Saya terbaca dalam berita terkini The Staronline bahawa
Alvin Tan dan Vivian Lee pasangan kontroversial yang telah mencetuskan
kemarahan rakyat Malaysia, dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur sebentar tadi. Mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM30,000 melalui dua
penjamin. Dengan itu kedua pasangan tersebut kini dibebaskan dari penjara
sementara menunggu tarikh perbicaraan mereka. Semoga mereka menyediakan peguam yang baik untuk membela mereka.
Membaca perkembangan itu saya cuba melihat facebook mereka
untuk membaca sekiranya ada apa-apa “update” ekoran pembebasan itu. Saya lihat
tiada. Cuma apa yang ingin saya ketengahkan dalam posting ini adalah facebook
Vivian di https://www.facebook.com/sexychocoholicbabe
Di sudut facebook Vivian diruangan “recent activity” nya
beliau meletakkan facebook “Murtads in Malaysia and Singapore” sebagai “like”
nya. (Dan ada yang menyatakan pasangan ini sekadar buat lawak dan tiada maksud menghina Islam. Tapi "like" pula group "Murtad"?)
Ada facebook “Murtad” rupa-rupanya! Ianya berada di https://www.facebook.com/MurtadsInMalaysiaAndSingapore
Siapa yang tidak panas dan terguris membaca posting di dalam
facebook ini yang menghina Islam dan penganutnya. Saya syak pemiliknya adalah
rakyat Malaysia kerana beberapa postingnya di tulis dalam Bahasa Melayu.
Antaranya:
Orang Islam sensitive... Hina Nabi bagaikan hina mak bapak
dorang... padahal Nabi lebih disanjung tinggi dari mak bapak... Nabi kan hari
hari kasi dorang makan, hantar mereka gi sekolah, jaga mereka waktu sakit..
Siapalah mereka kalau bukan tuk Nabi mereka... Patut ler kalau nak buat ranking
kasih... Seseorang Muslim mesti mencintai Nabi Muhammad lebih dari mak bapak
sendiri...
Mereka yang ada anak pun sama.... kena cinta Nabi lebih dari
anak sendiri... Maklum lah... kalau tak sayang Nabi... tak dapat masuk
syurga... Pandai glam kan namanya....
Satu lagi posting menyebut:
Bace quran bertarannum tidak mampu menutup kepalsuan islam.
Islam mencuri irama2 tarannum dari daerah2 yg ditaklukinya. Dari 7 taranum
utama, 4 berasal dari lagu kafir Parsi iaitu tarannum Ajam, Jiharkah, Rasht dan
Nahawand. Bahkan Rasht dan Nahawand ialah nama bandar di Iran. Manakala irama
taranum Sikah dicuri oleh Islam dari irama geraja Koptik Mesir. Islam muka tak
malu.
Banyak lagilah yang sekali lagi membuktikan penyalahgunaan
hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat dalam Negara kita. Sekali lagi saya
suka tegaskan bahawa kebebasan bersuara bukannya mutlak perlu ada batas dan
sempadannya, jika tidak inilah malapetakanya.
Diharapkan pihak SKMM akan segera menyaisat dan mengambil
tindakan.
1 comment:
Salam, blog tuan sangat bagus untuk dikongsi. untuk itu diharap tuan dapat masukkan blog ini di senarai blog list tuan...terima kasih
http://orangkampungcyber.blogspot.com
Post a Comment