Bahana bungapi dan mercun (30/7/13)

Tuesday, July 30, 2013


Sepeti biasa menjelang Syawal berita anak-anak termasuk orang dewasa yang tercedera bermain bungapi dan mercun terus didengari. Disaat kita bergembira menyambut kedatangan Syawal, ada yang terpkasa berada di hospital menanggung derita da nada yang membawa parut dan kecacatan sehingga ke akhir hayat.
Yang anehnya semua jenis bungapi dan mercun kecuali dua jenis sahaja (happy Boom dan Pop-pop) adalah di HARAM kan pengimpotan nya.

Isunya jangan kita berbahas mengenai penyeludupan senjatapi ke dalam Negara terutama dari Negara seberang sedangkan bungapi dan mercun pun kita gagal tangani penyeludupannya.

Bungapi dan mercun ini sudah pastilah lebih besar muatannya jika mahu diseludup masuk. Jadi bagaimana ia boleh tembus masuk ke Negara?
Walaupun HARAM tetapi ia tetap laris di pasaran dan boleh didapati dimana-mana jangankan perayaan Hari Raya, apa sahaja perayaan di Malaysia, Tahun Baru Cina atau Deepavali, dentuman mercun dan pancaran bungapi tetap kedengaran dan kelihatan.

Siapakah yang mahu dipersalahkan?
Di sempadan kita ada pihak Kastam dan Unit Pencegah Penyeludupan atau UPP yang sepatutnya memantau dan mengawasi keluar-masuk barangan ke dalam Negara selain agensi penguatkuasaan yang lain, bagaimana boleh bolos?

Bolos pula bukan dengan kuantiti yang kecil, segenap ceruk Negara dari kampong ke bandar ke tanah-tanah rancangan, pulau dan tanah tinggi semuanya selamba bermain dan melepaskan mercun dan bungapi diwaktu-waktu perayaan. Bermakna berkotak-kotak, bertan-tan barangan HARAM ini dapat masuk…..!!!
Perkara ini perlu dilihat dengan serius dan satu tindakan bersungguh perlu diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Ini bukannya mahu menuding jari, tetapi kita mahukan komitmen semua pihak. Jika ada elemen rasuah yang terlibat, maka siasat dan ambil tindakan.

Kalau penyeludupan bungapi dan mercun pun diluar kawalan bagaimana lah kita mahu menangani yang lain termasuk penyeledupan senjatapi.

 

 

1 comments:

otaklunyai said...

5 kontena masuk, 4 lepas tahan 1 jer... itu pun jual balik.. mana tak banyak bekalan... ni sekarang dah kecoh asyik org kena tembak... macam mana boleh dapat senjata api secara mudah? kata ada akta yg tegas utk pesalah yg memiliki senjata api... tapi, senjata api ada dimana2 dgn sesiapa saja yg mungkin.. ini maslah pengurusan, masalah pentadbiran, masalah penguatkuasaan, masalah ketelusan, masalah amanah, masalah tanggungjawab... tapi bila kepala ikan dah busuk, habih akan membusuk seluruh ikan tersebut... jadi rakyat kena celik mata dan minda utk buang cepat2 kepala ikan yg busuk yg asyik dgn kemelut peribadi yg tak selesai2 dari kes rasuah, penyelewengan duit rakyat, kes rogol perempuan, kes bunuh anak org, kes tipu undi... Rakyat kena bertindak... mereka takkan menang dgn undi tipu kalau rakyat gunakan otak sebelum undi mereka...