Hari ini difahamkan lebih 7,000 pelarian berkenaan berada di
perairan antarabangsa dan ada yang telah masuk ke perairan Indonesia dan
Malaysia.
Dunia sedang memerhatikan, umat Islam sedunia turut
memerhatikan.
Tetapikah apakah pendirian kita sebenarnya?
Sudahlah kerajaan Malaysia bermain silap mata dan
berdolak-dalik dalam menangani isu ini, hari ini dalam akhbar The Sunday Star pula
dilaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun seakan memandang rendah
penderitaan kaum Rohingya yang rata-rata Muslim itu dengan menyatakan bantahan
terhadap ura-ura menempatkan pelarian politik berkenaan di Pulau Pinang.
Tanpa pun mahu mengulas isu kemanusiaan yang tercetus beliau
mentah-mentah mendesak agar jika Malaysia menerima pelaruan berkenaan maka
pilihalah negeri lain selain Pulau Pinang.
Apa jadi dengan perjuangan Buku Jingga yang beliau jadikan
kitab politiknya yangs ecara jelas menyebut:
“Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia
yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara
prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian,
pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai
keadilan. “
Dari apa yang dapat saya kumpulkan kerajaan Malaysia seakan
melihat isu pelarian Rohinya ini dalam dua perspektif:
1)
Mereka mahu berhijrah kerana tekanan ekonomi
ekoran kesukaran mencari nafkah di Negara mereka
2)
Mereka merupakan mangsa sindiket permerdagangan
manusia
Kerana itu penyelesaian yang diutarakan adalah memberi
bantuan makanan dan pakaian, atau menempatkan mereka di bumi Malaysia buat
sementara, dalam tempoh tidak lebih dari setahun dan kemudiannya menghantar
mereka kembali ke Negara asal.
Tiada yang mahu melihat dari perspektif tekanan politik dan “ethnic
cleansing” yang sedang berlaku di Myanmar sehingga mengakibatkan kaum Rohingya
yang rata-rata Muslim ini tertekan lalu nekad melarikan diri demi menyelamatkan
akidah, nyawa, diri dan kaum keluarga.
Ianya sama sahaja dengan nasib yang menimpa “Boat people”
Vietnam, satu ketika dahulu. Dimana bermula 1975 sehingga lewat 1979 hampir puluhan
ribu rakyat Vietnam lari meninggalkan Negara mereka ekoran kekejaman regim
kominis yang memerintah Vietnam selepas pengunduran AS di sana.
Saya ingat ketika itu Tun Dr Mahathir yang merupakan
Timbalan PM telah mengeluarkan kenyataan akan menembak mana-mana kapal atau bot
yang membawa pelarian baru dari Vietnam kerana ketika itu Malaysia atas tekanan
antarabangsa sudah terpaksa menempatkan lebih 80,000 pelarian Vietnam di bumi
Malaysia khasnya di Pulau Bidong.
Kaum Rohingya ini lari ke rantau sebelah sini kerana tahu
bahawa kerajaan Indonesia dan Malaysia kedua-duanya adalah merupakan Negara umat
Islam. Ke mana lagi mahu mereka tuju selain ke Negara yang seakidah dan seagama
dengan mereka.
Kenapa kita tiba-tiba melihat seakan “pariah” saudara-saudara
kita ini?
Kenapa kita mesti longgokkan isu ekonomi dan pemerdagangan
manusia dalam hal ini sedang yang lebih kritikal dan mendesak adalah tekanan
politik dan agama yang dikenakan oleh majoriti penganut Buddha ke atas minoriti
Rohingya yang Bergama Islam.
Mereka merayu-rayu memohon pertolongan kemanusiaan sesama
Muslim dari kita, tetapi kita pandangan ianya seakan isu pelarian biasa, mahu
cari rezeki macam PATI Indonesia dan Filipina.
Sedang Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang
mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti
sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota
tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam. (Shahih Muslim No.4685)
Atas itu saya merasakan rakyat Malaysia rata-rata kecewa dan
tidak puas hati dengan sikap “play safe” kerajaan Malaysia dalam menangani isu
yang sangat kritikal ini. Belum pun ada sikap yang jelas PM Malaysia dengan senang hati meninggalkan Negara melawat Jepun.
Sewajarnya Malaysia serta merta menerima dan menyaring para
pelarian ini. Sediakan penempatan bagi mereka dan pastikan mereka yang tertekan
itu diberi penempatan, pakian, makanan dan rawatan mana perlu.Jangan meletakkan tempoh waktu dan mereka tidak patut sekali-kali dihantar pulang ke Negara bergolak mereka kecuali atas kerelaan dan pilihan sendiri.
Sebagai sebuah Negara Islam kita wajar membantu sebagaimana
kita membantu pelarian Vietnam dulu yang bukan Muslim pun.
Saya yakin rakyat Malaysia bersedia menghulurkan dana dan
bantuan demi memberikan keselesaan dan meringankan penderitaan saudara-saudara
se Islam kita itu sebagaimana kita segera membantu rakyat Palestin di Gaza dan
dunia Islam yang lain.
Saya mengharapkan pemimpin-pemimpin Islam khasnya dari PAS
akan mengangkat isu ini dan memperjuangkan nasib dan masa depan kaum Rohingya
itu. Semoga Allah swt meringankan penderitaan mereka.
No comments:
Post a Comment