Kepercayaan dan keyakinan Lim Kit Siang terhadap PAN tidak
pernah pudar. Walaupun parti yang diilham dan dilahirkannya itu kebelakangan
ini sudah semakin “suam-suam sejuk” namun beliau tetap tidak pernah putus asa
dan masih terus bersungguh mempromosinya.
Barangkali usia semakin memamah kemampuan dan kebijaksanaan politiknya,
tetapi oleh kerana telah terlanjur suka tak suka Kt Siang terpaksa melalui apa
cara sekalipun “menjual” PAN kepada rakyat Malaysia.
Menurut The Star Online Kit Siang berkata bahawa kiranya
Pakatan Rakyat, yang mereka dari DAP telah matikan itu, dapat dihidupkan
kembali sekalipun, ia tidak akan punya keupayaan untuk menundukkan Barisan
Nasional. Ini walaupun BN dalam keadaan yang paling lemah hari ini.
Puncanya menurut beliau kerana PR yang memperolehi 53%
sokongan rakyat dalam PRU lalu telah tidak berpegang pada perjanjian bersamanya
yang telah diikrarkan pada rakyat.
Seperti biasa beliau cuba meletakkan kegagalan PR itu pada
PAS.
Oleh itu katanya kini masanya buat negara menerima satu
kenderaan baru bagi memandu mereka ke arah satu perubahan politik dalam negara.
Untuk itu tambahnya PAN dan Pakatan Harapan mampu mengisi kelompongan yang
ditinggalkan oleh BN itu.
PH katanya perlu memiliki impian yang besar dan pentingnya
merampas Putrajaya dan memenangi sekurang-kurangnya 6 buah negeri termasuk
Perak dalam PRU akan datang.
Bersungguh Kit Siang mempertahankan anak emasnya selain menerjang
jauh PAS.
Mampukah PAN memain peranan sebagaimana PAS seperti mana
harapan Kit Siang itu. PAN, satu gabungan orang-orang yang kecewa, yang di
dalam PAS dahulu sering mencetuskan ketegangan dan masalah sesama pimpinan,
hari ini berhimpun dalam satu parti dengan nafsu kononnya mahu menundukkan PAS,
mahu merampas Kelantan dari PAS!
Teruskanlah mimpi anda Kit Siang.
PAS bukannya perlu angkuh dan membangga diri, tetapi hakikatnya
dengan keahlian yang lebih 1juta orang
yang berdiri di setiap ceruk dan rantau negara, parti yang isitqamah
dengan dasar pejuangan Islamnya itu sudah bertapak di hati rakyat
sekurang-kurangnya orang Melayu Islam. Ia dihormati, disegani dan malah
diyakini oleh segmen Melayu Islam dan padanya mereka melihat sebagai satu-satu
harapan yang mampu menggantikan Umno yang telah letih dan pincang itu.
Gara-gara terlanjur dan terlalu percaya dengan PAN, apakah
pilihan yang tinggal pada Kit Siang setelah PAS diceraikannya.
Dijajanyalah jua separuh ular separuh belut tadi untuk
merealisasikan mimpinya yang semakin mengarut itu.
Katakanlah apa sahaja, hakikatnya PAS sebagai sebuah parti
Islam yang lebih 60 tahun usianya tidak mungkin diluputkan dengan begitu mudah.
Ia telah sedia meniti di bibir dan hati masyarakat Melayu Islam, dan hanya
mereka yang meracau sahaja yang boleh mempercayai bahwa ia boleh digantikan
apalagi oleh sebuah parti baru yang sarat dengan mereka yang kecewa dan oportunis
yang penuh dengan khayalan.
Kit Siang telah salah perhitungan namun enggan mengakuinya.
Bacaan politik beliau sudah semakin tumpul dan sarat dengan angan-angan. Perahu
sudah terlajak, maka suka tak suka dijunjung dan diusungnyalah biawak hidup
yang ada, entahkan ada nyawa entahkan tidak sementara menunggu sampainya PRU
nanti.
Begitulah kesudahan lebai malang yang tamak dan rakus.
No comments:
Post a Comment