Pernah ketika saya menjadi ahli majlis bagi sebuah Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, semasa satu Mesyuarat Jawatankuasa
Pelesenan nya, isu iklan yang memaparkan wanita dalam aksi yang tidak sopan
dibangkitkan. Ia dibangkitkan ekoran bantahan penduduk Islam di kawasan itu.
Saya telah mengeluarkan hujah mencadangkan agar iklan itu
diturunkan dan tiada lagi iklan seumpama itu diluluskan. Sesungguhnya garis
panduan bagi iklan-iklan awam pun jelas melarang iklan yang sedemikian.
Semasa mesyuarat itu ada dikalangan ahli mesyuarat khasnya
yang bukan Islam tidak bersetuju dengan mendakwa seolah PBT mahu mengekang dan
mengawal industry pengiklanan yang didakwa sihat. Seorang ahli mesyuarat wanita
Islam turut bersetuju dengan cadangan saya.
Melihatkan seakan tiada keputusan lalu pengerusi mesyuarat
iaitu Yang Dipertua Majlis (YDP) telah meminta pandangan jabatan dan agensi
penguatkuasaan yang turut dijemput. Ketika itu YDP meminta pandangan wakil dari
Polis Di Raja Malaysia, seorang pegawai berpangkat Inspektor, wanita bukan
Islam. Dengan takdir Allah, pegawai berkenaan (walaupun bukan Islam) turut bersetuju dengan pandangan
saya dengan menyatakan apa pun janganlah sampai tubuh wanita diperalatkan bagi
tujuan komersil.
Akhirnya keputusan diambil untuk menurunkan iklan berkenaan.
Saya membawa kisah ini kerana dalam akhbar tempatan hari ini
dilaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP membantah iklan pada sebuah
papan tanda elektronik di Gerogetown, Pulau Pinang yang memaparkan gambar
wanita yang berpakaian tidak sopan.iklan yang dibantah CAP di Georgetown |
Menurut Presiden CAP Hj SM Mohd Idris, iklan berkenaan di
Jalan Burma merendahkan maruah wanita dan perlu diturunkan.
Menurut beliau lagi peraturan atau garis panduan pengiklanan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri jelas melarang iklan
seumapam itu. Malah ia turut bertentangan dengan garispanduan yang dikelaurkan
oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Di sinilah majlis tempatan atau PBT perlu memain peranan.
Sebarang iklan yang berlesen perlu diluluskan oleh PBT sebelum boleh
diiklankan. Diharapkan ahli-ahli majlis peka akan perkara ini dantidak
bertindak membelakangankan peraturan yang sedia ada.
Sekurang-kurangnya di Kelantan, kita boleh menarik nafas lega apabila semua papan tanda iklan di sana sekiranya melibatkan wanita, adalah dalam keadaan berpakaian sopan.
Syabas CAP.
3 comments:
banyak cakap kuat kuasa kurang cekap itulah yang jadi masalah.kesopanan mesti diberatkan bukan diringan ringankan lagi pun ini soal maruah manusia
selangor bila lg ikut mcm iklan di klntan plg x pun mula di kaw. majoriti melayu islam mcm kt s.alam ke bangi , saujana utama , sg buloh , klang dan byk tempat lg.
PAS kat Selangor masih lembik walaupun dah ada 14 kerusi. bila nak jadi kuat ni??
Post a Comment