Terbaru: Menurut Timbalan Menteri Pelajaran P.Kamalanathan
isu “bilik persalinan” di SK Seri Pristana di Sg Buloh telah selesai. Beliau
dipetik oleh The Staronline sebagai berkata:
"As far as we are concerned, the issue is resolved. The
headmaster had good intentions but chose a poor location. He has apologised. I
too apologise. It won't happen again,"
(Setahu kami isu ini telah pun diselesaikan. Guru Besar
mempunyai niat baik tetapi telah memilih lokasi yang tidak sesuai. Dia telah
memohon maaf dan saya pun memohon maaf. Ia tidak akan berulang)
Timbalan Menteri itu turut menjelaskan hakikat bahawa “bilik
persalinan” yang dikatakan oleh akhbar The Star hari ini sebagai “Distasteful”
atau “menjijikkan” itu telah digunakan sejak bulan Mac lagi.
Kalau Guru Besar punya niat baik dan telah pun memohon maaf.
Timbalan Menteri pun memohon maaf bagaimana dengan mereka yang mengapi-apikan
isu ini? Bagaimana dengan mereka yang memainkan isu ini sebagai isu kaum dan
agama?
Satu contoh baik buat rakyat Malaysia, jangan mudah melatah.
1 comment:
niat baik pilih lokasi kurang baik apa hal nya
Post a Comment