Friday, July 24, 2009

Yang jelasnya sesuatu yang meragukan perlu ditinggalkan

Alhamdulillah Dato Seri Nizar hari ini membuat penjelasan darihal majlis kontroversi yang melibatkan beliau dan lilin. Beliau mendakwa majlis yang beliau hadiri itu bukannya upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock sebaliknya sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.

Semalam dalam Utusan Malaysia Ketua Dewan Ulamak PAS Ustaz Dato’ Harun Taib berkata:

Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu." Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?""

Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita.

Baguslah semuanya telah jelas dan selesai. Apa pun berdasarkan perkembangan ini kita diajar bahawa majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian individu yang bukan Islam “syubahat” hukumnya dan perlu dijauhi atau dielakkan demi memelihara aqidah.

Nizar tidak hadir dalam upacara seumpama itu dan siapa-siapa pun yang Muslim berdasarkan pandangan Ustaz Harun ini tidak wajar menghadirinya, cukup sekadar mengucap takziah, ziarah tetapi tidak terlibat dalam upacara atau tradisi yang meragukan.

8 comments:

yes said...

Setuju dengan ustaz . tapi apa yang kita harus ingat yang haram jangan di biarkan berleluasa, seperti judi, arak dan rasuah. BN patut sedar ini semua. JUGA INGAT LAIN KALI JANGAN LETAK KALUNG BUNGA KAT TUGU NEGARA.

poksu said...

Jika tahu perkara itu haram tapi dibuatnya juga akan dikira berdosa, akan tetapi jika tahu benda itu haram tapi dikatakan halal untuk menghalalkan perbuatannya,itu akan dikira sudah terpesong aqidahnya-Kata para ulama'...jadi fikir betul betul !

PRIA MALAYA said...

teman setuju dgn pandangan empunya blog..satu pandangan yg berhikmah dan jelas..

Nurul said...

tapi, menurut YB Idham Lim, blogger Cina Islam, perbuatan menyalakan lilin itu adalah budaya orang Cina dlm memprotes, bukan upacara keugamaan. spertmana, mereka memegang colok semasa Hari Raya Aidilfitri.

saya cdngkan, kaji dahulu, sedalam-nya, majlis syur dan majlis fatwa duduk sekali , bincang.jgnlah kita terlebih dahulu menghukum seseorang, sblm dibuat kajian oelh mereka yg berkuasa...

pd pendapat saya.. masalh ni boleh jd masalah khilaf. sptmana hukum bersalam dgn wanita. dlm keadaan tertentu dibolehkan, tetapi figure2 mcm ustaz dan tok guru xdibolehkan, sbb takut2 jd fitnah diklngn pengiut/org bawahan yg kurang ilmu..

utk kes pegang lilin ni, mungkin keadaan nya begitu.. dibolehan, cuma dtgnkan fitnah pd org yg xphm..

kalau ternyata juga salah, tindakan disiplin haruslah diambil dan Ir Nizar kena moon maaf pd umat Islam.

Panglima Perang Cyber said...

takkan majlis tu nizar tak mengaku pulak.

ada ke majlis media pegang lilin ?

baik mengaku je buat salah dan minta maaf.

kan senang..

PaKMie said...

Salam...

Usah pertikaikan lagi sesuatu yang meragukan, sebaiknya kita menjauhkan diri.

jannah said...

yang bagi komen pulak (dan dipetik oleh Utusan Malaysia), dok Terengganu. bergaul dengan melayu terengganu.

beza budaya Cina dengan agama pun dia tak tau.

roslan sms said...

Maaf tetapi saya tidak dapat menerima pandangan JANNAH.

Yang memberi komen adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang walaupun duduk di Terengganu tetapi kalau nak kata tidak tahu beza budaya Cina dengan agama saya rasa agak keterlaluan.

Ada budaya yang walaupun diamalkan oleh penganut Islam namun tidak semestinya tidak bertentangan dengan syarak. Banyak budaya orang Melayu yang syubhat dan kini sudah semakin banyak ditinggalkan.

Pandangan beliau bukan berbentuk peribadi tetapi berdasarkan telaah hukum.