Adakah kebebasan bersuara dan mengeluarkan pandangan itu
bebas mutlak? Jangankan dalam Islam, dalam peraturan sivil pun kesemuanya
tertakluk kepada peraturan dan perundangan. “Save in accordance with the law”
adalah istilah biasa dalam undang-undang sivil Negara.
Apa lagi dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama di
Malaysia. Sensitiviti masyarakat perlu dihormati dan dipelihara. Sekiranya
tiada batas dan larangan ianya pasti mengundang bencana kerana yang terguris
akan melenting tambahan jika yang diguris itu melibatkan kepercayaan dan
peradaban satu-satu kaum yang lain.
Saya kira masyarakat Malaysia sudah matang dan dewasa akan
hakikat ini. Kerana itu masyarakat kita yang pelbagai dapat hidup rukun dan
damai dalam satu Negara, tidak seperti di Negara lain yang menyaksikan
pertumpahan darah dan keganasan.
Cuba anda amati ungkapan ini:
Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat
1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim
perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya
merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama
Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!
-Sahabatmu, Alvin dan Vivian-
Ianya satu posting di facebook milik pasangan di atas yang
dimuatkan siap dengan gambar berikut:
Jika ini tidak kurang ajar, apa lagi?
(Pasangan ini sedang bergambar dengan sajian popular masyarakat Cina iaitu "Bah Kut Teh" yang mengandungi daging khinzir - perhatikan logo Halal yang turut dinaikkan)
Kedua pasangan di atas yang memangnya tersohor dengan aksi
lucah dalam facebook mereka sebelum ini memberi reaksi kononnya posting mereka
ini sekadar suatu jenaka, bukan serius.
Jenis individu dan kumpulan seumpama inilah yang akan
menggegar kestabilan Negara yang dimaksudkan lantaran cetek akal dan keceluparan
mulut. Bayangkan kalau pihak yang terguris pula memberi rekasi, tidakkah ini
nanti akan mengundang bencana.
Kerana itulah kebebasan apa pun sepatutnya tidak ditangkap
muat sebagai sesuatu yang bebas mutlak. Yang bebas mutlak adalah mereka yang
tinggal di hutan dan rimba. Makan dan musnah sesama mereka, bagi kita yang
beradab dan bertamaddun biarlah berpada-pada.
Mohon pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian kepada
posting dan pasangan yang dimaksudkan. (Kepada pasangan ini: jangan bermain api, nanti terbakar tangan....)
3 comments:
idea syaitan memang suka cari pasal dengan Islam perlu ada tindakan untuk manusia jenis ni.kreatif konon tapi tak sedar sensitif yang diundang
Salam, apa nak buat, nasi dah jadi bubor. Dulu kita galak sangat nak mansuhkan ISA dan menggalakkan kebebasan bersuara. Yang sedihnya ia hanya menimpa umat islam saja tanpa ada satu "kesatuan" yang menentangnya. Fikir2kan lah wahai pemimpin PAS dan UMNO!
Pemimpin pas tak nak backup ke? bukan ke diorg ni penyokong kuat PKR...ada bukti kata diorg ni mmg DAP...
Post a Comment