Apa pun mesej PAS sesungguhnya adalah jelas.
Umno menghulurkan tangan untuk berkerja ke arah perlaksanaan
syariat Islam, itu yang ditegaskan oleh Presidennya dalam ucapan dasar PAU 2015
dan diulangi dalam Multaqa Alumni al Azhar baru-baru ini. Bagi PAS ianya bukan
bermaksud kerjasama politik seumpama pakatan politik, tetapi lebih dalam entuk
usahasama ke arah menyatupadukan umat Islam agar tunduk dan patuh pada perintah
Allah swt.
Presiden PAS dalam kenyataan 6 perkaranya sejurus ucapan
dasar Naib dalam PAU 2015 antara lain menyebut:
“Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan
kepentingan Islam, negara dan masyarakat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya
berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam masyarakat
yang berteraskan syariat Allah swt dengan sesiapa pun.”
Bagi pihak yang punya agenda jahat terhadap PAS, ia akan “spin”
dan cipta pelbagai fitnah untuk melemah dan menghancurkan PAS. Apa lagi senjata
paling baik selain menjaja dan mengulang-ulang fitnah bahawa PAS mahu
menyelamatkan Umno dan mahu jalin pakatan politik bersama Umno.
Terbaru Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
pula mengemukakan 6 cadangan khusus buat Umno selaku kerajaan yang memerintah
diperingkat Persekutuan untuk dilaksanakan sebagai langkah pertama untuk
memperbaiki nama Malaysia dan Islam. Ianya bukan syarat buat Umno, tetapi ia
cadangan demi merintis jalan ke arah perlaksanaan hasrtanya yang lebih besar iatu
memartabatkan syariat Allah swt dalam negara.
Syarat ini mungkin kelihatan berat, tetapi perlu dilihat
sebagai suatu yang positif demi memperbaiki nama negara dan Islam yang telah
tercalar kebelakangan ini. Jika Umno bersungguh dengan hasratnya,c adangan ini
sangat praktikal dan pastinya akan disokong sepenuhnya oleh PAS.
Adapun 6 cadanangan berkenaan adalah:
1. Meminta Presiden Umno bercuti sehingga siasatan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan
dan laporan terhadap 1MDB. Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden
Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum
keadilan dapat dilakukan.
2. Menghapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam
kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai.
3. Mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan
dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.
4. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat
kementerian seperti yang terpaksa dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut
kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos hidup yang semakin meruncing.
5. Menyiasat Yapiem dengan telus dan terbuka dan memastikan
mereka yang didapati menyeleweng dana Yapiem dibawa ke muka keadilan.
6. Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti
minyak dengan kadar segera.
Kesemua cadangan beliau ini kata Dato Tuan Ibrahim, dapat
dengan mudah dilaksanakan oleh Umno tanpa perlu duduk berkerjasama dengan PAS
pun dan ianya nanti dilihat sebagai bukti pada rakyat akan kesungguhan Umno
mahu mendaulatkan Islam.
PAS bukan minta Najib berhenti, tetapi bercuti agar semua
krisis dan isu khasnya berkenaan 1MDB selesai disiasat. Jika tiada bukiti pembabitannya maka
kembalilah ke jawatannya itu.
GST pula, walaupun kini menampung kelompongan hasil minyak
mentah negara yang menurun kerana fakotr harga pasaran dunia, sesungguhnya
adalah satu beban direct ke atas rakyat.
Diwaktu susah ini keutamaan kerajaan seharusnya melindungi dan membela
rakyat bukannya memaksa cukai ke atas mereka.
Dan yang sebaiknya, segala bentuk pembaziran dan isu salahguna
dana perlu ditangani dengan bertindak berdasarkan laporan ketua Audit Negara.
Dalam ketiadaan GST, segala bentuk perbelanjaan kerajaan
wajarlah dipotong dan dijimatkan. Tiada lagi majlis atau kursus atau seminar di
hotel-hotel lima bintang atau yang mewah-mewah. Sebaiknya elauan keraian
menteri-menteri kabinet dan timbalannya dikurangkan, begitu juga keistimewaan
tertentu dalam keadaan rakyat menderita dengan kos hidup yang mencengkam ini.
Isu YAPEIM perlu dibongkar dan disiasat seadil-adilnya.
Dan yang terakhir segala bentuk penganiayaan ke atas
kerajaan Kelantan yang majority penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam
mestilah dihentikan. Pulangkan hak royalti petroleum pada kerajaan negeri agar
nasib penduduk Kelantan dapat dibela.
Cadangan-cadangan Dato Tuan Ibrahim ini sewajarnya difikir
semasak-masaknya oleh pimpinan Umno.
PAS bersedia memainkan peranan sebagai penasihat bagi memandu
Umno untuk mencapai matlamat perlaksaan syariat Islam sebagaimana yang diumumkan
itu.
Sekurang-kuranyan apabila langkah memperbetulkan imej negara
sudah mula dilaksanakan, rakyat akan mula melihat keikhlasan Umno dan ketiak
itulah lankah seterusnya dapat dilaksanakan berperingkat-peringkat sehingga sempurnalah tertegaknya negara ini
berlandaskan hukum dan peraturan Allah swt.
No comments:
Post a Comment