Friday, December 04, 2015

PRU 14 pembangkang jangan bagi nyawa percuma kepada BN

Dalam keadaaan BN berhadapan dengan pelbagai kritikkan hasil dari ketempangan dan kepincangan kepimpinan mereka, perhatian sedang diberikan kepada parti-parti pembangkang, sejauh manakah mereka memiliki kekuatan sehingga mampu menundukkan BN yang paling lemah itu.

BN yang lemah tidak semestinya mampu direbahkan dengan mudah kecuali parti-parti pembangkang membariskan kepimpinan alternatif yang bertenaga yang mampu memberi keyakinan kepada rakyat dan memiliki keupayaan untuk mengambil-alih dan menggantian teraju negara dari tangan Umno dan BN.

Di sinilah rakyat sedang membuat penilaian sejauh manakah satu-satu parti pembangkang itu benar-benar boleh memikul amanah mandat yang mahu mereka berikan untuk menggantikan BN.

BN dan Umno yang pincang mahu direhatkan tetapi gantinya mestilah jika tidak pun lebih baik, paling kurang tidak memiliki budaya dan amalan buruk BN dan Umno itu. Jika BN dan Umno sudah direhatkan mereka tidak mahu yang naik menggantikannya sama saling tak tumpah sipincang dan sitempang BN jua.

PAS sudah bersedia mahu mengisi kelompongan ketiadaan Umno itu nanti. Di Kelantan PAS telah lakukannya lebih 25 tahun. Di Terengganu dan Kedah PAS pernah melakukannya dan demikian juga sekarang di Selangor PAS bersama rakan-rakan yang lain menggantikan BN dan Umno sejak tahun 2008.

Rata-rata masyarakat Malaysia telah kenal dan memahami perjuangan politik PAS lantaran PAS  telah berada di Malaysia masuk tahun ke 65, satu usia yang cukup matang dan masak cukup untuk dikenali dan mengenali semua.

PAS bersama rakan-rakanya terakhir dalam PRU 2013 telah berjaya menggegarkan kesepaduan dan kekuatan BN dengan PAS lah yang paling banyak menumbangkan calon-calon Umno diperingkat Parlimen dan Dewan-dewan negeri.

Adalah diyakini dengan susasana Umno yang berada dalam fasa paling lemah dalam sejarah dan sekiranya berterusan begitu keadaan mereka, PAS lah yang akan menuai hasil paling banyak selepas pilihanraya umum nanti.

Kerana bagi masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dimana sahaja mereka berada, saingan utama dalam politik tanahair pada pemahaman dan penerimaan mereka adalah hanya antara PAS dan Umno,melainkan kerusi-kerusi yang PAS beri laluan pada PKR. Pertembungan PAS dan Umno adalah pertembungan tradisi dan ia berterusan begitu kecuali pada tahun 1974 ketika PAS berada dalam BN.

Soalnya sejauh manakah kesediaan blok pembangkang dalam menghadapi BN yang sedang gering itu? Adakah masing-masing sudah bersedia atau bagimana?

Realitinya blok pembangkang tidak seperti dahulu.

Jika dahulu mereka terikat dengan satu pakatan yang diberi nama Pakatan Rakyat, hari ini PR dikatakan telah mati. Satu pakatan baru, Pakatan Harapan telah ditubuhkan menggabungkan PKR, DAP dan sebuah parti baru dengan PAS tidak lagi duduk dalam pakatan berkenaan lantaran hubungan PAS dengan DAP telah terputus. Disamping parti baru itu merupakan parti yang diasaskan pula oleh mereka yang telah mengkhianati perjuangan PAS. Mustahil PAS mahu dipaksa berkerjasama dengan mereka yang telah megkhianati perjuangannya.

Mujurlah PAS tidak keseorangan. Setakat ini PAS masih punya rakan setia iaitu PKR yang masih sebagaimana ditegaskan oleh Timbalan Presidennya Azmin Ali baru-baru ini menjalin tahaluf siyasi dengan PAS. PKR dan Pas sendiri sedar betapa mereka masing-masing perlu-memerlu antara satu sama lain.

Gandingan calon-calon PAS dan PKR dijangka disusun bersama dalam menghadapi BN satu lawan satu di setiap kawasan tradisi PAS dan PKR selain barangkali pakatan baru PH bertanding dikerusi-kerusi yang telah diperuntukkan sejak zaman PR tempoh hari tanpa pertindihan.

Jika PAS bertandimg di kerusi tradisi mereka pada PRU 2013 lalu, dan begitu juga PKR, maka baki kerusi barangkali akan diselesaikan antara PKR dan DAP serta rakan baru mereka. PAS setakat ini tidak bertanding di kawasan DAP melainkan DAP mahu meletakkan calon-calon di kawasan yamg PAS tandingi dan PAS telah menegaskan bahawa ia tiada hubungan apa  sekalipun dengan parti baru kawan baik DAP.

Di sinilah kebijaksanaan PKR sangat diperlukan dalam meniti perbezaan antara dua blok dan memastikan ia utuh dan tidak bergasak semasa sendiri yang hanya akan memberi nyawa percuma buat BN.

Azmin Ali semasa berucap merasmikan Kongres Pemuda dan wanita PKR baru-baru ini menyebut tentang kemungkinan wujudnya dua blok pembangkang, satu perkara biasa dalam mana-mana negara demokrasi termasuk yang maju. Ini bermakna PAS dan PKR serta parti-parti lain termasuk dari Sabah dan Sarawak duduk dalam satu blok, manakala satu lagi blok diwakili PH.

Yang sukarnya adalah bagaimana Azmin dan PKR mahu menjadi orang tengah dalam pembahagian kerusi-kerusi bagi memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu antara blok pembangkang tadi menentang BN.

PAS sudah pasti tidak bersedia melepaskan mana-mana kerusinya mahupun kawasan yang telah ia tandingi kepada mana-mana pihak lain. Dan saya yakin PKR pun tidak bersedia melakukan perkara yang sama buat mana-mana parti lain. Malahan PAS sudah pasti akan meletakkan calonnya di parlimen Sepang, Kota Raja, Shah Alam dan DUN Hulu Klang serta Morib di Selangor kerusi=kerusinya yang telah “dicuri” oleh kawan baik DAP.

Memandangkan DAP yang banyak terlibat dalam mencetuskan konflik ini sejak dari awal lagi maka merekalah yang sewajarnya perlu bertolak-ansur menyerahkan kawasan-kawasannya buat rakan baru mereka itu.

Apa pun kebijaksanaan dan kematangan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin sendiri diyakini dapat meleraikan kekusutan yang ada sebelum PRU nanti bagi memastikan kekuatan semaksima mungkin digerakkan secara tersusun bagi menghadapi BN.

PAS sudah nyatakan bahawa ia kekal berkerjasama dengan PKR dan sudah bersedia bagi menghadapi apa kemungkinan sekali pun dalam menghdapi PRU akan datang.

Semoga kesepakatan dan kesapaduan dari Kongres PKR yang baru selesai dapat disandarkan untuk PKR melahirkan satu formula yang praktikal berdasarkan realiti semasa bagi menyusun satu blok pembangkang yang benar-benar kukuh dan jitu bagi menamatkan era BN di tanahair tercinta. roslansms@gmail.com






No comments: