Tuesday, July 14, 2009

Sila kunjungi laman Merdekareview

Sepanjang terlibat dalam parti dan bidang media Alhamdulillah saya diberikan kesempatan berkenalan dengan ramai personaliti yang terlibat aktif dibidang media khasnya penulisan. Mereka ini merupakan insan-insan penting yang menyumbang tenaga dan fikiran ke arah mempengengaruhi dan mencorak minda masyarakat.

Ada diantara mereka terlibat dalam media berbhasa Melayu, Inggeris malah termasuk juga bahasa Mandarin. Walaupun saya tidak dapat membaca hasil tulisan bahasa Mandarin namun mereka ini sungguh dinamik dan ramai yang mesra dan sudi bertukar-tukar fikiran dengan saya.

Salah seorang daripadanya adalah Sdr Lim Hong Siang yang saya kenali sejak sebelum PRU ke 12. Beliau terlibat dengan portal berita merdekareview yang sangat popular dikalangan mereka yang boleh berbahasa Mandarin.







Lim memang seorang penulis yang berkaliber, tajam dan berani. Pernah dikasari oleh pihak polis semasa membuat liputan. Beliau bekas pemimpin pelajar di USM. Saya masih ingat melayan beliau berkali-kali ditelefon sehingga panas handphone saya kerana beliau memang bertenaga dan kaya dengan pandangan dan bacaan yang sangat komprehensif.

Kalau dalam mana-mana sidang akhbar Lim lah yang akan pantas mengemukakan soalan yang panas sehingga kadangkala menyebabkan yang memberi sidang akhbar tak senang duduk, itulah Lim.

Kini sahabat saya ini adalah Editor bagi merdekareview versi bahasa Melayu di

www.merdekareview.com/bm

Silalah kunjungi laman beliau untuk mengikuti laporan dan analisa berita terkini.

Tahniah Lim semoga anda terus berjaya.

2 comments:

pasnational_unity said...

Tahniah!

"Welcome to the world of Unity"

poksu said...

Salam hormat!

orang cina cakap "nan bo ti nan qui bo ti qui' (olang bukan olang antu bukan antu,binatang pun bukan)
Olang cina suka cakap "ong' dan juga "sui'(tuah dan sial),apakah di MU tak ada hantu maka akan bawa tuah pada Pas? fikir betul betul !