
Menurut laporan itu lagi penumpang yang mabuk dan bertubuh
sasa itu hanya dapat dikawal dengan bantuan beberapa penumpang dalam pesawat.
Simabuk telah diserahkan ke pihak berkuasa sejurus
kapalterbang berkenaan mendarat kembali di KLIA.
Bayangkan jika simabuk itu tidak berjaya dikawal dan terus
mencetuskan huru-hara sehingga menganggu penerbangan pesawat itu.
Kerajaan sewajarnya menimbangkan semula penghidangan arak di
dalam pesawat-pesawat milik Negara. Ancamannya terlalu besar, dan insiden mabuk
seperti ini mampu mencetuskan kemalangan yang hanya akan merugikan rakyat dan Negara. Cukuplah sudah dengan beberapa tragedy malang yang melibatkan pesawat kita yang telah dan sedang kita tanggung.
Keselamatan penumpang dan Negara jauh mengatasi kebebasan
segelintir kecil penumpang yang mahu mabuk-mabuk. Ternyata pesawat bukanlah
tempat yang sesuai bagi sesiapa pun untuk mabuk-mabuk.
Semoga cadangan ahli-ahli Parlimen PAS sebelum ini agar arak
ini dilarang sama-sekali atas pesawat MAS dan lain-lain pesawat tempatan
difikir dan ditimbangkan secara serius oleh kerajaan.
1 comment:
Kenapa susah sangat nak haramkan dlm kapalterbang takut rezeki MAS berkurang ke?
Post a Comment