Wednesday, July 15, 2009

Iktibar disebalik Manek Urai

Bahang pertarungan dan pergelutan di medan Manik Urai telah pun reda dan selesai. Syabas diucapkan kepada Sdr. Mohd Fauzi Abdullah , laksanakanlah amanah yang diberi oleh rakyat itu sebaik mungkin sebagai wakil yang mewakili parti yang memperjuangkan Islam. Seluruh negara berbangga dengan pencapaian PAS itu walaupun dengan majoriti yang amat tipis kerana PAS lah satu-satunya wadah harapan yang kekal dengan prinsip dan dasar perjuangannya.

Tidak keterlaluan dikatakan PAS menang bukan lebih kerana calonnya, jenteranya atau mana-mana pemimpinnya, tetapi PAS menang lebih kerana Islam, bukan hanya di Manek Urai malah seluruh negara dari Perlis hingga ke Johor, bukan hanya PRU ke 12 malah sejak Merdeka warna Islam yang ia kibarkan itulah yang membawa barakah dan menyejukkan hati rakyat untuk mengundinya.

Kemenangan di Manek Urai ini merupakan “hatrick” ataupun kemenangan tiga kali berturut-turut buat PAS dari Kuala terengganu ke Bukit Gantang dan kini Manek Urai, suatu pencapaian luar biasa dan perkembangan baru buat parti dan gerakan Islam ini. Namun yang ketara cumalah kalau kemenangan yang sebelumnya iaitu di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, besar dan membanggakan (walaupun kita tidak memerintah Terengganu dan baru sahaja terlepas kuasa di Perak), walaupun bertembung dengan jentera BN yang bagaikan gergasi berkaurng emas, di Manek Urai undi kita merosot, majority kita susut dab BN berjaya menambahkan bilangan undi mereka.

Kita menang dengan majoriti 65 undi berbanding 1352 undi majoriti yang kita perolehi pada PRU ke 12 lalu. Benar “a win is a win” walau dengan 1 undi, namun sebagai sebuah gerakan Islam, parti yang bertunjangkan adab dan prinsip Islam, kita perlu bermuhasabah menyaring dan merenung dimana kekurangan dan kesilapan kita kalau mahu dibandingkan dengan di Kuala Terengganu dan di Bukit Gantang. Biar kita berterus-terang, jujur demi kelangsungan perjuangan yang maha suci ini.

Kita perlu akui suasana di Manek Urai berbeza dengan suasana mana-mana pilihanraya kecil yang melibatkan PAS sejak tahun 50-60an lagi. Suasana agak kelam, ikatan ukhuwah dan mahabbah berjemaah bagaikan diuji di sana. Kalau sebelum ini jika pun ada perbezaan pandangan sesama kita, tetapi apabila terjun ke medan perang segala-galanya diketepikan. Keutamaan adalah mempamirkan satu saf ketumbukan yang padu dan kemas bagi menggerun dan menghadapi musuh. Di Manek Urai kali ini secara jujur saya nyatakan ia tiada malah sebaliknya strategi dan pendekatan asing dibuat sehingga saf tampak tidak kemas, longgar dan renggang.

Ada yang boleh turun, ada yang dilarang. Ada poster yang boleh naik ada yang tidak. Ada yang disusun dan dibenarkan ceramah ada yang tidak. Malah ada pula yang menggunakan gelanggang untuk menyindir dan merendah-rendahkan sesama jemaah. Maaf ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ahli-ahli secara matang melayan karenah ini walaupun hati luka dan gelisah. Kita tidak mahu menzahirkan kelemahan kita walaupun ada yang ghairah begitu. Tetapi kita tidak berdaya menahan persepsi mereka yang di luar saf. PAS dilihat berbeza di Manek Urai, bukan PAS yang biasa-biasa. Kerana itu samada kita sedari ataupun tidak mereka yang di luar saf yang sebelum ini pernah memenangkan kita, kini rimas dan tidak selesa dengan gelagat kita. Mereka percaya dan kasih pada PAS tetapi PAS kali ini tidak tampak bagaikan yang selalu-selalu.

Biarlah kita berlapang dada dan menyelami kekurangan ini dengan penuh adab dan disiplin Islam. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Apa pun kepada yang ikhlas yang telah bertungkus-lumus kerana percaya pada PAS dan prinsip perjuangannya, syabas saya ucapkan. Doakanlah PAS kekal sebagaimana asalnya. Buangkan yang keruh ambil yang jernih.

8 comments:

pasnational_unity said...

InsyaAllah saya bersetuju dengan komen saudara.Cuma saranan saya kepada pimpinan PAS agar jangan meletakkan hanya punca kekurangan undi di MU kepada pengundi yang tidak mengundi PAS kali ini, sebagai satu cth "kekalahan tipis PAS di Manek Urai berkemungkinan rakyat di sana terpengaruh dengan janji-janji BN seperti pembinaan jambatan dan beberapa pembangunan yang mereka janjikan".

Komen sebegini memberi kesan (-) pada usaha dakwah.Apa yang perlu dikoreksi bersama adalah satu koreksi secara kaffah.MU adalah indikator PRU-13 kepada PAS khasnya.

Apakah "bahasa" yang sesuai digunakan pada PRU-13 dan apakah peta lakaran untuk menterjemah slogan "ISLAM Memimpin Perubahan" & "PAS Untuk Semua"

Teruskan Perjuangan

poksu said...

salam hormat !

Anilisis pendek (katakanlah walaupun sepotong ayat pada kebenaran:maksud hadith)

1.sebab orang pas (MU)tidak melihat perkara dunia lebih penting berbanding dengan ganjaran diakhirat (islam) walaupun jika dilihat disegi perbezaan calon bagaikan langit dengan bumi (pengurus dengan peniaga)siapa yang lebih cekap dan bijak mentadbir?.

2.Punca kemorosotan undi ialah (seperti dikebanyakkan prk) curahan duit dan berjanji itu ini begitu begini menjadikan ada diantara pengundi terasa terhutang budi disamping perbalahan mulut secara terbuka dikalangan kepimpinan pas sendiri adalah salah satu faktor utama majoriti kurang.Ini memberi erti pengundi memilih dasar parti dan bukannya kerektor calon.

Jadi fikir betul betul !

Orang Muda said...

Salam Bro Roslan,


Dah lama saya menanti ulasan saudara untuk kisah PAS di MU ini.Saya antara jutaan anak muda di Malaysia yang menruh harapan menggunung kpd PAS untuk mengetuai negara suatu hari nanti.

NAmun melihat perkembangan mengenai UG hingga ke MU, hampir remuk seluruh hati ini. PAS ibarat bahtera hilang arah dalam menangani suatu isu dalaman, seolah tiada musyawarah, PAS seperti baru dilahirkan semalam dalam dunia politik.

Kepada pimpinan tertinggi(Majlis Syura),nilai lah semula sebahagian pimpinan PAS, biar popular mana pun org itu, jika dia ibarat api dalam sekam, kami ahli dibawah tidak akan marah kalu org2 spt itu disingkirkan. Kalu mampu ckup lah diadakan pertandingan dari naib presiden keatas. Gunalah Majlis Syura.

Semoga PAS terhindar dari anasir2 parasit.....

Anonymous said...

Memang betul. PAS sekarang ini tidak saperti PAS dahulu dan lebih mirip kepada UMNO.

Ada di dalam PAS yang kalah bertanding jawatan yang tidak puas hati dengan kekalahan dan beranggap jawatan itu adalah haknya dan bukanlah satu tanggungjawab dan amanah pemberian Allah swt.

Wassalam

Abu Qamar
Yang menang pula dipulaukan kerana kemenangan beliau.

Ada yang tidak mahu melihat persatuan umat Islam dan lebih suka dengan perpecahan umat Islam.

PAS mestilah beringat bahwa 50% daripada pengundi di MU meonlak peranggai PAS ala UMNO ini.

Abu Razeen 2 said...

Pas wajib kaji bagaimana dan kenapa 5283 pengundi yg rata2 muslim masih undi BN yg:
1. sesat aqidah
2. rasuah
3. zalim, contohnya ISA
4. tak cekap tadbir negara hingga projek2 berlaku ketirisan dan roboh sana sini.

klu Pas masih sedia terima 5283 pengundi itu sebagai :
1. penyokong tegar umno/bn yg dah tak mungkin diselamatkan aqidahnya
2. pengundi atas pagar yg sentiasa berubah pendirian ikut isu dan tawaran benda

tanpa Pas membuat da'wah dan penerangan yg berterusan dan tersusun....................
sebenarnya Pas telah silap.

Anonymous said...

http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/07/10/bila-anak-melayu-dirawat-di-gereja/

Anonymous said...

Satu wake-up call untuk PAS bila pemimpin dok berbalah dalam suratkhabar atau secara terbuka! Apakah PAS tersalah baca sentimen rakyat yang sangat benci pada UBN, dok asyik nak berkawan dengan umno aje kerja mereka, dahtu dok berbalah pulak pucuk pimpinan! kami yang di bawah ni terpinga2 nape puak PAS nak berbaik dengan UMNO dahtu DAP plak tibai dari belakang dan tidak kurang pula PKR. PR belum manthop lagi sebagai satu gabungan politik pilihan, jadi pilihan yang terbaik kini ialah UMNO! Na'uzubilLah.....

Makkal Sakhti said...

PAS perlu bermuhasabah diatas kemenangan tipis dlm pilihanraya kali ini, tidak sepertimana lain2 pilihanraya kecil sebelumnya dimana Pakatan Rakyat memenangi PRK dgn kemenangan yg bergaya. Apa yg dilihat ialah solidariti kepimpinan PAS tidak meyakinkan pengundi utk berubah! malahan majoriti semakin berkurangan. Semuanya berpunca apabila PAS tidak memperteguhkan usul muktamar iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat, sebaliknya cuba utk menonjolkan UG sehingga kepimpinan sendiri tidak sekata dlm UG, malahan tindakan itu melonggarkan ikatan Pakatan Rakyat yg telah terbina semasa pilihanraya umum yg lalu. Dlm PRK yg lalu, Kepimpinan PAS turun dgn solidariti yg padu, Pakatan Rakyat tidak berpecah dgn isu2 yg timbul. (isu babi di Kedah sedikit sebanyak menunjukkan kepimpinan Pakatan tidak bijak dlm menyelesaikan masalah... samada dari DAP mahupun dari PAS). Soal rasuah BN kepada pengundi, itu semua perkara lama yg telah kita sedia maklum dan ianya berlaku dlm mana2 pilihanraya kecil atau umum. Rakyat juga telah diajar, bagi gula...kacau, bagi batek...ambil, bagi duit...sapu.... bila undi pangkah PAS. Satu perkara lagi yg perlu diteliti oleh pimpinan PAS dan Pakatan iaitu jumlah undi dikalangan Melayu semakin merosot terutama di Bukit Gantang dan Manik Urai. Post mortem perlu dibuat segera kerana dikawasan majoriti melayu, undi melayu kpd PAS agak berkurangan. Pakatan Rakyat menang dikawasan yg pengundinya sama banyak dari segi komposisi kaum. Bagi kawasan majoriti Melayu, kebanyakan tempat dimenangi oleh UMNO. Ini bermakna agak sukar bg PAS utk mengubah pemikiran pengundi UMNO dari dulu hingga sekarang. Soalnya apakah tidakan yg telah dijalankan oleh PAS untuk merobah corak pemikiran ahli-ahli UMNO ini? Saya bimbang undi Melayu kepada PAS semakin berkurangan dalam PRU yg akan datang jika tiada tindakan yg komprehensif dan proaktik diambil... Ini sudah tentu akan merencatkan halatuju PAS untuk membawa agenda ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.