Sunday, November 30, 2014

Berikan keadilan pada Chin Peng dan PKM? (30/11/14)


“Oleh sebab itu saya minta supaya peranan Chin Peng kah, peranan Rashid Maidin kah, peranan siapa pun walaupun ideologi mereka berbeza dengan kita Islam mengajar (Berucap dalam Bahasa Arab)(Tepuk) Janganlah kerana kita benci kepada satu kaum menyebabkan berlakunya tidak adil. Berlaku adillah kerana mendekatkan diri kepada ketakwaan. Walaupun Chin Peng dia ada masalah ideologi dengan kita tetapi dia adalah penyumbang yang melawan penjajah (Tepuk) Begitu juga dengan Rashid Maidin begitu juga ramai lagi termasuk tokoh-tokoh agama, Shamsiah Fakeh. Ini semua mesti dijadikan sebagai tokoh yang kita harus ajar anak-anak kita. Kita berlaku jujur. Jangan menyembunyikan fakta dalam kita mengajar anak kita”
Demikianlah petikan ucapan seorang ahli Parlimen PAS dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

Saya teringat diawal-awal era perjuangan Mujahideen Afghanistan yang bangkit menentang regim boneka kominis Rusia di Kabul dahulu, PAS telah mengundang wakil-wakil Mujahideen ini ke Muktamarnya. Ahli-ahli PAS ketika itu dididik bahawa komunisma menindas Islam, lantas kebangkitan rakyat Afghan diterajui Mujahideen wajib disokong.
Saya ingat pernah dalam PRU2004 apabila PKR mahu mencalonkan Dr Syed Hussin Ali ketika itu Timbalan Presidennya bertanding di Parlimen Kota Bharu, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz yang ketika itu Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kelantan telah bantah. Bantahan kerana fahaman Syed Husssin cenderong pada sosialisma dan kata Tok Guru orang Kelantan tidak mahu sosialisma.

Tok Guru dipetik berkata kepada media ketika itu:
``Terus terang saya sebut, saya tolak yang berjiwa sosialis, semalam sudah beritahu dengan telefon, pagi ini dengan surat.Ini kerana sejak zaman-berzaman apabila disebut sosialis ia dikaitkan sebagai adik sedikit daripada komunis,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Begitu juga PAS bertanding 3 penjuru di DUN Kota Damansara dalam PRU baru-baru ini kerana calon PKR ketika itu (yang sebenarnya wakil PSM) mengamalkan fahaman sosialisma dan mengagungkan Marxisma.
Macam mana tiba-tiba ada ahli Parlimen PAS yang bertindak mengambil sikap yang kontra dari sikap PAS sebelum ini?

Benar kita perlu berlaku adil dalam setiap hal. Tetapi sejauh manakah keadilan yang mahu diberi itu sehingga memahkotakan perjuangan Parti Kominis Malaya dan pimpinannya sebagai pejuang Tanahair?

Benar semasa penjajahan Jepun pihak PKM telah memberikan sumbangan tenaga melalui MPAJA (pasukan anti Jepun) yang didokong oleh pihak Inggeris. Benar ketika British kembali mereka bergerak sebagai parti yang sah sehinggalah diharamkan British dan mengangkat senjata menentang penjajah British di Malaya.
Tetapi apakah matlamat perjuangan PKM? Mereka berjuang menentang Jepun, mereka berjuang menentang penjajahan Biritish dengan senjata matlamatnya apa?

Merdeka?
Ya mereka mahu membebaskan Malaya dari penjajahan Jepun dan Biritsh, tetapi apakah yang mahu dibina dari untuhan kerajaan penjajah itu?

Dalam laman web “socialistworld” mengulas buku Chin Peng “alias Chin Peng” yang memuatkan memoirnya diulas bahawa cita-cita perjuangan PKM adalah:
The author makes some significant comments about the ultimate goal of the CPM. On the one side, a military decision was taken to set up "liberated areas" in both the northern and southern regions of the Malayan peninsula. Moreover, they would follow "Mao’s blueprint for revolutionary warfare to the letter". Their aim was to establish not a socialist regime but - as in China, Vietnam and, ultimately, in the Stalinist regimes of Eastern Europe - a "People’s Democratic Republic of Malaya"

Bermakna jika ditkadirkan Chin Peng dan PKM menang dalam perjuangannya dahulu, bermakna Malaysia hari ini tiada, sebaliknya yang ada adalah “ Republik Rakyat Demokratik Malaya” yang menjulang dan mengagungkan komunisma, entah ke mana perginya Islam, Raja-raja Melayu, Bumiputera, kebebasan beragama dan lain-lain yang kita nikmati hari ini.
Lalu perlu dan wajarkah sejarah Malaysia ditulis kembali dengan menobatkan PKM dan tokoh-tokohnya sebagai pejuang tanahair?

Pejuang-pejuang tanahair yang tulen adalah mereka yang mahu memerdekakan Negara ini dari penjajah dengan mengembalikan kuasa kepada anak-anak bangsa merdeka dan memerintah Negara sendiri dengan mendaulatkan identiti kita sendiri bukannya mengimpot fahaman asing yang bertentangan pula dengan agama.
PAS juga merupakan penyumbang kepada kemerdekaan Negara melalui perjuangannya dan terbukti dalam sejarah apabila turut mengambil bahagian dalam mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Reid serta mengambil bahagian dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama pada tahun 1955

Tetapi mahu meletakkan PKM, Chin Peng, Rashid Maidin dan lain-lain setaraf sebagai pejuang kemerdekaan dan wira Negara bagi saya adalah keterlaluan. Orang lain berjuang juga seawal Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lan-lain tetapi tidaklah sampai menyembelih dan membunuh anak-anak bangsa sendiri. Berapa ramai mereka yang tidak berdosa, tanpa mengambil kira tentera dan polis tempatan yang bekerja di bawah Biritish, telah dibunuh dan terkorban ditangan PKM dan anggotanya.
Orang-orang kampung, penoreh getah, peniaga, penternak, peladang Melayu, Cina dan India ratusan terkorban angkara pengganas komunis PKM.

Tiba-tiba mereka ini mahu diangkat sebagai tokoh?
Kalau Babrak Karmal dan Hafizullah Amin dahulu, warga Afghanistan kita tentang regim mereka kerana tunduk pada kominis Rusia lantaran fahaman dan ideologi mereka, mengapa pula PKM Chin Peng, Rashid Maidin dan lain-lain mahu kita sanjung?

Saya yakin lontaran pandangan ahli Parlimen PAS itu sangat bertentangan dengan pendirian dan perjuangan partinya sendiri.

Saturday, November 29, 2014

Faham dan akur arahan Presiden (29/11/14)


Sebahagian besar kandungan ucapan penangguhan Tuan Guru Presiden PAS pada Muktamar yang lalu menyentuh isu dalaman khasnya berkaitan istiqamah dalam perjuangan. Bagaimana PAS perlu dimantap dan diperteguhkan demi mengejar cita-cita perjuangan.
Bagi ahli-ahli PAS yang tulus dan komited dalam perjuangan lazimnya ucapan penangguhan Presiden merupakan pengarahan yang wajar difahami, dihadam dan dilaksanakan dalam parti dan perjuangan. Ia merupakan penegasan dan resolusi dari keseluruhan Muktamar.

Satu isu yang meliputi sebahagian besar dari ucapan berkenaan adalah kedudukan Majlis Syura Ulamak dalam PAS. Majlis Syura Ulamak menurut Fasal 8 Perlembagaan PAS:
1(a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

1(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.
Tuan Guru Presiden dalam ucapannya cuba memahamkan ahli-ahli betapa besarnya peranan Majlis Syura sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS. Beliau mengimbau kembali betapa Majlis ini dibentuk sesungguhnya untuk menepati ketepatan syariat dalam perjuangan. PAS sebagai parti Islam perlu dan wajar sentiasa berada atas landasan perjuangan Islam yang sebenar.

Tuan Guru menegaskan dalam ucapan beliau itu:
“Peranan Majlis Syura ialah Hisbah, enforcement. Melakukan Hisbah. Peranan majlis Syura ialah Qadha’, mengambil tindakan kalau perlu.

Dalam hal ini, kita mesti teguh dengan pegangan kita. Walaupun kita berakal, mempunyai ilmu yang tinggi, Jangan akal mengatasi Hukum Syariat!”
PAS mahu dipandu bukan mengikut akal fikiran atau perkembangan politik semasa semata-mata tetapi sesuatu ketetapan dan keputusan itu wajib dengan saduran dan tafsiran Islam yang sebenar.

Dan bagi memastikan ia sentiasa dipandu atas landasan berkenaan maka di sana Majlis Syura memain peranan sebagaimana disepakati oleh ahli-ahli PAS.
Tiada parti lain yang punya badan seperti ini selain PAS.

Dan keahlian Majlis ini juga disepakati diwakili oleh mereka yang paling berilmu dan memiliki pengetahuan Islam yang tinggi dalam PAS sebagaimana disebut dalam Fasal 8 Perlembagaan PAS:
8(3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

PAS mungkin punya ramai ilmuan dari pelbagai bidang dan profesion namun hanya mereka yang diiktiraf oleh parti yang mempunyai ciri-ciri dan perwatakkan serta ilmu tertentu yang ditempatkan menganggotai badan tertinggi ini.
Dalam hal ini di ucapan berkenaan Tuan Guru menyebut:

“…..keahlian ahli Majlis Syura Ulama, dari kalangan ilmuan ISLAM yang sedalam dalamnya, yang boleh merujukkan kitab kitab yang muktabar, sumber sumber ISLAM yang muktabar, yang bersifat adil, yang amanah dengan ilmu, dan iltizam dengan Jemaah. Iltizam dengan PAS.”
Kerana itu tidak seperti parti lain bagi PAS, jemaahnya dipandu oleh al Quran dan Sunnah. PAS berpolitik dalam pentas demokrasi dan merebut kuasa melalui proses pilihanraya namun disiplin keahliannya tidak boleh sedikit pun lari dari hukum tertingginya itu.

Lantas bagi ahli-ahli PAS yang komited dan istiqamah, sesuatu pengarahan atau keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamaknya akan dipatuh dan diikuti dengan jiwa yang besar dan dada yang terbuka kerana faham bahawa ianya dibuat demi kemaslahatan perjuangan.
Mereka yang sayangkan perjuangan Islam ini dan mahu mengecapi kemenangan dunia dan akhirat dalam hal ini akan meletakkan ketaatan dan kepercayaan kepada saf ulamak “terkanan “ dalam PAS dalam hal ini Majlis Syura Ulamak. Bukannya percaya “membuta tuli” seperti sangkaan buruk sesetengah pihak tetapi percaya kerana mereka ini telah diamanahkan menghukum dan membuat panduan menurut al Quran dan Sunnah.

Disinilah dalam ucapannya itu Tuan Guru berpesan:

 “Dengan makna, akal tidak boleh menundukkan hukum syara’.

Majlis Syura Ulama berijtihad secara kolektif, mungkin kita tidak dapat seorang tokoh seperti Imam Imam mazhab, Syafii , Maliki, Hanafi, Hanbali , Suffian at Sauri dan lain lain. Namun kita punyai ilmuan dalam bidang yang pelbagai. Maka dikumpulkan ulama ulama, melakukan ijtihad secara kolektif, dalam masa yang sama ada hubungan dengan professional.”
PAS tidak akan hanyut dan sesat selagi mana istiqamah bersama Majlis Syura Ulamak.

Sejurus selepas Muktamar, memandangkan ada sebuah NGO yang bergerak membawa mudarat kepada perjuangan PAS maka Majlis Syura Ulamak telah terbit dengan keputusan yang disiarkan media pada 12 Oktober 2014
"Majlis Syura Ulama memantau dengan penuh prihatin beberapa tindakan mutakhir ini yang dilihat boleh memecah-belah ahli-ahli Pas seperti yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Pasma. Selaras dengan peringatan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 yang lalu supaya tidak berlaku jemaah dalam jemaah, parti dalam parti maka, Majlis Syura Ulama memberi nasihat kepada ahli-ahli Pas supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Pasma,"

Sekali lagi bagi mereka yang komited dan istiqamah dalam perjuangan, peringatan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura ini sesuatu yang relevan dan perlu diakur. Jemaah dalam jemaah adalah sesuatu yang berbahaya, dan PAS pernah melalui banyak pengalaman seumpama ini dalam sejarahnya.
Pastinya keputusan ini dibuat mengambil kira segala rujukan yang ada pada tangan mereka yang paling berwibawa dalam bab hukum-hakam Islam ini.

Walaubagaimanapun selain mereka yang komited dan istiqamah, rupanya terserlah mereka yang mahu berenang dengan fahaman dan fikiran sendiri. Apakah akal mengatasi syara’ dalam hal ini?
Sedangkan kita duduk tenang dalam satu bahtera menggagahi lautan besar untuk sampai ke satu destinasi kemenangan hakiki, rupanya ada yang mahu meneroka jalan sendiri, mahu ikut haluan sendiri, segala pedoman dan tertib yang ada mahu dilontar lantaran akal fikiran peribadi yang dikira hebat dan “sophisticated” atau jauh ke hadapan itu.

Inilah yang dibimbangi dan dibayangi oleh Majlis Syura melalui keputusannya dan rupanya inilah yang sedang berlaku oleh mereka yang sudah bosan dengan cara dan kaedah kita.
Lalu apa pilihan yang ada?

Bagi yang memilih untuk menongkah arus, sebaiknya angkat kaki dan terjunlah keluar mencari atau membina bahtera baru, kerana bahtera yang ada ini sesunggunya telah dibina atas darah,airmata, keringat dan wang ringgit jutaan warga PAS dari awal penubuhannya (ada yang telah pergi dahulu, ada yang syahid dan ada yang menuggu masa) sehingga kini yang memilih dan mahu kekal istiqamah dengan perjuangan ini menurut adab dan peraturan yang sedia ada.
Saya difahamkan akan ada keputusan selanjutnya dibuat selepas ini apapun ternyata jangankan PAS malah mana-mana parti pun tidak boleh terima jika ada jemaah dalam jemaah, kumpulan dalam kumpulan.

Semoga PAS kekal istiqamah atas dukungan dan sokongan ahlinya yang ikhlas dan komited sampai bila-bila.

 

 

Wednesday, November 26, 2014

Penyakit dalam Umno iktibar buat PAS (26/11/14)


Perhimpunan Agung Tahunan Umno bermula semalam dengan perasmian serentak ketiga-tiga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyuddin Yassin. Seperti biasa media saluran perdana TV, radio dan akhbar utama memberi liputan sepenuhnya perhimpunan berkenaan.
Yang menariknya Umno yang berusia 68 tahun itu kini berada ditahap keresahan. Umno yang merupakan tunjang BN hari ni bersama kawan-kawannya itu sudah tidak lagi menguasai 2/3 majoriti di Dewan Rakyat. Umno bukan Menteri Besar di Kelantan dan Selangor dan BN tidak juga Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Umno dan ahli-ahlinya resah dengan prestasi yang ada adakah mereka mampu meneruskan kelangsungan kuasa dan punya masa depan cerah dalam politik Malaysia atau adakah mereka akan berkubur hilang tampuk kuasa.
Ramai berpandangan bahawa pegangan kuasa Umno dalam politik Malaysia semakin longgar. Rakyat termasuklah “power bank” Umno iaitu orang-orang Melayu suidah mula hilang keyakinan malah mual dengan perangai pimpinan Umno. Budaya rasuah, sombong dan bongkak terus menular dikalangan pimpinannya.

Malah Muhyuddin sendiri dalam ucapannya semalam menyebut:
“Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami trust deficit atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka “.

Lantaran itu tuntutan agar Umno diberi wajah baru, agar pimpinan lama digantikan, agar suara anak muda diberi tempat terus-menerus bertiup kencang dan kuat.
Itulah nasib Umno hari ini.

Barangkali ramai yang tersenyum sinis melihatkan Umno tak-menentu cuba sedaya upaya membetulkan keadaan yang sudah runcing dan agak parah itu. Sudah pasti seteru politik Umno lebih-lebih lagi, benafsu mahu menunggu dan mencuri-curi peluang merampas apa sahaja kuasa yang tinggal di tangan Umno itu.
Umno mungkin boleh bangkit kembali, mungkin tidak, terpulanglah pada kebijaksanaan pimpinan dan ahli-ahli fikir mereka.

Tetapi sesungguhnya penyakit yang mengidap Umno itu adalah satu contoh penyakit yang biasa bersarang di tubuh parti-parti politik. Kuat antibodi dan ubat-ubatannnya, maka berupayalah ia kebah dan sembuh. Jika tiada rawatan atau tidak dirawat atau tersalah ubat, maut boleh menyapa bila-bila masa.
PAS tidak terkecuali.

Hari ini jika Umno sakit dan tenat, PAS juga sedang dilanda wabak.
Jangan seronok dan gembira melihat musuh kita bersilat merawat sakitnya, sedang kita sendiri juga sebenarnya melalui fasa kecamuk dalaman yang tidak kurang hebat juga.

Umno sekuruang-kurangnya tidak guna media untuk serang sesama sendiri. Tetapi dalam PAS pengaruh terhadap media tertentu dieksploitasi sepenuhnya untuk menyerang sesama pimpinan. Umno juga tidak guna parti-parti kerabatnya dalam BN untuk memukul pimpinannya tetapi pimpinan lain dalam PR diguna untuk menyerang pimpinan yang tidak digemari dalam PAS.
Malah Umno tidak pun menggunakan NGO untuk kononnya memperteguhkan BN atau memperbetulkan pimpinan dalam partinya, tetapi PAS sudah melihat kelahiran NGO "adu-domba" iaitu Pasma.

Kerana itu tumpuan harus diberikan oleh ahli-ahli PAS terhadap kanser yang sedang menyerang tubuh partinya.
Dalam rawatan kanser ada yang berjaya dan ada yang gagal. Cepat atau lewat merawatnya adalah penting bagi menentukan kejayaan.

PAS melalui fasa ini disaat ia berada ditahap menang yang besar. Jika di dekad-dekad dahulu PAS dengan cuma 1 kerusi Parlimen dan 2 DUN kesemuanya di Kelantan, ia stabil dan tenang, kini parti Islam yang menjadi harapan sebahagian besar umat Islam dalam Negara ini menjadi gegar dan gempar.
Tok Guru Mursyidul Am pernah berkata bahawa PAS cuma ada satu nakhoda dalam bahtera besar perjuangannya, suka tak suka perlu akur dan taat pada nakhoda ini. Hari ini jangankan nakhoda itu malah Majlis Syura Ulamak dengan Mursyidul Am pun jika tidak ikut selera mereka mahu dilambung dan dicampak ke laut besar, begitulah keadaannya hari ini.

Umno akan terus mencuba pelbaga ubat-ubatan dan dukun untuk merawat penyakitnya. Itu Umno, dan itulah nasib sebuah parti kebangsaan sekular.
Tetapi PAS parti Islam. Ia mengharapkan sesuatu yang tidak diharapkan oleh perjuangan siasah dunia yang lain. Kerana itu ahli-ahli PAS perlu bangkit memastikan cita-cita dan hambatan suci ini tidak diganggu gugat dan dipersiakan oleh cita-cita dan agenda peribadi pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan dari PAS.

Kita yakin dengan perjuangan PAS. Kita mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit malah nyawa telah pernah dilaburkan oleh mereka terdahulu untuk menegakkan perjuangan memartabatkan seruan Allah swt ini.
Kerana itu PAS tidak boleh dibairkan nazak seperti Umno kerana PAS bukan Umno. PAS bersendi pada keikhlasan ahli dan pimpinannya yang istiqamah dan berteras pula pada para ulamaknya yang gerun pada Allah swt.

PAS perlu dibersihkan oleh tangan ahli-ahlinya sendiri. Bersih dan kikislah PAS dari kanser, penyakit dan apa sahaja wabak yang cuba merebahkannya. Ia mungkin pahit dan menyedihkan tetapi penting demi kelangsungan perjuangan besar ini.
Biar bahtera perjuangan al Quran ini terus tegak gagah belayar menuju destinasinya bersama anak-anak kapal dan nakhoda yang masing-masing bersih dengan satu tekad dan cita-cita yang sama dan kekal istiqamah.

 

Monday, November 17, 2014

Siapakah "si bodoh" yang dimaksudkan Nik Aziz? (17/11/14)


Kebelakangan ini seakan ada satu usaha untuk “menggulingkan” Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang?
Mengapa saya nyatakan demikian?

Ianya dapat dilihat secara nyata hasil dari tindak-tanduk beberapa pimpinan dalam PAS sendiri. Dan ini bukan perkara rahsia lagi. Sudah ada pimpinan yang memburuk-burukkan beliau samada dalam majlis tertutup mahupun yang terbuka.
Jika tertutup ianya lebih tertumpu kepada program-program dalaman dan perjumpaan-perjumpaan rahsia. Yang terbuka pula menggunakan “kuda tunggangan” baru sebagai platform iaitu “Pasma”.

Mengapa perlu demikian?
Kerana kehadiran Tuan Guru dilihat sebagai penghalang kepada agenda mereka. Tuan Guru dilihat terlalu konservatif dalam keputusannya, mereka progresif, mereka liberalis yang duduk dalam kepompong Islam. Mereka mahu sebagaimana yang lain mahu PAS menang, akan tetapi bagi mereka demi mengejar kemenangan itu kalau perlu dikendur tuntutan perjuangan PAS, maka perlu kendur. Kalau perlu digadai beberapa pendirian, maka perlu gadai. Kalau perlu pinda dan robah beberapa peraturan maka perlu. Yang penting menang.

Tuan Guru bagi mereka terlalu “dogmatic” , mereka perlukan Presiden PAS yang berketerampilan moden, boleh goyang boleh menari mengikut rentak nafsu tuntutan kemenangan mereka. Kemenangan terlalu dekat, lantas matlamat dalam hal ini wajar menghalalkan cara, terjun sahaja, asal menang.
Saya ingat dalam tahun 90an dahulu pernah saya bertanya seorang pemimpin PAS yang menganuti fahaman ini, berkenaan tuntutan Negara Islam. Katanya nanti dulu. Jangan ditonjol-tonjolkan sangat, nanti orang takut, nanti orang tak undi PAS. Dah menang nanti baru kita cerita. Menipu untuk menang, tak mengapa. Persis konsep taqiyah dalam Syiah.

Namun tentangan dan usaha jahat ini dilihat tidak dapat melebarkan sayapnya khasnya dalam PAS sendiri oleh kerana “istiqamah” Tuan Guru Presiden PAS itu sehingga kini terus didukungi dan disepakati kuat oleh Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak PAS.
Kedua-dua institusi ini begitu kuat dan berpengarahuh dikalangan akar-umbi PAS yang berpegang teguh kepada konsep “Kepimpinan Ulamak”.

Jika peribadi Tuan Guru seorang mungkin boleh diserang-serang dan dipertikai tetapi hakikatnya sikap dan pendirian serta pegangan Presiden PAS itu disepakati oleh pimpinan besar dalam Majlis Syura Ulamak dan keseluruhan Dewan Ulamak disemua peringkat.
Kerana itulah sehingga kini walaupun ada kuda tunggangan baru bernama “Pasma” namun tindak-tanduk mereka dilihat tidak banyak mendatangkan kesan malah lebih merupakan liabiliti buat masa depan politik mereka sendiri.

Kerana itu “think tank” gerombolan ini bertindak luar dari itu. Mereka turut mengadu-domba sesama rakan dalam Pakatan. Jika dalam PAS sesama sendiri pun mereka tergamak dan boleh mencetuskan onar inikan pula sesama Pakatan, dikalangan DAP dan PKR yang ramai cenderung pada anutan mereka. Tafsiran Islam mereka lebih “moderat” dan kena dengan selera kalangan pimpinan DAP dan PKR itu.
Jika sebelum ini isu “Langkah Kajang” cuba digunakan untuk menggulingkan Tuan Guru, hari ini isu baru pula. Isu kononnya Tuan Guru enggan hadir mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Dalam isu ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng digunakan untuk menambah rencah pada tuntutan. Guan Eng berjaya mendapatkan keputusan dari CEC atau pimpinan tertinggi DAP, menuntut Tuan Guru agar wajib hadir dalam mesyuarat berkenaan.
Kononnya hanya Tuan Guru ada kuasa veto dalam PAS, Jika beliau sekadar hantar wakil, PR tidak boleh buat keputusan.

Ternyata Guan Eng membantu gerombolan dalam PAS cuba menghodohkan imej Presiden PAS itu.
Seorang rakan media saya memberitahu , kenapalah Guan Eng membangkitkan isu seremeh ini (kehadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden PR) , apalah hebat sangat mesyuarat berkenaan? Tambah beliau orang-orang (pimpinan PR) di Pulau Pinang kata di negeri itu sendiri Guan Eng tak pernah ambil prihatin pun mahu memanggil mesyuarat Pakatan peringkat Negeri sedangkan beliau Ketua Menteri.

Dan tambah beliau lagi tidakkah Guan Eng kelihatan biadap apabila cuba mengarah-arah orang nombor satu dalam PAS?
Dan sebelum itu Setiausaha Agung PAS Dato Mustaffa Ali sendiri pernah menjelaskan (berkenaan isu ini) bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah antara parti bukannya individu maksudnya PAS boleh hantar siapa sahaja mewakili ia tidak semestinya Tuan Guru. Beliau turut menjelaskan bahawa jika perbandingan dibuat sejak tahun 2008, Guan Eng lah yang lebih banyak tidak hadir mesyuarat bekrneaan berbanding Tuan Guru!

Mengapa tidak ada pihak yang menonjolkan penjelasan Setiausaha Agung PAS ini? (Bahawa Guan Eng lebih banyak tidak hadir mesyuarat berbanding Hadi, mengapa CEC DAP tidak ambil tindakan terhadap Guan Eng?)
Memang jelas sangat Guan Eng bersekongkol dengan pihak tertentu dalam PAS membangkitkan isu remeh ini. Bergelak besar dan melompat-lompatlah mereka yang menunggangi, kuda tunggangan, bernama Pasma itu. (Awas jangan sampai jatuh kuda!)

Tetapi sejauh manakah imej Tuan Guru benar-benar tercalar dengan kerja-kerja jahat ini, atau adakah beliau semakin kuku mencengkam khasnya dalam PAS?
Sebagai kesimpulan saya meminjam kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz berhubung isu ini yang dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini:

"Dia (Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat? "Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini.
Siapakah “orang bodoh” itu?

Guan Eng dan gerombolan yang menunggangi Pasma mungkin lebih maklum.

 

Friday, November 14, 2014

Isu Halal : Jangan nyalakan api yang telah padam (14/11/14)


Kontroversi botol mineral yang memperagakan gambar  berhala “Lord Murugan” bersebelahan dengan logo “Halal” baru-baru ini telah pun tamat apabila syarikat pengilang telah bersetuju menarik balik kesemua botol-botol air berkenaan.
Walaupun pihak syarikat menjelaskan bahawa tujuan asal mereka adalah mempromosi tapak-tapak pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, dan pemilihan berhala “Lord Murugan” itu adalah bagi memperkenalkan Batu Caves sebagai pusat pelancongan, namun pemaparan secara menonjol gambar berhala berkenaan membangkitkan ketidakselesaan khasnya dikalangan masyarakat Islam yang telah disuarakan oleh beberapa NGO Islam.

Syukurlah pihak syarikat akur dengan bantahan yang dikemukakan sekaligus meredakan keadaan.
Walaubagaimanpun saya sungguh tidak selesa apabila beberapa pihak khasnya rakan-rakan kita yang bukan Islam yang telah melihat kontroversi berkenaan sebagai keterlaluan seakan penganut Islam di Malaysia ini berlebih-lebihan sensitivitinya. Mereka turut memperlekehkan isu “halal” sehingga menjadikan ia sebagai bahan lawak dan senda gurau.

Selesai isu ini, tetapi komentar yang masih dipanjang-panjang bagi saya masih mengipas api ketegangan walaupun ia kononnya dibuat dalam bentuk senda dan lawak.
Mereka melihat melogokan “halal” botol air mineral sebagai sesuatu yang jenaka. Bagi pemahaman mereka “halal” yang telah diindustrikan dalam Negara kita hanya melibatkan makanan khususnya daging dan sembelihan. Apabila air mineral juga membawa logo “halal” bagi mereka ini sesuatu yang lucu.

Ini termasuklah pimpinan politik parti tertentu dan hari ini Dorairaj Nadason dalam ruangan “Why Not?” nya dalam akhbar harian Inggeris The Star
http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Why-Not/Profile/Articles/2014/11/14/Stop-the-fuss-do-a-good-deed-instead/

turut mempertikaikannya.

“In the first place why does a mineral water bottle need a halal logo? Is there non-halal mineral water?
(Pada asalnya mengapa perlu  botol air mineral diberikan logo halal? Adakah (di sana) air mineral yang tidak halal?)

Secara profesionalnya, inilah contoh seorang penulis yang menulis dalam akhbar saluran perdana (yang dibaca merata pelusuk Negara) namun beliau sendiri tidak faham akan isu yang dileterkannya.
Beliau mahu menulis berkenaan isu “halal” tetapi dalam waktu yang sama beliau tidak maklum dan tidak tahu bahawa proses halal di Malaysia kini sudah menjadi satu industri. Agaknya yang beliau tahu tentang halal adalah makanan dan sembelihan, daging khinzir tidak halal, lembu dan kambing yang disembelih menurut ajaran Islam halal, mungkin setakat tu sahaja pemahaman beliau.

Malu pada akhbar besar yang beliau wakili.
Jika Nadason mengambil sedikit masa meluncuri internet untuk memahami darihal proses logo “halal” di Malaysia, beliau mungkin akan ada sedikit maklumat bahawa ia hari ini sudah menjadi industri dan tidak terbatas pada pemahaman cetek beliau itu.

Berikut saya paparkan penjelasan yang boleh diperolehi berkenaan logo “halal” berkenaan.
 
 
 
Sesungguhnya pensijilan “halal” ini bukan sekadar memastikan makanan atau minuman dan produk tadi menepati hukum syarak yang merupakan kriteria utama, malah manfaat yang boleh diperolehi bagi yang bukan Islam (selain masyarakat Islam sendiri), mereka dijamin bahawa pemerosesan dan pembikinan makanan atau minuman yang punya logo ini telah melalui proses yang “hygienic” bersih dan tidak memudaratkan kesihatan.

Dan sudah pasti bagi penggiat industri (samada dimiliki orang Islam atau bukan Islam atau kedua-duanya) kiranya produk mereka punya logo ini, ia boleh dipasarkan kepada ramai, bukan hanya dalam Negara malah diperingkat antarabangsa.
Kerana itu produk halal Malaysia hari ini diterima dan diekspot ke Negara luar, aduhai siapa yang kolot Nadason atau siapa?

Bagi umat Islam produk yang punya logo “halal” memberikan mereka jaminan bahawa ianya boleh digunakan atau dimakan tanpa syak dan was-was. Manakala bagi yang bukan Islam, logo ini memberi manfaat kepada mereka, dalam erti kata mereka diyakinkan bahawa ianya bersih dan tidak memudaratkan kesihatan.
Jangan persendakan apa yang ada tanpa ilmu, “to put it short and simple”, kepada Nadason dan ahli-ahli politik lain yang celupar mulut tanpa usul periksa.

Isu ini telah pun tamat dan menjadi iktibar buat semua, jangan nyalakan lagi api yang telah padam.

 

  
 

Thursday, November 13, 2014

Bebaskan rakyat Malaysia yang ditawan!!! (13/11/14)


Akhbar The Star hari ini memberi liputan tentang rintihan para isteri dua warga Malaysia yang telah diculik oleh pengganas Selatan Filipina , seorang sejak 16 Jun lalu manakala seorang lagi sejak 12 Julai lalu.
Puan Sharifah Erna, suaminya Konstabel Zakiah Aleip telah diculik semasa menjalankan tugas di Pulau Mabul manakala Puan Chin Pek Nyuen, suaminya penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun telah diculik di tapak penternakan mereka di Kunak kedua-duanya di Negeri Sabah.

Menurut laporan pengganas Abu Sayaf menuntut RM6 juta untuk membebaskan kedua-dua Konst Zakiah dan Chan. Dan pihak pengganas dilaporkan memberi tempoh sehingga 30 November ini bagi pembayaran wang tebusan berkenaan dengan mengancam akan membunuh orang tawanan mereka jika wang itu tidak dibayar.
Sehingga hari ini pihak kerajaan Malaysia masih meneruskan rundingan dengan kumpulan pengganas itu, dan bertegas tidak mahu mencabuli dasar “no ransom” atau pembayaran tebusan kepada pengganas.

Sesungguhnya kita wajar bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga kedua-dua Konst Zakiah dan Chan. Walaupun kita meletakkan penuh keyakinan kepada kecekapan pihak kerajaan dalam menjalankan rundingan, namun demikian memandangkan tempoh yang dikenakan oleh pihak pengganas ini semakin hampir, kita merasakan pihak kerajaan perlu menyemak dan memikirkan semula kewajaran dasar dan sikap mereka.
Apa pun sebagaimana kita memperjuangkan nasib anak-anak kapal dan penumpang MH370 dan MH17, dalam kes ini dua nyawa warga Malaysia yang masih hidup terlibat. Benar kita tidak mahu tunduk kepada tuntutan pengganas, akan tetapi kiranya kita tiada pilihan pada pandangan saya lebih baik kita membayar wang tebusan itu sekaligus memastikan nyawa warga kita terselamat dari kita mempertahankan dasar dan sikap dan sebaliknya menerima mayat yang pasti akan membangkitkan kemarahan rakyat.

Percayalah walaupun kita mungkin disangka tunduk pada pengganas apabila memenuhi tuntutan mereka, sesungguhnya kita lebih bermaruah dan dipandang tinggi kerana lebih menghargai dan mementingkan nyawa warga kita yang tidak berdosa.
Bayarlah wang tebusan itu dan saya yakin rakyat Malaysia keseluruhannya tidak akan keberatan daripada kita dihina dengan kedua-dua tebusan dibunuh oleh pengganas berkenaan.

Kemudian apabila warga kita dibebaskan, kerajaan perlu melancarkan serangan besar-besaran dengan kerjasama kerajaan Filipina ke atas penempatan kumpulan pengganas ini. Filipina wajar didesak bekerjasama kerana jelas dalam kes ini dan kes-kes yang sama, mereka seakan tidak dapat mengawal wilayah mereka sendiri.
Saya penuh yakin demi menghapuskan pengganas ini dan kegiatan mereka yang tidak diiktiraf oleh Islam itu, kerjasama MILF yang telah diberi bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk mendapatkan otonomi di Selatan Filipina dapat diperolehi. Mungkin dengan gabungan Malaysia, Filipina dan MILF , sarang-sarang pengganas ini dapat dibongkar dan dihapuskan demi menjamin keamanan dan keselematan di rantau perairan Filipina-Sabah.

Sudah terlalu lama, keluarga berkenaan menderita. Jangan kita lupakan mereka. Bangkitlah dengan keputusan yang berani, rakyat Malaysia akan bersatu hati bersama dengan apa-apa tindakan yang bijaksana.

 

 

Wednesday, November 12, 2014

Tuntutan "mengislamkan" MAS (12/11/14)


Semalam ketika Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi  menggulung perbahasan untuk Bajet kementerian beliau di Dewan Rakyat satu isu hangat yang dibangkitkan adalah berkenaan penghidangan arak atas pesawat penerbangan Malaysia MAS serta pakaian peramugari MAS yang tidak menepati hukum syarak.
Peramugari Royal Brunei
Ianya mula dibangkitkan oleh wakil PAS  Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), yang mahu tahu samada kerajaan bersedia menghapuskan penyajian arak dalam penerbangan antarabangsa.

Buat masa ini arak disajikan secara percuma di atas penerbangsan laluan antarabangsa, “on request” atas permintaan penumpang.
Sudah pastilah sebagai sebuah pesawat yang mewakili Negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasminya, menghidangkan arak, adalah sesuatu yang sewajarnya dihapuskan. Tambahan sebagaimana didedahkan semasa perbahasan itu, anak-anak kapal termasuklah yang beragama Islam terpaksa menghidangkan arak sebagai sebahagian dari tugas mereka.

Beberapa pesawat dari Negara Islam termasuklah Brunei tidak menghidangkan arak atas penerbangan mereka.
Begitu juga pakaian ketat dan tidak menutup aurat yang digunakan oleh peramugari MAS sewajarnya menepati peraturan Islam.

Cadangan berkenaan turut disokong oleh wakil-wakil kerajaan di Dewan.
Jawapan Timbalan Menteri sebagaimana dilaporkan oleh The Star online adalah seperi berikut:

Ab Aziz concluded by saying he would take the suggestions to the MAS management, and leave the decision to the new company to be formed after its restructuring was done.
"I am confident that the restructuring will include a business model with a more Islamic approach," he said.

Semoga apa yang disuarakan oleh wakil-wakil rakyat kita itu tidak berakhir sekadar dalam dewan sahaja tetapi dipanjangkan oleh pihak kementerian dan dapat dilaksanakan oleh pihak MAS demi mencerminkan amalan, akhlak dan keperibadian kita.

Keperluan untuk ISTIQAMAH di zaman pancaroba (12/11/14)


Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim).
Sedar tak sedar kita hidup dalam zaman yang penuh pancaroba.

Hari ini bukan hanya pihak yang berkelayakan dan punya wibawa tetapi hampir semua termasuk yang tiada ilmu berani dan lantang bercakap berkenaan hukum-hakam Agama.
Islam sudah seakan boleh ditafsir dan diberi nafas mengikut nafsu dan selera siapa sahaja yang berilmu serta yang jahil.

Mungkin inilah bahana liberalisma yang meresap dalam jiwa ramai di antara kita walaupun terkadang kita tidak menyedarinya. Keghairahan menuntut kebebasan mutlak begitu memuncak sehingga kita bersedia membebaskan diri kita dari sebarang ikatan adab dan peraturan serta disiplin dalam beraqidah, beragama dan dalam berjemaah semata-mata kerana mahu menegakkan sesuatu. Ikatan-ikatan itu bagi kita suatu bebanan dan suatu kekangan yang perlu diroboh dan dirongkaikan.
Lantaran kedudukan dan jawatan ego kita semakin membengkak nafsu semakin membongkah sehingga kita melihat sama sahaja kita dengan yang lain-lain. Jika ada pihak boleh berhujah dan memberi tafsir bab hukum dan agama, kita juga merasakan kita boleh dan malah lebih arif dan terkehadapan walaupun terkadang ilmu panjang sejengkal.

Siapa kata hanya ulamak sahaja yang perlu menjadi rujukan!
Beberapa isu yang meletus kebelakangan ini benar-benar menguji sejauh mana kesabaran dan istiqamah kita.

Allah swt berfirman dalam al Quran, surah al An’aam ayat 153 maksudnya:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS ke 60 menyebut:
Kita sama-sama memahami dan meyakini bahawa Islam adalah cahaya petunjuk Allah yang tidak boleh dipadamkan, maka selagi kita beristiqamah (konsisten) di atas landasan Islam dan matlamatnya yang ditetapkan oleh  Allah dan ditunjukkan perjalanannya oleh Rasulullah S.A.W, maka kita tetap berada di pihak yang benar dan berpijak di atas landasan hidup yang teguh. Maka kita akan selamat di dunia dan akhirat, walau pun menghadapi keadaan rebah dan bangun, kalah dan menang, serta belum dilihat hasilnya di alam dunia ini.

Bermula dengan kes fatwa yang dikeluarkan terhadap SIS oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor dan terbaru keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan batal Enakmen Syariah Negeri Sembilan berkenaan golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita .
Isu samada SIS ini benar-benar sesat dan menyeleweng terus diperbahaskan walaupun mereka sedang mencabar fatwa Majlis Fatwa Selangor ini di mahkamah.

Bagi sesetengah pemerhati SIS memang sentiasa lantang mengemukakan pandangan dan memiliki pendirian yang kontra dengan pandangan dan pendirian Islam yang diamalkan. Acapkali SIS memperkenalkan tafsiran baru dalam bab-bab hukum-hakam agama yang konon-kononnya memberikan tafsiran baru dan kontemporari terhadap hukum-hakam Islam yang dilihat mereka statik dan “kuno”.
Hukum Hudud dikritik, hukum berkenaan nikah kahwin dan faraid juga begitu, malah SIS turut bersama menuntut memberikan hak beragama kepada semua penganut termasuk yang Islam, dalam erti kata semua warganegara berhak memilih agama anutan mereka atau menukarnya.

SIS pernah mendakwa “We are all Allahs children” atau “Kita semua anak-anak Allah”, suatu dakwaan yang sangat digeruni oleh umat Islam. Namun kerana kita berada di zaman pancaroba seperti yang disebutkan, ada pula pemimpin Islam yang mempertahankan dakwaan SIS itu.
Dengan menggunakan akal fikiran dan pengetahuan beliau, pemimpin tadi seakan menghalalkan dakwaan “We are all Allahs children” itu.

Rupa-rupanya idea bahawa kita semua (golongan mereka) adalah Anak Tuhan ini menurut Allahyarham Ahmad Deeddat (yang lebih berpengalaman khasnya dalam bab “comparative religion” berbanding pemimpin Islam tadi)  http://islam101.net/islamic-history/112-prophet-jesus/142-christ-in-islam-by-ahmed-deedat?showall=&start=4 adalah berasal dari fahaman Yahudi!
Can't you see that in the language of the Jew, every righteous person, every Tom, Dick and Harry who followed the Will and Plan of God, was a SON OF GOD. It was a metaphorical descriptive term, commonly used among the Jews.”

Tidak ada orang Islam yang mendakwa mereka Anak-anak Allah, kecuali hamba Allah.
Selain itu dalam bab lelaki berpakaian seperti wanita, ramai yang terkejut dan terperanjat dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Umat Islam malah dari semua fahaman politik dan NGO dalam Negara kesal dengan keputusan itu dan mengharapkan agar keputusan berkenaan akan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan apabila ianya dirayu ke sana oleh pihak-pihak yang terbabit.

Namun sekali lagi lantaran zaman pancaroba itu, bekas PM pula iaitu Tun Dr Mahathir seakan mempertahankan keputusan itu. Bagi beliau isu pakaian adalah isu kontemporari. Sebagaimana dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini beliau berkata:
“We say certain type of clothing is men’s clothing but men and women are wearing jeans. So is jeans for men or women? In the past men and women dressed differently but now things have changed.”

“Kita mengatakan pakaian-pakaian tertentu khas untuk kaum lelaki, akan tetapi kedua-dua lekai dan wanita memakai “jeans”. Jadi adakah “jeans” sebenarnya untuk lelaki atau wanita? Dahulu pakaian lelaki dan wanita berbeza tetapi sekarang ianya telah berubah”
Saya sangat keliru dengan kenyataan Tun ini, dan kadangkala ia kelihatan bersenda pula bahasanya. Isunya di sini adalah pakaian yang dikenakan oleh mereka itu adalah pakaian wanita yang tidak digunakan lelaki!

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata:
Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat ALLAH yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam.

Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH.
Kerana Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.;

لعن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال

Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).
Itulah masalahnya hari ini belum pun dimatikan lagi para ulamak sebagaimana Hadis yang saya petik di awal posting saya ini namun sudah kita lihat banyak pihak yang tiada “authority” dan ilmu pun yang sudah berani dan ringan-ringan mulut memberikan pandangan dalam bab-bab agama, tidakkah tindakan mereka sesat dan menyesatkan orang ramai?

Kerana itu wajar sangatlah dalam menghadapi situasi seumpama ini kita kekal istiqamah atas landasan yang betul dan benar.
Sebagaimana nasihat Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang:

 "Kita juga difitnahkan oleh berbagai golongan tertentu untuk mencalarkan Islam yang sebenarnya, walaupun Islam itu adalah paling sempurna dan murni. Fitnah itu sama ada daripada musuh luar yang mewarwarkan sementara waktu agenda Islamofobia atau menggunakan lisan atau tulisan kelompok jahil yang bersemangat tinggi melalui dalaman umat Islam sendiri. Semuanya akan gagal kerana mukjizat ilmu dari al-Quran dan Sunnah adalah tetap terpelihara dengan rapi dan amanah."
Tiada pilihan lain bagi kita selain berpegang kepada mukjizat ilmu al Quran dan Sunnah dan menjadikan ulamak (yang berpegang dan mengamalkan kedua-dua ini) dan bukannya si jahil sebagai rujukan dan ikutan.

Semoga beroleh selamat kita yang istiqamah.

 

 

 

 

Tuesday, November 11, 2014

Benarkah DAP Pulau Pinang tak mahu Guan Eng? (11/11/14)


Ramai terkejut apabila ADUN DAP Tanjong Bungah Teh Yee Cheu mencadangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan bagi tempoh dua penggal dan digilirkan.
Menurut Teh usul beliau jika diluluskan nanti akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain untuk mentadbir Pulau Pinang termasuklah memberi peluang kepada golongan wanita. Tambah Teh lagi cadangan beliau itu adalah baik dan sihat dari sudut demokrasi.

Cadangan berkenaan turut disokong oleh Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dari BN dan ADUN DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey.
Walaubagaimanapun Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga ADUN DAP Air Hitam Wong Hon Wai telah menentang usul tersebut dengan menganggapnya tidak relevan.

Jika usul ini diluluskan bermakna Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lagi boleh memegang jawatan berkenaan setelah tamat tempoh penggal ini.
Pada dasarnya ramai yang memerhatikan cadangan Teh itu sebagai sesuatu yang baru dan baik serta perlu dicontohi. Akan tetapi ada pemerhati yang menyatakan bahawa apa yang berlaku itu adalah satu petanda kocakkan yang sedang berlaku dalam cawan DAP di Pulau Pinang. Terdapat usaha untuk meletakkan pimpinan DAP anak tempatan Pulau Pinang untuk dududk di kerusi Ketua Menteri negeri berkenaan. Ramai kalangan pimpinan tempatan mula tidak selesa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Dalam pada sibuk menyatakan Tuan Guru Hj Abd Hadi sudah tidak sesuai memimpin PAS rupanya sedar tak sedar dalam DAP sendiri ada ribut dan jelas melalui cadangan di Dewan semalam ada pihak dalam DAP tidak mahu Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, terus berada di Pulau Pinang, buktinya apabila Setiausaha Politik beliau sendiri bingkas bangun menentang usul berkenaan.
Saya dimaklumkan oleh rakan media bahawa dalam Pilihanraya lalu lagi ada usaha untuk membawa Guan Eng keluar dari Pulau Pinang agar kepimpinan negeri tersebut danapt diserahkan kepada anak tempatan yang layak-layak belaka. Guan Eng dikhabarkan sepatutnya terjun ke Johor bersama-sama pimpinan lain melakukan asakkan ke atas Johor. Walaubagaimanapun entah macam mana, bapanya sahaja terpaksa mengetuai asakkan di Johor sedangkan Guan Eng lebih selesa untuk duduk sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Seorang pengunjung TMI yang menyiarkan berita usul ini telah menulis:
This assemblyman will be drop from the DAP candidate list in the next GE. That's how LGE and DAP operate for its a direct attack to LGE leadership. There is already Robless in a DAP Penang, LGE is beginning to loose his grip already by this motion is shows the Rocket is cracking. There may be a political " Time Bomb" that's going to cause DAP Penang a Crisis. More is to come. If this motion is receives the support of the State assembly than LGE is politically finish as Penang CM. It's actually a motion of NO confidence over his leadership hip as Penang CM.

Sejauh manakah benar sama-samalah kita saksikan nanti.

Monday, November 10, 2014

Pak Subky tokoh veteran yang terus istiqomah (10/11/14)


Semalam saya dijemput membentangkan kertas-kerja dalam satu majlis bengkel penulisan anjuran Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang berlangsung di Puchong. Gembiranya hati apabila dalam majlis tersebut saya berkesempatan bertemu kembali dengan tokoh veteran PAS yang juga veteran di bidang penulisan iaitu Tuan Hj Subky Abdul Latif yang juga merupakan salah seorang panel majlis tersebut.
Lebih gembira lagi apabila Pak Subky yang masih segar walau usia dah mencecah 74 tahun masih mengenali saya dan berkirim salam pada ayah saya yang masih beliau ingati.

Sebelum itu saya memaklumkan para peserta bengkel berkenaan personaliti Pak Subky.  Apa yang paling penting dipelajari dan dicontohi bahawa tokoh veteran ini seorang yang istiqomah dalam perjuangan. Beliau sebelum menyertai PAS merupakan wartawan di Utsan Melau diusia 20an tahun.
Beliau melibatkan diri dalam PAS di usia muda dan pernah menjadi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat semasa Dato Mustapfa Ali ketuanya. Terakhir beliau merupakan AJK PAS Pusat sehinggalah tahun 2005.

Bertanding beberapa kali pilihanraya dan terawal pilihanraya kecil Pelabuhan Kelang tahun 1979 termasuklah menentang Tun Dr Mahathir di Kubang Pasu, namun tidak berkesempatan menang.
Pak Subky berada dalam PAS dizaman PAS belum menang besar seperti hari ini, namun semangat dan kegigihannya tidak pernah luntur, beliau taat pada pimpinan di waktunya sehinggalah sekarang setelah tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam parti.

Pak Subky yang saya kenal ini kalau diberi kesempatan bercakap akan bercakap panjang lebar sebab begitulah resam seorang penulis biasanya, penuh idea dan pandangan dalam kepala sehingga apabila diberi kesempatan bercakap akan meleret-leret, namun semua yang terpacul keluar adalah penuh ilmu dan maklumat buat pendengarnya.
Beliau adalah dari keluarga PAS, dan istiqomah terus bersama kepimpinan ulamak, gagagsan yang turut dicetuskannya bersama semasa beliau dalam Dewan Pemuda dahulu.

Dalam perjumpaan ringkas itu kami sempat berbincang berkenaan beberapa perkara, dan akhirnya beliau berseloroh tentang PASMA, ada pemimpin (tak perlu sebut nama di sini) kata ancaman PASMA ini kecil, siapa kata kecil, bentak beliau. Ianya satu masalah, penyakit yang perlu ditangani segera jika tidak wabak yang sama yang pernah menyerang PAS puluhan tahun dahulu akan berulang.
Semoga Allah swt kurniakan kesihatan dan jadikan Pak Subky kekal istiqomah dalam perjuangan sampai bila-bila.

 

Friday, November 07, 2014

Kontroversi SIS: Jauhilah kita dari RUWAIBIDHAH (7/11/14)


Saya (bukan Roslan SMS) percaya bahawa setiap individu sewajarnya diberi dan dijamin kebebasan mereka. Mereka tidak boleh dipaksa menerima sebarang fahaman atau anutan, mereka berhak memilih termasuklah memilih untuk tidak memilih apa-apa.
Dalam hal beragama sebagaimana sekiranya Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, sepatutunya peruntukkan ini digunapakai ke atas setiap warga Malaysia termasuk yang beragama Islam. Setiap warga Malaysia yang mencapai umur dewasa sepatutunya berhak memilih mana-mana agama yang disenanginya atau memilih untuk tidak beragama sekalipun.

Memaksa seseorang memilih agama , adalah pencabulan hak kebebasan.
Sebagaimana seorang Kristian boleh menukar agama kepada Islam begitu juga seorang Islam sepatutunya berhak dan diberi kebebasan untuk menjadi Krisitian atas kemahuannya.

Demikianlah juga seseorang perlu dijamin haknya memilih agama atau anutan contoh bagi seorang anak yang bapa nya beragama Kristian dia berhak menukar agama kepada Islam apabila dewasa sebagaimana anak yang bapanya beragama Islam berhak menukar agama kepada Kristian apabila ia dewasa ataupun tidak beragama.
Tiada siapa sepatutnya dikenakan tindakan apabila memilih untuk menukar agama.

Begitu juga kebebasan itu sepatutnya meliputi bab nikah kahwin. Perkahwinan tidak sewajarnya mengakibatkan agama dan kepercayaan seseorang ditukar. Seorang Islam atas semangat kebebasan ini sepatutnya boleh berkhawin dengan seorang Hindu tanpa mana-mana pihak menukar agama dan kepercayaannya apalagi dipaksa berbuat demikian.
Kebebasan seumpama inilah mencerminkan kematangan dan kedewasaan kita dalam berfikir dan berinteraksi sesama masyarakat lebih-lebih lagi yang berbilang kaum dan agam diMalaysia. Konsepn universal ini perlu didik dan disemai dalam masyarakat kita agar Negara kita berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain.

Bolehkah anda menerima kenyataan di atas?
Idea liberalisma bertunjang dari contoh di atas. Perjuangan menuntut hak dan kebebasan mutlak merupakan dorongan dari fahaman liberalisma.

Menurut Sulaiman Nordin dalam “Islam Sekularisma dan Liberalisma” (1995):
“….liberalisma tercetus hasil dari respon terhadap penguasaan Gereja (di Eropah) (di abad ke 15), lantas tuntutan di buat bagi memberi hak kebebasan dari sudut agama, politik, ekonomi dan nilai kemanusiaan.”

Menurut Munif, Suhanim, Marzalina “Religious Liberalism in Islam Discourse: An Analysis on Identification” (UUM Sintok):
“Liberalisma yang disokong dan diperjuangkan oleh Sisters in Islam (SIS) bertujuan membawa perubahan dalam pemikiran masyarakat Islam. Tetapi perubahan berkenaan adalah bertentangan dengan fahaman masyarakt Islam di Malaysia”

Islam liberal merupakan suatu fahaman yang sangat berbahaya dan menggugat kestabilan dan keutuhan pegangan Islam dikalangan masyarakat Islam khasnya kebelakangan ini di Malaysia.
Menurut Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri) dalam kertasnya : “Cabaran akidah: Pemikiran Islam Liberal”:

“Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fikah.
Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid.

Bagi merekaagama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa , sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas- nas Syarak secara putus (qat’ie).
Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.”

Berdasarkan kenyataan saya di atas tadi, begitulah bahayanya fahaman liberalisma, yang menjuarakan kebebasan mutlak dan pluralisma yang mendewakan kesaksamaan agama atas nama hak dan kebebasan. Sisters in Islam, merupakan NGO yang memang diketahui umum tersohor dalam bab tuntutan sebegini rupa.
PAS dan beberapa badan serta NGO Islam memang telah lama menuntut agar SIS tidak lagi dibenarnkan menjuarai faham bathil yang sesat itu. Bagaimana mungkin PAS boleh diam apabila SIS NGO yang kononnya Islamik tetapi menentang perlaksanaan syariat Islam, ia menentang penguatkuasaan berhubung hukum murtad malah berjuang agar hak diberikan kepada orang Islam untuk murtad, ia memandang kerja-kerja nahi mungkar sebagai sesuatu paksaan yang di luar kononnya ajaran al Quran.

PAS konsisten dalam penentangan terhadap SIS sehinggalah pernah lulus usul dalam mukatamarnya pada tahun 2009 menuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap SIS.
Tiba-tiba bukan sahaja orang PAS tetapi saya percaya seluruh masyarakat Islam di Malaysia terkejut apabila melihat beberapa orang ahli Parlimen (yang sepatutnya mewakili) PAS, Mujahid Yusoff, Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah, kebelakangan ini begitu bersungguh mempertahankan SIS ini.

Tiada bukit, kononnya SIS membawa fahaman yang dihukum haram oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor. SIS kononnya tidak dibawa berbincang sebelum fatwa dikenakana ke atasnya. Bersungguh-sungguh beberapa kerat nama-nama ini menonjol diri mepertahankan SIS dari dipalitkan dengan fatwa berkenaan.

Saya tidak tahu adakah mereka yang berkenaan sedar bahawa bukan sahaja orang-orang PAS malah masyaralat Islam seluruhnya di Malaysia sangat kesal dengan tindakan mereka itu. Apakah agenda mereka menyokong dan mempertahankan SIS sedangkan PAS sudah punya pendirian terhadap NGO berkenaan sejak sebelum mereka menentang fatwa MAIS secara terbuka lagi.
Sekarang ini ekoran isu hangat itu sedang “viral” sepotong Hadis berkenaan “Ruwaibidhah”.

Siapakah “Ruwaibidhah itu?
Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya, Rasulullah saw bersabada :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

 Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).
Peringatan akan bahaya berbicara tanpa landasan ilmu. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak punya ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, itu semua akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS. al-Israa’ : 36). Allah ta’ala juga berfirman (yang artinya), “Hai umat manusia, makanlah sebagian yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kalian. Sesungguhnya dia hanya akan menyuruh kalian kepada perbuatan dosa dan kekejian, dan agar kalian berkata-kata atas nama Allah dalam sesuatu yang tidak kalian ketahui ilmunya.” (QS. al-Baqarah : 168-169).

Maka barangsiapa yang gemar berbicara atas nama agama tanpa ilmu, sesungguhnya dia adalah agen-agen Syaitan, bukan Hizbullah dan bukan pula pembela keadilan atau penegak Syari’at Islam!
Hadits di atas menunjukkan bahwa jalan keluar ketika menghadapi situasi kacau semacam itu adalah dengan kembali kepada ilmu dan ulama. Yang dimaksud ilmu adalah al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman salafus salih. Dan yang dimaksud ulama adalah ahli ilmu yang mengikuti perjalanan Nabi dan para sahabat dalam hal ilmu, amal, dakwah, maupun jihad.

Ya Allah lindungi dan jauhilah kami dari menjadi atau menyokong RUWAIBIDHAH itu….

Wednesday, November 05, 2014

Isu SIS : PAS seakan mendukung biawak hidup (5/11/14)


Punca kontraversinya adalah fawa berikut yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan digazetkan pada 31 Julai 2014 dengan Nombor Rujukan:  [MAIS/SU/BUU/01-2/002/2013-3(4); P.U. Sel. (ADV) PS 05/4/12]
Tarikh Keputusan:  17 Jul, 2014

Keputusan:
1. SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

2. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.
 3. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.

4. Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.
Pada 31 Oktober baru-baru ini SIS memfailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan ‎Azzat dan Izzat semakan kehakiman ‎terhadap fatwa di atas. SIS menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Mais), dan kerajaan Selangor.

SIS memohon ‎membatalkan pengisytiharan fatwa itu, dan sebaliknya mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.
Menurut satu laporan Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman dilaporkan berkata:

"Kami kecewa ker‎ana tidak diberitahu atau dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum jawatankuasa fatwa mengisytiharkan SIS sebagai menyeleweng.
"Tidak ada satu pun alasan daripada ‎fatwa mengenainya, malah tidak menjelaskan maksud ‘liberalisme’, ‘pluralisme’, yang bertentangan dengan ‘ajaran Islam dan hukum Syarak’."

Beli‎au menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa badan agama di Malaysia menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator. Tegasnya, sebarang perbezaan ‎pandangan tentang agama Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa melalui fatwa dan hukuman Enakmen Jenayah Syariah Selangor. 31 Okt 2014

Sesungguhnya aktiviti dan peranan SIS bukanlah sesuatu yang baru atau tidak diketahui umum. NGO ini telah banyak mengeluarkan kenyataan khususnya apabila sahaja ada satu-satu isu berhubung dan berkaitan dengan Islam seolah-olah mahu menumpang menjadi jurucakap kononnya mewakili sebuah NGO Islam.

Masalahnya kenyataan SIS yang dikeluar sering mencerminkan pendirian dan sikap mereka yang liberal dalam mentafsirkan satu-satu isu berkitan Islam dan lebih mahu mempromosi pluralisma agama (penganut fahaman Pluralisme menisbahkan bahawa semua agama secara asasnya adalah sama kerana terbit dari sumber yang sama iaitu dari yang mutlak ( the absolute, the ultimate and the real one). Tujuan akhir kewujudan agama – agama juga ialah untuk menuju dan menyerah diri kepada hakikat yang sama iaitu the ultimate, the truth walaupun diungkapkan oleh pelbagai agama yang berbeza dengan nama-nama yang berbeza.).
* pejelasan detail “Pluralisma agama” sila rujuk http://permaijordan.com/mmyv2/index.php/typography/2012-11-06-12-58-28/2012-12-20-19-04-39/fahaman-pluralisme

Blog ini telah berkali-kali mengkritik dan menegur SIS kalau boleh saya cabut beberapa posting berkaitan SIS sejak 2005 lagi:

31 Oktober 2014
http://n32.blogspot.com/2014/10/nak-laksana-islam-pun-diserang-311014.html

15 Jun 2009
http://n32.blogspot.com/2009/06/jika-terbukti-sis-bermasalah-terhadap.html

17 Nov 2006
http://n32.blogspot.com/2006/11/siapa-dibelakang-sisters-in-islam.html

3 Ogos 2005
http://n32.blogspot.com/2005/08/siap-sisters-in-ayah-pin-pada-14-julai.html

SIS banyak membawa isu yang mengelirukan malah seolah membawa tafsiran baru terhadap Islam secara terbuka dengan mengenepikan semua ulamak dan “authority” dalam Islam, semua diberi tafsiran baru ikut selera mereka.
Dalam isu murtad SIS menyelarnya malah menuntut kebebasan agama secara mutlak hatta di dalam Islam sekalipun, orang Islam wajar diberikan hak memilih untuk keluar dari agamanya.

Begitu juga SIS tegas menentang perlaksanaan syariat Islam termasuklah Hukum Hudud yang bagi mereka sesuatu yang zalim dan di luar perikemanusiaan.
SIS juga menutut dirobah hukum berkenaan perceraian dengan mahu memberikan hak bagi wanita menuntut cerai selain hak sama rata buat wanita dalam pembahagian harta pusaka di bawah hukum faraid.

Banyak sungguh tindakan SIS yang telah menyinggung perasaan dan malah mencemarkan maruah dan nama baik Islam dan penganutnya.
Lantas apabila MAIS mengeluarkan fatwa sedemikian terhadapnya, saya yakin ramai umat Islam yang merasa lega dan saya mendapat tahu pihak Jabatan Mufti Perak juga telah pernah memanggil SIS berdailog dan bakal mengeluarkan fatwa yang serupa.

Anehnya apabila ramai umat Islam mengalu-alukan tindakan terhadap SIS ini, tiba-tiba keluar kenyataan dari 3 orang ahli Parlimen (yang sepatutnya mewakili) PAS, yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Negeri Selangor.
Mereka adalah ahli Parlimen Parit Buntar, Shah Alam dan Sepang.

Menurut wakil Parit Buntar:
Tindakan Majlis Fatwa Negeri Selangor itu bertentangan dengan peraturan mengeluarkan fatwa itu sendiri daripada sudut Islam.

Katanya, fatwa sepatutnya mempunyai sifat yang menyeluruh dan umum dan bukan hanya ditujukan kepada badan tertentu.

"Fatwa itu sepatutnya secara umum, ia menyeluruh, namun apa yang berlaku kini ia dikeluarkan bagi mengharamkan atau mematikan sesuatu badan yang berbeza fahaman,"
Wakil Shah Alam pula berkata:

Mais sepatutnya melakukan perbincangan atau dialog bersama dengan pihak terlibat sebelum fatwa dikeluarkan.
"Adakah pihak Mais sudah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan 'pluralisme' dan 'liberalisme' sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas mereka? "

"Kami memohon pembuat fatwa tidak terburu-buru tanpa adanya muzakarah dengan pihak yang dikatakan mengamalkan 'pluralisme' dan 'liberalisme' supaya ada ruang untuk salah faham dibetulkan,”.
Dengan senang hati mereka menggunakan nama PAS lalu menyatakan sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini, bahawa PAS bersedia membantu menganjurkan muzakarah antara pihak MAIS dan SIS kerana pada pandangan mereka keputusan MAIS dibuat tanpa perbincangan.

PAS yang selama ini di hadapan menentang dan mengkritik sebarang usaha menyerang, memperlekeh dan menyalah tafsirkan Islam tiba-tiba hari ini diseret oleh ketiga ahli Parlimen ini untuk memberi simpati kepada NGO yang paling biadap terhadap Islam. Selain itu mereka juga menyeret PAS agar bertembung dan berbalah dengan Majlis Fatwa Negeri dan MAIS.
Sungguh mengaibkan PAS punya ahli Parlimen yang sedemikian. SIS bukan sekadar memilih untuk berbeza pendapat, tetapi SIS memberi dan mencipta tafsiran baru buat Islam yang jelas sesat dan terpesong. Malah Muktamar PAS tahun 2009 telah pernah melulus usul sebulat suara menuntut pengharaman SIS. (Tidakkah tindakan 3 MP ini bertentangan keputusan Muktamar?)

Siapalah SIS berbanding anggota Majlis Fatwa Negeri yang senarai dan kelayakkannya saya catatkan di bawah ini:
Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid Dato' Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato' Haji Abdul Majid bin Omar ( Timbalan Pengerusi ) Timbalan Mufti Negeri Selangor, Y. B. Datin Paduka Zauyah Be bt. T. Loth Khan( Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor ), Y. Bhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Zaleha bt. Kamaruddin (Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Haji Mohd Saleh bin Haji Muhammad @ Ahmad (Mantan Fellow Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ), Y. Bhg. Prof. Madya Dato’ Haji Mohd. Mokhtar bin Haji Shafii (Pensyarah Sambilan, Universiti Malaya ), Y. Bhg. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri (Pensyarah Jabatan Kepimpinan  dan Polisi PendidikanFakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia), Y. Bhg. Dato' Dr. Amran bin Kasimin( Mantan Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ), Y. Bhg. Dato’ Haji Abdul Aziz bin Andik Achok (Mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor ), Y. Bhg. Prof. Dr. Mujaini bin Tarimin( Dekan Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial Universiti Selangor)

Majlis Fatwa Negeri bukanlah badan setengah tiang atau separuh masak, tetapi diwakili oleh para ulamak, wakil profesyional dan undang-undang yang selayaknya berkelayakan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Saya bersetuju dengan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi bahawa:

“Kesemua tindak-tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi setelah barah ini berpanjangan dan kedegilan SIS mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam Negara ini.”
Dan dalam waktu yang sama tindakan ketiga-tiga ahli Parlimen (yang sepatutnya mewakili) PAS itu sangat dikesali. Semoga mereka ini dapat kembali mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan PAS yang mereka wakili atau memilih untuk bebas berkata seikut hati dan perasaan dengan mengangkat kaki keluar secara terhormat.