Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem

Tak berapa jam lagi akan merangkak masuk bulan Ramadhan al Mubarak, bulan Allah yang penuh rahmat dan barakah. Umat Islam seluruh dunia akan mula menjalankan ibadat berpuasa disamping memenuhi bulan berkenaan dengan amal-ibadat yang bermanfaat.

Sememangnya sayu hati apabila Ramadhan kunjung tiba, sayu kerana adakah kita nanti mampu melaluinya dengan sebaik mungkin, lebih baik dari tahun-tahun yang lalu atau adakah kita akan gagal dan mensia-siakan peluang dan tawaran khusus dari Allah swt ini.




gambar diambil dari blog adinda Mohd Amin Daud


Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua umat Islam khasnya para pengunjung blog ini. Berusaha dan berikhtiarlah kita agar puasa kita nanti dapat berhujah untuk kebaikan kita apbila bertemu Allah swt nanti.

Saya akan cuba untuk mengawal diri, bersabar, terus menulis dengan penuh cermat, tidak menabur fitnah dan mengadu domba tetapi menulis untuk kebaikan ummah. Semoga Allah swt mengurniakan kekuatan kepada ibu-bapa kita (jika masih hidup), kaum keluarga, isteri dan anak beranak serta sahabat-handai untuk berjaya dalam Ramadhan kali ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (al Baqarah: 183)

2 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

Begiti cepat masa berlalu,Bagi mereka yang merasa berat hati untuk menempuh ujian berpuasa sudah tenti merasa rimas,akan tetapi bagi yang sudah terbiasa sudah pasti akan menganggapnya satu ujian yang manis untuk ditempuhi...mudah mudahan !

Firdaus R said...

Salam Ramadhan daripada kami semua abang roslan. Boring-boring, mai la lawat kami ni..hehehe