Kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa PAS di
Kuala Besut akan berjuang berdasarkan kekuatannya dan bukan hal peribadi musuh
adalah sesuatu yang wajar dibangakan (sila rujuk : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/15/PAS-veep-We-focus-on-own-strength.aspx
)

Dalam erti kata rakyat peluang untuk Islam kembali bertapak
dan memerintah di Terengganu bermula dengan undi rakyat di Kuala Besut.
Dengan barakah Ramadhan mudah-mudahan akan terusiklah hati
saudara-saudara kita di Kuala Besut untuk menyempurnakan sasaran 16:16 itu dan
akhirnya memberi laluan untuk Islam kembali memimpin Terengganu sebagaimana di
tahun 1959 dan 1999 dahulu.
Kekuatan PAS adalah Islam. Rakyat Kuala Besut perlu
disedarkan bahawa mengundi PAS bermakna memberi nafas kepada bumi Terengganu
untuk ditadbir dengan cara Islam.
Laluannya bukan mudah buat PAS, namun sekiranya PAS menyandarkan
pada kekuatannya iaitu dasar dan matlamat perjuangannya tidak mustahil sekiranya
kita memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Allah swt, panji-panji Islam
akan kembali berkibar di Terengganu sebagaimana di Badar dalam bulan Ramadhan al
Mubarak ini.
No comments:
Post a Comment