Friday, October 30, 2009

Selamat jalan Badrul……..

Isu ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul HishamAbdullah lompat keluar dari PKR menjadi Bebas, mendapat liputan meluas akhbar-akhbar tempatan hari ini. Namun ia sesuatu yang tidak pula mengejutkan Pakatan Rakyat Selangor. Kebetulan sebelum itu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menasihatkan beliau agar mengosongkan kerusinya kerana telah gagal memberikan khidmat kepada para pengundi di sana.

Memang Badrul sejak Mac 2008 lalu merupakan masalah besar kepada Pakatan Rakyat Selangor terutama pimpinan di Kelang. Rakan-rakan dari PAS kawasan sering mengadu sukar mendapatkannya dan gerak-kerja khidmat masyarakat terpaksa dilakukan sendiri tanpa sedikit pun kelibat atau bantuan beliau.

Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN berhampiran serta ahli-ahli majlislah yang terpaksa turun memberikan khidmat dan bantuan kepada rakyat, Badrul goyang kaki dan lesap entah ke mana. Kerana itu biarlah beliau pergi tidak rugi mana pun PR.

Cuma solanya, beliau perlu bertanggungjawab, kalau dah kepercayaan diberikan oleh rakyat atas nama gagasan PR melalui PKR, Badrul sepatutnya mengosongkan kerusinya dan biarkan rakyat kembali membuat keputusan baru. Rakyat bukan undi batang tubuh beliau tetapi parti yang diyakini dan dipercayai.

Sementara itu rakan-rakan diperingkat Kelang perlulah bekerja keras dan jangan biarkan rakyat hilang keyakinan terhadap PR angkara tindakan Badrul. Kalau dalam PR pun beliau merupakan beban, nah biarlah BN pula pikul biawak hidup ini.

Saya mencadangkan pentadbiran DUN pelabuhan Kelang diambil-alih terus oleh Pejabat Menteri Besar. Biar para petugas lapor terus pada MB, sekurang-kurangnya pengundi Pelabuhan Kelang tahu mereka diberi perhatian. Selamat jalan Badrul!

4 comments:

Abu Razeen 2 said...

"Memang Badrul sejak Mac 2008 lalu merupakan masalah besar kepada Pakatan Rakyat Selangor terutama pimpinan di Kelang. Rakan-rakan dari PAS kawasan sering mengadu sukar mendapatkannya dan gerak-kerja khidmat masyarakat terpaksa dilakukan sendiri tanpa sedikit pun kelibat atau bantuan beliau."

PR wajib bertanggungjawab penuh menjawab kpd rakyat s'ngor khususnya kerana biarkan badrul buat apa yg dia telah buat dan tidak buat apa yg dia patut buat, S E J A K MAC 2008(!!!!!!!) lagi.

PR wajib hentikan sindrom 'cover' org yg diyakini kawan kemudian 'expose' org yg sama bila takda arah nak 'cover' lagi.

PR Perak tlh buat silap yg sama pd dua ADUN keadilan yg lompat.

PR Kedah buat hal yg sama dgn sorang adun keadilan.

terkini s'ngor.

PR wajib pastikan ini yg TERAKHIR.

MaranDaily said...

stuju3x...
kalau yang kotor2 tu cepatlah dibersihkan, kalau tak cuci buang je. kalau dia kekal dlm PR, akan menyusahkan dan merosakkan yang lain.

"Islam Memimpin Perubahan"
http://www.pasmaran.blogspot.com

sirmat said...

peringatan pada pemimpin PKR, dimasa hadapan jika tak punya wakil yang berkelibar serah saja pada rakan kongsi PAS atau DAP bagi mengukuhkan PR.

gengkilangspeak said...

Saya sangat sokong tindakan beliau. Tak ade ape asas pon nak bersama dengan PR. Tak suka tengok permainan orang2 atas PR.