Wednesday, July 31, 2013

MPSJ mahu lulus lesen rumah urut jika ada permintaan? (31/7/13)


Saya sungguh terperanjat pagi ini apabila membaca laporan akhbar bahawa pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersedia mengeluarkan lesen-lesen rumah urut atau pusat kesihatan sekiranya terdapat permintaan. Kesediaan ini kononnya kerana kawasan perbandaran berkenaan semakin berkembang dan berkemungkinan memerlukan lebih banyak pusat-pusat seumpama ini atas dasar permintaan.
Sekarang pun MPSJ telah memberi lesen kepada 211 pusat-pusat urut (itu di Subang Jaya sahaja bukan seluruh Selangor), tidak termasuk yang tidak berlesen dan beroperasi sesuka hati.

Sebelum ini kalau kita perhatikan banyak pihak telah mengkritik kerajaan negeri Selangor kerana melalui PBT-PBT nya banyak meluluskan rumah-rumah urut seumpama ini.
Apa masalahnya rumah-rumah urut ini?

Rata-rata kecuali segelintir, pusat-pusat ini samada berlesen lebih-lebih lagi yang tidak berlesen sesungguh dan sebenarnya merupakan sarang-sarang makasiat. Refleksologi dan terapi muka kononnya menjadi hiasan luar tetapi hakikatnya pusat-pusat ini menjalankan aktiviti maksiat iaitu urut badan sehinggalah ke aktiviti seksual.
Malah perkara ini diakui sendiri oleh EXCO Kerajaan Tempatan Selangor yang baru Teng Chang Khim sehingga beliau pernah menyebut akan mengkaji samada boleh diasingkan rumah-rumah urut ini agar yang untuk lelaki memberi khidmat kepada pelanggan lelaki dan wanita untuk wanita. Tujuannya:

 …..to overcome the problem of these outlets doubling as prostitution dens.

(….bagi mengatasi masalah pusat-pusat ini menjadi sarang pelacuran)
Dalam satu kenyataan lain Teng dilaporkan :

Teng menegaskan sejak 2008 kerajaan negeri telah menetapkan dasar untuk tidak mengeluarkan lesen baru rumah urut dan dasar itu masih terpakai sehingga kini.
“Tentang bab urut saya telah nyatakan bahawa dasar kita sejak 2008 kita tak keluarkan lesen yang baru. Itu dasar yang masih terpakai,” katanya.

Oleh itu apa rasionalnya tiba-tiba pihak MPSJ mahu pusing kebelakang dan menimbang-nimbang untuk meluluskan lebih banyak lesen aktiviti ini? (apa jadi dengan dasar kerajaan yang disebut Teng itu?) Barangkali MPSJ berpuas-hati bahawa kesemua 211 pusat urut yang dilesenkannya itu semuanya “putih” menjalankan aktiviti “bersih”, apa kata sebuah badan bebas dibentuk untuk mengintip dan memberi laporan?
Sepatutnya diperingkat ini suatu perubahan besar perlu diperkenalkan dalam semangat cadangan Teng Chang Khim itu agar pusat-pusat ini jika benar masih diperlukan, maka dipastikan benar-benar mejalankan aktiviti yang sihat dan bersih tanpa ada peluang untuk menyelinap menjadi sarang maksiat. Bukannya kita terus lulus tanpa had dan kajian.

Saya musykil apa sumbangan ahli-ahli majlis dari PAS yang duduk di MPSJ dalam perkara ini? Jika dulu semasa zaman BN kita antara yang vokal menyerang isu ini sekarang kita duduk sebagai kerajaan adakah kita masih vocal atau duduk senyap mengizinkan perkara ini berlaku?
Semoga sekuarng-kurangnya pimpinan PAS bangkit menjelaskan kenyataan terbaru pihak MPSJ ini. Jangan hampakan harapan tinggi para penyokong dan mereka yang bersimpati dengan kita.

3 comments:

Anonymous said...

Memang Selangor tak keluar lesen rumah urut, tapi keluar lesen refleksologi.

Ramai ahli2 PAS bertaraf ustaz yang jadi ahli majlis, apa dia orang buat?

Anonymous said...

Sekadar berkongsi cerita dengan blogger N32 .. apa yg saya sampaikan ini bukan niat hendak membela MPSJ atau sebaliknya .. cuma mahu mengajak kita berfikir apa tindakan selepas ini.. Saya pernah mengikuti kursus kesedaran Halal kebetulan pula fasilitator yang diundang dari bidang penguatkuasa JAKIM.Beliau berkongsi pengalaman yang beliau pernah diancam ugut ke atas isteri & anak beliau disaat beliau membuat operasi penyitaan disesebuah premis makanan yang kebetulan pemilik premis tersebut merupakan anggota kongsi gelap yang amat berpengaruh.Beliau terpaksa beralah hanya menarik lesen Sijil & Logo Halal tak lebih dari itu.Walhal premis tersebut semmgnya byk menimbulkan masalah terhadap masyarakat di kawasan itu.Jadi dalam isu MPSJ ini kena kena teliti dahulu sedalam mungkin.Tak mustahil ada udang di sebalik batu. Harap pihak berwajib terutama polis ambil peranan masalah ini. Jika tidak dibendung tak mustahil Malaysia bakal menjadi Negara ITALI Asia..MAFIA & POLIS berpisah tiada....

Anonymous said...

BRo Roslan sejak kebelakangan ini tidak algi aktif menulis blog. Tidak seperti dulu sewaktu BN berkuasa di Selangor, apa saja yg dirasakan salah, pasti tak terlepas daripada kiritikan bro Roslan.

Tapi sejak PR mengambilalih Selangor dan bro Roslan sendiri pernah berada dalam barisan Majlis PBT, rasanya dah kurang penulisannya.

Adakah kerana berada "diluar" lebih senang mengkritik berbanding berada "didalam"?

Adakah kerana takut dilabel sebagai mereka yang tak taat kepada pemimpin maka bro Roslan hanya menembak sedas dua saja peluru berbanding sebelum ini?

Come on bro Roslan. I know you are better than this. Dulu, semasa BN memerintah Selangor, bro Roslan sendiri berasa jelik dengan orang2 BN yang tak berani menghentam pemimpin sendiri yang buat salah. Sekarang apa dah jadi???