Kerajaan sedang menimbangkan untuk membenarkan banduan yang
menjalani hukuman di penjara untuk mengundi semasa PRU (sebelum ini mereka
dinafikan hak itu).
Beberapa langkah sedang dikaji bagi mewujudkan mekanisma
dimana dan bagaimana mereka ini nanti dapat menjalankan tanggungjawab mengundi
itu. Menurut statistik setakat ini terdapat l;ebih 35,000 banduan yang sedang
menjalani hukuman penjara dalam Negara.
Hakikat bahawa setiap warganegara Malaysia layak untuk
berdaftar sebagai pengundi tidak dapat dinafikan.
Namun demikian idea untuk membenarkan banduan mengundi ini
perlu dikaji sedalam-dalamnya. Perlukah mereka diberikan hak demikian?
Bukankah sebagai banduan mereka dengan sendirinya, telah
dinafikan beberapa hak sehingga mereka selesai menjalankan hukuman
masing-masing. Tiada lagi hak kebebasan bergerak, hubungan dengan dunia luar
dikawal, mereka tiada hak berjual-beli atau berurusniaga, mudahnya angkara
mereka merupakan banduan atas kesalahan sendiri maka segala hak yang diberikan
kepada kewarganegaraan mereka terlucut atau tergantung buat sementara sehingga
mereka selesai menjalankan hukuman.
Jika begitu, apakah rasionalnya maka mereka perlu diberikan
hak untuk mengundi? Tidakkah ini nanti mendatangkan kos kepada kerajaan, risiko
dan seumpamanya. Bukankah sukar nanti parti-parti bertanding mahu diberikan hak
berkempen kepada mereka, dan wakil-wakil parti untuk hadir pula memerhatikan
proses pengundianbanduan-banduan ini.
Warganegara biasa berhak memilih dan dipilih, tetapi mereka
bukan warganegara biasa, mereka banduan. Oleh kerana mereka tidak boleh dipilih
(bertanding dalam pilihanraya) maka tiada sebab mengapa mereka perlu pula
diberi hak untuk memilih.
Namun demikian sekiranya mereka telah bebas menjalankan
hukuman, itu perkara lain.
Secara peribadi saya berpandangan biarlah mereka menjalani
hukuman, diberika pemulihan dan setelah bebas barulah dikembalikan hak memilih
itu.
1 comment:
bila didapati bersalah kelayakan pun boleh terbatal macam man nak bagi hak mengundi pula sengaja nak tambah peluang nampaknya. kreatif tak bertempat
Post a Comment