Monday, July 06, 2009

Menanglah pula di Manek Urai

Pertarungan secara rasmi antara gergasi politik PAS (Pakatan Rakyat) dan Umno (BN) bermula siang tadi di Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan setelah selesai proses penamaan calon. Sepanjang lebih seminggu tempoh berkempen masing-masing akan bekerja keras untuk memenangkan calon masing-masing pada hari mengundi iaitu 14 Julai nanti.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah adalah manakala calon Umno Tuan Aziz Tuan Mat (gantikan Tuan dengan Nik jadilah Nik Aziz Nik Mat J)

Kita mahu melihat satu pilihanraya kecil yang bersih, telus dan adil, dimana semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang yang sedia ada, selain pihak berwajib dan bertanggungjawab dari pihak SPR sehinggalah pihak polis, masing-masing bertindak bebas tanpa memihak kepada sesiapa melainkan peraturan dan undang-undang yang terpakai.

PAS dan jenteranya saya yakin penuh berdisiplin kerana ia adalah kerajaan negeri di Kelantan. Sebagai parti Islam, PAS akan berkempen secara sihat selain memberi keadilan kepada semua. Namun jika ia disekat-sekat dan dihalang-halang, demi mempertahankan kerajaan “Membangun Bersama Islam” seluruh ahli PAS bersedia untuk bersemuka dan bertembung dengans esiapa sahaja yang khianat pada undang-undang dan peraturan yang ada.

Inilah platform terbaik bagi PAS untuk membuktikan penerimaan masyarakat terhadapnya. Jika insyallah menang lagi PAS kali ini, bermakan ia kemenangan ketiga berturut-turut baginya dari Kuala Terengganu ke Bukit Gantang dan kini ke Manek Urai, PAS sudah sedia untuk melontarkan dirinya bagi memimpin ummah!

Bagi saya pilihanraya kecil kali ini agak nostalgik dan “personal” kerana beberapa perkara . Pertama saya dilahirkan di sini lebih 45 tahun lalu iaitu di kuaters kerajaan Kuala Krai ketika ayah saya Ketua Polis Daerah Kuala Krai (OCPD). Bekas ahli-ahli parlimen Kuala Krai iaitu sahabat saya Ustaz Ibrahim Mahmod @ Medinah dan Hj. Nasir masih ingat akan ayah saya semasa muda mereka dahulu.

Dan kebetulan tanggal 14 Julai, iaitu hari mengundi adalah merupakan tarikh ulangtahun kelahiran saya. Harapan saya menanglah PAS pada hari itu nanti, insyallah. Kepada semua petugas selamat menjalankan tugas dan semoga Allah swr kunriakan kita kememnagan yang dinanti-nanti, perkenankanlah Ya Allah!

6 comments:

Anonymous said...

pokku.....selamat hari ulang tahun teruskan berjuang sebagai ahli PAS sejati

dhuat79 said...

Happy birthday bro... Hadiah hadiah

Anonymous said...

Insyaallah..kita doakan calon Pas akan menang.

Anonymous said...

Bagus selepas ini ramai la umat ISlam yg tetap akan jadi bodoh bahasa inggeris terutamanya di pendalaman..

Dan bagus kerana bahasa tamil dan cina juga telah di martabatkan..

persoalan disini.kenapa pihak yg menagung-agung kan bahasa malaysia tidak mendesak supaya semua sekolah tak kira kebangsaan atau jenis kebangsaan mengajar bahasa melayu,kerana ini akan memmertabatkan bahasa melayu kepada semua rakyat malaysia.

Kalau setakat nak ajar bahasa malaysia kepada rakyat melayu sahaja baik tak payah..

Bagi pendapat saya,org-org yg menentang PPSMI adalah org yg tidak memandang jauh kehadapan dan mementingkan diri sendiri.. cuba tanya Pak Samad Said dan kawan-kawan nya apakah yg telah mereka lakukan untuk memartabatkan bahasa malaysia dalam teknologi dan sains?? Jawapannya tiada!!

PPSMI bukan utk memertabatkan bahasa,ia adalah utk penguasaan ilmu sains dan teknologi.. Dan dalam bahasa inggeris sekali pun bukan bertujuaan utk mempelajari tatabahasa atau lenggok bahasa tetapi utk memahami proses dan fakta.


Sungguh sedih sekali org yg kononnya berilmu rupanya cetek pemikiran mereka,terutama segelintir yg mempergunakan isu ini utk kepentingan politik sendiri

wassalam

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

manek kita uraikan perjuangan akidah umno-pas

Zali said...

Semoga saudara dipanjang usia, teruskan pena saudara. Selamat Hari Lahir dan kemenangan perjuangan. Islam diutamakan dan negeri berkebajikan.