Terima kasih
Alhamdulillah saya dibenarkan keluar hospital kira-kira jam 11 pagi tadi.
Saya ucapkan terima kasih kepada para sahabat yang mendoakan dan memberikan semangat samada melalui blog ini, sms dan yang tidak putus-putus mengunjungi saya di hospital. Saya terpaksa melayan kawan-kawan di kedai mamak sebelah hospital malam tadi apabila ramai yang tidak dibenarkan masuk kerana hospital berkenaan mengenakan syarat ketat atas sebab-sebab tertentu.
Kebetulan seorang kerabat di Raja Brunei turut dirawat di sana disamping kematian kedua H1N1 juga berlaku di situ.
Sekarang saya berihat di rumah dan insyallah akan terus menulis selagi diberikan kekuatan oleh Allah swt berbuat demikian. Terima kasih juga atas nasihat-nasihat kesihatan yang diberikan oleh kawan-kawan. Hebatnya impak blog sehinggakan kawan-kawan yang sudah bertahun tidak berhubung tiba-tiba dihubungkan kembali apabila berita sampai melalui posting dari blog ini.
Terima kasih sekali lagi.
1 comment:
asaalamualaikum dari temasek,
walau tak pernah jumpa secara formal, saya rasa gembira tuan dah selamat keluar hospital dan doakan 'semuanya ok' (macam khir toyo pulak).
teruskan perjuangan.
Post a Comment