PAS telah suarakannya
berkali-kali.
Terakhir ahli Parlimen Bachok Ustaz Ahmad Marzuk, ahli
Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah dan ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Nik Abduh
telah membawanya sehingga ke Parlimen.
Kali ini perkara yang sama diulangi. Di Perhimpunan Agung
Umno 2015 wakil Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus ketika membahaskan usul agama
dan pendidikan menyuarakan tiga perkara.
Pertama isu penghidangan arak dalam pesawat penerbangan
milik negara MAS. Kata Ahmad Darus Mufti dan para alim ulamak telah menyuarakan
perkara yang sama berkali-kali iaitu melarang minuman haram ini dari
dihidangkan tetapi ia terus tidak dipedulikan.
Keduanya isu pakaian peramugari MAS. Katanya pakaian seragam
menjolok mata yang digunakan sekarang perlu diubah ke yang lebih sempurna.
Dan ketiganya isu pakaian atlet wanita Islam yang menurut
Ahmad Darus merupakan satu diskriminasi sedangkan atlit lelaki lebih sempurna
pakaiannya.
Menurut beliau:
“Dalam mempertahankan Umno sebagai sebuah parti
memperjuangkan Islam satu yang menjadi kehairanan saya iaity syarikat MAS milik
kerajaan membenarkan lagi perghidangan arak dan pemakaian pramugari yang tidak
sesuai”
Dalam kesungguhan Presiden Umno mahu menyongsong pembawaan
syiar Islam, menjengah jendela Islam dan membina Malaysia di atas landasan
syariat Nya (meminjam kata-kata dalam ucapan dasar PAU 2015) , buktikanlah
sekurang-kurangnya dalam perkara yang turut disuarakan oleh perwakilannya,
haramkan arak atas pesawat MAS, tukar fesyen pakaian seragam peramugari supaya
mematuhi syarak dan demikian juga pakaian seragam atlit wanita Islam, boleh?
Kalau pun tidak menyahut seruan pimpinan PAS, kurang-kurang
raikanlah kehendak akar umbi sendiri.
No comments:
Post a Comment