Saya menipu diri jika saya mengatakan tidak terusik hati
apabila membaca berita muka depan akhbar The Star hari ini:
“Conversion quashed”
(Iaitu keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan sijil
memeluk Islam tiga kanak-kanak berbangsa India yang telah di Islamkan oleh bapa
mereka (yang sebelumnya telah bercerai dengan isterinya) pada tahun 2009)
Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung undang-undang saya
akur suka tak suka perlu menerima keputsan ini (namun keputusanni belum
muktamad kerana boleh dirayu di mahkamah yang lebih tinggi). Tetapi sebagai
seorang Muslim saya pasti rasa terusik hati.
Kanak-kanak yang dimaksudkan itu kini berusia 16, 15 dan 5
tahun.
Hasil perceraian ibu-bapa, anak-anak menjadi rebutan dan
apabila si bapa pula menukar agama dan memeluk Islam, situasi menjadi lebih
rumit lalu naik-turun mahkamah dan inilah keputusannya, anak-anak yang telah di
Islam kan oleh si bapa perlu kembali kepada agama asal kerana kata mahkamah
(selain aspek teknikal) :
“….the mother has equal rights to raise her children in her
own religion”
(….ibunya turut mempunyai hak yang sama menjaga anak-anaknya
menurut agama kepercayaannya)
Banyak pihak sebagaimana dilaporkan oleh akhbar dan media
sosial mengalu-alukan keputusan ini keranan kononnya menepati Perlembagaan
Persekutuan, namun saya yakin ramai juga yang sebaliknya, cuma ketidakpuasan
hati mereka tidaklah pula dilaporkan.
Sebenarnya keputusan ini pun terus boleh dibahas dan
dihujah, mungkin pihak Jabatan Agama perlu mengkajinya (dari aspek dan
pentafsiran Perlembagaan Persekutuan). Kalau si ibu punya hak yang sama
bermkana kedua-dua ibu dan bapa masing-masing punya hak. Jika demikian apa kata
anak-anak tadi dijaga tanpa agama sehinggalah mereka mencecah usia 18 tahun dan
kemudian dipanggil mahkamah untuk memilih agama mana yang mahu mereka turuti,
agama bapa atau ibu.
Jika si ibu diberi hak penjagaan, pastikan si ibu tidak
mempengaruhi anak-anaknya mengikuti agamanya. Biarkan mereka bebas tanpa
dipaksa apabila melibatkan istiadat serta majlis keagamaan. Pasti sukar.
Benar dan saya setuju apabila Hakim Lee Swee Sung dalam
keputusannya semalam menyebut:
“This is not a victory for anyone but for all to be living
in peace and our differences need not divide us”
(Ini (keputusan beliau) bukannya kemenangan untuk sesiapa
tetapi buat semua agar hidup dalam aman dan perbezaan kita tidak membezakan
antara kita)
“Regardless of our faiths we must have the highest
regard for one another”
(Tidak kira agama kita, masing-masing perlu menghormati
antara satu sama lain)
Saya harapkan kaedah pengislaman melalui Jabatan-jabatan
agama diperbaiki dan dikemaskini, jangan longgar sehingga memungkinkan kes
seumpama ini berlaku. Konflik antara bidang-kuasa mahkamah syariah dan sivil
masih belum beres dalam Negara kita dan kes-kes seumpama ini masih banyak lagi
yang belum diputuskan.
Apa pun biarlah menarik rambut dalam tepung, rambut jangan
putus, tepung jangan berserak. Wallahualam.
1 comment:
dah berpuluh tahun masalah macam ni tak ada pihak yang benar benar nak cari jalan penyelesaian yang adil. yang ada rioh ini negara Islam
Post a Comment