteri Besar, EXCO, ADUN dan rakyat jelata sendiri boleh keluar tanpa merasa yang majlis itu nanti suatu majlis politik.

Tetapi kalau ikut pintu belakang, curi-curi dan memeblakang peraturan yang ada, layak sangatlah Nazir dan JK Masjid menolak malah rakyat jelata pun berhak bersuara membantah.

Jangan politkkan masjid kami di bulan Ramadhan ini...........

Friday, August 13, 2010

Khir Toyo hina rakyat Selangor

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Ketua Pembangkang Selangor, Khir Toyo marah-marah dengan kenyataan saya sehari sebelumnya yang menuduh program Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan sebagai tidak berjaya dan tidak mendapat sambutan.

Beliau dilaporkan berkata:

“Dia (Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir) tidak turun ke program itu.”

Beliau mendakwa bagaimana saya boleh kata programnya gagal sedangkan saya tidak turun melihatnya.

Untuk makluman Khir saya menerima laporan mengenai semua program-programbeliau itu malah salah satunya iaitu di Ampang, saya sendiri telah turun dan meninjau dan dari situlah sayamembuat rumusan bahawa memang sah, program anjuran partinya itu GAGAL!

Kalau sebut gelombang tetapi yang hadir setakat muka-muka tegar Umno yang sama selain kanak-kanak sekolah yang diberi upah, itu bukan gelombang tetapi titisan air dari paip bocor yang usang!

Khir sendiri hanya diseret pada program terakhir bersama Noh sedangkan sebelum itu beliau sendiri disisihkan. Malah dalam program pelancaran gelombang di Shah Alam, yang hadir tidak sampai 500 orang ada yang kata sekadar 200 orang, jadi bagaimana Khir boleh mendakwa ia berjaya?

Khir turut menambah dalam akhbar yang sama bahawa rakyat Selangor kini sudah serik setelah tersalah membuat keputusan pada PRU yang lalu. Bolehmasuk akal kah, rakyat tersilap pilih? Khir seakan merendah-rendahkan tahap pemikiran dan minda rakyat Selangor dengan kenyataan cetek beliau itu.

Beliau lupa yang partinya ditolak oleh rakyat angkara kepincangan pengurusan dan pentadbiran beliau dan rakan-rakannya. Keranamuak dan bosan dengan amalan kronisma, nepotisma dan rasuah Umno dan BN Selangor maka rakyat bangkit menendang mereka keluar. Ia bukan kerja main-mainan, ia kehendak dan keputsan rakyat. Khir perlu belajar menghormatinya.

Apa pun saya masih berpandangan bahawa Umno Selangor sudah sampai ke penghujung jalan, samada mereka tukar kenderaan dan bersama kami dalam PR atau berihat sahaja menghabiskan usia tua mereka.

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan buat semua...........

Hari ini sudah 2 Ramadhan dan malam ini kita bertarawih bagi malam ke 3. Masjid dan surtau-surau sudah pastinya sendat dengan orang-ramai yang berkejar-kejar untuk mencari bekalan lebih untuk dibawa pulang ke Hari Akhirat yang kekal abadi nanti.

Sesungguhnya menahan diri dari makan dan minum adalah merupakan ujian yang besar buat manusia. Manusia yang hidup dengan makan dan minum sudah semestinya memberontak kiranya terpaksa menafikan dirinya dari menjamu dan meneguk apa sahaja yang diingininya.

Selain berlapar dan dahaga, manusia akan kehilangan tenaga, letih dan tidak bermaya kiranya menafikan dirinya sedemikian rupa.

Tetapi bagi manusia Muslim, ia menerima perintah ini dan mematuhinya, kerana perintah itu datang dari Allah swt dan wajib ke atasnya. Tidakkah ia menerima kesan dari menahan diri dari makan dan minum itu? Memang ia menerima kesan sebagaimana manusia biasa namun kerana ketahanan iman yang ada pada dirinya, manusia Muslim Mukmin boleh sahaja menyingkirkan lapar dan dahaga itu dan hidup sebagaimana manusia biasa.

Tidakkah kita berkata begitu semata-mata kerana kita seorang Muslim?

Sesungguhnya sejarah Islam telah membuktikan di bawah kepimpinan Rasulullah saw, orang-orang Islam yang berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga malah mengangkat senjata dan bertempur di medan perang iaitu pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, dalam Peperangan Badar.

Mana mungkin manusia biasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, malah bertempur dan akhirnya menang mengalahkan bala tentera musuh yang tiga kali ganda lebih besar dari mereka!

Hari ini kita tidak berada di medan Badar, hari ini kita sihat dan aman. Bekerja dan menjalankan tugas masing-masing. Seharusnya semangat Badar membakar jiwa kita yang sedang berpuasa untuk menjadi manusia Muslim Mukmin yang luar biasa. Tidak letih dan sugul lantaran berpuasa tetapi cergas seperti biasa.

Saya menyatakan ini kerana ingin berkongsi apa yang berlaku atas diri saya semalam. Hari pertama kita berpuasa. Saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian (IPMC) di Subang Jaya. Mesyuarat dihadiri kira-kira 35 orang. Semuanya beragama Islam kecuali 10. Mesyuarat dipengerusikan oleh ADUN Subang Jaya yang bukan Islam.

Mesyuarat dapat dibereskan dalam masa 45 minit dan YB Pengerusi sendiri memaklumkan kerana kita berada dalam bulan puasa eloklah ditamatkan segera mesyuarat. Barangkali beliau prihatin akan keadaan rakan-rakan beragama Islam yang berpuasa. Seorang wakil pengilang yang menghadiri mesyuarat itu bertemu saya selepas mesyuarat tamat menyatakan yang saya tidak kelihatan letih pun.
Disitulah mendorong saya untuk menjelaskan kepada beliau bahawa seorang Muslim yang berpuasa seharusnya tidak begitu kerana puasanya adalah untuk Tuhannya.

Saya tidak tahulah samada beliau menerima dengan serius jawapan saya itu tetapi itulah apa yang mahu saya kongsi dalam posting saya ini. Memang rakan-rakan kita yang bukan Islam khasnya di Malaysia hari ini faham dan tahu sangat akan bulan Ramadhan. Mereka kagum melihat kita mampu menahan diri sepanjang hari berlapar dan berdahaga.

Mereka tahu kalau berpuasa maka seseorang akan hilang tenaga, letih dan tidak bermaya. Kalau kita seorang Muslim Mukmin, yang memahami dan menjiwai semanagat Badar Rasulullah dan para sahabat, sedar dan ikhlas bahawa puasa kita ini untuk Allah, maka berlatihlah diri menunjukkan jiwa yang kuat dan teguh. Memang kita lapar dan dahaga, letih dan mengantuk, tetapi kita lakukan ia kerana mengejar ganjaran yang lebih besar dari dunia dan seisinya!

Tunjukkanlah kepada mereka dan semua kita bukan sekadar manusia biasa, kita manusia yang dipilih Allah swt. Selamat menjalani madrasah Ramadhan, moga berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, August 10, 2010

Selamatkanlah Selangor dari mereka







Maka berakhirlah fasa 1 program gergasi Umno Selangor iaitu “roadshow” Selamatkan Selangor Darul Ehsan semalam di Jalan Kebun Kelang. Kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar:

"Alhamdulillah, sambutan rakyat untuk peringkat pertama ini di luar dugaan. Ini kerana ia banyak menyedarkan rakyat mengenai pembohongan pakatan pembangkang selama ini sama ada dalam pentadbiran negeri mahu pun kempen politik mereka,".

Saya tidak tahulah “standard” apa yang diguna oleh Noh apabila beliau berkata sambutan rakyat terhadap program Umno itu “luar dugaan”, tetapi dari pengamatan ramai, termasuklah saya sendiri yang pernah menjenguk program yang sama di Ampang, kehadiran luar dugaan itu mungkin maksudnya yang diduga hadir patutunya ramai yakni ribuan atau puluhan ribu tetapi hakikatnya yang hadir cuma beberapa kerat, itulah maksudnya barangkali “luar dugaan”!

Umno satu ketika dahulu ketika memerintah Selangor, jika menganjurkan program yang hadir adalah belasan malah puluhan ribu, berbas-bas, tetapi kebelakangan ini “funfair” anjuran Noh, tidak lagi semeriah dahulu.

Ia mungkin kerana Umno Selangor sendiri kekurangan dana untuk menaja bas-bas seperti dahulu atau mungkin kerana rakyat pun sudah muak dan bosan, takkanlah nak mendukung biawak hidup lagi.

Ahad lepas saya berceramah bersama Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga EXCO Selangor dan ADUN Cempaka, YB Iskandar Samad di Kg. Pandan. Saya tertarik dengan penyampaian Ustaz Sallehen, kata beliau mengapa susah-susah Umno Selangor mahu menganjurkan “roadshow”seumpama ini, bukankah mereka menguasai media arus perdana? Ada TV ada akhbar ada radio? Tayangkan sahaja secara langsung taip-tiap malam.

Sesungguhnya malapetaka (bagi BN) 2008, telah membunuh apa sahaja semangat dan kekuatan yang ada pada Umno dan BN Selangor untuk bangkit semula. Mereka bersengketa sesama sendiri, menuding jari, berbalah, berebut jawatan,malah sehingga hari ini “malapetaka” itu terus menghimpit dan menghantui mereka.

Mereka serba-salah, tak tahu apa yang patut dilakukan, sedangkan rakyat telah maklum bahawa mereka inilah yang sebenarnya telah memeras dan menyelongkar harta kekayaan negeri, menggemukkan kroni dan sanak-saudara, rakyat digula-gula hanya bila perlu, lalu rakyat sudah serik, sipincang dan sikotor ini jangan diberi muka dan peluang lagi.

Dijajanya ke hulu dan ke hilir, cabaran supaya PAS Selangor tuntut diharamkan pusat-pusat hiburan dan rumah urut dalam bulan Ramadhan nanti. Tidakkah itu membunuh mereka sendiri?! Pertama mengapakamu sendiri tidak melakukannya ketika berkuasa sepanjang 52 tahun lalu. Kedua mengapa negeri-negeri yang masih kamu perintah tidak pula melakukannya.
Maghrib ini inysallah kita meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah itu. Marilah kita jangan lupa memanjatkan doa ke hadrat Allah siang dan malam. Selitkan juga jangan lupa dalamdoa kita itu, agar Allah menzahirkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan di negeri ini. Minta Allah satu padukan saf Melayu/ Islam di Selangor ini di bawah panji-panji kepimpinan Islam. Hancurkan pemimpin yang kotor dan pincang. Selamatkan negeri ini dan rakyatnya. Berilah kemenangan kepada Islam.

Selamatkan Selangor Darul Ehsan dari saki-baki pimpinan Umno!

Friday, August 06, 2010

Selamatkan Selangor dari Umno

Kebelakangan ini Umno Selangor kelihatan sibuk menganjurkan program yang mereka kenali sebagai roadshow gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan? Dianjurkanlah ceramah di sana-sini, dengan pendekar mereka seperti Ezam Md Nor, Zahid Md Arip selain Noh Omar dan lain-lain bergilir-gilir bersyarah menghamburkan fitnah dan kata nista kepada musuh-musuh politik mereka.
Selamatkan Selangor dari apa?




Sedangkan pada 8 Mac lalu rakyat di Selangor khasnya bangkit memenangkan calon-calon PKR, DAP dan PAS kerana mereka sudah bosan dan hilang harapan pada Umno. Umno pincang, Umno rasuah, Umno gasak harta dan kekayaan negeri, lantas Umno dan BN ditendang keluar angkara kemarahan rakyat!

Tiba-tiba hari ini tak sampai 29 bulan, Umno seolah-olah bagaikan malaikat mengajak rakyat mengangkat mereka kembali. Barangkali rakyat Selangor ini sudah lupa, sudah mengampunkan dosa mereka.

Juga, tak tahulah jika sesiapa ada ambil pusing. Atau memang rakyat Selangor pun sudah tidak ambil pusing langsung. Ke mana rakan-rakan Umno di Selangor? Takkanlah kerja nak gulingkan Pakatan Rakyat di Selangor hanya kerja Umno? MCA, MIC, Gerakan mana? Atau memang mereka sudah cedera parah dan tak bangkit-bangkit lagi?

Mahukah rakyat Selangor bersama mengharungi gelombang Umno itu?

Kalau dari raut wajah Noh Omar dan Ezam pada siri-siri ceramah mereka, seakan Pakatan Rakyat sudah hampir tumbang di Selangor…..esok entahkan Noh entahkan Ezam bakal jadi MB…………

Sewajarnya PR Selangor perlu beri perhatian pada tindak-tanduk Umno itu, tetapi yang lebih utama adalah bekerja memperkemaskan jentera dan turun ke bawah bertemu rakyat. Tak mengapalah Umno mahu seronok-seronok pukul curi sana-sini, tetapi kekuatan kita perlu dipertingkatkan dan jentera perlu terus diperkemaskan.

Baru-baru ini buat pertama kali di Selangor, pimpinan Penerangan ketiga-tiga parti peringkat Selangor telah bertemu dengan wakil-wakil jentera penerangan parti seluruh Selangor dalam sebuah majlis bengkel penerangan PR Selangor. Beberapa isu berhubung PR Selangor dibincangkan dan dibengkelkan termasuklah bagaimana cara menambah-baik sistem “delivery” penerangan Selangor agar rakyat terus bersama PR dan menolak BN.

Ternyata hubungan mesra antara jentera penerangan ketiga-tiga parti sudah jelas terjalin, ini diperhatikan sepanjang bengkel dan bagi saya ini jugalah diterjemahkan dalam hubungan sesama PR seluruh Selangor sejak ketiga-tiga parti menguasai negeri bertuah ini.

Umno boleh ghairah menaruh cita-cita dan impian untuk merampas kembali negeri ini, itu hak mereka. Tetapi selagi ketiga-tiga parti boleh duduk bersama, mesra bekerja bagi mempertahankan kemenangan ini dengan jujur dan ikhlas……….Noh dan Ezam boleh terus main gelombang, tetapi kesannya jauh tak mencecah minat rakyat.

Kerajaan PR Selangor akan terus kukuh kerana ia dibina atas kehendak rakyat. Ia dibina oleh mereka yang menghargai dan menghormati kehendak dan kebajikan rakyat. Ia mungkin baru tetapi ia tidak pernah dalam tempuh memegang amanah ini menodai apa lagi menyalah-guna kepercayaan yang diberi rakyat.

Dari angka-angka penganalisa dan pengkaji politik yang diperolehi oleh PR Selangor penerimaan rakyat terhadap kerajaan ini semakin meningkat, ini sekaligus menunjukkan yang serangan “senapang-senapang angin” Noh, Ezam dan rakan-rakan itu sekadar jolokan-jolokan kosong sahaja, namun tidak harus dipandang ringan.

Agenda utama sekarang adalah bekerja…….biarlah mereka dipukul gelombang mereka sendiri.

Wednesday, August 04, 2010

Afghan bolos di bumi Malaysia............

Berita tahanan yang bolos dari pusat tahanan dalam negara seakan suatu yang biasa.Terbaru seramai 20 warga Afghan bolos dari pusat tahanan sementara pekerja asing, Jabatan Imigresen di Sepang awal pagi Ahad lalu kira-kira jam 3 pagi.

Ekoran insiden berkenaan seluruh pegawai kanan di Jabatan Imigresen termasuk Ketua Setiausaha Kementerian digodam oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien. Mereka diancam ditukar angkara pembolosan berkenaan.

Isu bolos satu hal, sekarang adalah isu mengesan kembali yang bolos lari. Masuk hari ini sudah lebih3 hari atau 72 jam warga Afghan seramai 20 orang itu lari, dimanakah mereka?

Ini kini sudah menjadi isu kemampuan pihak berkuasa mengesan, menjejaki dan menahan mereka kembali. Yang lari itu bukan warga Malaysia atau Indonesia yang mungkin mempunyai raut wajah dan perwatakan serumpun, yang lari adalah warga Afghan yang sukar meresap dalam komuniti tempatan, mengapakah mereka masih bebas hingga hari ini?

Kemampuan pihak Imigresen dan Polis boleh dipertikaikan.

Ini merupakan cabaran ke atas kemampuan kita menguruskan hal ehwal keselamatan kita sendiri.

Nampaknya bukan hanya Ketua Pengarah Imigresen dan KSU Kementerian, malah Ketua Polis Negara dan lebih baik lagi Menteri sendiri samada ditukar atau digugurkan dari jawatannya…………..

Tuesday, August 03, 2010

Cabaran Noh Omar...............

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar mencabar PAS Selangor agar mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan PAS benar-benar memperjuangkan Islam.

Cabaran itu terpampang di muka hadapan akhbar berkenaan.


Bagi saya cabaran itu sendiri terlalu cetek dan lompong. Ketam yang sepanjang hayat tak berjalan lurus mahu mengajar orang lain berjalan lurus, bukankah aneh bunyinya.


Sebelum saya mengulas panjang masih terpaku dalam ingatan saya insiden yang berlaku pada 29 Disember 2005 iaitu hampir 5 tahun lalu. Saya dan beberapa rakan blogger lain mendedahkan dan mengulas panjang insiden berkenaan ketika itu. Barangkali Noh dan rakan-rakan sudah lupa.


Ianya insiden yang berlaku di sebuah pusat urut tersohor di Subang Jaya. Blogger Jeff Ooiyang kini seorang ahli parlimen mengulas:


Was the DATUK politician Putera Umno chief Abdul Aziz Abdul Rahim or deputy Internal Security Minister Noh Omar, or none of the above?

(Adakah ahli politik bergelar DATUK yang dimaksudkan itu Ketua Putera Umno Abdul Azeez Abd Rahim atau Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Noh Omar, atau bukan kedua-duanya?)


Saya menulis dalam posting saya bertarikh 2 Januari 2006


http://n32.blogspot.com/2006/01/kes-datuk-di-pusat-maksiat-menjadi.html


berbunyi:


Isu ini menjadi semakin rumit dan penuh tanda-tanya apabila UTUSAN hari ini menerbitkan penjelasan dari Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Fuad Talib bahawa Noh Omar tidak berada di tempat kejadian semasa serbuan di buat oleh pihak polis ke tempat maksiat di Subang Jaya itu dimana sejumlah pelacur warga asing telah ditahan.

Akhbar-akhbar tempatan semasa hari kejadian melaporkan seorang ahli politik bergelar DATUK turut ditahan.

Noh Omar tidak ada di tempat kejadian, jadi Noh bukanlah DATUK yang dimaksdukan, walaubagaimanapun menurut KPD Subang Jaya itu lagi:

Bagaimanapun Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan secara kebetulan berada berhampiran lokasi. Menurut Muhammad Fuad, beliau difahamkan, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan berada di sana untuk memantau kejadian sejurus mendapat tahu pihak polis membuat serbuan malam Khamis lalu.

Pelik sungguh bukan. Semalam Ketua Putera Umno, Azeez juga mengatakan bukan beliau yang ditahan tetapi beliau hanya berada di tempat kejadian kerana:

Hanya untuk membantu kawannya ( bukan beragama Islam ) yang telah di tahan selama 4 jam.

Apa dah jadi ni?


Itu cerita lama. Sehingga hari ini kes itu dibiarkan begitu sahaja, tidak ada siapa yang didakwa!


Balik kepada cerita ketam tadi. Sesunggunya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. PAS insyallah memikul amanah ini di Selangor memandangkan ia kini sebahagian dari kerajaan.


Sebahagian besar rumah urut dan pusat hiburan yang ada di Selangor diwarisi dari zaman BN dan Umno memerintah dahulu termasuklah pusat di Subang Jaya di atas. Noh mencabar PAS menutup semua premis ini sepanjang Ramadhan, saya percaya jika PAS berkuasa mutlak sebagaimana Umno pra 2008 dahulu, PAS mungkin ada keupayaanpolitik berbuat demikian. Malangnya Umno semasa begitu tidak pula ingat mahu menutupnya.


Walaubagimanapun PAS komited untuk memastikan pusat-pusat ini jika tidak pun ditutup, dicegah dari menerima pelanggan dari kalangan umat Islam. VIP Muslim yang lolos pada tahun 2005 itu barangkali lupa bahawa sebagai orang Islam beliau tidak wajar berada dan mengunjungi pusat maksiat. Sebenarnya di Selangor peraturan yang sedia ada memang melarang umat Islam dari berada di pusat maksiat seumpama itu.

Keupayaan PAS kini adalah mempertingkatkan penguatkuasaan melalui JAIS dan PBT.


Umno yang diwakili Noh jika ikhlas sebuah parti umat Islam dan prihatin sangat tentang pusat-pusat maksiat ini sepatutnya mengharamkannya langsung dahulu. Dan sebagai menteri kabinet haramkan terus sekarang di seluruh Persekutuan dan negeri-negeri yang BN perintah!


Bagi PAS di Selangor, wakil-wakilnya yang duduk di PBT-PBT telah dans edang berusaha memperkemaskan lagi peraturan yang sedia ada melibatkan premis seumpama ini. Contohnya di Subang Jaya (MPSJ) berkuatkuasa 1 Januari lalu semua premis seumpama ini bukan hanya dilarang menerima pengunjung Islam malah dilarang mengambil pekerja-pekerja Islam bekerja.


PAS mungkin tidak mengharamkan pusat-pusat ini secara terus tetapi dalam keupayaan yang ada PAS telah dan sedang berusaha membendung umat Islam dari menghampirinya. Umno telah buat apa dalam tempoh 50 tahun?

Noh lupa Mufti yang terlibat dalam menguatkuasakan larangan umat Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik dipremis seumpama ini satu ketika dahulu di Selangor pernah dipecat oleh kerajaan negeri Umno dari jawatannya, mana Noh ketika itu?!


Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar. PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini.

Monday, August 02, 2010

Harta Menteri BN rahsia negara!

Ketua Pengarah SPRM menyebut adalah penting bahawa anggota kabinet mengisytiharkan harta atau aset mereka buat pengetahuan umum. Menurut kenyataannya beliau mahu mengusulkan agar kabinet Najib Tun Razak mengisytiharkan harta masing-masing pada umum.

Sejurus pengumuman itu kita menjangkakan ia akan diterima secara positif oleh anggota kabinet kerajaan BN yang melaungkan slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”, rupanya tidak.

Saranan baik oleh Dato Seri Abu Kasim Mohamed itu rupa-rupanmya dipandang serong dan sepi oleh pimpinan “1 Malaysia”.

Menurut Hishamuddin Tun Hussien, saranan itu tidak sesuai. Katanya memadailah amalan sekarang iaitu anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri. Kata Hishamuddin lagi harta anggota kabinet adalah rahsia dan perlu dilindungi dari dipolitikkan oleh pihak lain.

Malah kata beliau lagi kalau saranan ini mahu dilaksanakan ia melibatkan dasar kerajaan dan perlu dibincang dan diluluskan oleh kabinet.

Amboi sampai begitu sekali sukar dan berahsianya anggota kabinet BN. Apa yang usasah dan berhasia sangat?

Sedangkan di Selangor seawal 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, Menteri Besar tanpa susah-susah mahu merobah dasar atau mohon kelulusan telah mengeluarkan arahan agar semua anggota EXCO termasuk beliau sendiri mengisytiharkan harta masing-masing dan maklumat ini ditontonkan buat pengetahuan umum melalui laman web kerajaan negeri.

Apa yang susah sangat?

Kalau Pakatan Rakyat boleh mengapa BN tak boleh? Apa isitimewa sangat PM dan kabinetnya, sehingga harta mereka masing-masing merupakan rahsia negara?

Jelas jika saranan Ketua Pengarah SPRM ini tidak mampu dilaksanakan, sahlah bahawa mereka ada sesuatu yang mahu disorok dari pengetahuan umum…..jangan rakyat dibodh-bodohkan dengan konon dasar kerajaan atau rahsia kerajaan. Samada isytihar atau memang mereka mahu menyorok sesuaut dari diketahui umum!