Wednesday, July 29, 2009

Salam hormat dari kamar hospital…..

Berbagai perkembangan sedang berlaku dalam negara kebelakangan ini. Antara yang pastinya tumpuan negara adalah pada inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock bekas SETPOL ahli EXCO Selangor Ean Yong Hian Wah yang meninggal dunia secara misteri apabila didapati mayatnya terperosok di tingkat lima Bangunan Masalam iaitu selepas memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan tersebut. Semoga melalui inkues ini akan terbongkar dan terselongkarlah misteri kematian mendiang.

Sementara itu negara mencatatkan kematian ketiga akibat selesema A H1N1 apabila seorang lelaki dikatakan meninggal dunia Isnin lepas. Sekolah dan institusi pengajuan tinggi diperintah tutup dan usaha untuk menyekat menularnya wabak ini nampaknya tidak berkesan. Patikan kita masing-masing memgambil perhatian akan kesihatan diri terutama anak-anak kita. Dan berdoalah agar kita dan kaum keluarga serta kawan-kawan terpelihara dari wabak ini.

Menyentuh hal kesihatanini sebenarnya saya membuat posting ini dari katil hospital. Saya dimasukkan ke wad semalam selepas menghadiri mesyuarat majlis, apabila terasa sakit yang keterlaluan di bahagian pinggang belakang sebelah kiri. Kini doktor mendapat ada batu karang dalam buah pinggang saya. Saya masih menunggu rawatan selanjutnya. Doakanlah semoga saya selamat insyallah.

Saya redha akan apa yang menimpa saya ini sebagai ujian dari Allah swt. Begitulah kita manusia tidak sekali-kali akan sunyi dari ujian Allah swt, ujian kesihatan, ujian kekayaan, ujian aqidah. Oleh itu belajarlah bersukut dan bersabar, berlapang dada dan istiqomah dalam perjuangan.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al Ankabut 2-3)

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (al Baqarah 156)

10 comments:

pcbahar said...

semoga cepat sembuh

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

"Tiada kesakitan menimpa waimma terpijak duri sekali pun melainkan untuk diampunkan dosanya jua" (maksud hadith)-dan diiringi dengan doa semoga cepat semboh...amim !

Anonymous said...

Assalamu'alaikum
Saudara Roslan SMS

Saya doa'kan Allah subhanahu-wata'ala mencepatkan kesihatan dan kesembuhan untuk saudara.

Amin
TokPakir

Anonymous said...

Saudara Roslan

Semoga ujian Allah kepada tuan menjadi peringatan kepada kami yang masih berada di luar hospital.

azz said...

semoga segera sembuh..

wynn said...

semoga selamat semuanya,
insyaallah :)

Warga Emas said...

salam,

Kesian Roslan.

Semoga cepat semboh. Minum air kosong banyak2.

Nanti banyaklah orang kasi petua itu ini. Makan itu ini.

Gunakanlah masa ini untuk berehat.

Warga emas.

Abu Faruq Al-Iskandari said...

Semoga Allah menyembuhkan Tuan Roslan. Kami mendoakan Tuan agar sembuh dan terus mendaulatkan agama Allah di Muka bumi ini.

miesuid said...

Mudah-mudahan anta cepat sembuh dan besabarlah atas segala ujian.
kuatkan iman teruskan jihad

Anonymous said...

Salam,
Semoga ALlah cepatkan sembuh dari sakit anda....bila sembuh rajin2 minum air rebusan dokong anak untuk prevent recurrence

Sekiranya tuan inginkan holistic treatment, contact Hj Marsam @0122960486 or 0360381059, insyALlah dapat di pecahkan batu tanpa surgery